Reti menghargai!

By Cikla Shahril - April 13, 2013

Hai ahlan wasahlan. Selamat menyinggah di blog cikla. Anak-anak pun dah tidur, mata pulak tak mengantuk sangat, jadi rasa macam nak update something kat sini. 

Emmm, menghargai, dihargai dan penghargaan. Lain maksudnya. Menghargai maknanya kita menghargai orang. Dihargai maknanya orang menghargai kita. Dan penghargaan pula maknanya tanda contohnya sijil penghargaan.

Jadi, yang cikla nak tekankan kat sini adalah reti MENGHARGAI! Tak kiralah menghargai cinta, kasih sayang, orang-orang disekeliling kita dan kerjaya kita. Semuanya kita kena hargai. 

Sesetengah manusia ni, kalau dah depan mata tak pandai nak hargai. Buat tak tahu je. Tapi, bila dah tak ada barulah menyesal. Menangis tak ingat dunia. Terhegeh-hegeh nak minta simpati dan yang paling dashyat giler, meroyan satu badan.

Reti menghargai!
Reti menghargai! Gambar hiasan.

Memang orang cakap, ala dah fitrah manusia gitu. Tapi, sebenarnya diri kita sendiri yang kena sedar. Hargai orang lain kalau kita nak orang lain menghargai kita. 

Pada yang dah berkahwin tu, hargailah suami or isteri anda. Anak-anak pula, hargai mak pak kita. Jangan pula nanti bila mereka dah tak ada, barulah menyesal tak sudah. Masa tu, sudah takde gunanya.

So, marilah kita sama-sama ingat mengingati. Waallahualam.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Nice entry... ingatan yg bagus..

    ReplyDelete