31 December 2013

Hikmah Kelebihan SOLAT.

December 31, 2013 8 Comments
Hikmah Kelebihan SOLAT. | Assalamualaikum wbt. Semua umat islam diwajibkan menunaikan solat kerana ia merupakan tiang agama. Jika kita meninggalkan solat, maka runtuhlah agama. Begitu besarnya kedudukan solat itu dalam islam. Sebenarnya, setiap perbuatan dalam solat tu ada hikmahnya. Bermula dari niat sehinggalah salam. Semuanya ada kelebihan.

Jom kita baca apakah kelebihan-kelebihannya. 

Hikmah Kelebihan SOLAT. 


Hikmah Kelebihan SOLAT.
Hikmah Kelebihan SOLAT. Sumber Google.


  1. Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu’: Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I’tidal: Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur.
  7. Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nakir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

Kesimpulannya dirikanlah solat kerana ia adalah salah satu rukun islam yang wajib kita lakukan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan selalu berada di bawah lindungan hidayahNya... Amin... Waallahualam... ❤❤❤

SELAMAT DATANG TAHUN 2014!

December 31, 2013 1 Comments
SELAMAT DATANG TAHUN 2014! | Assalamualaikum semua sahabat cikla.  Cikla harap semuanya sihat je. Cikla sihat je, alhamdullillah. Hari ni 31hb 12 2013, hari terakhir dalam tahun 2013. Malam kang, tepat pukul 12 tengah malam, dah masuk tahun baru 2014. Begitu cepat masa berlalu kan? Mungkin ada sesetengahnya dah tercapai azam tahun 2013, tapi mungkin ada gak yang belum tercapai. Takpelah, azam yang tercapai tu kita bawak ke depan, cuba sampai dapat, ok...


SELAMAT DATANG TAHUN 2014!
Gambar hiasan.


Bagi cikla, cikla bersyukur sebab sepanjang tahun 2013 ni, macam2 perkara yang dilalui. Tak kira happy atau sebaliknya. Semuanya diterima dengan hati yang terbuka dan redha. Walaupun ada beberapa perkara yang berlaku tu buat cikla sedih dan tak happy, tapi cikla percaya semuanya pasti ada hikmah. Apa yang penting kita sentiasa berusaha untuk perbaiki mana yang kurang.....

So, untuk tahun ni cikla harap semuanya akan okey. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. 
BYE BYE 2013, WELCOME 2014. Waallahualam......

28 December 2013

Sharing Is Caring : DOA TAUBAT.

December 28, 2013 0 Comments
Sharing Is Caring : DOA TAUBAT. | Assalamualaikum semua. Cikla harap semuanya ceria dan sihat. Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi nafas untuk melihat alam ciptaan Allah ini. Hmmm, today is Saturday. Kejap je dah nak abis tahun kan? Subahanallah, cepatnya masa berlalu. Tanpa kita sedar... 

Oklah, entri kali ni cikla nak share doa taubat. Doa ni boleh jugak dibuat sebagai zikir. Sambil-sambil masak, sambil-sambil buat kerja rumah boleh la amalkan. Jom kita baca sama-sama.

Sharing Is Caring : DOA TAUBAT.


Sharing Is Caring : DOA TAUBAT.
Sharing Is Caring : DOA TAUBAT..

"Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla

Walaa aqwaa alaa Naaril Jahiimi.

Allah fahablii taubatan waghfir dzunuubii

Fainnaka Ghafirun dzambil adziimi

Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu

Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu

Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku

Ampunkanlah dosaku,sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..."

So, macam mana? Mesti ada yang dah tahu dan dah hafal pun doa ni kan? Kita disarankan sentiasa memohom keampunan Allah, sebab sebagai manusia biasa kita tak lepas dari buat silap. Kita manusia tak sempurna dan sentiasa berbuat dosa, tanpa kita sedar. 

Tak salah jika kita selalu mengamalkannya. Waallahualam...... ❤❤

Jika Tiada Rezeki.....

December 28, 2013 2 Comments
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka, kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan.
 Maka, kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka, kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. 
Maka, kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. 
Maka, kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. 
Maka, kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. 
Maka, kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

27 December 2013

Terus-terang atau Memendam Rasa?

December 27, 2013 4 Comments
Assalamualaikum semua... Selamat tengah malam. 

Terus-terang atau Memendam Rasa? | Ermm... tengah2 malam ni sambil santai2, maklumlah anak2 bertuah cikla dua2 dah tido sekarang masa untuk ibunya me'landing'kan diri pulak. Tengah2 landing ni, tergerak lak cikla nak share pendapat cikla pasal tajuk kat atas nuuu.... Terus-terang... Ada sesetengah orang suka berterus terang. Tp, ada pulak yang suka memendam. Tapi, bagi cikla dua2 ni ada baik dan buruknya. Ada orang suka berterus-terang kalau dia tak puas hati akan sesuatu. Tak kiralah perkara tu menyakitkan hati dia atau orang lain. Nak terus-terang pun boleh, tapi biarlah kena pada tempat. Ada orang cakap... ala kerek la dia ni. Cakap main sedap aje. Tp hakikatnya ada juga baiknya tapi biarlah semuanya kena pada gayanya. Hati orang lain kenalah jaga jugak kan....




Tapi, ada pulak yang suka pendam aje. Sekali sekala pendam tak pe. Kalau dah lama pendam pun takut mudarat juga. Bukan apa, macam gunung berapi. Pendam punya pendam.. nah bila dah tak terpendam tu yang boleh meletup tu. Orang tak sangka, nampak je pendiam. Senyap. Tp, bila dah sampai hadnya, nah... ternganga semua tengok kan. Tu sebab ada orang cakap "berhati-hati dengan kemarahan orang yang diam"... Bagi cikla, berterus-teranglah jika kita dah tak boleh nak tanggung lagi. Ringan sikit beban kat dada tu. Dan diaorang pun boleh tahu apa sebenarnya yang kita rasa. Bukan apa, takut kita terlalu "diam" dan "pendam"... orang akan pijak kita.. pokok pangkalnya semuanya biarlah kena dengan caranya. Jangan sampai ada yang kecik hati dengan kita. Wallahualam... 

*Sharing is caring***

26 December 2013

Puisi Untuk Emak.

December 26, 2013 0 Comments
Duhai emak…. 

Anakmu, kau tatang bagai minyak yang penuh.
Sejak dia dari dalam kandungan.
Kau tabah dan sabar…
Kau cekal dan kuat…
Menghadapi semua dugaan.
Pening, loya, mual….
Semuanya kau rasa…
Tapi kau gagahi jua…
Demi anakmu yang tersayang.

Duhai Emak…. 

Cukup 9 bulan 10 hari…
Kau melahirkan anakmu ke dunia ini…
Dengan seluruh tenagamu kau kerah...
Demi untuk anakmu...
Sakit dan perit tak kau hirau.
Asalkan anakmu selamat lahir ke dunia.

Duhai emak…. 

Tangis dan tawa anak penawar dukamu.
Kau rela berkorban untuk anakmu.
Biar dirimu dalam duka….
Asalkan anakmu bahagia...

Duhai emak… 

Begitu besar pengorbananmu.
Untuk membesarkan anakmu.
Menjadi seorang yang berguna.
Di masa hadapan.
Tak terbalas rasanya semua… 
Pengorbananmu itu….
Hanya doa yang sering ku panjatkan…
Kepada Yang Maha Esa.
Agar kau sentiasa dirahmati olehNya….

AMIN......YA ALLAH!


by : Cikla Shahril.

7 kalimat penghapus dosa.

December 26, 2013 0 Comments
7 Kalimat Penghapus Dosa. | Assalamualaikum wbt. Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan.

7 Kalimat Penghapus Dosa.


7 kalimat penghapus dosa.
7 kalimat penghapus dosa. Image from google.


  1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 
  2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap “Astagfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
  4. Mengucap “InsyaAllah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap “Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Waallahualam... ❤❤❤

22 December 2013

Tips meredakan tekanan.

December 22, 2013 0 Comments
Tips meredakan tekanan. | Assalamualaikum semua. Kali ni cikla nak share sesuatu yang agak berguna untuk kita semua. Bila menghadapi masalah atau dugaan, biasanya diri akan merasa tertekan dan fikiran menjadi kusut kerana asyik memikirkan masalah itu. 

Tips meredakan tekanan.


Tips meredakan tekanan.
Tips meredakan tekanan. Sumber Google.

Marilah kita hadapi tekanan dengan cara berikut:-

  1. Bersabar dengan apa yang menimpa kita. Allah tak akan memberikan dugaan kepada hambaNya setara dengan kemampuan hambaNya. 
  2. Anggap masalah sebagai ujian dan bukan bebanan. Ini akan meningkatkan keimanan dan ketabahan kita.
  3. Tiap masalah pasti ada hikmah yang tersembunyi. Bersangka baik.
  4. Kesulitan, kesusahan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan kita betapa kerdilnya diri sebagai hambaNya, sekaligus akan menyedarkan kita tentang keagungan dan kekuasaan Allah.
  5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan membolehkan kita membezakan antara nikmat dan sengsara. Jadi, kita dapat memahami erti kesyukuran.
  6. Ujian adalah tanda Allah menyayangi kita.
  7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan kecil dari orang lain. Jika kita susah, maka ada yang lebih susah dari kita. Jika kita sengsara, maka ada yang lebih sengsara dari kita. 
  8. Sentiasa menyendari hakikat yang dalam hidup memang tak akan lepas dari menghadapi masalah.

Waallahualam.... ❤❤❤

Puisi Untuk Abah.

December 22, 2013 0 Comments
Duhai abah…

Engkau insan istimewa.
Tanpamu aku tak kan dilahirkan di dunia.
 Tanpamu aku tak kan dapat lihat bulan dan mentari.
Tanpamu aku tak kan dapat melihat alam yang indah ini.

Duhai abah…

Begitu besar pengorbananmu.
Engkau gigih mencari rezeki.
Demi sesuap nasi.
Demi membesarkan aku.
Demi mencari nafkah untuk keluarga.

Duhai abah…

Percikkan keringatmu umpama butir mutiara yang sangat berharga.
Tanda engkau gigih berusaha.
Mencari rezeki demi anak tercinta.
Mencari rezeki demi keluarga tersayang.

Duhai abah…

Engkau rela mengorbankan kegembiraanmu. 
Engkau rela mengorbankan kesenanganmu. 
Asalkan kebahagiaan menjadi milikku. 
Asalkan kesenangan dapat ku rasai.

Duhai abah…

Kasih sayangmu sepanjang masa.
Harum mewangi hingga ke akhir hayat.
Ku berdoa ke hadrat Yang Maha Esa.
Semoga engkau di beri kebahagiaan… 
Semoga engkau di beri kesenangan…
Atas semua pengorbananmu dalam membesarkan aku.
Tak terbalas rasanya semua jasamu itu. 
Hanya dengan iringan doa dan kasih sayang yang tiada penghujungnya.
Dariku untukmu… abah….


by : Cikla Shahril.

19 December 2013

Tegur-menegur tak salah.

December 19, 2013 0 Comments
Assalamualaikum semua. 

Tegur-menegur tak salah. | Petang2 camni, masa untuk rehat sekejap. Layan anak2 tengok tv. Yang ibunya layan blog jap. Sejak2 ni cikla macam agak busy skit. Nak update blog pun macam tak sempat. Hehe... Ok la... kali ni cikla rasa macam nak sembang pasal tegur. Menegur dan ditegur, lain situasinya. Menegur atau dengan erti kata lain mengingatkan... ditegur pula sama ertinya dengan diingatkan. Pada pendapat cikla, tak salah kalau kita nak tegur orang jika orang tu buat salah. Tapi semuanya mestilah dengan berhikmah dan jangan membabi buta. Sebab apa cikla cakap camtu, sebab ini memang penting. Nak tegur orang boleh tapi dalam masa yang sama kena jaga juga hati orang yang kita tegur. 


Gambar hiasan.

Ada sesetengah orang, nah main hentam kromo nak menegur. Lagi2 kalau depan orang lain. Dah la tegur macam tu punya gaya, siap perli lagi. Kalau orang buat kat kita macam tu pun, confirm kita pun terasa dan kecik hati gak kan.... Walaupun kita ni lebih 'berilmu' dan pandai dari orang lain, tapi itu bukan tiket untuk kita nak buat apa yang kita suka pada orang lain. Mungkin apa kita, 'alah aku nak tegur je, bukannya apa pun'... tapi bagaimana pula dengan penerimaan orang yg ditegur. Mungkin ada yang boleh terima tapi mungkin ada yang tak... Jadi, cikla rasa semuanya perlulah berpada2 dan yang paling penting sederhana. Saling menegur itu baik tapi perlulah kena pada tempatnya.....

Waallahualam....

18 December 2013

Aurat Ketika Bersalin.

December 18, 2013 2 Comments
Aurat Ketika Bersalin. | Assalamualaikum semua. Apa khabar semua. Cikla harap semuanya sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. Oklah, entri kali ni cikla nak share something yang cikla rasa amat penting, terutama untuk para ibu-ibu islam yang melahirkan anak. Ya, memang penting. Info ni cikla dapat  dari sebuah blog lain. Jom kita baca sama-sama...

Aurat Ketika Bersalin.


Ringkasan dari “AURAT KETIKA BERSALIN” dari Semanis Kurma TV9:


  1. Suami WAJIB memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan. 
  2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat. 
  3. WAJIB MENDAHULUKAN DOKTOR PEREMPUAN TERUTAMANYA DOKTOR ISLAM.
  4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang. 
  5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Aurat Ketika Bersalin.
Aurat Ketika Bersalin. Gambar hiasan credited to a Google.

Selain itu, pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, apabila dalam keadaan isteri terlalu SAKIT sangat sehingga menyebabkan hilang punca dan tak boleh berfikir maka :


  1. PERANAN SUAMI sangat penting dan mustahak kerana suami perlu membuat keputusan berkaitan aurat dan maruah isteri.
  2. Suami WAJIB menjaga dan memelihara aurat isteri ketika dalam wad, bilik bersalin (Labour Room) dan di lain-lain tempat.Antaranya seperti isteri tidak memakai tudung, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu bayi dalam keadaan suasana terbuka sehingga orang lain boleh nampak aurat dada isteri dan perlu di ingatkan ada juga staff lelaki yang mana tugasnya memberi makanan kepada pesakit di dalam wad.
  3. WAJIB, WAJIB, dan WAJIB ada MAHRAM yang menemani isteri ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. > Pertama SUAMI > kedua SAUDARA PEREMPUAN > ketiga jururawat perempuan.

Di hospital kerajaan, biasanya terdapat doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih lelaki yang berada di dalam bilik bersalin. Ingat peranan anda sebagai suami. Apa yang lebih penting? Menjaga aurat isteri atau doktor pelatih? So, macam mana?

Cikla harap dengan info ni sikit sebanyak dapat beri kita ilmu dan pengetahuan yang selama ni ada sesetengahnya yang mungkin tak tau dan ada juga yang tak nak ambil tau... ❤❤❤


Credit to: Copy of Laman Nurani blog. (www.tazkirah.wordpress.com)

20 November 2013

Wanita oh wanita....

November 20, 2013 0 Comments
Wanita oh wanita.... | Assalamualaikum wbt. Apa khabar semuanya? Cikla harap sihat la hendaknya ye. Cikla pulak kat sini sihat alhamdullillah. Biasanya, rutin harian sebagai seorang ibu dan suri rumah tangga. Macam-macam kerja dibuat dan tak pernah abis. Hehehe. Rasanya macam dah lama je cikla tak menulis kat belog ni. Bukannya apa, macam takde idea je nak tulis apa. Lagipun, busy dengan tugas seharian. 

Oklah, kat sini cikla nak share something pasal wanita. Ini lebih kepada kata-kata hikmah mengenai wanita. Tetibe lak idea datang... ^_^

… Sekeras-keras wanita, pasti akan lembut juga jika pasangannya pandai memujuk.

… Seorang wanita tetap boleh menerima seorang lelaki itu walaupun lelaki itu berkali-kali menyakiti hatinya.

… Kepercayaan seorang wanita kepada pasangannya tidak akan berbelah bagi sehinggalah kepercayaannya itu dirobek oleh lelaki itu sendiri.

… Seorang wanita boleh memaafkan semua kesalahan pasangannya terhadap dirinya, tapi untuk melupakan kesalahan itu amat payah dan perlukan waktu.

… Seorang wanita bergelar ibu rela mengorbankan seluruh jiwa raga untuk anak-abadan orang yang disayangi bahkan kebahagiaannya sendiri.

… Wanita kurang bijak dalam menyembuyikan emosinya berbanding lelaki.

… Wanita yang hebat tahu membawa dirinya walau dimanapun dia berada dan pandai menjaga maruah serta tingkah-lakunya.


Wanita oh wanita.... Gambar hiasan.

Emmm... macam mana? Cikla harap semua kata-kata di atas dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada kita dan diri cikla juga. Waallahualam.....

09 October 2013

Sahabat Yang Membahagiakan.

October 09, 2013 0 Comments
Salam semua. 

Sahabat Yang Membahagiakan. | Kali ni cikla nak share pasal sahabat. Ya... sahabat diibaratkan sebagai hadiah abadi malah mereka dianggap guru hati yang selalu mengingatkan kita apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Sahabat sejati amat payah di cari, kerana ia umpama satu dalam seribu. Orang ada cakap, kawan ketawa senang nak cari, kawan menangis payah sekali. Mana taknya, bila senang ramai yang nak dekati. Bukan kawan pun mengaku kawan. Tapi, bila kita ditimpa kesusahan, kawan yang sebelum ni baik dengan kita hilang lesap tanpa jejak. Hahaha.... mase ni la kita baru tau mana kawan sebenar dan mana kawan halimunan. Faham kan maksud cikla?


Gambar hiasan.
 
Oklah, jomlah kita tengak 6 jenis sahabat yang dapat membuatkan kita bahagia.

  • A lifelong friend, mempunyai sahabat yang sentiasa mengingatkan kita dalam banyak perkara dan boleh memberikan kita aura positif dalam diri kita. 
  • A spiritual friend, Duke University Medical Center mengatakan mereka yang selalu menghadiri ceramah agama mempunyai peluang untuk hidup lebih lama. 
  • A new friend, sahabat baru akan memberikan kita suasana yang baru dalam kehidupan. Ia merangkumi aspek pemikiran dan ruang lingkup persahabatan yang lebih luas. 
  • A friend who can empathize, bersahabat dengan orang ketika kita menghadapi masalah tak salah. Ini kerana sokongan dari sahabat dapat memberi kesedaran bahawa masih ada orang yang sanggup bersama kita dalam apa jua keadaan. 
  • A workout friend, ada kajian mengatakan motivasi trrbaik untuk mereka melakukan senaman adalah dari orang yang terdekat iaitu sahabat yang punya komitmen yang sama untuk melakukan senaman. 
  • A younger friend, bersahabat dengan orang yang lebih muda memberikan perspektif dan pengalaman yang berbeza dalam menikmati kehidupan. Hidup akan lebih bermakna kerana semangat yang tinggi lahir dari hati yang sentiasa gembira.

So, macam mana? Semua orang mesti nakkan sahabatnya sentiasa ada di sisi mereka masa susah mahupun senang, kan? Sahabat yang selalu mengajak kita ke arah kebaikan. Marilah kita sama2 scan dan review adakah sahabat kita sekarang termasuk dalam senarai sahabat sejati yang kita idam2kan... Waallahualam.... 

(Sumber: Majalah RAPI 2011)

08 October 2013

Pentingnya Kepercayaan...

October 08, 2013 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat petang semua. 

Pentingnya Kepercayaan... | Ermm.. petang2 cenggini cikla tengah lepak2 dengan anak2 tetiba terlintas plak kat fikiran ni nak share pasal KEPERCAYAAN. Ya, percaya... trust... believe... memang penting. Sebenarnya, rasa percaya ni amat penting tak kira dalam apa jua hubungan samada hubungan kekeluargaan, percintaan, persahabatan bahkan hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta. 'Percaya' seringkali dijadikan topik utama dalam sesebuah lirik lagu. Haa, betapa pentingnya kepercayaan ini sehinggakan dalam apa jua bentuk pun orangg gunapakai supaya manusia tak kan lupa betapa pentingnya ia.


Gambar hiasan.

Tapi, apa yang harus kita ingat kadang2 orang merasakan membina kepercayaan orang pada kita memang senang. Tapi, memusnahkan kepercayaan pula sebenarnya lebih senang lagi. Jadi, jagalah kepercayaan yang telah diberikan pada kita sebaiknya, kerana sekali kepercayaan dirobek takkan sama dengan sebelumnya. Dan untuk mendapatkan kembali kepercayaan itu amatlah payah jika perasaan ragu masih menguasai diri. Kesimpulannya, peliharalah kepercayaan sebaiknya kerana itu asas kukuhnya sesebuah perhubungan. Waallahualam....

01 October 2013

PHD - Perasaan Hasad Dengki... oh bahayanya!!!

October 01, 2013 0 Comments
Salam semua.... 

PHD - Perasaan Hasad Dengki... oh bahayanya!!! | PHD. Jangan salah anggap lak. Ni bukannya kelulusan tertinggi dari universiti tapi sejenis penyakit. Haha.. penyakit hati. Serius tau... Dengki ni kan, mula mula timbul bila si polan ni iri hati atau cemburu dengan seseorang. Apa yang orang lain ada, dia dengki. Orang lain berjaya, dia dengki. Pendek kata, orang lain tak boleh lebih dari dia. Dengki aje kerjanya... Penyakit iri hati atau cemburu ni kalau tak diubati, ia akan menjadi kepada  sifat dengki dan dendam. Maka, ia akan mendorong kepada mengkhianati orang lain. Mengapa wujud hasad dengki ni? Mudah aje. Sebab sikap manusia tak pernah puas dengan apa yang dia miliki. Orang macam memang ni tak tahu nak bersyukur.

Kalau nak tau orang dengki ni, senang je. Antaranya, mereka tak gembira dengan apa yang orang lain miliki. Lebih lebih lagi kalau apa yang orang lain ada melebihi dia. Mulalah dia tak senang duduk. Ish ishh... bahaya orang cam gini. Pastu, mereka ni rasa gembira kalau tengok orang lain ditimpa musibah, walhal orang itu tak pernah mencampuri urusan dia. Memang tak patut kan? Dengki satu hal, pastu hasut pulak supaya membenci. Pendek kata, boikot dan melaga-lagakan sampai bergaduh. Lagi, dia selalu memberi komen negatif pada orang yang didengkinya. Padahal orang lain tengok ok je. Tapi, pada dia ada aje yang tak kena. Itulah inilah.... memang obvious kan? Selain itu, dia rasa cemburu dengan kelebihan orang lain dan mula mengadu domba atau menabur fitnah. Kalau cam ginilah gayanya, mesti jiwanya tak tenang dan tak tenteram sebab asyik memikirkan orang yang dia cemburu atau dengkikan tu.


Gambar hiasan.


Sebenarnya, perkara begini boleh dielakkan. Semua bermula dari diri kita. Bak kata pepatah, tepuk dada, tanya diri. Antaranya adalah sentiasa berlapang dada dan bersyukur dengan apa yang kita punya. Kita sentiasa melihat orang yang kita dengkikan tu dari sudut positif supaya aura negatif yang ada dapat diganti dengan aura positif. Selalu beristighfar dan memohon keampunan Allah supaya hati yang kotor dapat dibersihkan. Dan yang paling penting adalah DOA. Banyakkan berdoa supaya kita dijauhkan dari sikap sikap sebegini. Jadi semua, marilah kita sama sama muhasabah diri kita. Jangan berPHD sebab ia sangat buruk perangainya dan mendekatkan kita kepada neraka Allah SWT. Waallahualam...


(Sumber: Motivasi, Majalah RAPI 2013)

Tolong hormat sikit ye!!!

October 01, 2013 0 Comments
 Assalamualaikum semua. 

Tolong hormat sikit ye!!! | Emm.... sambil2 layan tv dan bersantai2, cikla tergerak lak nak share something. Sebenarnya lebih kepada nak meluahkan pendapat. Hehe.. maklumlah, anak2 dah tidoq... apa lagi landing time...yeahhhh... Oklah, berbalik kpd cerita yang cikla nak suarakan.... ia boleh dikatakan betapa penting SIKAP MENGHORMATI. Tak kiralah, muda sesama muda, muda sesama tua dan tua sesama tua. Rasa hormat mmg terlalu penting dlm kehidupan. Ini menunjukkan keperibadian kita dan persepsi org terhadap kita. Penting sgt2 tau!

Menyentuh mengenai isu ni, cikla ada terbaca mengenai isteri seorg pemain bola sepak negara yg bersikap kurang ajar. Walau apapun status kita, kita perlu hormati pd org lain terutama org yg lebih tua drpd kita. Sebagai org timur, sepatutnya sikap kita lebih ketimuran. Bkn cikla nak kata kebaratan itu tak baik, tp Allah dah kurniakan kita akal fikiran yg baik utk kita menilai mana yg baik dan buruknya. Apa yg dilihat dan diterima jgnlah kita amik bulat2.


Gambar hiasan.

Walaupun kita tak bersependapat dgn org lain, tp janganlah sampai menghina, mencaci, mengherdik, dan merendah-rendahkan org lain. Byk cara yg kita boleh buat utk menyuarakan ketidakpuasan hati kita. Jaga maruah kita, maruah keluarga dan maruah suami (bg yg dah berkawin la). Jgn buat malu sendiri. Oklah semua... konsep cikla senang je. Kalau kita hormat org, org pasti akan menghormati kita. Ingat tu, bkn susah pun kan? Waallahualam....

Makanan cepatkan penuaan, awas ye!

October 01, 2013 0 Comments
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! | Assalamualaikum wbt. Cikla nak share info dan tips cantik mudah dgn semua. Makan oh makan. Semua org suka makan. Lagi-lagi kan Malaysia, orang kata syurga makanan. Macam-macam ada. Hehe. Tapi, kalau tak makan rugi. Oklah, info ni cikla baca dari sebuah majalah kesihatan. Jom kita baca apa makanan yg kita kena kurangkan pengambilannya. Bukan tak boleh makan langsung, tapi sikit-sikit...

Makanan cepatkan penuaan, awas ye!


Garam... Kita memang dah tau garam ni kalau diambil berlebihan, akan memudaratkan. Boleh kena darah tinggi ooo. Jadi, kurang-kurangkanlah ye. Selain itu, garam berlebihan juga boleh melemahkan kulit (menyerang kolegan) dan menyebabkan bengkak dibawah mata.


Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Gula... Haaa, ni lagi satu. Kalau amik berlebihan pun bahaya gak. Kencing manis confirm kena. Ada sumber yang mengatakan, gula boleh menambahkan laluan insulin yang akan memberi kesan pada salur darah dan mempercepatkan proses penuaan. Kalau kita kurangkan gula, kulit akan lebih segar dan berseri dan kesannya terlihat dlm masa 1 week. Wow, macam tak percaya kan. Cubalah sendiri!


Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Kopi... Emmm.... sedapnya kopi panaskan. Lebih-lebih lagi kalau pekena dengan goreng pisang panas atau nasi lemak. Perghh, terangkat habis kan. Tapi, tu lah. Amik lebih-lebih pun tak elok gak. Selain kopi akan meninggalkan kesan pada gigi, ia juga akan mengeringkan tubuh. 


Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Makanan pedas... Ada orang kalau makan mesti nak pedas. Kalau tak, tak best. Boleh dikatakan pembuka selera dan penyedap rasa. Sebenarnya, makanan pedas mmg terbaik utk metabolisme tp tak baik utk kulit (utk sesetengah orang). Ia boleh mengembangkan salur darah terutama bagi orang yang mengalami rosacea atau mengalami menopaus. Kapilari inilah yg membuatkan kulit kelihatan tua dan kusam.


Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Jadi, macam mane? Boleh dikatakan hampir semua menjadi kegemaran kita kan? Hehe. Tak apelah kalau tak boleh berhenti secara drastik, tapi  kurangkan secara perlahan-lahan. 

Mari kita mulakan sama-sama. ye! 

(Sumber: Majalah RAPI 2013)

28 September 2013

MAAF... Mudah ke nak ucapkan kata maaf?

September 28, 2013 0 Comments
Assalamualaikum and happy Saturday everyone. 

MAAF... Mudah ke nak ucapkan kata maaf? | Emm, hujung minggu memang waktu yang dinanti-nantikan oleh semua. Yelah.. masa utk santai2. Lepak2. Hanging out dgn kawan2. Best best best. Release tension skit.. Cikla ni bknlah seorang yang cerewet. Keras hati. Banyak songeh. Pada siapa yang kenal baik dgn cikla ni taulah who I am! Very simple and easygoing.... Berbalik pada title entri cikla kat atas nu, ucapan maaf... setiap org menafsirkan maaf dlm view yg berbeza2. Ada yg senang je nak ckp I'm sorry dan mudah memaafkan. Dan ada pula sebaliknya. Betapa kerasnya hati.. kan?? 


Gambar hiasan.

Org kata kalau mudah sgt memaafkan org akan mudah buat apa aje kat kita. Ye la, org buat salah, pastu say sorry.. kita lak ok, I forgive u. Emm... sebenarnya itu semua hak masing2. Ada pulak kata pujangga ckp, maafkanlah bukan semua manusia sempurna. Tak ada manusia yang lepas dari buat silap. Pasti ada kesilapan yang kita buat tanpa kita sedar atau tak. Kesimpulannya, semuanya terletak pada tangan kita sendiri. Tepuk dada, tanya hati. Apa yg kita fikirkan, itulah yg kita akan buat. Baik atau buruk, tanggungjawab kita. Waallahualam....

26 September 2013

Indahnya berRUMAHTANGGA...

September 26, 2013 0 Comments
Indahnya berRUMAHTANGGA... | Assalamualaikum wbt. Rasanya cikla dah jarang2 update something kat belog cikla ni. Dah naik bersawang dah. Hahaha, konon2 busy la sangat kan. Oklah, sebenarnya cikla nak share something yang menarik ni. Macam tipslah. 

Emm, semua orang mesti nak kawin kan? Dan itu salah satu daripada sunnah Nabi SAW. Orang kata kawin ni memang menyeronokkan. Tapi, pada siapa yang tahu menikmati dan melayari bahtera ni. Pada yang hanya tahu 'kawin' aje, tanpa memahami apa itu sebenarnya TANGGUNGJAWAB. Memang payahlah.

Tanggungjawab oh tanggungjawab. Tanggungjawab suami pada isteri. Tanggungjawab isteri pada suami. Tanggungjawab suami dan isteri pada anak-anak dan keluarga. Uishhh, kalau betul-betul memang berat ooo. Jangan nak amik ringan. 

Kalau terabai keluarga, dosalah yang kita dapat. Nauzubillah. Semua orang mesti mahukan yang terbaik dalam hidup tapi hakikatnya kita sering berhadapan dengan 1001 masalah, tak kiralah masalah kecil ke besar. 

Sebenarnya, masalah memang sentiasa wujud dalam rumah tangga bahkan kehidupan kita, tapi apa yang membezakannya adalah cara kita menghadapinya. Apa yang boleh dilakukan adalah beri ruang untuk berbincang dan selesaikan masalah.

Indahnya berRUMAHTANGGA...


Indahnya berRUMAHTANGGA...
Indahnya berRUMAHTANGGA... Sumber Google.

Panduan 1:- TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA. Jangan ubah pasangan ikut kemahuan kita, kerana pasangan yang kita cintai/kahwini itu adalah pilihan kita sendiri. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan sebab tak ada manusia yang sempurna. Ingat tu!

Panduan 2:- KOMUNIKASI SECARA TERBUKA. Jangan asyik membuat andaian, sesekali apa salahnya meluahkan apa yang terbuku dihati.  Ucapan sayang penting untuk menunjukkan betapa dalamnya perasaan kita terhadap pasangan. Cakap hari-hari pun tak pe. Lagi best!

Panduan 3:- TUNJUKKAN RASA CINTA. Banyak cara yang boleh kita lakukan antaranya ialah memberi sejambak bunga atau kad pada pasangan kita. Menyatakan rasa cinta berpanjangan akan mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

Panduan 4:- KAWAL PERASAAN. Bila marah cuba untuk bertenang. Jangan menuduh secara melulu dan meninggikan suara kerana ia akan menimbulkan pergaduhan. 

Panduan 5:- JANGAN MENGUNGKIT. Berhenti mengungkit hal yang dah lepas. Jangan jadikan kesilapan lalu sebagai senjata setiap kali bertengkar.

Panduan 6:- KURANGKAN RASA CEMBURU. Cemburu tak salah kalau kena pada tempatnya. Cemburu yang keterlaluan akan memburukkan lagi keadaan. Hubungan mesti dibina atas rasa percaya terhadap pasangan.
 
Panduan 7:- JAGA KOMITMEN MASING-MASING. Elakkan membuat janji yang tak mampu ditepati. Kalau ini berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. 

Panduan 8:- JUJUR. Jangan sesekali menipu kerana ia punca utama perpisahan. Jujur yang dimaksudkan adalah ungkapan perasaan terhadap pasangan. Jika cinta katakan cinta. Kan senang!

Panduan 9:- BERI LAYANAN TERBAIK. Layan pasangan sama seperti semasa bercinta atau sudah berkahwin. 

Nah, tengok panduan ni semua macam senang je nak buat tapi hakikatnya memang payah. Apa yang penting jangan lupa berdoa kepada ALLAH SWT supaya sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya. ❤❤


(Sumber: Majalah Metro, Harian Metro 2013)

10 July 2013

Tujuh Golongan Dilindungi ALLAH SWT.

July 10, 2013 0 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Tujuh Golongan Dilindungi ALLAH SWT. | Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda: Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindunganNya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindunganNya.

(1) Imam (pemimpin) yang adil.

(2) Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah.

(3) Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya.

(4) Orang yang hatinya tergantung pada masjid.

(5) Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.

(6) Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan Allah".

(7) Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.


Gambar hiasan.

Ramadan... SATU PERJUANGAN.

July 10, 2013 0 Comments
Ramadan... SATU PERJUANGAN. | Assalamualaikum... Salam Ramadan semua.  Hari ini bermulalah semua umat Islam di seluruh dunia menunaikan rukun islam yang ketiga ni. Semua diwajibkan, tiada yang berkecuali. Cikla pun tak berkecuali. Gigih menunaikan puasa ini. Semoga Allah memberkati kita semua. Puasa... bererti menahan diri daripada makan dan minum serta pekara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Puasa mengajar kita erti sabar, tabah dan meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Bulan puasa juga syaitan dan iblis dirantai. Pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Inilah peluang kita memperbanyakkan amalan dan menambah pahala, sekaligus memperbaiki diri menjadi lebih baik.


Ramadan... SATU PERJUANGAN.
Gambar hiasan.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua beroleh KEBERKATAN dan RAHMAT dari Yang Maha Kuasa. Amin ya Rabb... Waallahualam.....

22 June 2013

L.I.F.E

June 22, 2013 0 Comments
In my life, I've lived, I've loved, I've lost, I've missed, I've hurt, I've trusted, and I've made mistake but most of all, I've LEARNED!
3 simple rules of life:

(I) If you don't go after what you want, you'll never have it.

(II) If you don't ask, the answer will always be NO.

(III) If you don't step forward, you'll always be in the same place.

Life is something that happiness when can't get to sleep!
When life gives you 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.
Life is like a camera. Just focus on what's important and capture the good times, develop from the negative and if things donts work out, just take another shot.
Life is a one time offer, use it well.

Always end the day with a positive thought. No matter how hard thing were, tomorrow's fresh oppurtunity to make it much better.

Thank you..... 

Reality Of Fear!

June 22, 2013 0 Comments
You're not scared to the dark, but you're scared of what's in it.
You're not afraid of height, but you're afraid of falling.
You're not afraid of people around you, but you're just afraid if rejection.
You're not afraid to love, but you're afraid of not being loved back.
You're not afraid to let go, but you're just afraid to accept the reality that he's/she's gone.
You're not afraid to try again, but you're just afraid of getting hurt for the same reason.

21 June 2013

7 Lovely Logics!

June 21, 2013 0 Comments
(1) Make peace with your past so it doesn't spoil your present.

(2) What others think of you is none of your business.

(3) Time heals almost everything, give the time, some time.

(4) No one is the reason of your happiness except you yourself.

(5) Don't compare your life with others, you have no ideas what their journey is all about.

(6) Stop thinking too much. It's alright not to know all the answers.

(7) Smile, you don't own all the problems in the world.

Poem For STRENGTH...

June 21, 2013 2 Comments
I asked for strength....
And ALLAH gave me DIFFICULTIES to make me strong.
I asked for wisdom....
And ALLAH gave me PROBLEMS to solve.
I asked for prosperity....
And ALLAH gave me BRAINS and BRAWN to work.
I asked for courage....
And ALLAH gave me OBSTACLES to overcome.
I asked for love....
And ALLAH gave me TROUBLED PEOPLE to help.
I asked for favors....
And ALLAH gave me OPPORTUNITIES.

"I received nothing I wanted..... But I received everything I needed..." (PAIN AND SACRIFICES).
Live life without fear; confront all obstacles and hurdles AND you can overcome them.

Rahsia DAHI lelaki.

June 21, 2013 2 Comments
Rahsia DAHI lelaki. | Assalamualaikum wbt.... Dahi oh dahi, jangan tak sangka yang bentuk dahi berkaitan dengan personaliti lelaki. Haha, kali ini cikla nak share more about man hanya untuk pengetahuan semua wanita dekat luar sana mengenai lelaki idaman mereka. Sebelum tu, cikla nak habaq yang ini hanya ramalan dan ia tak semestinya betul. Ia sekadar membantu anda semua membuat pilihan... jeng jeng jeng... Jom ketahui Rahsia DAHI lelaki... 

Rahsia DAHI lelaki.


Pertama, dahi lebar atau dahi jenis XL. Huhu, dah macam baju lak, ada saiz bagai. Oklah, lelaki dahi macam ni adalah jenis lelaki yang tak suka busybody, iaitu tak suka campur atau sibuk hal orang lain. Mereka juga seorang yang berjimat cermat. Tapi, ada kelemahan pula lelaki jenis ni, iaitu berat mulut untuk memulakan perbualan. Jenis pendiamlah ni. Sikap begini kadang-kadang sering disalah anggap sebab orang ingat dia sombong.

Kedua, dahi yang punya juntaian anak rambut. Lelaki sebegini adalah jenis pemurah tak kira dari segi tenaga, duit dan apa saja. Akan tetapi, kelemahan mereka ini adalah mudah cair dengan pujuk rayu wanita dan sering jadi mangsa atas kebaikan yang mereka buat. *Emm, orang senang nak ambil kesempatanlah ni ye. 

Ketiga, dahi berbentuk hati atau seakan-akan huruf M. Biasanya mereka ini seorang yang murah rezeki, kreatif sebab suka berfikir dan berimaginasi. Akan tetapi, kelemahan mereka adalah tak pandau simpan rahsia. Kira macam mulut tempayanlah ni. *Emm, lagi bahaya lelaki camni...

Rahsia DAHI lelaki.
Rahsia DAHI lelaki. Sumber Google.

Keempat, dahi jendol iaitu kelihatan sedikit menonjol dengan permukaan yang luas. Mereka sebegini biasanya adalah bertanggungjawab, rajin, aktif,  cerdas dan bijak. Tapi, kelemahan mereka ini pula adalah kurang keyakinan diri dan jika bercinta, dia leka dengan dunia cintanya, seolah-olah dunia ini hanya dia yang punya.

Kelima, dahi bersegi iaitu berbentuk seakan-akan petak. Lelaki sebegini dianggap seorang yang tekun, rajin dan mudah memberi tumpuan terhadap sesuatu hal. Akan tetapi, mereka ini suka memilih bulu dan tak pandai bergaul.

Keenam, dahi sempit iaitu mempunyai dahi yang penuh dengan anak rambut. Mereka ini seorang yang sangat berdikari, tak mudah putus asa dan cerdik. Menariknya, lelaki ini tak mempunyai banyak kelemahan tapi susah nak cari pasangan hidup.

So,  macam mana? Menarik kan? Selepas ini berjaga-jagalah wahai wanita jika anda mahu mencari teman. Kesimpulannya, terimalah pasangan kita seadnya kerana setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. Hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Sempurna...


*Sumber Majalah Wanita Mei 2013.

Lelaki beruniform.... MACHO ke?

June 21, 2013 1 Comments
Lelaki beruniform.... MACHO ke? | Assalamualaikum dan salam Jumaat yang penuh rahmat. Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan rezeki yang melimpah-ruah... Amin. Sudah lama cikla tak wrote something kat belog ni. Al-maklumlah.. busy ler katakan.. hahaha.. Hari ni cikla dan share sikit mengenai keMACHOan lelaki yang beruniform. So, lelaki beruniform.... MACHO ke?? 

Pertama sekali, cikla rasa rupa paras tu dinilai dari segi penampilan. Tak kiralah rupanya hensem ke, kurang hensem ke, ala2 sederhana gitu, tapi kalau penampilannya tiptop, terserlahlah keMACHOan dan kesegakan jejaka tersebut. Selebihnya, ia akan dinilai dari segi cara berpakaian, karakter dan lain-lain. Ada orang cakap, MACHO tu adalah sangat subjektif. Macam orang menilai kecantikan juga. Ia terpulang pada orang yang menilai dan juga pada peribadi seseorang yang dinilai. Selain itu, seseorang yang beruniform sudah pasti menitikberat soal kekemasan diri dan pakaian.

Lelaki beruniform.... MACHO ke?


Lelaki beruniform.... MACHO ke??
Lelaki beruniform.... MACHO ke?  Sumber Google.


Uniform juga melambangkan keseragaman. Ia melahirkan semangat jiwa yang kental selain nampak segak. Di samping itu, disiplin yang diterapkan akan mencerminkan keperibadian anggota tersebut. Jadi, ketika di waktu luar bertugas dan berpakaian biasa sekalipun, mereka akan memastikan pakaian yang dipakai kemas dan terjaga. Ini memancarkan imej diri yang bersih.


Lelaki beruniform.... MACHO ke??
Lelaki beruniform.... MACHO ke? Sumber Google.


Selain dari itu, berpakaian uniform, bukan sahaja nampak macho, tetapi ia sebenarnya mempamerkan keadaan diri yang rapi, lebih berprotokol, berdisiplin dan imej yang tiptop. Sesetengahnya berpendapat, macho itu adalah seorang yang gentlemen, mempunyai jati diri ketimuran, hormat antara satu sama lain, matang dan bijak. Ini akan menyerlahkan lagi keMACHOan seseorang itu.


Lelaki beruniform.... MACHO ke??
Lelaki beruniform.... MACHO ke? Sumber Google.


Kesimpulannya, cikla rasa beruniform atau tak bukan soalnya. Apa yang penting, seseorang itu tahu menjaga ketrampilan diri dan imej yang baik serta kemas. Jangan mencari alasan untuk tidak kelihatan kemas, segak dan macho hanya kerana anda bukan anggota beruniform. ❤❤❤ 


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.