Maksud pemberian sebuah hadiah.

By Cikla Shahril - April 06, 2013

Hadiah? 
Present? 
Bingkisan untuk yang tersayang? 

Macam macam istilah kita dengar kan? Tak kira macam mana pun bentuk pemberian itu, semuanya dipanggil hadiah

Biasanya orang bagi present ni bila tiba hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan, tanda terima kasih, tanda ingatan, ole-ole dan sebagainya. 

Sebenarnya, ada maksud yang tersembunyi di sebalik pemberian hadiah itu sendiri. Cikla nak kongsi sikit kat sini maksud tersebut. Menarik juga.

  • jam tangan - tanda dia ingat kat kita tiap waktu dan masa.
  • cincin - tanda ikatan kasih yang abadi.
  • gelang - tanda mesra.
  • rantai leher - tanda ikatan cinta yang perlukan perhatian.
  • subang - tanda dia menghargai dan hormat kat kita.
  • kasut - tanda dia 'care' dan prihatin kat kita.
  • pakaian/kain - kasih kekal dan dekat selalu.
  • payung - tanda kasih dan sentiasa ingin protect kita.
  • minyak wangi - tanda cinta.
  • bingkai gambar - sentiasa rindu dan tak nak berjauhan dengan kita.
  • buku - sikap open dan tolak ansur.
  • bunga - tanda perkenalan dan sayang.
  • coklat - semanis cintamu.
  • lagu/cd/kad ucapan - abadi cinta.
  • sejadah dan Al-Quran - tanda sayang dunia akhirat.
  • handphone - tanda kita tak boleh jauh dari dia.

Menarik kan? Selama ni kita tak tahu pun maksud di sebalik pemberian yang tersayang pada kita. Dah baca ni, tahu dah kan?

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Bg hadiah yg paling bermakna!

    ReplyDelete
  2. Bg present tanda ingatan... sblm ni ada yg xtau maksudnya... skng dh tau... nice...

    ReplyDelete