27 March 2014

Redakan rasa mual.

March 27, 2014 5 Comments
Redakan rasa mual. | Assalamualaikum wbt. Kalau kita terlalu kenyang atau tak tahan menghidu bauan yang keterlaluan, ini boleh membuatkan kita rasa mual, loya atau nak muntah. Ambillah beberapa makanan ini untuk mengurangkan rasa mual ini.

Redakan rasa mual.


EPAL – terbukti dapat meredakan rasa mual yang cepat. Perut juga akan rasa lebih selesa, tak resah dan nyaman.


Redakan rasa MUAL.
Redakan rasa mual. Sumber Google.


KACANG – rasa mual mungkin disebabkan kekurangan protein. Kunyahlah kacang almond atau kacang tanah sekadar untuk mengurangkan rasa mual.


Redakan rasa MUAL.
Redakan rasa mual. Sumber Google.


BISKUT KRAKER – tepung yang ada dalam biskut kraker akan membantu menyerap asid dalam perut tapi pilihlah biskut tanpa perasa.


Redakan rasa MUAL.
Redakan rasa mual. Sumber Google.


Semoga bermanfaat.... ❤❤

Yogurt Untuk CANTIK!

March 27, 2014 2 Comments

Yogurt Untuk CANTIK! | Assalamualaikum sahabat semua. Emmm, oklah kali ni cikla nak share dengan uols pasal makanan yang boleh kita amik untuk kekal cantik dan sihat. Yogurt... Mesti ada sesetengah orang tak suka makan yogurt kan. 

Yelah, rasanya yang masam-masam manis sikit. Tapi, bagi cikla ni memang favourite cikla. Cikla jugak kadang-ladang amik yogurt ni sebagai makanan untuk diet. Hehe. 

Yogurt Untuk CANTIK!


Yogurt Untuk CANTIK!
Yogurt Untuk CANTIK! Sumber Google.

Oklah, sebenarnya yogurt ni memang banyak khasiatnya yang kita tak tau. Antaranya:- 

  1. Jadikan kulit lebih halus mulus – caranya hanya sapukan seluruh muka dengan yogurt dua atau tiga kali seminggu. Biarkan 15 minit, then bilas dengan air suam. Nah, muka akan lebih berseri, cerah dan lembut.
  2. Mengatasi kulit terbakar  (sunburn) – caranya campurkan yogurt dengan minyak pati bunga Chamomile, then gaul sebati dan sapu pada bahagian yang bermasalah. 
  3. Mengecilkan jerawat – Emm… ni masalah memang dah biasa kita dengar kan. Cara nak atasi jerawat dengan menggunakan yogurt adalah memula bersihkan muka, then sapu yogurt (nipis je) pada bahagian yang berjerawat. Biar 30 minit dan bilas bersih. Selain ia mengecutkan jerawat, yogurt juga membantu menipiskan parut pada wajah. 
  4. Menjadikan kulit lebih cerah sekata – caranya adalah campuran yogurt dan pati lemon yang digaul sebati dan di sapu pada seluruh wajah dan leher. Buatlah tiga kali seminggu dan tengoklah hasilnya… wow! 
  5. Rahsia awet muda – caranya dengan menyapu ke muka campuran minyak zaitun dan yogurt yang mana ia dijadikan macam masker. Buatlah tiga kali seminggu tau. 
  6. Membuang sel kulit mati – caranya, campuran timun yang diparut dengan yogurt disapu pada seluruh tubuh dan muka, biarkan dalam 15-20 minit, sambil tu gosok perlahan untuk menanggalkan sel kulit mati. Selepas tu, bilas muka, dan wahhhhh berserinyaaaa. 
  7. Jadikan rambut lebih sihat dan bersinar – caranya, lumurkan yogurt pada rambut, then balut kepala dengan tuala dan biar selama 10-15 minit. Lepas tu bilas bersih…

So, macam mana? Macam senang je kan nak buat apa yang kat atas tu. Modalnya pun murah je. Ala, yogurt tu berapa sen sangat kat kalau nak dibandingkan dengan hasil yang akan kita  dapat nanti. Tak salah belanja sikit untuk cantik dan sihat. 

Lagipun bukan untuk orang lain pun, untuk diri kita gak kan...❤❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.