09 October 2013

Sahabat Yang Membahagiakan.

October 09, 2013 0 Comments
Salam semua. 

Sahabat Yang Membahagiakan. | Kali ni cikla nak share pasal sahabat. Ya... sahabat diibaratkan sebagai hadiah abadi malah mereka dianggap guru hati yang selalu mengingatkan kita apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Sahabat sejati amat payah di cari, kerana ia umpama satu dalam seribu. Orang ada cakap, kawan ketawa senang nak cari, kawan menangis payah sekali. Mana taknya, bila senang ramai yang nak dekati. Bukan kawan pun mengaku kawan. Tapi, bila kita ditimpa kesusahan, kawan yang sebelum ni baik dengan kita hilang lesap tanpa jejak. Hahaha.... mase ni la kita baru tau mana kawan sebenar dan mana kawan halimunan. Faham kan maksud cikla?


Gambar hiasan.
 
Oklah, jomlah kita tengak 6 jenis sahabat yang dapat membuatkan kita bahagia.

  • A lifelong friend, mempunyai sahabat yang sentiasa mengingatkan kita dalam banyak perkara dan boleh memberikan kita aura positif dalam diri kita. 
  • A spiritual friend, Duke University Medical Center mengatakan mereka yang selalu menghadiri ceramah agama mempunyai peluang untuk hidup lebih lama. 
  • A new friend, sahabat baru akan memberikan kita suasana yang baru dalam kehidupan. Ia merangkumi aspek pemikiran dan ruang lingkup persahabatan yang lebih luas. 
  • A friend who can empathize, bersahabat dengan orang ketika kita menghadapi masalah tak salah. Ini kerana sokongan dari sahabat dapat memberi kesedaran bahawa masih ada orang yang sanggup bersama kita dalam apa jua keadaan. 
  • A workout friend, ada kajian mengatakan motivasi trrbaik untuk mereka melakukan senaman adalah dari orang yang terdekat iaitu sahabat yang punya komitmen yang sama untuk melakukan senaman. 
  • A younger friend, bersahabat dengan orang yang lebih muda memberikan perspektif dan pengalaman yang berbeza dalam menikmati kehidupan. Hidup akan lebih bermakna kerana semangat yang tinggi lahir dari hati yang sentiasa gembira.

So, macam mana? Semua orang mesti nakkan sahabatnya sentiasa ada di sisi mereka masa susah mahupun senang, kan? Sahabat yang selalu mengajak kita ke arah kebaikan. Marilah kita sama2 scan dan review adakah sahabat kita sekarang termasuk dalam senarai sahabat sejati yang kita idam2kan... Waallahualam.... 

(Sumber: Majalah RAPI 2011)

08 October 2013

Pentingnya Kepercayaan...

October 08, 2013 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat petang semua. 

Pentingnya Kepercayaan... | Ermm.. petang2 cenggini cikla tengah lepak2 dengan anak2 tetiba terlintas plak kat fikiran ni nak share pasal KEPERCAYAAN. Ya, percaya... trust... believe... memang penting. Sebenarnya, rasa percaya ni amat penting tak kira dalam apa jua hubungan samada hubungan kekeluargaan, percintaan, persahabatan bahkan hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta. 'Percaya' seringkali dijadikan topik utama dalam sesebuah lirik lagu. Haa, betapa pentingnya kepercayaan ini sehinggakan dalam apa jua bentuk pun orangg gunapakai supaya manusia tak kan lupa betapa pentingnya ia.


Gambar hiasan.

Tapi, apa yang harus kita ingat kadang2 orang merasakan membina kepercayaan orang pada kita memang senang. Tapi, memusnahkan kepercayaan pula sebenarnya lebih senang lagi. Jadi, jagalah kepercayaan yang telah diberikan pada kita sebaiknya, kerana sekali kepercayaan dirobek takkan sama dengan sebelumnya. Dan untuk mendapatkan kembali kepercayaan itu amatlah payah jika perasaan ragu masih menguasai diri. Kesimpulannya, peliharalah kepercayaan sebaiknya kerana itu asas kukuhnya sesebuah perhubungan. Waallahualam....

01 October 2013

PHD - Perasaan Hasad Dengki... oh bahayanya!!!

October 01, 2013 0 Comments
Salam semua.... 

PHD - Perasaan Hasad Dengki... oh bahayanya!!! | PHD. Jangan salah anggap lak. Ni bukannya kelulusan tertinggi dari universiti tapi sejenis penyakit. Haha.. penyakit hati. Serius tau... Dengki ni kan, mula mula timbul bila si polan ni iri hati atau cemburu dengan seseorang. Apa yang orang lain ada, dia dengki. Orang lain berjaya, dia dengki. Pendek kata, orang lain tak boleh lebih dari dia. Dengki aje kerjanya... Penyakit iri hati atau cemburu ni kalau tak diubati, ia akan menjadi kepada  sifat dengki dan dendam. Maka, ia akan mendorong kepada mengkhianati orang lain. Mengapa wujud hasad dengki ni? Mudah aje. Sebab sikap manusia tak pernah puas dengan apa yang dia miliki. Orang macam memang ni tak tahu nak bersyukur.

Kalau nak tau orang dengki ni, senang je. Antaranya, mereka tak gembira dengan apa yang orang lain miliki. Lebih lebih lagi kalau apa yang orang lain ada melebihi dia. Mulalah dia tak senang duduk. Ish ishh... bahaya orang cam gini. Pastu, mereka ni rasa gembira kalau tengok orang lain ditimpa musibah, walhal orang itu tak pernah mencampuri urusan dia. Memang tak patut kan? Dengki satu hal, pastu hasut pulak supaya membenci. Pendek kata, boikot dan melaga-lagakan sampai bergaduh. Lagi, dia selalu memberi komen negatif pada orang yang didengkinya. Padahal orang lain tengok ok je. Tapi, pada dia ada aje yang tak kena. Itulah inilah.... memang obvious kan? Selain itu, dia rasa cemburu dengan kelebihan orang lain dan mula mengadu domba atau menabur fitnah. Kalau cam ginilah gayanya, mesti jiwanya tak tenang dan tak tenteram sebab asyik memikirkan orang yang dia cemburu atau dengkikan tu.


Gambar hiasan.


Sebenarnya, perkara begini boleh dielakkan. Semua bermula dari diri kita. Bak kata pepatah, tepuk dada, tanya diri. Antaranya adalah sentiasa berlapang dada dan bersyukur dengan apa yang kita punya. Kita sentiasa melihat orang yang kita dengkikan tu dari sudut positif supaya aura negatif yang ada dapat diganti dengan aura positif. Selalu beristighfar dan memohon keampunan Allah supaya hati yang kotor dapat dibersihkan. Dan yang paling penting adalah DOA. Banyakkan berdoa supaya kita dijauhkan dari sikap sikap sebegini. Jadi semua, marilah kita sama sama muhasabah diri kita. Jangan berPHD sebab ia sangat buruk perangainya dan mendekatkan kita kepada neraka Allah SWT. Waallahualam...


(Sumber: Motivasi, Majalah RAPI 2013)

Tolong hormat sikit ye!!!

October 01, 2013 0 Comments
 Assalamualaikum semua. 

Tolong hormat sikit ye!!! | Emm.... sambil2 layan tv dan bersantai2, cikla tergerak lak nak share something. Sebenarnya lebih kepada nak meluahkan pendapat. Hehe.. maklumlah, anak2 dah tidoq... apa lagi landing time...yeahhhh... Oklah, berbalik kpd cerita yang cikla nak suarakan.... ia boleh dikatakan betapa penting SIKAP MENGHORMATI. Tak kiralah, muda sesama muda, muda sesama tua dan tua sesama tua. Rasa hormat mmg terlalu penting dlm kehidupan. Ini menunjukkan keperibadian kita dan persepsi org terhadap kita. Penting sgt2 tau!

Menyentuh mengenai isu ni, cikla ada terbaca mengenai isteri seorg pemain bola sepak negara yg bersikap kurang ajar. Walau apapun status kita, kita perlu hormati pd org lain terutama org yg lebih tua drpd kita. Sebagai org timur, sepatutnya sikap kita lebih ketimuran. Bkn cikla nak kata kebaratan itu tak baik, tp Allah dah kurniakan kita akal fikiran yg baik utk kita menilai mana yg baik dan buruknya. Apa yg dilihat dan diterima jgnlah kita amik bulat2.


Gambar hiasan.

Walaupun kita tak bersependapat dgn org lain, tp janganlah sampai menghina, mencaci, mengherdik, dan merendah-rendahkan org lain. Byk cara yg kita boleh buat utk menyuarakan ketidakpuasan hati kita. Jaga maruah kita, maruah keluarga dan maruah suami (bg yg dah berkawin la). Jgn buat malu sendiri. Oklah semua... konsep cikla senang je. Kalau kita hormat org, org pasti akan menghormati kita. Ingat tu, bkn susah pun kan? Waallahualam....

Makanan cepatkan penuaan, awas ye!

October 01, 2013 0 Comments
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! | Assalamualaikum wbt. Cikla nak share info dan tips cantik mudah dgn semua. Makan oh makan. Semua org suka makan. Lagi-lagi kan Malaysia, orang kata syurga makanan. Macam-macam ada. Hehe. Tapi, kalau tak makan rugi. Oklah, info ni cikla baca dari sebuah majalah kesihatan. Jom kita baca apa makanan yg kita kena kurangkan pengambilannya. Bukan tak boleh makan langsung, tapi sikit-sikit...

Makanan cepatkan penuaan, awas ye!


Garam... Kita memang dah tau garam ni kalau diambil berlebihan, akan memudaratkan. Boleh kena darah tinggi ooo. Jadi, kurang-kurangkanlah ye. Selain itu, garam berlebihan juga boleh melemahkan kulit (menyerang kolegan) dan menyebabkan bengkak dibawah mata.


Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Gula... Haaa, ni lagi satu. Kalau amik berlebihan pun bahaya gak. Kencing manis confirm kena. Ada sumber yang mengatakan, gula boleh menambahkan laluan insulin yang akan memberi kesan pada salur darah dan mempercepatkan proses penuaan. Kalau kita kurangkan gula, kulit akan lebih segar dan berseri dan kesannya terlihat dlm masa 1 week. Wow, macam tak percaya kan. Cubalah sendiri!


Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Kopi... Emmm.... sedapnya kopi panaskan. Lebih-lebih lagi kalau pekena dengan goreng pisang panas atau nasi lemak. Perghh, terangkat habis kan. Tapi, tu lah. Amik lebih-lebih pun tak elok gak. Selain kopi akan meninggalkan kesan pada gigi, ia juga akan mengeringkan tubuh. 


Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Makanan pedas... Ada orang kalau makan mesti nak pedas. Kalau tak, tak best. Boleh dikatakan pembuka selera dan penyedap rasa. Sebenarnya, makanan pedas mmg terbaik utk metabolisme tp tak baik utk kulit (utk sesetengah orang). Ia boleh mengembangkan salur darah terutama bagi orang yang mengalami rosacea atau mengalami menopaus. Kapilari inilah yg membuatkan kulit kelihatan tua dan kusam.


Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Jadi, macam mane? Boleh dikatakan hampir semua menjadi kegemaran kita kan? Hehe. Tak apelah kalau tak boleh berhenti secara drastik, tapi  kurangkan secara perlahan-lahan. 

Mari kita mulakan sama-sama. ye! 

(Sumber: Majalah RAPI 2013)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.