Wanita oh wanita....

By Cikla Shahril - November 20, 2013

Apa khabar semuanya? Cikla harap sihat la hendaknya ye. Cikla pulak kat sini sihat alhamdullillah. Biasanya, rutin harian sebagai seorang ibu dan suri rumah tangga. Macam-macam kerja dibuat dan tak pernah abis. Hehehe. 

Rasanya macam dah lama je cikla tak menulis kat belog ni. Bukannya apa, macam takde idea je nak tulis apa. Lagipun, busy dengan tugas seharian.  

So, cikla nak share something pasal wanita. Ini lebih kepada kata-kata hikmah mengenai wanita. Tetibe lak idea datang.

Wanita oh wanita....
Wanita oh wanita.... Gambar hiasan.

Sekeras-keras wanita, pasti akan lembut juga jika pasangannya pandai memujuk.

Seorang wanita tetap boleh menerima seorang lelaki itu walaupun lelaki itu berkali-kali menyakiti hatinya.

Kepercayaan seorang wanita kepada pasangannya tidak akan berbelah bagi sehinggalah kepercayaannya itu dirobek oleh lelaki itu sendiri.

Seorang wanita boleh memaafkan semua kesalahan pasangannya terhadap dirinya, tapi untuk melupakan kesalahan itu amat payah dan perlukan waktu.

Seorang wanita bergelar ibu rela mengorbankan seluruh jiwa raga untuk anak-abadan orang yang disayangi bahkan kebahagiaannya sendiri.

Wanita kurang bijak dalam menyembunyikan emosinya berbanding lelaki.

Wanita yang hebat tahu membawa dirinya walau dimanapun dia berada dan pandai menjaga maruah serta tingkah-lakunya.

Emmm, macam mana? Cikla harap semua kata-kata di atas dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada kita dan diri cikla juga. Waallahualam.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments