28 September 2013

MAAF... Mudah ke nak ucapkan kata maaf?

September 28, 2013 0 Comments
Assalamualaikum and happy Saturday everyone. 

MAAF... Mudah ke nak ucapkan kata maaf? | Emm, hujung minggu memang waktu yang dinanti-nantikan oleh semua. Yelah.. masa utk santai2. Lepak2. Hanging out dgn kawan2. Best best best. Release tension skit.. Cikla ni bknlah seorang yang cerewet. Keras hati. Banyak songeh. Pada siapa yang kenal baik dgn cikla ni taulah who I am! Very simple and easygoing.... Berbalik pada title entri cikla kat atas nu, ucapan maaf... setiap org menafsirkan maaf dlm view yg berbeza2. Ada yg senang je nak ckp I'm sorry dan mudah memaafkan. Dan ada pula sebaliknya. Betapa kerasnya hati.. kan?? 


Gambar hiasan.

Org kata kalau mudah sgt memaafkan org akan mudah buat apa aje kat kita. Ye la, org buat salah, pastu say sorry.. kita lak ok, I forgive u. Emm... sebenarnya itu semua hak masing2. Ada pulak kata pujangga ckp, maafkanlah bukan semua manusia sempurna. Tak ada manusia yang lepas dari buat silap. Pasti ada kesilapan yang kita buat tanpa kita sedar atau tak. Kesimpulannya, semuanya terletak pada tangan kita sendiri. Tepuk dada, tanya hati. Apa yg kita fikirkan, itulah yg kita akan buat. Baik atau buruk, tanggungjawab kita. Waallahualam....

26 September 2013

Indahnya berRUMAHTANGGA...

September 26, 2013 0 Comments
Indahnya berRUMAHTANGGA... | Assalamualaikum wbt. Rasanya cikla dah jarang2 update something kat belog cikla ni. Dah naik bersawang dah. Hahaha, konon2 busy la sangat kan. Oklah, sebenarnya cikla nak share something yang menarik ni. Macam tipslah. 

Emm, semua orang mesti nak kawin kan? Dan itu salah satu daripada sunnah Nabi SAW. Orang kata kawin ni memang menyeronokkan. Tapi, pada siapa yang tahu menikmati dan melayari bahtera ni. Pada yang hanya tahu 'kawin' aje, tanpa memahami apa itu sebenarnya TANGGUNGJAWAB. Memang payahlah.

Tanggungjawab oh tanggungjawab. Tanggungjawab suami pada isteri. Tanggungjawab isteri pada suami. Tanggungjawab suami dan isteri pada anak-anak dan keluarga. Uishhh, kalau betul-betul memang berat ooo. Jangan nak amik ringan. 

Kalau terabai keluarga, dosalah yang kita dapat. Nauzubillah. Semua orang mesti mahukan yang terbaik dalam hidup tapi hakikatnya kita sering berhadapan dengan 1001 masalah, tak kiralah masalah kecil ke besar. 

Sebenarnya, masalah memang sentiasa wujud dalam rumah tangga bahkan kehidupan kita, tapi apa yang membezakannya adalah cara kita menghadapinya. Apa yang boleh dilakukan adalah beri ruang untuk berbincang dan selesaikan masalah.

Indahnya berRUMAHTANGGA...


Indahnya berRUMAHTANGGA...
Indahnya berRUMAHTANGGA... Sumber Google.

Panduan 1:- TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA. Jangan ubah pasangan ikut kemahuan kita, kerana pasangan yang kita cintai/kahwini itu adalah pilihan kita sendiri. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan sebab tak ada manusia yang sempurna. Ingat tu!

Panduan 2:- KOMUNIKASI SECARA TERBUKA. Jangan asyik membuat andaian, sesekali apa salahnya meluahkan apa yang terbuku dihati.  Ucapan sayang penting untuk menunjukkan betapa dalamnya perasaan kita terhadap pasangan. Cakap hari-hari pun tak pe. Lagi best!

Panduan 3:- TUNJUKKAN RASA CINTA. Banyak cara yang boleh kita lakukan antaranya ialah memberi sejambak bunga atau kad pada pasangan kita. Menyatakan rasa cinta berpanjangan akan mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

Panduan 4:- KAWAL PERASAAN. Bila marah cuba untuk bertenang. Jangan menuduh secara melulu dan meninggikan suara kerana ia akan menimbulkan pergaduhan. 

Panduan 5:- JANGAN MENGUNGKIT. Berhenti mengungkit hal yang dah lepas. Jangan jadikan kesilapan lalu sebagai senjata setiap kali bertengkar.

Panduan 6:- KURANGKAN RASA CEMBURU. Cemburu tak salah kalau kena pada tempatnya. Cemburu yang keterlaluan akan memburukkan lagi keadaan. Hubungan mesti dibina atas rasa percaya terhadap pasangan.
 
Panduan 7:- JAGA KOMITMEN MASING-MASING. Elakkan membuat janji yang tak mampu ditepati. Kalau ini berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. 

Panduan 8:- JUJUR. Jangan sesekali menipu kerana ia punca utama perpisahan. Jujur yang dimaksudkan adalah ungkapan perasaan terhadap pasangan. Jika cinta katakan cinta. Kan senang!

Panduan 9:- BERI LAYANAN TERBAIK. Layan pasangan sama seperti semasa bercinta atau sudah berkahwin. 

Nah, tengok panduan ni semua macam senang je nak buat tapi hakikatnya memang payah. Apa yang penting jangan lupa berdoa kepada ALLAH SWT supaya sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya. ❤❤


(Sumber: Majalah Metro, Harian Metro 2013)


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.