Sayangi Pemimpin Kita.

By Cikla Shahril - May 10, 2013

Emm, sekejap aje mase berlalu. Hari Jumaat kembali lagi. Ini maknanya sudah seminggu PRU13 berlalu. Tapi, walaupun ia telah pun berlalu, tapi cerita pasal PRU13 ni masih hangat diceritakan. 

Tak kiralah di kedai-kedai kopi, warung-warung hatta dalam kalangan ahli keluarga sendiri pun masih lagi memperkatakan cerita yang sama.

Isu tak puas hati dengan keputusanlah, tak percaya dengan ketelusan SPRlah, pengundi hantu la, tak pasal-pasal mat bangla pun terbabit sama. Dan yang paling hebat diperkatakan isu "racist"

OMG, kadang-kadang cikla terpikir juga, apalah yang diaorang nak sebenarnya. Sebelum PRU kecoh, tapi dah lepas PRU lagilah kecoh. Buka berita, selak paper semuanya cerita pasal nih. Kadang-kadang tu boring gak.

Bagi negara demokrasi macam Malaysia ni, memanglah keputusan memilih pemerintah adalah di tangan rakyat. 

Jadi, rakyat mestilah bijak memilih sebab kita memerlukan pemimpin yang berwibawa supaya kedaulatan negara akan kekal terpelihara dan nasib rakyat jelata juga terbela. 

Janganlah kita terlalu taksub dan fanatik dengan pemimpin pilihan kita sampai apa yang salah hanya di pandang sebelah mata sahaja.

Baru-baru ni cikla ada terbaca satu artikel pasal pentingnya sikap sayangi pemimpin disemai. Apa yang diutarakan oleh penulis ni memang ada betulnya. Apa yang penting kita berbalik pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai rakyat yang baik, kita mestilah saling memahami dan menghormati.

Cikla rasa itu memang penting terutama negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama. Jangan jadikan isu perkauman kerana lambat-laun hal ini akan memecahbelahkan rakyat. 

Perang dan berbunuhan sana-sini. Negara dah jadi tak aman, dan rakyat pun hidup dalam ketakutan. Ishhh, takut cikla mendengarnya. Minta-minta dijauhkanlah. Nauzubillah!

Sayangi Pemimpin Kita.
Sayangi Pemimpin Kita. Gambar hiasan.

Lagi satu, buang sikap tamak. Cikla rasa, tak kiralah kita ni pemimpin atau rakyat, sikap tamak akan membuatkan manusia itu rugi. 

Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Rakyat pula mestilah menjiwai erti pentingnya agama dan negara dan berusaha mempertahankannya walau dengan apa cara sekalipun.

Setia kepada negara dan tak mudah terpegaruh dengan anasir negatif yang berusaha untuk memecahbelahkan rakyat, terutama Melayu dan Islam. 

Tapi, dalam menuntut kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi, pemimpin juga mesti menunjukkan kepimpinan yang amanah dan bertanggungjawab. Dengan ini, rakyat boleh menilai pemimpin itu sendiri dan sokongan yang diberikan pun tidaklah sia-sia dan berbaloi.

So, jika pemimpin itu sudah terpimpin, tiada sebab untuk rakyat ingkar atau menentang pemimpin itu. Cikla rasa dalam Islam pun sikap kasih kepada pemimpin dan negara amat dituntut. 

Sama-samalah kita sayangi negara dan pemimpin kita untuk negara yang lebih aman harmoni dan yang lebih penting untuk mendapat keredhaan serta rahmat dariNya. Aamiin.

Waallahualam.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Anonymous10 May, 2013

    Pemimpin berwibawa, negara sejahtera!

    ReplyDelete