22 January 2014

Cempedak oh cempedak...

January 22, 2014 2 Comments
Assalamualaikum semua...

Cempedak oh cempedak... | Apa habaq hari ni? Cikla harap semuanya sihat naa... Cikla cam biasa je. Alhamdullilah sihat. Sebenarnya sat lagi cikla nak pergi amik kakak uci balik sekolah. Si adik tido pulak. Emm.. tengah2 tunggu ni saje je belek2 belog cikla ni. Lagipun cuaca sejuk giler arini. Mendung dan menyamankan. Dah macam kat genting highland lak. Burpppp..... Ok ok.. mesti heran kan nape cikla tulis title macam kat atas tu. Buah cempedak. Kih kuh koh... Sebenaqnya cikla saje je bagi gempak tulis title camtu. Kebetulan pagi ni cikla breakfast cempedak goreng tu yang tetibe rase cam best je letak dalam belog.


Gambar hiasan ihsan myresepi.com


Buah cempedak ni memang fresh dari kebun bapak mertua cikla. Boleh dikatakan selalulah jugak cikla makan buah ni. Kadang2 dah naik jemu lak. Tapi apa nak buat.. rezeki kan jangan ditolak. 

Oklah... cikla dah nak pergi amik my daugther balik sekolah. Kang lambat nangis lak dia.. Selamat makan tengah hari... Have a great day ya'! Waallahualam....

21 January 2014

Jika kita ditolak.

January 21, 2014 0 Comments
Jika kita ditolak. | Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Cikla harap semua sihat. Ada yang sedih-sedih ke petang ni? Sedih sebab di tolak? Ala, janganlah sedih-sedih. Ceriakan hidup kita. Senyumlah selebar mungkin. Senyuman yang manis mungkin boleh sembunyikan kesedihan di hati kita. Tapi, sekurang-kurang nya kita cuba untuk happy untuk orang di sekelliling kita. Ingat, masih ada lagi orang yang sayang kita.

Oklah, sebenarnya cikla nak share cara kita nak atasi jika orang terutamanya kekasih reject kita. Oppsss, topik ni mungkin sensitif bagi sesetengah orang, tapi cikla rasa macam perlu cikla nak share tips ni. Kalau kita buat survey, mesti dalam ramai-ramai orang tu mesti ada yang pernah kecewa dalam perhubungan tak kira mengecewakan atau dikecewakan.

Jika kita ditolak....


Straight to the point, jom kita tengok apakah tips-tips nye je anak-anak sekalian.....

Jika kita ditolak....
Jika kita ditolak.... Sumber Google.

  1. Lelaki/perempuan baik tidak akan tinggalkan kita - Kalau si dia meninggalkan kamu atas sebab-sebab yang kamu sendiri tak pasti, dia memang bukan yang terbaik untuk kamu.  Hanya kamu yang tau kualiti diri kamu sendiri berbanding orang lain walaupun orang tu amat rapat dengan kamu. Kamu tak perlukan orang macam ni dan percayalah pasti ada seseorang yang terbaik untuk kamu. Buka hati dan minda. Ok?
  2. Buktikan pada dia, dia 'loser' - Oppss, macam agak ganas je perkataan ni. Tapi, hakikatnya begitulah. Mungkin masa kamu bersama dia, kamu terpaksa ikut rentak dia. Nah, sekarang kamu dah bebas. Tunjukkan kualiti dirimu walaupun tidak dengan dia, kamu masih boleh meneruskan hidup dan happy. Dalam diam dia sentiasa mengikuti perkembangan diri kamu walaupun kamu tak lagi bersama dengannya. Jeleslah tu.
  3. Bukalah hatimu - Jangan ingat dia terlalu bagus untuk kamu. Kamu jangan lupa masih ada lagi orang yang lebih bagus di sekeliling kamu. Jadi, buka hati untuk melihat dan jangan hanya berfikir negatif. Walaupun tiada manusia yang sempurna, tapi ingat masih ada lagi orang yang lebih baik dari dia. Ingat tu.
  4. Redhalah kerana dia bukan jodohmu - Orang kata cakap memang senang. Tapi, nak buat memang susah  Ye, itu memang cikla akui. Tapi, kamu mesti cuba. Sampai bila kamu nak bersedih sedangkan hidupmu mesti diteruskan. Maafkan kesalahan dia dan teruskan hidup seperti biasa. Lagipun tak guna berdendam lama-lama sebab takde untungnya pun. Soal jodoh Allah dah tetapkan. Apa yang penting banyakkan doa moga Allah memberikan kita jodoh yang baik dan tepat. Amin.

Walauapapun, semua pilihan ada di tangan kita. Sama ada kita mahu berfikir perkara itu, semuanya hak kita. Apa yang penting fikirkan yang terbaik untuk kita dan yang paling penting sentiasa bersangka baik dan yakin Allah telah mengatur yang terbaik untuk kita.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya. ❤❤

16 January 2014

Perangai seorang yang pentingkan diri.

January 16, 2014 2 Comments
Assalamualaikum semua......

Perangai seorang yang pentingkan diri. | Orang yang pentingkan diri seorang yang tak sensitif dan hormat terhadap perasaan orang lain. Orang kata ikut "kepala dia je"..... Orang macam ni bahaya. Bukan apa, semua benda yang dia buat semua ikut dia je. Tanpa memikirkan orang lain. Lagi teruk kalau orang tolong dia pun langsung tak reti nak hargai. Kalau cikla la, orang macam ni jangan peduli langsung..... Ye la.... mengadap orang macam ni memang sakit hati kan... rasa macam tak nak kawan je dengan orang cam ni. Lagipun, ada baiknya kita jauhi orang camni sebab untuk elakkan pergaduhan dan selisih pendapat sebab golongan camni sentiasa rasa dirinya betul dan nak menang je...


Gambar hiasan

Ok ok ..... jom la kita tengok camne lah peel orang pentingkan diri ni...

- Tak pernah berterima kasih.
Mereka tak akan mengucapakan terima kasih atau menghargai bantuan sesiapa. Nak kata ego ke apa.. tapi entahlah dah memang perangainya camni kot.


Gambar hiasan.

- Tak puas hati dengan kejayaan orang lain.
Haaaa... yang ni memang bahaya. Sentiasa tak puas hati. Pantang tengok orang berjaya dari dia, mulalah. Diri mereka sentiasa penuh dengan rasa benci dan hasad dengki. Walaupun dia dah capai tahap yang terbaik, tapi masih lagi dengki dan tak puas hati. Kita kena jauhkan diri dari orang macam ni sebab memang bahaya sangat dan tak boleh dipercayai langsung kerana dia lebih suka tengok orang jatuh... Eeeee... mintak2 dijauhkanlah dai orang camni... takootttt....


Gambar hiasan.

- Tak percaya orang lain.
Ni biasa pada orang yang bekerja secara berkumpulan. Dia merasakan orang lain tak boleh nak hasilkan kerja sebaik dia dan selalu mempersoalkan kredibiliti dirinya. 

- Suka bangga diri.
Haaa... ni lagi satu masalah. Suka sangat bangga. Bangga sana, bangga sini. Pantang kalau dia berjaya but sesuatu, mulalah. Habis satu kampung dicanangnya. Silap2 haribulan setahun pun tak abis cerita tu. Hahaaa.....

- Merasa diri hebat.
Sikapnya yang tak nak kalah. Asyik nak lebih aje. Kalau orang lebih dia mulalah canang dia pun boleh buat lebih daripada tu. Tapi, hakikatnya dia hanya mereka2 cerita sebab tak nak kalah dengan sesiapa.


Gambar hiasan

- Suka marah2.
Tak pasal2 orang lain kena marah walaupun bukan kesalahan orang tersebut. Walaupun dia sedar akan sedar akan kebenarannya tapi sebab ego, dia marah gak dan sengaja besarkan masalah.

- Salahkan orang lain.
Suka menyalahkan orang lain sebab nak tutup kesalahan sendiri. Memang tak patut kan. Orang macam ni dirinya sentiasa penuh dengan hasad dengki dan sentiasa nak menang. Mereka sanggup buat apa aje asalakan apa yang dia nak tercapai. Tapi jangan risau, perangai jahatnya akhirnya terbongkar gak. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh kedebukkkk ke tanah gak. Hahaha.....

- Suka mencari salah orang.
Dengan kata lain suka menuduh tanpa bukti kukuh. Dah la tuduh orang, pastu buruk2 kan pulak. Memang tak boleh terima orang camni. Rasa nak sekeh je...... huhuuu....


Gambar hiasan.

- Suka dipuji.
Sanggup mencuri hasil kerja orang lain semata2 nakkan pujian. Aduiiiii... apalah orang spesis cam ni kan. 

- Tidak bersikap terbuka.
Mereka tak akan terima kritikan atau teguran orang lain dengan baik kerana mereka merasakan mereka sentiasa betul. Mereka tak akan mudah terima pandangan orang lain kerana merasakan dirinya lebih pandai. 

Cikla percaya mesti ada orang camni kat dunia ni kan? Walauapapun, pandai2 lah mencari kawan dan seandainya orang sebegini ingin berubah, berilah peluang kerana mereka berhak mendapat peluang itu. Janji mereka mahu berubah kepada yang lebih baik......Waallahualam.....

*noted to myself too...

Hindari senyap bila bersama pasangan.

January 16, 2014 1 Comments
Hindari senyap bila bersama pasangan. | Assalamualaikum wbt... Kadang-kadang, bila kita bersama pasangan, kita rasa suasana senyap seperti tak ada apa-apa kata atau topik yang nak dicakapkan. Mesti masing-masing rasa bosan kan? Dan mulalah dalam hati fikir yang bukan-bukan. So, kat sini cikla nak share beberapa tips yang boleh kita buat untuk hindari senyap bila bersama pasangan. Jom tengok....

Hindari senyap bila bersama pasangan.


Aktiviti/permainan : Mungkin kita boleh ajak pasangan kita bermain contohnya permainan Scrabble atau Saidina. Ia bukan saja dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah tapi mampu mengeratkan hubungan sesama pasangan.

Buat lawak : Hahaha, kalau cara ni boleh guna pakai kot. Orang kata melawak boleh buat orang ketawa. Tapi jangan pula buat lawak bodoh atau lawak yang membuka aib masing-masing. Ingat tu. Nak melawak pun kena ada caranya.


Hindari senyap bila bersama pasangan.
Hindari senyap bila bersama pasangan. Sumber Google.


Kenali pasangan : Ini masa terbaik untuk kenal isi hati pasangan kita. Guna masa yang ada untuk dapat tau segala tentangnya. Cubalah berkongsi masalah tak kira juga semua kesukaannya sebab inilah masa yang tepat.

Pendengar setia : Bila pasangan sedang bercakap mengenai sesuatu perkara, cuba dengan teliti. Jangan bersikap acuh tak acuh. Kalau dia mintak pendapat, cuba beri yang terbaik dan terangkan dengan jelas supaya dia paham. Tapi ingat, jangan menyampuk atau campur aduk dengan hal-hal yang tak berkaitan. Tengoklah, nanti dia mesti rasa bosan dengan kita. 

Emmmm, bila baca macam senang je kan? Tapi apa yang penting, kita mestilah sentiasa berusaha menggembirakan pasangan kita supaya dia akan rasa seronok dan selesa bila di samping kita. 

Noted to myself too. Ingatan berguna! 

Makanan yang buat kita tak bermaya.

January 16, 2014 0 Comments
Makanan yang buat kita tak bermaya. | Assalamualaikum. Semua orang suka makan. Lagi-lagi kalau kat Malaysia ni. Macam-macam makanan ada. Sampaikan ada yang gelar Malaysia ni syurga makanan. Tapi, kita semua kena ingat ada sesetengah makanan yang boleh buat kita rasa letih dan tak bermaya, walaupun ia dah jadi favorite kita. Jom kita tengok apa kategori makanannya. Bukannya apa, boleh gak jadi panduan time kita nak amik makanan. Ok... check it out!

Makanan yang buat kita tak bermaya.


GARAM - Orang kata takde garam makanan jadi tawar, tak sedap dan tak best. Boleh nak letak garam tapi janganlah berlebihan. Bukan apa, kalau letak lebih, ia boleh membuatkan kulit muka kita jadi kering dan hilang seri muka. Muka jadi kusam dan tak bermaya. Jadi, berpada-padalah.....


Makanan yang buat kita tak bermaya.
Makanan yang buat kita tak bermaya. Sumber Google.


PEMANIS TIRUAN - Walaupun gula bagi kita tenaga kerana ia adalah salah satu daripada sumber karbohidrat, tapi kalau dimakan berlebihan akan mendatangkan mudarat. Pemanis tiruan memberi kesan lebih teruk daripada gula biasa kerana pengambilannya secara berlebihan akan menjadikan muka seakan-akan membengkak. Ada kajian menunjukkan, pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi pemanis tiruan mampu mengubah sistem semulajadi tubuh badan manusia. Selain iti, pemanis tiruan mengandungi aspartame yang boleh mengakibatkan sakit sendi dan ketagihan pada makanan manis. Eee... bahayakan?


Makanan yang buat kita tak bermaya.
Makanan yang buat kita tak bermaya. Sumber Google..

MAKANAN BERGORENG - Jaga-jaga ye, sebab rasanya yang sedap kita memang macam susah je nak tinggalkan makanan bergoreng. Lagilah, setiap hari mesti kita makan punyalah makanan yang digoreng walaupun satu menu. Selalunya, kalau kita suka makan makanan yang bergoreng kita akan cenderung berasa sakit perut dan tak sedap badan (mungkin kot). Sebab apa? Sebab makanan sebegini penuh dengan minyak dan lemak jadi ia akan membuatkan arteri kulit tersumbat dan keraskan sel darah sekitar wajah. Nah, kulit pun jadilah kusam dan letih. *sebenarnya cikla pun baru tau. Arghhh... favorite cikla ni. Lepas ni kena kurangkan....


Makanan yang buat kita tak bermaya.
Makanan yang buat kita tak bermaya. Sumber Google.

MAKANAN PEDAS - Ala, ni pun tak boleh ke? Favorite cikla gak ni. Tapi kan, memang ada yang cakap makanan pedas elok untuk metabolisme tapi tak sesuai untuk kulit muka. Ia boleh buat kulit muka gatai dan jadi tak sekata. Lebih teruk lagi ia akan jadikan kita nampak sedikit tua dari usia sebenar. Ouchhh, taknaklah. Lagi satu, ia juga mampu buat kita susah tidoq sebab suhu badan meningkat dan badan berpeluh. Jadi, kita rasa tak selesa dan susah nak tidoq. Kesan lain pulak, ia mampu buat kita terkena gastrik, muntah, mual dan cirit birit kalau makan terlalu banyak. Wah, banyak kesan rupanya.


Makanan yang buat kita tak bermaya.
Makanan yang buat kita tak bermaya. Sumber Google.
 
Sejujurnya, semua kesan ni cikla baru tau. Tu sebab cikla rasa penting untuk cikla sharekan kat sini. Lagipun kesihatan amat penting umpama permata yang berharga. Kalau dah sakit nanti tak guna nak menyesal kerana semua pilihan ada ditangan kita. 

Bak kata orang tua2, sediakan payung sebelum hujan, ingat sebelum kena.... ❤❤

15 January 2014

Mahar lambang kasih sayang.

January 15, 2014 0 Comments
Mahar lambang kasih sayang. | Assalamualaikum wbt. Mahar berasal dari bahasa arab yang bermaksud mas kahwin. Dari segi syarak, mahar adalah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh si suami kepada si isteri dengan sebab pernikahan. Dalil yang mewajbkan mahar kepada isteri, antaranya dalam firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 4 yang bermaksud, "Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib." 

Pemberian mahar adalah sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri dan ia mencerminkan kasih sayang serta kesediaan suami untuk hidup bersama isteri malah sanggup berkorban demi kebaikan bersama di samping ia juga penghormatan suami terhadap isteri. Akan tetapi, mahar bukanlah satu daripada rukun nikah atau syarat sah nikah. Kalau pasangan yang mahu bernikah setuju tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tetap sah. 

Mahar lambang kasih sayang.


Hukum memberi mahar kepada isteri adalah wajib. Dalam mazhab Imam Syafie, mahar diwajibkan bukan atas sebab akad nikah yang sah sahaja , tapi juga dengan persetubuhan. Kalau akad nikah itu tidak sah, suami tak wajib beri mahar kepada isteri melainkan selepas berlakunya persetubuhan. (Untuk lebih lanjut sila rujuk pada yang lebih pakar).

Mahar lambang kasih sayang.
Mahar lambang kasih sayang. Sumber Google.

Apakah kadar mahar?


Islam tak menetapkan kadar/had maksimum atau minimum dalam menentukan mahar tapi bergantung kepada uruf (keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat/masyarakat).

Apakah jenis-jenis mahar? 



Pertama; mahar musamma iaitu mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam akad nikah macam yang diamalkan hari ini. Mengikut ulama, mahar musamma wajib dibayar oleh suami bila berlaku salah satu daripada perkara berikut; persetubuhan antara suami isteri atau kematian salah seorang daripada mereka sama ada suami atau isteri. 


Kedua; mahar misil (mahar yang sepadan) iaitu mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam akad nikah.  Jika berlaku keadaan ini, mahar itu hendaklah diqiaskan/disamakan dengan mahar wanita yang setaraf dengannya dalam kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau ibu saudaranya.

Jika tidak, diqiaskan pula dengan mahar wanita lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalan masyarakat. Dan jika tidak juga, terpulanglah pada suami berdasarkan adat dan tradisi setempat. 

Apa perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan kadar mahar? 


Rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan, ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran, keluhuran budi dan status wanita itu sama ada gadis atau janda. Ini kerana kadar mahar berbeza-beza mengikut ciri-ciri yang disebutkan diatas.

Waallahualam......❤❤❤


*Sumber : Ruangan Addin Harian metro.

Elak 4 Karakter Negatif Untuk Menjadi Isteri Solehah.

January 15, 2014 2 Comments


Elak 4 Karakter Negatif Untuk Menjadi Isteri Solehah. | Assalamualaikum wbt. Setiap suami mengidamkan isteri yang solehah. Tidak kira dari segi perbuatan, tutur kata, layanan terhadap suami dan tanggunggjawab terhadap anak2 dan keluarga. Isteri yang solehah mampu menbentuk rumahtangga yang aman dan bahagia.  

So, cikla nak share 4 karakter yang para isteri mesti jauhi jika mahu menjadi seorang isteri yang solehah.

Elak 4 Karakter Negatif Untuk Menjadi Isteri Solehah.
Elak 4 Karakter Negatif Untuk Menjadi Isteri Solehah. Sumber Google.

Jauhi sikap suka mencabar suami. Isteri mestilah sentiasa bertenang menghadapi semua keranah suami kerana secara psikologinya, sikap ego si suami pasti ada dan sentiasa terbawa-bawa dalam rumahtangga. kalau kita kurang bersetuju dengan pendapat suami, bertanya dengan sopan supaya si suami tak terasa dirinya dicabar. ingat, suami mempunyai maruah dan harga diri. jadi, dah tentu dia tak ingin mendengar tutur kata dan perbuatan yang tak sopan.  

Jauhi sikap "mulut celupar/cabul". Jangan menghina suami kerana ia dengan sengaja membangkitkan rasa sakit hati si suami. sifat cela ni wajib dijauhi jika kita mahu mengeratkan hubungan dengan suami.   

Jauhi sikap mencurigai suami.  Jangan berprasangka buruk dengan suami misalnya kalau suami balik kerja lambat, mulalah fikir bukan-bukan. Lebih teruk lagi, bila suami penat-penat balik kerja si isteri menyambut suami dengan tohmahan melulu sampai si suami naik rimas.

Jauhi sikap cerewet tak bertempat. Cerewet tak salah sebab ia melambangkan sikap berhati-hati, tapi kalau si suami dalam mood stress, si isteri perlu faham.  

Tapi, apa yang penting sebagai suami isteri mestilah saling memahami, bertolak ansur dan sentiasa bersikap terbuka menghadapi keranah masing-masing. Kalau ada sikap yang kurang elok, buanglah dan berubahlah menjadi lebih baik demi keharmonian rumahtangga kelak. 

Barulah boleh cakap, 'with you and love you till Jannah'. Betul tak? ❤❤

10 perkara membatalkan syahadah.

January 15, 2014 0 Comments
10 perkara membatalkan syahadah. | Assalamualaikum wbt. Syahadah atau ucapan kepercayaan dan pengakuan adalah penyataan kepercayaan kepada keEsaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai RasulNya. Ia merupakan salah satu daripada lima rukun islam. Apabila seseorang yang bukan muslim menyatakannya dengan jelas dan ikhlas, dia secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai muslim. Syahadah hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan iaitu membenarkan, menetapkan dan yakin di dalam hati.

Apa lafaz syahadah?


"Asyhadu alla ilaaha illallaah wa asyhadu anna muhammadan rasulullah." maksudnya "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."


10 perkara membatalkan syahadah.
10 perkara membatalkan syahadah. Sumber Google.

Apakah 10 perkara yang membatalkan syahadah?


  1. Menyekutukan Allah SWT.
  2. Berserah kepada makhluk (bergantung nasib kepada makhluk). Konsep sebenar hanya bergantung kepada Allah SWT sahaja.
  3. Mengkafirkan orang islam yang nyata islamnya dan tidak mengkufurkan orang kafir yang nyata kufurnya.
  4. Yakin dan percaya ideologi dibawa manusia lebih baik daripada sistem Islam.
  5. Mencela Nabi Muhammad SAW dan sunnahnya.
  6. Hukum Allah SWT menjadi sendaan dan gurauan.
  7. Menenung nasib dan bermain sihir.
  8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam.
  9. Beranggapan keluar dari Islam tidak apa-apa.
  10. Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian daripada Al-Quran.

Pada zahirnya, syahadah dilihat ringkas, tapi implikasinya amat luas kerana ia menjadi paksi kepada kesempurnaan akidah seseorang Muslim, yang mana ia bergantung kepada sejauh mana dia dapat menyempurnakan rukun san syarat syahadah. Tetapi, akidah yang sempurna boleh rosak bila rukun dan syaratnya dilanggar. 

Sama-samalah kita muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki iman kita. Waallahualam..... 🌸🌸🌸


Sumber ilmu : Ruangan addin Harian Metro.

14 January 2014

Awas Kata2mu.....

January 14, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.... selamat malam semua.

Awas Kata2mu..... | Rasanya tak terlambat lagi cikla nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL ye.. sama2lah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Emm... oklah.. time2 cam gini biasalah kan.. bila cikla dapat mengadap laptop ni maknanya takde orang kacau la tu. hehe... mana taknya dua anak bertuah cikla dah tido... yahooo... ibunya leh rehat dan godek2 blog ni.. Sebenarnya macam dah lama cikla tak update entri kat belog ni. mana taknya, dah dekat seminggu kot cikla dok mengadap belog ni konon2 nak cantikkan la kan.. hahaaa.. cantiklah sangat. btw, thanks la pada blogger2 yang dah buat tuto untuk cantikkan belog dan tambah apa yang patut. bukan apa  tuto camni amat penting untuk blogger2 amatur macam cikla ni. haha... lagilah yang kena guna coding2 bagai.. memang fenin la. dulu masa studi ada gak cikla belajar pasal programming ni, tapi al maklumlah... lupo dah den... hehehe...


Gambar hiasan.

Ermmm, apa cikla nak citer ni ek? ok ok... actually cikla nak bagi pendapat pasal satu perkara ni ha.. pasal hormat dan tau jaga perassan orang di sekeliling kita. bagi cikla perkara ni memang amat penting.. lagi pula kita hidup dalam bermasyarakat. tutur kata pun kena jaga. kadang2 kita tak rasa pun apa yang kita cakap tu boleh buat orang lain tersinggung. orang yang mendengarnya pula memang tak akan lupa sampai bila2. Ada orang kata nak puaskan hati orang memang susah. ye.. memang betul tu, cikla pun akui. tapi kita pula kenalah selalu peka dan jaga apa yang keluar dari mulut kita. bak kata pepatah, terlajak perahu boleh undur, tapi terlajak kata buruk padahnya. ini ingatan untuk diri cikla jugak.

Oklah... cukuplah tu kan. nanti tulis panjang2 pun tertidoq lak kome membacanya. akhir kata, jagalah tutur kata kita kerana tajamnya lidah adalah melebihi dari mata pedang... ingat tu!! Waallahualam........

10 January 2014

Just Remind....

January 10, 2014 6 Comments
Assalamualaikum semua. Good evening everyone....

Just Remind.... | Cikla harap semuanya sihat. Setiap hari, bila kita bangun dari tidur, bersyukurlah... bersyukurlah.... bersyukurlah. Kita masih diberikan nikmat hidup dan bernafas pada hari ni. Kita masih diberi peluang untuk melihat alam ciptaan Allah ni. Dan yang paling penting, kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat atas dosa2 yang telah kita buat. Sebenarnya, cikla saje je nk update belog cikla ni. Walaupun ada orang kata, "ala.. update hari2 pun bukan ada orang nak baca or komen pun..." ahh, biaq pi la. Apa yang penting semuanya catatan hati cikla. Orang baca atau tak itu no 10.... ehehehee.... cikla menulis pun bukan nak harap orang baca or sanjung kita.

Ehemm... bila cikla dengar lagu disini ku bermula nyanyian aizat ni, memula bila pertama kali dengar lagu ni, cikla ingat lagunya tentang seseorang. Tapi, bila dah banyak kali dengar, rupanya lagu ni pasal nyamuk aedes... kreatif sungguh komposernye... makin lama dengar makin best lak. Anak2 cikla pun bila dengar lagu nu kat tv, bukan main kusyuk la mendengarnya.


Gambar hiasan.

Bercakap pasal nyamuk aedes... memang bahaya makhluk Allah ni. Sekarang ni pun kes demam denggi dah makin banyak. Kat kampung cikla stay ni pun ada dua kes demam denggi (yang cikla tau la).... patutlah ada orang dari pusat kesihatan datang nak buat semburan nyamuk. Aedes ni bukan macam nyamuk biasa. Dia ni boleh dikategorikan sebagai pembunuh senyap. Dia kecik tapi merbahaya or berbahaya ( yang mane satu betul ek?)... Dia membiak pun bukan dalam air kotor tapi air bersih. Macam bekas bunga, tong2 tadahan air dan yang terbaru yang cikla baca dalam takungan air hujan atas bumbung rumah tu pun boleh jadi tempat dia membiak.

Orang yang digigit nyamuk akan demam dan yang paling bahaya bila dah sampai tahap demam berdarah. Nauzubillah, memang bahaya sebab boleh membawa maut. (Kalau nak tau lagi lebih banyak info pasal aedes, sebab, kesan dan cara elakkan/atasi just search kat google. Semua ada, ok! Sebenarnya, semuanya boleh diatasi bila kita peka terhadap kebersihan/persekitaran rumah kita. Itu yang paling penting sebenarnya. Kalau kita sendiri yang tak atasinya, siapa lagi. Jangan sampai ada yang terkorban atau keadaan jadi lebih buruk, baru  kelam-kabut nak kemas itu ini. Bak kata pepatah, cegah sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan. Ingatan ni untuk diri cikla jugak.

Oklah, nanti kita sambung lagi. Got job to do! Biasalah full housewife le katakan.. hehe... Waallahualam....

06 January 2014

Jangan Lupa Diri...

January 06, 2014 3 Comments
Assalamualaikum semua. 

Jangan Lupa Diri... | Tengah buat apa tu? Cikla ni tengah dok landing2 melayan kerenah dua beradik ni. Nak2 pulak letrik takde. Lagilah bosan deme nih.. aduhh, cuaca kat luar nu leh tahan gak panasnya. Tapi, lagi belah barat macam mendung. Cewah.... dah macam pemberita kaji cuaca pulak cikla ni. Hehehe.... Oklah.... sebenarnya cikla nak sembang cerita pasai lupa diri. Emmm, tak dinafikan ada sesetengah orang ni mudah lupa diri. Bila dah senang skit.... lupa diri, bila kaya skit... lupa diri. Bila tau skit... lupa diri. Pendek kata, jika dia ada kelebihan skit dari orang lain mulalah nak lupa diri atau dengan kata lain... sombong.


Gambar hiasan.

Sikap lupa diri ni tak ke mana pun. Selagi kita bernyawa dan hidup di bumi Allah ni, pasti kita memerlukan orang lain untuk hidup dan melakukan sesetengah perkara. Kita tak kan boleh hidup sendirian macam katak di bawah tin(Hihihi.... pepatah baru ni).... Janganlah disebabkan kelebihan atau kesenangan yang Allah beri pada kita, kita cepat lupa. Lupa pada orang lain, dan tentunya lupa pada Allah yang memberi nikmat. Kan elok kalau kelebihan yang kita ada kita kongsikan dengan orang lain. Tak salah kan, tapi biarlah berpada2 dan kena pada tempat. Kalau kita tak lokek, tak berkira atau tak sombong mesti Allah akan melipatgandakan apa yang kita ada. Tak luak pun... Tapi kenalah ingat apa yang kita buat ni mestilah ikhlas. Sebab apa hasil yang kita dapat tentu lebih manis...

Kesimpulanannya, jangan lupa diri dalam apa jua nikmat yang Allah berikan. Sebaliknya, jadikan nikmat2 ini sebagai jalan untuk kita mencari pahala dan perolehi rahmatNya. Bak kaya pepatah, kalau kita memandang ke langit, jangan lupa rumput yang dipijak. Kalau kita berada di atas, jangan lupa orang lain yang berada di bawah. Ok lah.... jumpa lagi nanti ya! Wallahualam...

02 January 2014

Dah mula dah...

January 02, 2014 4 Comments
Assalamualaikum and good morning everyone. 

Dah mula dah... | Apa kabar semua? Cikla harap semuanya sihat aje, ok... Jam baru pukul 9 pagi. Boleh lagi ni nak landing2 ni. Mata rasa macam mengantuk lagi pasal tadi sebelum subuh bertolak dari kampung nak balik umah. Mujurlah puteri cikla yang sulung start sekolah hari ni, jadi kenalah balik jugak kan. Kalau tak, dah cuti dah, ehehehe.... Hari ni hari pertama persekolahan bagi sesi baru pertama 2014. Sebenarnya cikla nak share story pasal puteri cikla yang baru mula sekolah hari ni. Ala, tadika je pun kan. Tapi, dia punyalah excited nak pergi sekolah. Start dari hari isnin lagi, asyik tanya bila nak sekolah, bila nak sekolah. Tapi kan, biasalah semangat budak2, kadang2 awal je berkobar2 nanti dah hujung2 malas lak. Apapun cikla harap puteri cikla ni sentiasa ada minat nak pergi sekolah. Kalau tak susah gak. Satu hal pulak nak memujuk bagai...


Nur Batrisyia Zulaikha binti Azrin...
 hari pertama ke sekolah. 


Emm... nak dijadikan cerita tetibe puteri cikla ni demam pulak sejak dari malam tadi. Tak tau la demam terkejut ke or apa kan, tapi yang pastinya dia tetap nak pergi sekolah walaupun tak sihat. Sampai kat sekolah tadi nampak macam okey aje. Tak takut pun. Tapi, ada sorang budak lelaki tu siap nangis tak bagi maknya balik. Maknya keluar siap dikejarnya. Dah cikgu plak kejar murid tu. Nasib puteri cikla tak terpengaruh kan? Ishhh..... macam2 ragam kan. Memang kelakar... Walauapapun, cikla harap puteri cikla dapat bertahan sampai balik sekolah pukul 12 nanti. Ala, ramai kawan kat sana mesti dia seronok kan... Okeylah... sekian. Wallahualam....

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.