Dah mula dah...

By Cikla Shahril - January 02, 2014

Jam baru pukul 9 pagi. Boleh lagi ni nak landing2 ni. Mata rasa macam mengantuk lagi pasal tadi sebelum subuh bertolak dari kampung nak balik umah. 

Mujurlah puteri cikla yang sulung start sekolah hari ni, jadi kenalah balik jugak kan. Kalau tak, dah cuti dah, ehehehe. Hari ni hari pertama persekolahan bagi sesi baru pertama 2014.

Sebenarnya cikla nak share story pasal puteri cikla yang baru mula sekolah hari ni. Ala, tadika je pun kan. Tapi, dia punyalah excited nak pergi sekolah. 

Start dari hari isnin lagi, asyik tanya bila nak sekolah, bila nak sekolah. Tapi kan, biasalah semangat budak-budak, kadang-kadang awal je berkobar-kobar nanti dah hujung-hujung malas lak. 

Apa pun cikla harap puteri cikla ni sentiasa ada minat nak pergi sekolah. Kalau tak susah gak. Satu hal pulak nak memujuk bagai.

Dah mula dah...
Dah mula dah...Nur Batrisyia Zulaikha binti Azrin... hari pertama ke sekolah. 

Emm, nak dijadikan cerita tetiba puteri cikla ni demam pulak sejak dari malam tadi. Tak tau la demam terkejut ke or apa kan, tapi yang pastinya dia tetap nak pergi sekolah walaupun tak sihat. 

Sampai kat sekolah tadi nampak macam okey aje. Tak takut pun. Tapi, ada sorang budak lelaki tu siap nangis tak bagi maknya balik. Maknya keluar siap dikejarnya. Dah cikgu pulak kejar murid tu. Nasib puteri cikla tak terpengaruh kan? Ishhh, macam-macam ragam kan. Memang kelakar.

Walau apapun, cikla harap puteri cikla dapat bertahan sampai balik sekolah pukul 12 nanti. Ala, ramai kawan kat sana mesti dia seronok kan.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Lain budak lain ragamnya....

    ReplyDelete
  2. salam trima kasih sudi singgah ke blog kita...d mana nak follow tak jumpa button follow ;)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Setuju... tp masih ada yg sanggup dera dan ada yg lebih teruk sanggup bunuh anak. Nauzubillah...

      Delete