20 November 2013

Wanita oh wanita....

November 20, 2013 0 Comments
Wanita oh wanita.... | Assalamualaikum wbt. Apa khabar semuanya? Cikla harap sihat la hendaknya ye. Cikla pulak kat sini sihat alhamdullillah. Biasanya, rutin harian sebagai seorang ibu dan suri rumah tangga. Macam-macam kerja dibuat dan tak pernah abis. Hehehe. Rasanya macam dah lama je cikla tak menulis kat belog ni. Bukannya apa, macam takde idea je nak tulis apa. Lagipun, busy dengan tugas seharian. 

Oklah, kat sini cikla nak share something pasal wanita. Ini lebih kepada kata-kata hikmah mengenai wanita. Tetibe lak idea datang... ^_^

… Sekeras-keras wanita, pasti akan lembut juga jika pasangannya pandai memujuk.

… Seorang wanita tetap boleh menerima seorang lelaki itu walaupun lelaki itu berkali-kali menyakiti hatinya.

… Kepercayaan seorang wanita kepada pasangannya tidak akan berbelah bagi sehinggalah kepercayaannya itu dirobek oleh lelaki itu sendiri.

… Seorang wanita boleh memaafkan semua kesalahan pasangannya terhadap dirinya, tapi untuk melupakan kesalahan itu amat payah dan perlukan waktu.

… Seorang wanita bergelar ibu rela mengorbankan seluruh jiwa raga untuk anak-abadan orang yang disayangi bahkan kebahagiaannya sendiri.

… Wanita kurang bijak dalam menyembuyikan emosinya berbanding lelaki.

… Wanita yang hebat tahu membawa dirinya walau dimanapun dia berada dan pandai menjaga maruah serta tingkah-lakunya.


Wanita oh wanita.... Gambar hiasan.

Emmm... macam mana? Cikla harap semua kata-kata di atas dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada kita dan diri cikla juga. Waallahualam.....

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.