Memang tak boleh lupa....

By Cikla Shahril - April 22, 2013

Masa landing macam ginilah yang paling best. Sambil-sambil tengok kerenah anak dan layan vcd, tetiba lak cikla nak wrote something kat sini. Satu pengalaman yang cikla tak boleh lupa sampai bila-bila, iaitu pengalaman melahirkan! Sebenarnya hari ini cikla dapat anak buah baru.

Anyway, tahniah untuk adikku dan isteri, encik Khairis dan puan Ekin sebab baru aje menimang cahaya mata sulung diaorang. Baby boy, 3.2 kg dan namanya Khalish Aqeef. 

Bila dah jadi mama dengan ayah, bertambahlah tanggungjawab espeacially si suami. Emmm, bila dengar orang sakit nak bersalin, automatik cikla teringat kenangan mase cikla bersalin puteri-puteri cikla. 

Melahirkan dua anak, pengalaman memang berbeza. Masa melahirkan si kakak, NUR BATRISYIA ZULAIKHA memang obviously macam2 perasaan bercampur-aduk. Gembira, berdebar, takut. Semua ada. 

Masa mengandungkan si kakak, cikla overdue, lewat seminggu dari tarikh bersalin. Apa lagi, kena induce ler. Sehari sebelum bersalin tu, tidur kat wad semalam. Lepas subuh keesokan hari, masuk labour room, doktor check dan dah bukak 2 cm, then doktor pecahkan air ketuban. 

Lepas air ketuban pecah, memang tak sakit. Tapi, bila nurse induce ubat, serta-merta sakit. Kontraksinye memang tak dapat gambarkan camna rasanya. Yelah, baby first, pengalaman memanglah zero. Tak tahu apa pun. Nak push pun tak pandai.

Mujurlah, doktor dan nurse masa tu bagi sokongan dan teach me. Tq so much nurse dan doktor Hospital Banting. Malu memang dah tak boleh nak fikir dah. 

Yang cikla fikir masa tu, nak cepat-cepat melahirkan dan excited nak tengok muka baby. Akhirnya, pukul 10.10 pagi, lahirlah baby cikla yang pertama. Berat 3.6 kg. Bila tengok muka baby, hilang semua rasa sakit. Itulah yang paling tak boleh lupa.

Memang tak boleh lupa....
Memang tak boleh lupa.... Kredit Google. 

Puteri cikla yang kedua pula, senang sikit masa bersalinkannya. Mungkin dah ada pengalaman masa melahirkan yang pertama. Yang kedua ni awal sikit dari due date. 

Hihi, tak sabar nak tengok dunia agaknya. Sebelum bersalin, sempat lagi berjalan-jalan. Balik dari berjalan, rasa sakit dan hubby terus hantar pergi hospital. 

Sampai-sampai terus masuk labour room, doktor check dah bukak 10 cm, memang time to deliver. Pecah aje air ketuban, terus rasa sakit dan kontraksi makin kuat. Pukul 6.10 petang, lahirlah puteri kedua cikla, NUR FARISYIA DAMIA. 

Sebenarnya nikmat melahirkan ni memang indah. Sakit yang mengasyikkan. Lahirnya anak ke dunia umpama kain putih, kitalah sebagai mak pak yang mencorakkannya. 

Anak juga adalah permata dan amanah yang dikurniakan untuk kita hargai dan sayangi. Suami pun hargailah pengorbanan isteri semasa melahirkan anak-anak anda. Memang tak ada tandingannya.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. insyaAllah sy pn akn laluinye

    ReplyDelete
  2. Pengalaman melahirkan mesti akan dilalui oleh semua wanita.
    Xleh nk lari.... lainlah pada mereka yg xnk lahirkan or x boleh lahirkan....

    ReplyDelete