22 April 2013

Memang tak boleh lupa....

April 22, 2013 2 Comments
Assalamualaikum dan selamat malam semua. 

Memang tak boleh lupa.... | Masa landing macam ginilah yang paling best. Sambil-sambil tengok kerenah anak dan layan vcd, tetiba lak cikla nak wrote something kat sini... satu pengalaman yang cikla tak boleh lupa sampai bila-bila, iaitu pengalaman melahirkan! Sebenarnya hari ini cikla dapat anak buah baru. Anyway, tahniah untuk adikku dan isteri, encik khairis dan puan ekin sebab baru aje menimang cahaya mata sulung diaorang. Baby boy, 3.2 kg dan namanya khalish aqeef. Bila dah jadi mama dengan ayah, bertambahlah tanggungjawab espeacially si suami.... Emmm.... bila dengar orang sakit nak bersalin, automatik cikla teringat kenangan mase cikla bersalin puteri2 cikla. Melahirkan dua anak, pengalaman memang berbeza. Masa melahirkan si kakak, NUR BATRISYIA ZULAIKHA memang obviously macam2 perasaan bercampur-aduk. Gembira, berdebar, takut...... semua ada. 


Gambar hiasan.


Masa mengandungkan si kakak, cikla overdue... lewat seminggu dari tarikh bersalin. Apa lagi, kena induce ler. Sehari sebelum bersalin tu, tidur kat wad semalam. Lepas subuh keesokan hari, masuk labour room, doktor check dan dah bukak 2 cm, then doktor pecahkan air ketuban. Lepas air ketuban pecah, memang tak sakit. Tapi, bila nurse induce ubat, serta-merta sakit. Kontraksinye memang tak dapat gambarkan camna rasanya. Ye lah, baby first, pengalaman memanglah zero. Tak tahu apa pun. Nak push pun tak pandai. Mujurlah, doktor dan nurse masa tu bagi sokongan dan teach me. Tq so much nurse dan doktor Hospital Banting. Malu memang dah tak boleh nak fikir dah. Yang cikla fikir masa tu, nak cepat-cepat melahirkan dan excited nak tengok muka baby. Akhirnya, pukul 10.10 pagi, lahirlah baby cikla yang pertama. Berat 3.6 kg. Bila tengok muka baby, hilang semua rasa sakit. Itulah yang paling tak boleh lupa.

Puteri cikla yang kedua pula, senang sikit masa bersalinkannya. Mungkin dah ada pengalaman masa melahirkan yang pertama. Yang kedua ni awal sikit dari due date. Hihi tak sabar nak tengok dunia agaknya. Sebelum bersalin, sempat lagi berjalan-jalan. Balik dari berjalan, rasa sakit dan hubby terus hantar pergi hospital. Sampai-sampai terus masuk labour room, doktor check dah bukak 10 cm, memang time to deliver. Pecah aje air ketuban, terus rasa sakit dan kontraksi makin kuat. Pukul 6.10 petang, lahirlah puteri kedua cikla, NUR FARISYIA DAMIA. 

Sebenarnya nikmat melahirkan ni memang indah. Sakit yang mengasyikkan. Hehe.... Lahirnya anak ke dunia umpama kain putih, kitalah sebagai mak pak yang mencorakkannya. Anak juga adalah permata dan amanah yang dikurniakan untuk kita hargai dan sayangi. Suami pun hargailah pengorbanan isteri semasa melahirkan anak-anak anda. Memang tak ada tandingannya. Waallahualam.....

PRU OH PRU!

April 22, 2013 3 Comments
Assalamualaikum dan salam sayang semua. Salam 1 Malaysia! 

PRU OH PRU! | Hari ni hari isnin, 22hb April 2013. Ada lebih kurang seminggu lebih lagi kita akan mengundi. Sekarang ni pun, sana-sini sudah meriah dengan bendera2, slogan2, dan macam2 flyer parti2 yang bertanding. Hatta, sebelum penamaan calon lagi, sudah ada bendera2 parti diletak disana2 untuk meraih sokongan. Kali pertama cikla mengundi tahun 2008. Dan tahun 2013 ni, tahun kedua. Syukur alhamdulillah, kerana Allah SWT memberikan kesempatan lagi untuk cikla mengundi. Bagi cikla, mengundi memang hak kita sebagai rakyat dan negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Siapa yang akan memerintah negara, semuanya ditentukan oleh rakyat. Jadi, sebagai rakyat yang bertanggungjawab buatlah pilihan yang bijak agar keharmonian negara dapat dikekalkan.

Sebenarnya kita kenalah pilih pemimpin yang boleh buat kerja, ataupun yang pandai cakap pandai buat. Jangan yang pandai cakap tak serupa bikin! Dari situlah rakyat menilai. Kalau cikla, cikla perlukan seorang pemimpin yang berwibawa dan boleh menjadikan negara kita yang tercinta ini lebih maju dan gah di mata dunia. Cikla sayangkan Malaysia ini. Selama ini cikla memang bersyukur sangat sebab dilahirkan di negara ini. Negara yang aman, damai, makmur dan sejahtera. Bila dengar pergolakan dan perang yang berlaku di negara luar, cikla jadi seriau dan takut...kebebasan yang kita ada sekarang ini mestilah kita hargai.

Wahai anda2 di luar sana, buatlah pilihan yang bijak dan terbaik. Kita perlukan pemimpin yang boleh membela nasib rakyat dan sentiasa sedia mendengar semua masalah dan rintihan rakyat.... ingat tu, pilih ikut akal fikiran yang waras, jangan ikut hati dan nafsu....takut tersalah pilih, menyesal tak sudah. SELAMAT MENGUNDI! Waallahualam...

~dalam hati cikla tetap yang satu itu.. dulu, kini dan selamanya~

18 April 2013

Dah lama dah!

April 18, 2013 0 Comments
Assalamualaikum dan good evening everyone...

Dah lama dah! | Emm... petang2 camni tengah santai2 sambil tidurkan anak cikla rasa macam nak story somethin'... Mesti kawan2 dan family cikla macam tak caya yang cikla punya blog. Sebenarnya cikla dah lama nak buat blog dan menulis, sejak zaman skool lagi. Tapi, disebabkan tak ada masa dan gajet2 canggih manggih tak ada pada masa tu, hasrat terkubur macam tu aje. Cikla memang minat menulis, bermonolog tapi tu suka2 aje... Then, bila masuk matrikulasi and universiti, tak ada masa pulak. Busy dengan study, assingment, discussion, tutorial and presentation. Lepas tu, get married dan jadi full house wife barulah ada kesempatan nak berkarya. Cewah.... memula tu cam malu gak, ye la takut komen2 orang yang baca entri kita. Tapi, tu semua tak penting. Selagi cikla ada idea yang nak ditulis dan dikongsi, cikla akan tulis. Biaq pi la orang nak kutuk ke, keji ke... hehe...


Gambar hiasan.


Walauapapun, cikla akan menulis bila ada masa dan topik best nak kongsi. Ini semua bukanlah nak tunjuk bagus tapi tak salah kalau kita nak berkongsi benda yang baik dengan orang lain kan??? Waallahualam.....

***walaupun orang tak baca dan komen entri cikla, cikla akan terus menulis***

Diet cinta : supaya si dia tetap lekat!

April 18, 2013 0 Comments
Diet cinta : supaya si dia tetap lekat! | Assalamualaikum dan salam mesra. Sebelum itu, mari kita sama-sama bersyukur kepadaNya kerana masih lagi bernafas hari ini. SYUKUR YA ALLAH! Emm, hari ni cikla nak kongsi pasal diet. Bukan diet nak kurus ye, tapi diet cinta. Diet dalam memantapkan hubungan kita dengan pasangan kita. 

Tips ni cikla ambil dari sebuah majalah dan cikla rasa menarik untuk dikongsi. Dalam hubungan suami isteri, mesti si isteri nak suaminya mencintainya sepenuh hati, dan begitu juga dengan si suami yang kena belajar macam mana nak menyuburkan cinta supaya ia selalu segar dan tak bosan.

Cikla tak lah nak cakap yang perkahwinan cikla ni perfect, tapi cikla bahagia sangat dengan suami dan anak-anak tersayang. Setiap hubungan pasti ada pasang surut dan dugaan. Itu lumrah! Walauapapun, cikla bersyukur. 

Diet cinta : supaya si dia tetap lekat!


Hadapilah stress dengan bijak. Maknanya, janganlah tegang sangat kalau ada masalah yang datang. Cuba hadapi dan ubati dengan cara yang paling senang iatu buat pasangan kita ketawa. Senyuman memang ada magic yang buat orang panas menjadi sejuk dan orang bengang menjadi cool. Senyum tanda positif dan redha!

Selalu ucap terima kasih. Jangan segan dan berat mulut. Apa salahnya kan, isteri kita dah masak penat2, kita just say "tq sayang". Tengok, isteri yang penat pun boleh senyum lebar bila dengar suaminya cakap camtu. Rasa dihargai. Lagi satu, jangan lupa ucap terima kasih pada Allah SWT, dengan bersyukur. Syukur tanda hargai semua pemberianNya.


Diet cinta : supaya si dia tetap lekat!
Diet cinta : supaya si dia tetap lekat! Sumber Google.

Selalu memaafkan. Bersihkan hati dari rasa dendam, marah dan geram. Ini semua bukannya tanda kita ni lemah dan orang boleh pijak kita. Tapi, dengan maaf orang akan respect kita dan ia dapat pelihara serta bersihkan hati kita. Kesannya, jiwa sentiasa tenang...

Be +ve, jangan asyik bersangka buruk dan was-was dengan pasangan. Nak cemburu boleh, tapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempat. Jangan sampai cemburu buta...

Jauhi sikap kedekut. Apa salahnya sesekali tu rai cinta dengan kemewahan. Espeacially si suami. Ajak isteri sambut aniversarry perkahwinan atau birthday dekat restoran mahal ke. Tak pun hadiahkan isteri barang yang mewah ke. Sesekali tak apa kan? Harta yang ada dibelanjakan untuk isteri tercinta, memang dituntut. Tapi, janganlah over sangat. Biarlah di bawah kemampuan.

So, cikla harap tips ni dapat dimanfaatkan oleh kita khususnya yang dah kahwin. Walaupun kita dah kahwin bertahun-tahun, tak salah kita sentiasa berkelakuan macam kita cintan-cintun dolu-dolu.... ❤❤


*saya suka, saya suka*

17 April 2013

Susahnya Lelaki Nak Minta Maaf. Betul ke?

April 17, 2013 3 Comments
Susahnya Lelaki Nak Minta Maaf. Betul ke? | Assalamualaikum wbt... Emm... cerita pasal maaf ni, teringat cikla dengan lirik lagu cerita Pendekar Bujang Lapok.. "maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami. Berapa kali maaf daa"... Hehe, kelakarkan cerita tu.. Susahnya Lelaki Nak Minta Maaf. Betul ke? Walaupun dah terang-terang dah dia yang salah. Bukan nak mengata kaum adam ni, tapi cikla rasa macam betul je. Lelaki susah nak minta maaf. Susah sangat nak keluarkan kata "i'm sorry" ... keluar dari mulut dema ni... Apa sebabnya ek? 

Sebenarnya adalah sebab EGO... inilah penyebab kenapa susahnya lelaki nak minta maaf. Maaflah kalau statement cikla ni buat lelaki kat luar sana marah. Tapi, rasanya ini betul kan?? Ada yang kata, lelaki susah nak ketepikan ego diaorang espeacially berkaitan dengan maaf walaupun sedar salah sendiri. Sebab egonya lagi tinggi dari perempuan. Tapi, ada juga sesetengahnya yang mudah melafazkan maaf, tak berat mulut!

Susahnya Lelaki Nak Minta Maaf. Betul ke?


Susahnya Lelaki Nak Minta Maaf. Betul ke?
Susahnya Lelaki Nak Minta Maaf. Betul ke? Sumber Google.


Ermm... ada pulak yang cakap lelaki punya cara tersendiri nak minta maaf. Tak semestinya dengan kata-kata. Contohnya, ajak makan, ajak tengok wayang dan belikan barangan untuk pasangan. Semua itu nak mengaburi kesalahan yang dilakukan. Betul atau tak, cikla pun tak pasti. Itu kena tanya lelaki... hehe.. 

Apapun,  cikla rasa tak salah kalau lelaki minta maaf pada pasangan atau sesiapa pun, tapi biarlah kena pada tempat dan situasinya. Kadang-kadang lelaki buat camtu sebab nak bagi pengajaran pada pasangannya. Tapi janganlah kejam sangat. Bukan luak pun nak cakap maaf. Just say "sayang, I'm sorry.. please forgive me"...... Hati yang panas terus jadi sejuk bila dengar kalimah keramat tu..... 

Ucapan maaf bukan bererti kita mengalah dan lemah tapi menjadikan kita lebih kuat dan berhati-hati di masa depan!

Betul ke lelaki manja merimaskan?

April 17, 2013 0 Comments
Betul ke lelaki manja merimaskan? | Assalamualaikum wbt... Ehem... best tak title entry cikla kat atas nu? Mesti ada kaum-kaum adam yang tak setuju kan? Jangan nak nafikan ye, memang ada lelaki camni kat dunia ni. Lagi manja dari perempuan pun ada tau! Kalau sebelum ni kita selalu dengar yang sikap natural seorang lelaki sejati itu adalah TEGAS, MELINDUNGI WANITA DAN BERPENDIRIAN TETAP. Tapi, tak semua yang ada sifat cam cikla tuliskan tadi. Sebab apa? Sebab ada sesetengah kaum adam ni yang peelnya manja dan keanak-anakan. Betul ke lelaki manja merimaskan? 

Bagi cikla, nak manja boleh aje. Tapi, janganlah keterlaluan sangat sampai merimaskan orang sekeliling. Orang pun jadi menyampah nak melayannya. Kalau cikla sendiri pun, naik meluat lak menengoknya.. hehehe... Ada yang cakap, lelaki manja ni pemalu orangnya. Tapi, biarlah kena pada tempatnya.

Rasullullah SAW sendiri manja dengan isteri tapi tak adalah sampai berlebih-lebihan. Emm... ada pula yang cakap anak bongsu ni manja. Sebab kebanyakan mereka dibesarkan dengan penuh kemanjaan oleh mak pak dia. Apa nak semua dapat. Dah terbawa-bawa sampai ke besar. Agaknya nakkan perhatian kot. Tapi, rasanya, cikla tak boleh nak nafikan statement ni. Sebab, hubby cikla la pun anak bongsu. So, memang kadang-kadang 'he act like a kids...' tapi, sometimes je...

Ada juga yang cakap, lelaki jadi manja sebab pengaruh, espeacially dia anak bongsu dan kesemua adik-beradiknya perempuan. Mungkin, dia terikut-ikut dan terbiasa di manja oleh kakak-kakaknya. Jadi, kemanjaannya terbawa-bawa bila dia dengan kawan-kawannya.

Betul ke lelaki manja merimaskan? 


Betul ke lelaki manja merimaskan?
Betul ke lelaki manja merimaskan? Sumber Google.


Kalau dah manja, mesti lelaki macam ni lebih sensitif dan teliti. So, agak susah nak berkomunikasi dengan golongan camni. Ye la, sikit-sikit merajuk. Jadi, pasangannya kenalah pandai pujuk ye.. kalau tak, tak adalah boyfriendnya asyik muncung. Hehe.

Emm.... cikla rasa lelaki camni kenalah cari pasangan yang lebih matang dan sabar layan kerenah. Tapi, kalau dah dapat pasangan yang sabar, awak tu janganlah over dan lebih-lebih pulak manjanya. Lama-lama orang pun boleh bosan.

Ingat tau!! Waallahualam...

Antara MEMBERI dengan MENERIMA!

April 17, 2013 0 Comments
Assalamualaikum semua... 

Antara MEMBERI dengan MENERIMA! | Hari ni dah hari rabu. Kejap je masa berjalan. Pada yang leka, mesti tak sedar begitu cepatnya masa pergi meninggalkan kita. Masa yang dah pergi tak mungkin kita dapat ulang atau rasai lagi. Apa yang penting masa hadapan yang bakal dan akan kita tempuhi. Ehem... kali ni rasanya cikla nak cerita pasal hal memberi dan menerima. Ada yang cakap "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima".. Rasanya macam betul je kata2 tu. Cikla ada terbaca satu artikel yang menulis mengenai ini. Dalam artikel tu ada tertulis satu hasil kajian mengenai kelebihan sikap pemurah akan memberi keceriaan dalam hidup kita. Orang yang menderma tak kiralah menderma kepada orang lain sebagai hadiah atau amal akan lebih happy berbanding dengan orang yang menghabiskan wang untuk diri sendiri. Betul atau tak, cikla pun tak pasti. Tepuk dada, tanya hati!


Sekadar gambar hiasan.

"Satu kebaikan, dibalas sepuluh", itulah ganjaran yang diterima bagi orang yang suka memberi. Kalau kita kaya belum tentu bahagia dan miskin pula bukan ukuran miskin semuanya. Miskin harta tapi kaya hati. Itu lebih baik kan?? Ia melambangkan kekayaan hati sebab hanya mengharapkan redha Yang Maha Esa. Jadi, marilah kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik. Bukan nak tunjuk baik, tapi sekurang-kurangnya kita ada niat nak jadi baik. Manfaat untuk diri cikla dan semua!

Waallahualam...

15 April 2013

Macam-macam ragam...

April 15, 2013 1 Comments
Assalamualaikum.... Eloo.. salam isnin... 

Macam-macam ragam... | Hehee... pejam celik, pejam celik sekejap je masa berjalan. Bulan April dah sampai setengah bulan dah. Cepatnya masa berlalu. Tengah-tengah duduk santai2 ni, terasa macam nak update something kat sini. Emmm... sekarang ni cikla kat kampung. Dari kampung ke kampung. Memang tak boleh nak nafikan suasana kampung memang mendamaikan. Tak macam kat bandar. Asyik sibuk je, riuh rendah dengan bunyi kenderaan dan dengan manusianya lagi, yang macam2 ragam. Hari tu, masa cikla nak balik kampung ni, cikla singgah kat satu shopping complex ni. Sambil2 tunggu hubby cikla menyetelkan kerjanya, cikla lepak2 la dengan anak2 cikla. Saja nak tengok ragam manusia dan macam2 fesyen yang digayakan.

Macam2.... ada sesetengahnya fesyen kira oklah. Tapi, ada pulak fesyennya entah apa2 entah. Pelik dan kelakar. Bukannya nak gelakkan or nak komen gaya orang, tapi kalau nak berfesyen tu biarlah kena gaya dan tempat. Jangan sampai jadi MANGSA FESYEN. Buat diketawakan di orang aje. Cikla sendiri pun bukanlah pandai sangat nak jugde orang dan tak ada lah pandai sangat dalam fesyen2 ni. Cikla pakai ikut sesuai dan cantik di badan. Tapi, janganlah sampai over pulak. Sentiasa ikut perkembangan ya'... Waallahualam..

13 April 2013

Jangan pandai cakap ya....

April 13, 2013 1 Comments
Assalamualaikum. Salam hari Sabtu yang indah ini. 

Jangan pandai cakap ya.... | Emmm, pagi2 camni, lepas breakfast sambil2 buai anak, cikla rasa macam nak wrote something. Sindrom pandai cakap je, rasanya macam dah menular je dalam masyarakat kita ni. Sebab apa cikla cakap camtu? Sebab rasanya cikla sendiri pun pernah terkena. Huh... ada setengah orang, cakap bukan main lagi. Pung pang pung pang, bla bla bla. Tapi habuk pun tak ada. Orang kata apa, "cakap tak serupa bikin"... Ini tak termasuk janji itu ini.... tapi bila tiba nak tunaikan, mulalah bagi macam2 alasan. Itu lah, ini lah. Orang camni memang hangin satu badan je kalau melayannya. Boleh jadi orang munafik tau, sebab orang munafik ni pandai janji je, tapi tak pandai nak kotakan.... Nauzubillah!


Gambar hiasan.

So, pada semua janganlah kita jadi camtu. Kalau rasa2 tak boleh nak tunaikan, jangan berjanji. Kalau rasa2 tak boleh nak buat, jangan cakap. Jadilah orang yang jujur. Orang yang jujur disayangi ramai. Tak percaya? Cubalah buat..... Waallahualam...

Reti menghargai!

April 13, 2013 1 Comments
Assalamualaikum... 

Reti menghargai! | Hai.. ahlan wasahlan.. selamat menyinggah di blog cikla. Anak-anak pun dah tidur, mata pulak tak mengantuk sangat, jadi rasa macam nak update something kat sini... Emmm... menghargai, dihargai dan penghargaan. Lain maksudnya. Menghargai maknanya kita menghargai orang. Dihargai maknanya orang menghargai kita. Dan penghargaan pula maknanya tanda contohnya sijil penghargaan. Jadi, yang cikla nak tekankan kat sini adalah reti MENGHARGAI! Tak kiralah menghargai cinta, kasih sayang, orang-orang disekeliling kita dan kerjaya kita. Semuanya kita kena hargai. Sesetengah manusia ni, kalau dah depan mata tak pandai nak hargai. Buat tak tahu je. Tapi, bila dah tak ada barulah menyesal. Menangis tak ingat dunia. Terhegeh-hegeh nak minta simpati dan yang paling dashyat giler, meroyan satu badan.


Gambar hiasan.


Memang orang cakap, ala dah fitrah manusia gitu. Tapi, sebenarnya diri kita sendiri yang kena sedar. Hargai orang lain kalau kita nak orang lain menghargai kita. Pada yang dah berkahwin tu, hargailah suami or isteri anda. Anak-anak pula, hargai mak pak kita. Jangan pula nanti bila mereka dah tak ada, barulah menyesal tak sudah. Masa tu, sudah takde gunanya. So, marilah kita sama2 ingat mengingati. Waallahualam...

09 April 2013

Gagalkah aku??

April 09, 2013 1 Comments
Assalamualaikum.. 

Gagalkah aku?? | Gagal.. fail... tak berjaya.. tak menjadi.. huh, semua orang takut dengan perkataan ni. Kalau boleh, apa aje yang kita buat kita nakkan kejayaan, success! Siapa aje yang suka gagal kan?? Ada orang kalau dah sekali buat tu, gagal mulalah give up. Dah taknak cuba lagi. Malas kalau cuba, gagal lagi. Ada pulak setengahnya yang tak serik. Gagal, cuba. Gagal lagi, cuba. Sampai jadi. Orang camni lah kita nak.


Gambar hiasan.


Biasalah kan, tak semestinya kita try sekali, terus jadi. Sebenarnya ini akan buat kita terus usaha, sebab kalau kita nakkan sesuatu tu mesti kita sungguh2. Cuba tengok picture kat bawah nu. FAIL means FAIL ATTEMPT IN LEARNING! Menarik kan maksudnya. Kegagalan adalah pengajaran. Jadi, janganlah kita jadikan gagal itu sebagai sebab kita nak putus asa. Terus berusaha sampai kita dapat apa yang kita nak. Waallahualam...

~USAHA, TAWAKAL, DOA~

08 April 2013

Resepi Awet Cinta.

April 08, 2013 1 Comments
Resepi Awet Cinta. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Kali ini cikla nak kongsi sikit resepi awet cinta, bukan awet muda tau. Biasalah kan dalam hubungan espeacially dalam perkahwinan mesti ada pasang surut, dugaan, ujian dan masalah. Tapi, janganlah sesekali kita jadikan semua tu alasan kita nak reduce rasa cinta kita pada isteri or suami kita. Bagi yang selalu fikir +ve, mesti anggap ini semua sebagai penguat ikatan apatah lagi kalau penyebabnya hal remeh- temeh je. Jangan layan sangat okey!


Resepi Awet Cinta.
Resepi Awet Cinta. Gambar hiasan.


Resepi Awet Cinta.


Tips ni memang berguna sangat, bagi cikla ia menarik dan penting nak pastikan supaya kasih, sayang dan cinta terhadap suami or isteri kita makin utuh sejak dari dulu, kini dan selamanya.

  • Tips 1:- PUJIAN ~ mesti best kan kalau suami or isteri kita selalu puji kita. Tak kiralah puji masakan kita, penampilan kita, dan lain-lain. Bahagianya rasa. Ada sesetengahnya asyik senyum je sepanjang hari teringat dengan pujian tu. Walau sekecil manapun pujian tu, kalau ikhlas pasti bahagia. 
  • Tips 2:- SEKS = MESTI+WAJIB ~ kalau dah kahwin, yang satu ni mesti, sebab tanpanya terjejaslah kepuasan dalam perkahwinan. Ia juga adalah pengikat rumah tangga, jadi nikmatilah ia dan buat sekerap yang kita inginkan.
  • Tips 3:- BOLEH DIHARAP ~ jadilah suami or isteri yang boleh diharap, lagi-lagi kalau pasangan kita nakkan bantuan. Lagi satu, kalau isteri or suami kita sedih, cuba ceriakan. Tak kisahlah macam mana pun, ketawa adalah penawar duka. 
  • Tips 4:- JANGAN ABAIKAN MASALAH KECIL ~ cuba settlekan masalah yang timbul even masalah kecil pun. Ye la, kecil-kecil lama-lama jadi besar. Betul tak?  
  • Tips 5:- COMMUNICATE ~ penting sangat. Kalau tak suram dan statik je rumahtangga. Macam mana sibuk pun, cuba cari masa bersembang, minta pendapat atau cerita je la apa-apa. 
  • Tips 6:- PERCAYA ~ ni lagi penting. Setia dan percaya. Jangan percaya apa-apa yang negatif tanpa bukti. 
  • Tips 7:- BAIKI CINTA SELALU ~ tengok mana yang kurang, walaupun kita dah rasa bahagia dan selesa dengan hubungan kita. Jadi, makin kukuh hubungan yang ada.

So, mari kita sama-sama mempraktikkan semua tips ni. Biarlah orang kata kita poyo, asalkan hubungan cinta kita dengan pasangan kita bahagia dan gembira. Diaorang jelezzz tu! Hihihi~~~ Waallahualam...

07 April 2013

Kelebihan menyebut kalimah Bismillah.

April 07, 2013 3 Comments
Kelebihan menyebut kalimah Bismillah. | Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.... kalimah yang biasa kita sebut masa nak makan. Ada sesetengah orang menyebut kalimah ini masa nak membuat sesuatu. Betapa besarnya pahala kita menyebut kalimah ini. Sebenarnya cikla nak kongsi satu cerita mengenai kebesaran kalimah ini.



Kelebihan menyebut kalimah Bismillah. Sumber Google.

Kelebihan menyebut kalimah Bismillah.


Begini ceritanya, dikisahkan ada seorang wanita tua yang patuh beragama, tapi suaminya seorang yang fasik dan tak nak buat kebajikan mahupun suruhan yang wajib. Wanita itu sentiasa melafazkan kalimah Bismillah bila nak bercakap dan nak buat sesuatu. Suaminya pula tak suka dengan sikap isterinya. Suaminya selalu mempersendakan isterinya itu tapi isterinya sabar dan berdoa agar suaminya diberikan hidayah oleh Allah SWT. 

Satu hari suaminya memberikan sejumlah duit kepada isterinya dan dia menyuruh isterinya simpan duit tu. Si isteri yang lurus ni ambillah duit tu dan simpan di tempat yang selamat tanpa sedar yang si suami melihat tempat duit tu. Kemudian, secara diam-diam si suami ambil duit tu dan mencampakkannya ke dalam perigi kat belakang rumahnya. 

Lepas beberapa hari, suami panggil si isteri dan meminta semula duit tersebut. Isterinya itu pergilah ke tempat dia simpan duit itu dan suami ikut dari belakang. Si isteri dengan berhati-hati menghampiri tempat itu, dia membuka sambil menyebut 'Bismillahirrahmanirrahim'. Dengan izin Allah SWT, ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail A.S untuk meletakkan semula duit yang telah dibuang suaminya di tempat asal. 

Dengan muka terkejut, si suami berasa bersalah dan mengaku semua kesalahannya. Dia bertaubat dan mula melakukan semua perintahNya dan turut mengamalkan Bismillah dalam kehidupannya.

Tengok…. besarnya kelebihan kalimah Bismillah ni. Jadi, marilah kita sama-sama mula mengamalkan membaca Bismillah dalam urusan kita tak kiralah masa nak makan, minum, pakai baju, nak masak dan lain2. 

Jadikan amalan kita... Waallahualam!

06 April 2013

Maksud pemberian sebuah hadiah.

April 06, 2013 2 Comments
Maksud pemberian sebuah hadiah. | Assalamualaikum semua... Hadiah? Present? Bingkisan untuk yang tersayang? Macam macam istilah kita dengar kan? Tak kira macam mana pun bentuk pemberian itu, semuanya dipanggil hadiah. Biasanya orang bagi present ni bila tiba hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan, tanda terima kasih, tanda ingatan, ole-ole dan sebagainya. 

Sebenarnya, ada maksud yang tersembunyi di sebalik pemberian hadiah itu sendiri. Cikla nak kongsi sikit kat sini maksud tersebut. Menarik juga.

Maksud pemberian sebuah hadiah.


Maksud pemberian sebuah hadiah.
Maksud pemberian sebuah hadiah. Sumber Google.

  • jam tangan - tanda dia ingat kat kita tiap waktu dan masa.
  • cincin - tanda ikatan kasih yang abadi.
  • gelang - tanda mesra.
  • rantai leher - tanda ikatan cinta yang perlukan perhatian.
  • subang - tanda dia menghargai dan hormat kat kita.
  • kasut - tanda dia 'care' dan prihatin kat kita.
  • pakaian/kain - kasih kekal dan dekat selalu.
  • payung - tanda kasih dan sentiasa ingin protect kita.
  • minyak wangi - tanda cinta.
  • bingkai gambar - sentiasa rindu dan tak nak berjauhan dengan kita.
  • buku - sikap open dan tolak ansur.
  • bunga - tanda perkenalan dan sayang.
  • coklat - semanis cintamu.
  • lagu/cd/kad ucapan - abadi cinta.
  • sejadah dan Al-Quran - tanda sayang dunia akhirat.
  • handphone - tanda kita tak boleh jauh dari dia.

Menarikkan? Selama ni kita tak tahu pun maksud di sebalik pemberian yang tersayang pada kita.... dah baca ni, tahu dah kan?

❤❤❤

Macam mana nak kurangkan makan.

April 06, 2013 2 Comments
Macam mana nak kurangkan makan. | Assalamualaikum peeps! Semua orang memang suka makan. Pantang nampak makanan yang sedap-sedap, mulalah nafsu makan tu datang. Tak hairanlah di Malaysia ni memang banyak menu yang sedap-sedap. Setiap negeri mesti ada makanan yang sedap. Kalau tak makan rugi.

Lagi satu, kat Malaysia ni punyalah banyak kedai makanan. Macam cendawan tumbuh. Restoran ala thai la, restoran rasa timur la, dan tak kurang jugak kedai mamak yang banyak gilos kat Malaysia ni. Dan orang Malaysia ni pula memang suka makan. Even, dah tengah malam pun kita tengok kedai-kedai makan meriah dengan orang-orang yang asyik nak makan aje. Hehe.

Bila dah asyik makan, mulalah berat badan naik. Bila dah naik, mulalah risau. Especially, perempuan. Kalau lelaki pulak, diaorang agaknya tak kisah sangat kot. Perempuan, perempuan. Memang kalau berat dah naik mulalah nak diet. Konon-kononnya je tu. Memang ada sesetengah yang betul-betul serius nak menurunkan berat dan berdiet bersungguh-sungguh. Tapi, ada pula sesetengahnya yang awal-asal semangat, lastly malas lak.  Emmm... So, kat sini cikla nak kongsi beberapa tips kalau kita nak kurangkan 'makan' macam diet gak la. Info ni cikla ambil kat majalah kesihatan. Bila baca cikla rasa macam menarik, dan tak salah kan cikla nak kongsikan dengan kawan-kawan semua.

Macam mana nak kurangkan makan.


Macam mana nak kurangkan makan.
Macam mana nak kurangkan makan. Sumber Google.


Tips pertama adalah JANGAN BERLAPAR. Ini bermakna, kita jangan biarkan diri kita terlalu lapar sebab kalau kita terlalu lapar kita cenderung ambil banyak makanan. Makan sikit-sikit tapi kerap, itu takpe. Lagi satu, breakfast memang penting. Sesetengah orang skip breakfast dan ambil lunch terus. Sebenarnya cara ni salah ye kawan2. Ambillah breakfast walaupun segelas susu dan sepotong roti. 

Tips kedua, minum 6-8 gelas air sehari. Lagi banyak lagi bagus. Air memang penting untuk badan kita dan membantu metabolisme badan kita. Air juga bertindak mengurangkan selera makan, sebelum kita mengambil makanan yang berat. 

Tips ketiga, sebelum kita makan, ambil sesuatu yang pahit. Cuba kita minum kopi 1/2 jam sebelum makan. Ini akan membuatkan tekak kita terasa pahit dan isyarat dihantar melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan acid. So, perut kita boleh melancarkan penghadaman dan kita akan rasa kenyang dan tak kan makan banyak.

Jadi, makan memang boleh tapi berpada-padalah. Jangan asyik makan aje sampai memudaratkan diri. 

Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan... ❤❤

Tips menghindari dari jenayah siber.

April 06, 2013 1 Comments
Tips menghindari dari jenayah siber. | Assalamualaikum wbt. Pada zaman yang boleh dikatakan zaman teknologi dan IT, internet dah jadi satu kemestian untuk kita tahu dan belajar mengenainya, sebab ia adalah tempat yang ada macam macam bentuk informasi. Apa je kita nak tahu, semua ada kat internet. Cuma taip dan klik je. Korang nak belajar masak, jutaan resepi ada. Korang nak belajar menjahit, pun ada juga. Even, korang nak belajar serba-serbi, semuanya ada tau!

Selain itu, internet jugak dijadikan alat untuk merapatkan silaturahim. Mana taknya, macam macam laman sosial sekarang ini, dengan FBnya, tweet, myspace, friendster, even blogger ini pun termasuk sekali. Member lama yang berkurun tak jumpa, nah bertemu di sini. Nak cari kawan baru pun boleh.

Bagi cikla,, segala keburukan itu bukannya datang dari internet, sebab kiralah yang buat internet ni jadi buruk dan tak selamat. Kalau yang jadikan internet tempat cari ilmu itu kira oklah. Tapi, ada jugak yang jadikan internet ni sebagai tempat melakukan jenayah. Ishhh ishhh, ada ke patut. Salah guna namanya tu.


Tips menghindari dari jenayah siber.
Tips menghindari dari jenayah siber. Sumber Google.

Sebab tu, zaman sekarang ini, macam macam jenayah siber kita dengar. Kes penipuanlah, tak kira penipuan cinta or wang. Ada jugak yang melakukan pengubahsuaian data komputer, curi maklumat orang lain, berjudi siber, pornografi dan penggodam/hackers. Tapi kan, pada dasarnya jenayah macam ni macam susah je nak dikawal. Sebab apa agaknya ye. Sebab, jenayah macam ni agak susah nak kenalpasti siapa penjenayahnya berbanding dengan jenayah fizikal. Kita susah nak kesan siapa, mengapa, bagaimana dan dari mana sistem kita tu diserang. 

Rang Jaminan yang diperkenalkan meletakkan ia menjamin kebebasan berinternet. So, ini akan menyenangkan penjenayah siber melakukan jenayah mereka. Hanya kita sendiri yang bertanggunjawab pada apa yang kita punya.

Tips menghindari dari jenayah siber.


Ada beberapa tips yang cikla nak share supaya kita tak akan menjadi mangsa jenayah siber.

  • Pertama, kalau ada orang mintak butiran diri korang JANGAN bagi sewenang-wenangnya.
  • Kedua, LENGKAPKAN diri korang dengan ilmu or term dalam teknologi dan IT. So, kita tak akan senang  ditipu dengan istilah yang digunakan.
  • Ketiga, guna PASSWORD yang susah orang nak agak. Kalau boleh, guna password yang panjang berjela pun takpe. Janji orang susah nak teka. Tapi, korang kena pastikan korang ingatlah. Nanti kalau lupa kang haru pulak jadinya. Hihi...
  • Keempat, korang make sure yang SISTEM korang dilindungi. Pakai antivirus, firewall dan lain lain supaya sistem korang susah untuk digodam.
  • Kelima, JAMINAN KESELAMATAN. Shopping secara online memang popular sekarang. So, berhati-hatilah. Pilih syarikat yang terkenal, dan jangan lupa buat research yang terperinci sebelum korang nak bagi maklumat pembayaran, terutama melibatkan duit dan info perbankan korang.

Bagi cikla, kita wajib sentiasa berwaspada dan careful sebab semuanya berada di tangan kita dan kitalah yang menentukannya. Ingat ye semua!

05 April 2013

CINTA!

April 05, 2013 1 Comments
CINTA! | Assalamualaikum semua. Cinta, semua orang memerlukanmu, sebab mungkin ada orang yang tak boleh hidup tanpamu.

Cinta pula banyak kategorinya, cinta sesama manusia, cinta dengan makhluk Allah, cinta dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan cinta yang paling agung dan hakiki, iaitu CINTA KEPADA ALLAH SWT! Ada orang cakap cinta itu buta. Tapi sebenarnya, cinta tu tak buta pun. Yang buta tu sebenarnya manusia itu sendiri. Mana taknya, sanggup berkorban apa sahaja demi cinta. Berkorban harta benda malah ada yang sanggup berkorban maruah diri. Padahal cinta itu belum tentu milik kita yang mutlak. Nauzubillah.

Bila difikir-fikir mengapalah manusia sanggup jadi sampai macam tu sekali. Kita mudah sangat menyerah bila sekali dirayu. Sedarlah, terutamanya kaum perempuan. Jangan sampai kita jadi barang yang mudah untuk dijual beli. Semurah itukah harga diri kita? Biarlah orang kata kita jual mahal, asalkan kehormatan dan mahkota kita yang satu tu terjaga, khas untuk insan yang bergelar SUAMI yang sah! Berbalik kepada konteks cinta itu sendiri, hanya cinta kepada Yang Maha Esa sahajalah yang paling suci, bersih, luhur, murni dan agung. Tak kira kita dalam keadaan susah ataupun senang, Allah SWT tetap bersama kita.

CINTA!


CINTA!
CINTA!

Jadi, wahai kawan-kawanku sekalian.....

'Cinta tidak pernah meminta, tapi sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tapi tidak pernah berdendam. Di mana ada cinta, di situ ada kehidupan. Kebencian membawa kepada kemusnahan.'

'Allah SWT memberi kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang, 2 telinga untuk mendengar dan 2 mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah SWT hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Allah SWT telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.'

Cinta bukan mengajar kita lemah, tapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tapi membangkitkan semangat.
Cinta dapat mengubah yang pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai orang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya, saat terindah adalah berada di sisi orang yang kita cintai! ❤❤❤

~~hargailah apa yang ada dengan kita sekarang daripada mengenangi perkara yang lepas~~

Pentingkan Diri Sendiri - Kikis atau Buang Terus Dari Diri Anda!

April 05, 2013 1 Comments
Assalamualaikum sahabat semua.....

Pentingkan Diri Sendiri - Kikis atau Buang Terus Dari Diri Anda! | Pentingkan diri... selfish... hal kau hal kau, hal aku hal aku memang banyak berlaku pada zaman ini. Golongan sebegini memang tidak senang dengan pencapaian orang lain. Kalau orang berjaya atau senang, dia rasa sakit hati. Selain itu, golongan ini juga memang tidak mempedulikan pendapat orang lain kerana mereka sentiasa merasakan diri dan pendapat mereka betul. Mereka sukar menerima pendapat orang lain dan sukar menerima nasihat atau teguran. Umpama mencurah air ke daun keladi. Bila ditegur mudah melenting! Susahlah kalau nak mengadap orang camni. Serabut otak je.. Setiap orang memanglah ada kekurangannya sendiri. Tapi, bagi orang sebegini memang susah nak mengaku kekurangan diri walaupun dia tau yang dia ada kekurangan. Ini disebabkan oleh sikap tidak mahu kalah dan mahu lebihkan diri sendiri sahaja.



Gambar hiasan ihsan Google

Ada ahli motivasi berpendapat, golongan sebegini wujud hasil daripada didikan pada masa kecil. Sentiasa dapat apa yang dimahukan, dimanjakan dan semua katanya dituruti. Nah, bila dah besar, tengoklah apa yang jadi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya! Kalau dah jadi buluh, kelautlah jawabnyela... Sebenarnya, sikap ini kalau dibiarkan akan menjadikan sikap EGO menebal dalam diri. Mereka langsung tidak boleh bertolak ansur malah asyik memikirkan diri sendiri sahaja. Sikap ini juga akan memberikan kesan jangka pendek dan jangka panjang.


Gambar hiasan ihsan Google.      


Kesan jangka pendek adalah mereka sukar berkongsi tugasan dan sukar mendapat bantuan dari orang lain serta tidak disukai orang. Manakala, kesan jangka panjang pula mereka akan sukar didekati walaupun ahli keluarga sendiri dan akan mudah mendapat penyakit STRESS. Oleh itu kawan2 semua, nak mengelakkannya mudah sahaja. Cuba untuk bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran serta nasihat dari orang lain. Kita juga sentiasa melatih diri menerima pendapat orang lain dan berbincang dari hati ke hati.

Jauhilah daripada sikap pentingkan diri dan hindari EGONISME dan STRESS! Waallahualam...

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.