MAAF... Mudah ke nak ucapkan kata maaf?

By Cikla Shahril - September 28, 2013

Hujung minggu memang waktu yang dinanti-nantikan oleh semua. Yelah, masa untuk santai-santai. Lepak-lepak. Hanging out dengan kawan-kawan. Best best best. Release tension sikit.

Cikla ni bukanlah seorang yang cerewet. Keras hati. Banyak songeh. Pada siapa yang kenal baik dgn cikla ni taulah who I am! Very simple and easygoing. 

Berbalik pada title entri cikla kat atas ni, ucapan maaf. Setiap orang menafsirkan maaf dalam view yang berbeza-beza. 

Ada yang senang je nak cakap I'm sorry dan mudah memaafkan. Dan ada pula sebaliknya. Betapa kerasnya hati, kan?

MAAF... Mudah ke nak ucapkan kata maaf?
MAAF... Mudah ke nak ucapkan kata maaf? Gambar hiasan.

Orang kata kalau mudah sangat memaafkan orang akan mudah buat apa aje kat kita. Ye la, orang buat salah, pastu say sorry. Kita pulak ok, I forgive u. 

Emm, sebenarnya itu semua hak masing-masing. Ada pulak kata pujangga cakap, maafkanlah bukan semua manusia sempurna. 

Tak ada manusia yang lepas dari buat silap. Pasti ada kesilapan yang kita buat tanpa kita sedar atau tak. 

Kesimpulannya, semuanya terletak pada tangan kita sendiri. Tepuk dada, tanya hati. Apa yang kita fikirkan, itulah yang kita akan buat. Baik atau buruk, tanggungjawab kita!

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments