30 March 2013

Peace!

March 30, 2013 2 Comments
Peace! | Assalamualaikum..... Salam untuk semua. Terlebih dahulu terima kasih daun keladi pada yang sudi membaca blog ini. Emmm.... bercakap pasal keamanan, peace no war semua org nakkan negaranya aman damai dan makmur sejahtera. Tapi, kebelakangan ini kita dengar macam2 pergolakan. Yang paling menyedihkan adalah kes pencerobohan di Lahad Datu. Negara kita yang tercinta ini dulunya aman damai sudah tercalit sedikit " kekotoran".


Peace!
Gambar hiasan.

  
Perjuangan para perajurit negara kita yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara ini amatlah kita sanjungi. Keberanian mereka amat kita kagumi. Terima kasih pahlawan negara. Jasamu tetap dikenang sehingga bila2. Kalau sebelum ini kita hanya membaca, melihat, dan mendengar negara2 lain yang bergolak, tidak aman, malah berperang sana sini. Dan sekarang ini, negara kita tercinta ini mengalaminya.


Peace!
Gambar hiasan.


Walaupun tidak  seteruk negara lain pergolakannya tapi kita mestilah sentiasa berwaspada dan dan menghapuskan semua penceroboh even pengganas sekalipun agar keamanan negara kita dapat dikembalikan. I proud to be MALAYSIAN! Waallahualam...

Kehidupan...LIFE

March 30, 2013 1 Comments

Gambar hiasan.


Tiap orang inginkan kehidupan yang sempurna.

Tidak kiralah dari segi apapun.

Tapi, hakikatnya tiada yang sempurna.

Yang Maha Sempurna hanyalah Allah SWT.

Walaupun begitu kita wajib mensyukuri apa yang kita ada sekarang dan hargailah ia!

18 March 2013

MUHASABAH DIRI.

March 18, 2013 1 Comments
Assalamualaikum wbt....

MUHASABAH DIRI. | Jom baca pantun nasihat ni....

Buah rambutan di luar pagar,
Ambilkan sabit tolong kaitkan,
Apa salahnya dunia dikejar,
Akhirat pula jangan dilupakan.

Amboi tingginya si matahari,
Anak lembu mati tertambat,
Setiap hari muhasabah diri,
Cepatlah cepat sebelum terlambat.

Jika runtuh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kita ini hambaNya belaka,
Tiba masa pasti dikembalikan.

Tolak papan tarik papan,
Biji keranji dalam perahu,
Hal duniawi kita mahu ke depan,
Hal akhirat kita buat tak tahu.

Tanam kelapa rapat-rapat,
Biar ayam tak boleh lari,
Bertaubatlah kita selagi sempat,
Sedarlah di bumi siapa kita berdiri.


Semoga bermanfaat... Sekian dulu, wassalam.....

14 March 2013

Jangan Kesali.

March 14, 2013 2 Comments
Assalamualaikum.... 

Jangan Kesali. | Jangan sesekali menyesali apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Setiap perkara yang terjadi tidak kira baik atau buruk pasti ada hikmah disebaliknya. Allah SWT tidak akan memberikan dugaan jika hambanya itu tidak boleh menghadapi. Setiap dugaan yang diberikan pasti dapat dihadapi jika kita selalu memohon pertolongan dan petunjuk dariNya. Jangan sesekali menyesali semua tindakan yang telah kita lakukan. Tindakan yang diambil berteraskan akal fikiran yang sihat dan waras pasti lebih baik.


Gambar hiasan.


Apa saja yang terjadi selepas itu, redhalah kerana sesungguhnya Allah SWT lebih mengerti dan tahu. Waallahualam!

Anak - Amanah Allah SWT

March 14, 2013 1 Comments
Assalamualaikum.... 

Anak - Amanah Allah SWT | Anak yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam rumahtangga umpama berlian yang menyinari. Anak-anak yang lahir umpama sehelai kain putih yang suci dan bersih. Kitalah sebagai ibu dan ayah yang bertanggungjawab mencoraknya. Jangan sesekali menyesali dan menidakkan anak-anak ini kerana sesungguhnya merekalah yang akan mendoakan kita masa kita tua kelak. Sayangilah mereka dengan sepenuh jiwa raga. Waallahualam!


Gambar hiasan.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.