30 May 2013

D.O.A

May 30, 2013 0 Comments
D.O.A | Assalamualaikum & selamat tengah hari. Ermm, lama sudah cikla tak update sesuatu kat belog ni. So, hari ni cikla nak kongsi satu topik yang menarik sangat. Semoga akan memberi manfaat kepada kita semua. Doa, satu manifestasi yang mewakili syukur dan harapan. Dalam Islam, amalan berdoa amatlah dituntut kerana ia memanjatkan kesyukuran dan pengharapan, menghilangkan kesedihan dan melahirkan sifat kehambaan kepada Illahi.

Nabi SAW bersabda, "Tidak ada sesuatu yang paling mulia dalam pandangan Allah selain daripada berdoa kepadaNya, selain kita dalam keadaan lapang." (Riwayat al-Hakim).

D.O.A
D.O.A. Sumber Google.

D.O.A


Sesungguhnya, Allah amat suka pada hambaNya yang selalu "meminta" padaNya. Orang yang tidak suka berdoa dianggap bongkak dan sombong kepada Allah. Mintalah apa saja dengan Allah kerana sesungguhnya Allah tak akan pernah mengecewakan hambaNya.

Nabi SAW juga telah bersabda,"Siapa sahaja yang tidak berdoa kepada Allah, maka Allah murka kepadanya". (Riwayat at-Tirmidzi).

Berdoa dengan menepati adabnya lebih mustajab. Antara waktu-waktu terbaik untuk berdoa adalah Hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, waktu sepertiga malam yang akhir daripada malam dan waktu bersahur. Selain itu, berdoa juga adalah sangat baik ketika sujud dalam solat, berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan, sebelum dan sesudah mengerjakan solat, semasa jiwa dalam keadaan tenang dan bersih dari gangguan syaitan serta ketika menghadap Kaabah. 

Menurut Imam al-Ghazali, semasa berdoa hendaklah merendahkan suara dengan lafaz dan gaya yang sederhana, tertib serta tepat terhadap perkara yang dihajati. Sebaik-baik lafaz doa adalah sebagaimana pernah dilafazkan Nabi SAW. Tambahan pula, semasa berdoa haruslah khusyuk dan yakin. Ini akan membuatkan orang yang berdoa merasai kebesaran dan kekuasaan Allah di dalam hati kerana doa dalam keadaan lalai adalah sia-sia. Selain itu, sentiasa berprasangka baik terhadap Allah dan yakin Allah akan menerima segala permintaan yang dipanjatkan kepadaNya.

D.O.A
D.O.A. Sumber Google.

Justeru itu, bersungguhlah semasa berdoa. Ulangilah doa itu berulang-kali, khususnya bagi urusan yang sangat dihajati. Jangan lupa menyebut dan memuji kebesaran Allah pada permulaan doa, serta bertaubat sebelum berdoa supaya tenang menghadap Allah kelak.

Kesimpulannya, berdoalah kerana Allah tak pernah jemu mendengar permintaan dan keluhan hambaNya. Jika doanya belum termakbul, jangan mudah putus asa, teruskan berdoa. Waallahualam...


Sumber: Addin-Metro Ahad 2013.

16 May 2013

Wanita dan Kecantikan PALSU.

May 16, 2013 0 Comments
Wanita dan Kecantikan PALSU. | Salam ceria semua. Wanita dengan cantik memang susah nak dipisahkan. Memang dah fitrah cikla rasa. Bagi mereka kecantikan merupakan aset yang amat bernilai dan perlu dipulihara serta "ditambah" dari semasa ke semasa. So, biasalah. Kalau bab tambah-menambah ni, kebanyakan wanita akan menggunakan perhiasan palsu atau tiruan. Di sini, cikla nak kongsi beberapa barangan palsu yang mereka gunakan.

Wanita dan Kecantikan PALSU.


Wanita dan Kecantikan PALSU.
Wanita dan Kecantikan PALSU.

  • Bulu mata palsu - kebanyakannya menggunakannya untuk menambah kecantikan mata mereka. Pada yang bulu matanya kurang lentik, nah dengan bulu mata palsu inilah dapat menjadikan bulu mata mereka lebih lentik dan tebal. 
  • Kanta mata palsu - zaman sekarang memang ada bermacam-macam jenis kanta palsu lebih-lubblagi yang berwarna. 
  • Rambut palsu - ia digunakn oleh wanita yang mempunyai masalah rambut. Tidak kurang juga yang mewarnakan rambut dan potongan mangikut trend. Emm... bertudung kan lebih manis!
  • Gigi palsu - untuk menggantikan gigi2 yang telah rosak atau tercabut. 

Wanita dan Kecantikan PALSU.
Wanita dan Kecantikan PALSU.

  • Payudara palsu - masyaAllah, ada juga yang menggunakan ini. Mereka sanggup membuat pembedahan memasukkan silikon, susuk dan sebagainya untuk membesar dan menegangkan payudara mereka. 
  • Alat seksual dan dara palsu - kalau ini lagi dashyat. 
  • Cinta palsu - hahaha, ini bagi mereka yang pentingkan harta benda dan kemewahan, pangkat serta kuasa. 

Wanita dan Kecantikan PALSU.
Wanita dan Kecantikan PALSU.

Jadi, kesimpulannya tidak salah untuk kelihatan cantik terutama di mata suami yang tercinta. Akan tetapi, janganlah kita mengubah atau menokok tambah apa yang dikurniakan tetapi sebaliknya bersyukur dengan apa yang ada... 


(Sumber: Majalah Perempuan)

Rai dan Hargai.

May 16, 2013 0 Comments
Rai dan Hargai. | Assalamualaikum dan selamat malam.  Cikla sekarang ni tengah bersantai-santai melayan kerenah dua puteri cikla yang aktif. Dah tu tetibe je rasa macam nak update something kat blog ni. Ermmm... rasanya bulan Mei nilah bulan yang paling banyak kita raikan anniversary atau hari yang boleh dikatakan penting gak la. Bermula dengan 1 Mei kita sambut HARI PEKERJA. Kemudian, 12 Mei pulak HARI IBU dan hari ni, 16 Mei HARI GURU.

Kita bukanlah nak mengagung-agungkan hari2 tersebut, tapi ironinya hari2 ini memang disambut setiap tahun. Bagi cikla, kalau hari ibu tu tak payah la nak tunggu 12 Mei every year, tapi kita boleh sambut hari2. Lagipun, pengorbanan ibu terlalu besar dan rasanya tak terbalas segala pengorbanan dan perit-jerih ibu terhadap kita. Sayang mak!


Rai dan Hargai.
Gambar hiasan. divaq.ca

Rai dan Hargai.
Gambar hiasan. wallpaperspoints.com


Guru pula, umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Segala jasa mereka wajar dihargai dan dikenang. Kalau tak ada mereka, maka tak ada lah doktor, peguam, jurutera even perdana menteri sekalipun. Merekalah yang bertanggungjawab membentuk semua orang-orang yang berjaya ini. Terima kasih cikgu! 

Kesimpulannya, kita hendaklah menjadi orang yang mengenang budi dan ingatlah semua jasa dan pengorbanan ibu serta guru dalam membesarkan dan mendidik kita. Bukan nak nafikan pengorbanan seorang ayah, tapi pengorbanan mereka lebih besar lebih-lebih lagi IBU! TERIMA KASIH SEMUANYA! Waallahualam...

11 May 2013

Aku, Engkau dan Dia!

May 11, 2013 0 Comments
Assalamualaikum.... Salam sayang semua. 

Aku, Engkau dan Dia! | Hari ni 1 Rejab bermakna tak lama lagi Ramadhan akan kembali lagi. Syukur alhamdullilah, harap Allah akan memberi kita merasai kemanisan bulan Ramadhan sekali lagi. Sebenarnya cikla nak share something yang agak penting juga dalam kehidupan kita, iaitu kepentingan bersahabat dan mempunyai sahabat. Ada yang kata "persahabatan yang erat dan akrab tak akan berlaku sekelip mata". Cikla rasa memang ada betulnya kata2 ni. Ia akan jadi amat sukar kalau seseorang itu susah nak percaya dan terima orang lain kerana dia lebih suka hidup sendiri. Kita tak boleh menganggap semua orang mempunyai kehidupan yang sama macam kita. Perbezaan kehidupan inilah yang dapat kita kongsi antara satu sama lain dan dijadikan panduan serta pengajaran hidup.

Jadi, setiap kekurangan diri dan sahabat kita tu haruslah kita terima dengan hati yang terbuka. Seterusnya, layanan. Kita mestilah melayan orang lain dengan baik jika mahu orang lain membuat perkara yang sama terhadap kita. "Give and take" juga penting dan sentiasa minta maaf supaya pertelingkahan tak berpanjangan. Orang kata perkataan maaf memang mudah dilafazkan walaupun pada hakikatnya ia amat sukar diberikan masa ia diperlukan. Kesimpulan, kita tak boleh hidup macam katak di bawah tempurung. Kita, dia dan semua orang disekeliling kita saling memerlukan. Tak ada manusia yang boleh hidup sendiri kerana tiba satu masa dia pasti memerlukan orang lain untuk memudahkan semua urusan hidupnya. Waallahualam..

10 May 2013

Sayangi Pemimpin Kita.

May 10, 2013 1 Comments
Salam Jumaat yang penuh rahmat. 

Sayangi Pemimpin Kita. | Emm... sekejap aje mase berlalu. Hari Jumaat kembali lagi. Ini maknanya sudah seminggu PRU13 berlalu. Tp, walaupun ia telah pun berlalu, tapi cerita pasal PRU13 ni masih hangat diceritakan. Tak kiralah di kedai2 kopi, warung2 hatta dalam kalangan ahli keluarga sendiri pun masih lagi memperkatakan cerita yang sama. Isu tak puas hati dengan keputusan la, tak percaya dengan ketelusan spr la, pengundi hantu la, tak pasal2 mat bangla pun terbabit sama. Dan yang paling hebat diperkatakan isu "racist". Omg, kadang2 cikla terpikir gak, apalah yang diaorang nak sebenarnya. Sebelum PRU kecoh, tapi dah lepas PRU lagi la kecoh. Buka berita, selak paper semuanya cerita pasal nih... kadang2 tu boring gak.

Bagi negara demokrasi macam Malaysia ni, memanglah keputusan memilih pemerintah adalah di tangan rakyat. Jadi, rakyat mestilah bijak memilih sebab kita memerlukan pemimpin yang berwibawa supaya kedaulatan negara akan kekal terpelihara dan nasib rakyat jelata juga terbela. Janganlah kita terlalu taksub dan fanatik dengan pemimpin pilihan kita sampai apa yang salah hanya dipandang sebelah mata sahaja.

Baru2 ni cikla ada terbaca satu artikel pasal pentingnya sikap sayangi pemimpin disemai. Apa yang diutarakan oleh penulis ni memang ada betulnya. Apa yang penting kita berbalik pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai rakyat yang baik, kita mestilah saling memahami dan menghormati. Cikla rasa itu memang penting terutama negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama. Jangan jadikan isu perkauman kerana lambat-laun hal ini akan memecahbelahkan rakyat. Perang dan berbunuhan sana-sini. Negara dah jadi tak aman, dan rakyat pun hidup dalam ketakutan. Ishhh.... takut cikla mendengarnya. Minta2 dijauhkanlah... Nauzubillah!


Gambar hiasan.


Lagi satu, buang sikap tamak. Cikla rasa, tak kiralah kita ni pemimpin atau rakyat, sikap tamak akan membuatkan manusia itu rugi. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Rakyat pula mestilah menjiwai erti pentingnya agama dan negara dan berusaha mempertahankannya walau dengan apa cara sekalipun. Setia kepada negara dan tak mudah terpegaruh dengan anasir negatif yang berusaha untuk memecahbelahkan rakyat, terutama Melayu dan Islam. Tapi, dalam menuntut kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi, pemimpin juga mesti menunjukkan kepimpinan yang amanah dan bertanggungjawab. Dengan ini, rakyat boleh menilai pemimpin itu sendiri dan sokongan yang diberikan pun tidaklah sia2 dan berbaloi.

As a conclusion, jika pemimpin itu sudah terpimpin, tiada sebab untuk rakyat ingkar atau menentang pemimpin itu. Cikla rasa dalam Islam pun sikap kasih kepada pemimpin dan negara amat dituntut. Sama2 lah kita sayangi negara dan pemimpin kita untuk negara yang lebih aman harmoni dan yang lebih penting untuk mendapat keredhaan serta rahmat dariNya. Amin... Waallahualam....

06 May 2013

Selesai Sudah!

May 06, 2013 1 Comments
Assalamualaikum semua. 

Selesai Sudah! | Rasanya dah lama cikla tak update belog cikla ni. Mana taknya, macam2 masalah. Tapi, alhamdulillah semuanya dapat di atasi. Syukur! Sebenarnya cikla nak kongsi sikit pendapat cikla mengenai PRU13 ni. Akhirnya masa yang ditunggu2 oleh semua rakyat Malaysia tiba jua. Masa untuk mengundi. Mengundi untuk memilih pemimpin yang berwibawa. Macam dalam lirik lagu jom kita mengundi tu. Fuhh.....selesai gak akhirnya.

Cikla pun tak melepaskan peluang mengundi. Ini kali kedua cikla mengundi. Excited sangat. Semuanya berakhir pada petang 5 Mei 2013 dan keputusannya baru je kita tahu tadi. Emm.... memang dijangkakan pun... Walau apapun, diharap kepercayaan rakyat kepada pemimpin dapat dihargai dan dijaga oleh orang2 yang telah terpilih. Jangan sia2 kan kepercayaan yang diberi. Buktikan kemampuan dan kewibawaan anda memikul tanggungjawab yang berat ini.


Gambar hiasan. Bendera Malaysia. malaysia.gov.my


Kepada rakyat Malaysia, ikhlaskan hati terhadap keputusan yang telah dibuat. Sama2 lah kita berdoa supaya Malaysia yang tercinta ini kekal aman damai dan lebih maju lagi. Amin! Saya pilih Malaysia!! Waallahualam...

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.