03 February 2014

Akhirnya.... semuanya benar!

February 03, 2014 4 Comments
Assalamualaikum semua....

Akhirnya.... semuanya benar! | Apa khabar? Cikla harap semua sihat ok. Cikla camne la.. still loya, letih, tak larat dan lain2. Sebenarnya cikla just nak confirmkan apa yang cikla update semalam tu benar. Disebabkan rasa tak puas hati dengan result sebelum ni, cikla pujuk hubby cikla belikan one more pregnancy test untuk men"clear"kan apa yang selama ni macam tak pasti. Nah, bangun je pagi tadi ( i mean siang tadi la), cikla dengan pantas melakukan ujikaji.



Pregnancy test show positive result.
 
Memang excited, ye la kan.. lagi satu memang kali ni betul2 nak confirmkan pasal dah tak larat dengan simptom2 yang ada. Dengan lafaz bismillah cikla tengok dengan hati berdebar2. Ceh, dah macam drama suspen lak. Pling pling.... keputusan positif..... Patutlah terok benor alahannye... Walau apapun cikla amat bersyukur dengan "rezeki" yang Allah berikan. Apa yang penting semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Amin. Baiklah, jumpa lagi nanti ye... Waallahualam....

02 February 2014

Macam tak larat je... adoiii....

February 02, 2014 0 Comments
Assalamualaikum semua.

Macam tak larat je... adoiii.... | Apa khabar hari ni? Korang dah lunch? Cikla kat sini tak berapa sihat la. Dua tiga hari ni macam tak larat je. Badan sakit2.. Tekak loya2. Bila bau makanan pun macam nak uwekk je. Ramai cakap ni simptom pregnant. Tapi cikla dah check dah. Result macam tak meyakinkan aje. Mana tak nye. Kalau pregnant, ada dua line yang very celar kat pregnancy test tu, tapi kes cikla ni lain skit. Satu clear, tapi lagi satu macam clear macam tak. Tu yang macam 50-50 je. Tapi masalahnye sekarang, simptom pregnant memang macam ada.


Gambar hiasan. Ihsan dari Google.

Period lewat almost 2 weeks, dengan loya nak muntahnye. Adoii.. memang tak larat. Lagi teruk alahan dari pregnant sebelum ni. Badan lemah je. Kalau boleh nak baring je... tidoqq.... Cikla ada gak ask kawan cikla, Dr. Mcna. Dia doktor. Dia cakap kalau pregnancy test tu show weak result, consider positive result. Dia suruh check lagi 2 weeks, untuk comfirmkan. Btw, cikla tak kisah lah. Kalau pregnant cikla terima dengan hati terbuka, begitu gak sebaliknya. Janji semuanya selamat dan ok. Oklah... jumpe lagi nanti. Ni pun ada rase nak uwekkkk lagi ni... Tatatititutuuuuu..... Waallahualam.....

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.