Makanan cepatkan penuaan, awas ye!

By Cikla Shahril - October 01, 2013

Cikla nak share info dan tips cantik mudah dgn semua. Makan oh makan. Semua org suka makan. Lagi-lagi kan Malaysia, orang kata syurga makanan. Macam-macam ada. Hehe. Tapi, kalau tak makan rugi. 

Oklah, info ni cikla baca dari sebuah majalah kesihatan. Jom kita baca apa makanan yg kita kena kurangkan pengambilannya. Bukan tak boleh makan langsung, tapi sikit-sikit.

Garam. 

Kita memang dah tau garam ni kalau diambil berlebihan, akan memudaratkan. Boleh kena darah tinggi ooo. 

Jadi, kurang-kurangkanlah ye. Selain itu, garam berlebihan juga boleh melemahkan kulit (menyerang kolegan) dan menyebabkan bengkak dibawah mata.

Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Gula. 

Haaa, ni lagi satu. Kalau amik berlebihan pun bahaya gak. Kencing manis confirm kena. Ada sumber yang mengatakan, gula boleh menambahkan laluan insulin yang akan memberi kesan pada salur darah dan mempercepatkan proses penuaan. 

Kalau kita kurangkan gula, kulit akan lebih segar dan berseri dan kesannya terlihat dlm masa 1 week. Wow, macam tak percaya kan. Cubalah sendiri!

Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Kopi. 

Emmm, sedapnya kopi panaskan. Lebih-lebih lagi kalau pekena dengan goreng pisang panas atau nasi lemak. Perghh, terangkat habis kan. Tapi, tu lah. Amik lebih-lebih pun tak elok gak. Selain kopi akan meninggalkan kesan pada gigi, ia juga akan mengeringkan tubuh. 

Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Makanan pedas

Ada orang kalau makan mesti nak pedas. Kalau tak, tak best. Boleh dikatakan pembuka selera dan penyedap rasa. 

Sebenarnya, makanan pedas mmg terbaik utk metabolisme tapi tak baik untuk kulit (untuk sesetengah orang). 

Ia boleh mengembangkan salur darah terutama bagi orang yang mengalami rosacea atau mengalami menopaus. Kapilari inilah yang membuatkan kulit kelihatan tua dan kusam.

Makanan cepatkan penuaan, awas ye!
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google.

Jadi, macam mane? Boleh dikatakan hampir semua menjadi kegemaran kita kan? Hehe. Tak apelah kalau tak boleh berhenti secara drastik, tapi  kurangkan secara perlahan-lahan. Mari kita mulakan sama-sama. ye! 

(Sumber: Majalah RAPI 2013)

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments