30 April 2014

Amalan yang boleh mengancam keselamatan ibu dan janin.

April 30, 2014 4 Comments
Amalan yang boleh mengancam keselamatan ibu dan janin. | Assalamualaikum wbt. Setiap ibu yang hamil mesti nak jaga kandungannya elok-elok start dari trimester pertama lagi sampailah melahirkan. Tak kiralah dari segi pemakanan, amalan seharian dan sebagainya pasti diambil kira. Yelah kan, zuriat sendiri lebih-lebih lagi kalau anak sulung. Bagai ditatang minyak yang penuh. 


Oklah, cikla nak share beberapa amalan yang mungkin boleh membahayakan keselamatan ibu dan bayi dalam kandungannya. Moga ia akan memberi sikit banyak manfaat terutama untuk mak mak buyung kat luar sana.. termasuklah cikla sendiri. Check it out!


Amalan yang boleh mengancam keselamatan ibu dan janin.


Amalan yang boleh mengancam keselamatan ibu dan janin.
Amalan yang boleh mengancam keselamatan ibu dan janin. Sumber Google.

  1. Mengurut atau mengubah kedudukan janin.
  2. Mengambil jamu, herba atau ubatan, minuman keras dan merokok.
  3. Mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.
  4. Buat kerja berat, menunggang basikal atau memandu pada akhir kehamilan (dekat dekat nak bersalin).
  5. Melakukan hubungan kelamin jika berlaku pendarahan dari faraj atau kedudukan uri di bawah.
  6. Mengunjungi pesakit yang menghidap penyakit berjangkit seperti campak, tibi terutamanya di awal kehamilan.

Cikla harap info ni berguna untuk kita jadikan panduan dan ingatan. ❤❤


**Nota kaki: Kalau kita berasa lapar sepanjang masa, buang air kecil dan letih, kemungkinan kita mengalami gestational diabetes. Ini akan menyebabkan bayi kita bersaiz besar dan risiko melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.


(Sumber info: Mami&Baby Magazine)

29 April 2014

Happy birthday anak sedara ku.....

April 29, 2014 2 Comments
Happy birthday anak sedara ku..... | Assalamualaikum wbt... Hye semua.... "Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan anak sedaraku... Allah selamatkan kamu... yeahhhh...".... (siap ada yeahhh lagi.. tetibe).... wokehlah..... walaupun birthday anak sedara cikla ni esok tapi mak sedaranya ni punya excited nak wish awai2.. siap dedicated lagi kat sini... hehe. 

Tanggal 30hb April 2012 lahirlah baby ala2  kejepunan ni kat dunia yang fana ni. Mak pak nya bagi nama Nurul Iman Safiyyah. Budak ni actually sebaya dengan puteri cikla yang kedua.. cuma beza bulan je.... 


Happy birthday anak sedara ku.....
Gambar hiasan ihsan Mr. Google.

Happy birthday anak sedara ku.....
Gambar  masa iman baru pandai meniarap.

Happy birthday anak sedara ku.....
Gambar iman sekarang... going to 2 years old.

Gambar2 kat bawah ni lak gambar budak ni dengan puteri2 cikla..... posing aje ler kejenyeeee......


Happy birthday anak sedara ku.....


Happy birthday anak sedara ku.....


Oklah.... ayong nak wish Hepi Birthday to you... moga menjadi anak yang solehah dan menjadi anak kebanggaan ibu dengan ayah. Jangan nakal2..... luv u... sekian lah.. wassalam...

**Nota Kaki: Bulan Mei ni lak berderet birthday... puteri cikla dua orang tu dan tak lupa gak Mr Hubby my darling too..... kenyang makan kek nih... hehehe....

Melentur buluh....

April 29, 2014 1 Comments
Assalamualaikum wbt....

Melentur buluh.... | Hye semua... cikla harap semua sihat dan haappy sokmo. Ermmm... bila tengok kat title tu apa lak kaitan buluh dalam ini story? Hehe.. itu hanyalah perumpamaan aje. Sebenaqnya cikla nak cite pasal cara kita ye sebagai ibu2 dalam mendidik anak2. Tak dinafikan cikla ni agak tegas dan garang skit dalam mendidik anak2. Walaupun anak cikla ni dua2 girl, tapi lasak yang amat. Mengalahkan boboi.... Budak2 umuq camni mudah terpengaruh dan terikut-ikut apa yang orang disekeliling dia buat. Tak kira lah baik atau sebaliknya. Janganlah depa dengaq perkataan yang kureng elok skit.. memang la diingatnya. Macam tu jugak dengan kelakuan. Mudah sangat mengikut dan tiru... Kalau yang elok takpe.. tapi kalau yang tak? Kan dah jadi masalah....




Lagi satu budak2 ni dia macam suka balas. Maknenya berdendam. Kalau bergaduh adik beradik mesti si kakak atau si adik nak balas balik. Tapi biasanya adik yang kalah. Last2 , nangis. Sebenaqnya situasi camni lah kita sebagai ibu atau ayah kena pandai handle. Ada setengah parents tu.. suka plak mengapi-api.. contohnya.. "haaa dik, nape tak balas balik. Tumbuk balik kakak tu..." sebenaqnya tak elok kan ajar anak camtu. Sepatutnya kita ajar anak berdamai dan berbaik2..... Bagi cikla apa yang penting, didiklah anak kita sedari kecil dan kalau boleh sejak dari dalam kandungan lagi. Amboi... sampai macam tu sekali ek.. hehe... ye la bukan apa didikan awal tu memang penting sesangat... tu sebab orang tua2 kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nanti kalau dah besaq esok apa yang kita terapkan masa kecil jadikan diaorang lebih berperangai molek.... sekian dulu.. wassalam....


*Nota Kaki: Ambillah ikhtibar dari cerita ANAKKU SAZALI. Nak manjakan anak boleh aje tapi biarlah berpada2....

28 April 2014

Doa waktu pagi.

April 28, 2014 2 Comments
Doa waktu pagi. | Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua. Cikla harap semua sihat. Wah, dah isnin dah, pastu minggu last bulan April. Jap je masa berjalan kan? Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mei dah. Cikla nak share doa untuk hari ni. Jom sama-sama kita amalkan. Moga Allah memberkati kita.

Doa waktu pagi.


Bismillahirrahmanirrahim......


Doa waktu pagi. Sumber Facebook.



Amin ya rabb. Mari amalkan... ❤❤❤


27 April 2014

Macam mana nak kecapi kebahagiaan dalam rumahtangga.

April 27, 2014 2 Comments
Macam mana nak kecapi kebahagiaan dalam rumahtangga. | Assalamualaikum wbt. Semua orang mengharap rumah tangganya sentiasa aman damai harmoni dan sejahtera. Kalau boleh till jannah la bak kata orang sekarang. Sebenaqnya bagi cikla nak capai semua tu kena usaha gak, tak kira dari pihak isteri atau suami. Dua-dua kena pandai mainkan peranan. Kalau nak harapkan sebelah pihak je, rasanya tak kan menjadi kot. 

Apa yang penting tolak ansur dan toleransi dalam hubungan. Apa kata kita tengok apa tips yang mungkin kita boleh guna untuk menyemarakkan lagi cinta kita dalam rumah tangga. Noted to me too. Check it out yoooo! 

Macam mana nak kecapi kebahagiaan dalam rumahtangga.
Macam mana nak kecapi kebahagiaan dalam rumahtangga. Gambar hiasan ihsan Mr. Google

Macam mana nak kecapi kebahagiaan dalam rumahtangga.


P1 - Jangan segan puji pasangan kita. Kalau suami, pujilah masakan isteri ke, pujilah isteri tu comey ke, kan berbunga-bunga je hati si isteri. Pastu lagi bersemangat dia nak masakkan untuk kita. Haa, dah jimat, tak payah makan kat kedai lagi. Si isteri pulak pujilah suami bila dia sudi bantu kita kat dapur, tolong sidai kain. Lagi rajin si suami kita nak tolong kita pas ni. Ringan skit keje kita ada orang bantu.

P2 - Peluklah isteri dan suami kita sekerap mungkin sebab itu adalah salah satu rahsia untuk mengeratkan lagi  kasih sayang. Awww, sweet kan.

P3 - Penghargaan, kalau ada duit lebih tu jangan kedekut nak bagi isteri atau suami kita hadiah sebab orang kata boleh menambahkan lagi kasih sayang.

P4 - Perhatian, ambil berat pasangan kita. Kurangnya kasih sayang dan perhatian boleh buat pasangan rasa terabai.

P5 - Persefahaman. Bagi cikla ni yang paling penting. Lagipun, sebagai seorang yang berkerjaya tak kira suami atau isteri adalah perlu tolak ansur dan faham kerjaya masing-masing.

P6 - Pergaulan. Jagalah pergaulan kita dengan orang lain. Jangan sampai melampaui batas sampai menimbulkan rasa cemburu. Haaa, jaga-jaga cik Salmah. Hihi.

P7 - Percutian, sekali sekali pergilah bercuti berdua-duaan.

P8 - Permohonan, sentiasa berdoa kepada Allah supaya hubungan sentiasa dirahmati serta dijauhkan dari sebarang godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Macam mana nak kecapi kebahagiaan dalam rumahtangga.
Macam mana nak kecapi kebahagiaan dalam rumahtangga. Gambar hiasan ihsan Mr. Google.

Macam mane? Apa yang penting moh la kita sama-sama praktikkan tips kat atas tu. Kalau tak dapat nak buat semua dapat buat separuh pun kira ok dah.... ❤❤❤


**Nota kaki: Usaha tangga kejayaan.


(Sumber: Ruangan kasih sayang, Metro Ahad).

Oh Suami, bila isteriku hamil.

April 27, 2014 2 Comments
Oh Suami, bila isteriku hamil. | Assalamualaikum wbt. Selalunya cikla kongsi tips untuk para isteri. Tapi kali ni cikla nak kongsi tips untuk encik suami plak. Manalah tau ia berguna kan, terutama pada suami-suami yang baru jadi daddy. Hakikatnya, bila seorang suami tau yang isterinya hamil hasil benihnya gembira hati tak terkira kan? Lagi-lagi, kalau first baby. Memang excited giler. Tapi dalam-dalam excited dan tak sabar tu mesti ada rasa debar-debar dan persiapan sebelum dan selepas isteri deliver baby. 

Oh Suami, bila isteriku hamil.


Cikla nak share beberapa tips untuk encik suami bila isteri hamil iaitu, sentiasa buat isteri rasa tenang supaya dapat rehat dan tidur yang cukup. Sentiasa bersiap layan kerenah isteri. Maklum, kekadang orang mengandung ni macam-macam kerenahnya. Mengidam itu ini. Jadi, siap sedia ye tuan!

Selain tu, suami mestilah sentiasa tunjuk rasa bahagia pada janin dalam kandungan isteri. Berbuallah dengan baby sebab tu salah satu sokongan mental untuk senangkan hati isteri. Lagipun, isteri hamil perlu lebih kasih sayang dan perhatian lebih dari biasa. Haa, jangan lupa puji isteri bahawa dia tetap cantik dan menarik walaupun perut dah memboyot. Mesti berbunga-bunga je hati isteri tau. Senyum lebar je dia...


Oh Suami, bila isteriku hamil.
Oh Suami, bila isteriku hamil. Gambar hiasan ihsan Mr. Google.

Bantu ringankan keluhan isteri dengan urut belakang isteri. Orang bila mengandung biasalah lenguh sana sini. Jadi inilah masa nak ambil berat lebih skit. Tak salah pun kan. Bagi cikla yang paling penting sokongan semasa isteri melahirkan nanti. Kalau boleh masa isteri bersalin masuk sekali dalam labour room tu. Bagi kata semangat dan saksikan macam mana sukarnya isterimu melahirkan zuriatmu...

Moga bermanfaat... ❤❤❤

Kepentingan dan cara sendawakan bayi selepas menyusu.

April 27, 2014 0 Comments
Kepentingan dan cara sendawakan bayi selepas menyusu. | Assalamualaikum wbt. Hye semua! Semoga happy berhujung minggu dengan keluarga ye. Oklah, hari ni cikla rasa macam nak share something pasal baby. Mungkin sebelum ni ada ibu yang tak tau, jadi cikla rasa info ni macam penting je kita sebagai ibu kena tau. Dah-dah jom kita tengok apa dia....

Kepentingan dan cara sendawakan bayi selepas menyusu.


Firstly, cikla nak habaq betapa pentingnya sendawa pada baby sebab sedawa dapat mengelakkan baby kita kembung perut. Kalau dah kembung, apa lagi nangis aje la kejenya kan. Lagipun, bila baby menyusu, sejumlah kecil udara secara tak langsung akan ikut serta sama dalam badannya. Tak kira menyusu badan atau menyusu botol. Kalau baby menangis semasa menyusu lebih banyak udara akan masuk dalam badannya dan ini akan mengakibatkan kembung. Malah, ada yang dah berhenti minum walaupun belum kenyang lagi sebab tak selesa. Selain tu, kalau kita terus baringkan baby lepas menyusu tanpa sendawakannya, baby boleh muntahkan balik susu yang diminum. Tapi, ibu-ibu kena tau ada baby yang senang nak sendawa dan ada sebaliknya.


Kepentingan dan cara sendawakan bayi selepas menyusu.
Kepentingan dan cara sendawakan bayi selepas menyusu. Gambar hiasan ihsan Mr.Google,

Oklah, jom kita tengok cara mudah nak sendawakan baby terutama pada ibu2 yang baru memiliki baby kan. Biasalah belum ada pengalaman, jadi cikla rasa ni info berguna sangat....

  • Di bahu - baby digendung pada posisi tegap samada kita dalam keadaan berdiri atau duduk. Muka baby menghadap ke belakang dan dagu baby atas bahu kita. Usap perlahan belakang baby sampai dia sendawa. Sebelum tu, alas bahu kita dengan kain, sebab manalah tau tetibe baby muntah kan. Hehe.
  • Meniarap di pangkuan - Baby ditu arapkan atas peha kita dengan posisi melintang sehingga salah satu peha menekan perut baby. Pastikan baby kita selesa dan tahan dada baby dengan satu tangan, sementara tangan yang satu lagi usap belakang baby perlahan. Pastikan kepala baby lebih tinggi dari badannya. 
  • Dukung - Dukung baby sampai berjalan-jalan dalam rumah sementara tangan sebelah menggosok belakangnya. 
  • Cara pangku baby menghadap ke depan - Dudukkan baby di atas peha kita dan muka baby menghadap ke depan. Biar badan baby dalam kedudukan condong ke depan, gosok dan tepuk perlahan punggungnya sampai baby sendawa. 
  • Meriba - Letak baby dalam posisi duduk atas peha kita dengan membongkokkan sedikit badan baby. Gosok perlahan belakangnya dengan jari kita dan hati-hati bila memegangnya sebab kalau tersalah pegang maybe akan menyebabkan baby termuntah. Orang cakap cara ni paling mudah....

Semoga info ni berguna untuk ibu-ibu semua... ❤❤

*Nota Kaki: Biasanya baby umuq 4-6 bulan dan pernah alami sakit perut amat mudah nak kena kembung perut. Tanda-tandanya adalah baby kurang dari 3 bulan akan menangis dan menjerit serta kaki ditarik ke dada semasa menangis. Baby menangis pada masa lebih kurang sama setiap hari.

(Sumber info: Majalah Pa&Ma )

26 April 2014

Apabila kita....

April 26, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Apabila kita.... | Kata motivasi hari ini:-

"Apabila kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah SWT akan memudahkan urusan kita. Hatta, jika kita berada dalam kesusahan pada ketika itu, bantuan Allah SWT akan datang tanpa di duga sama ada melalui orang lain ataupun melalui ilham yang dikurniakanNya tanpa disangka-sangka..."


Sekian... Wasalam...

25 April 2014

Nur Farisya Damia binti Azrin.

April 25, 2014 4 Comments
Nur Farisya Damia binti Azrin. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Korang dah lunch ke belum? Haaa, apa? belum lagi? Lambatnya lunch. Diet ek? Ala, takyah la nak diet-diet. Badan dah ok dah tu. Cantik menawan gitu. Hehe... 

Oklah, aritu cikla share gambar posing si kakak. Kali ni cikla nak share gambar posing si adik lak. Jom kita tengok....

Nur Farisya Damia binti Azrin.



Nur Farisya Damia binti Azrin.
Nur Farisya Damia binti Azrin.

Ahaaa... gambar kat atas tu masa adik Mia dilahirkan. Tanggal 2 Jun 2012. Macam anak jepun kan? 
Yang ni plak masa baru pas pantang... umur dalam 3 bulan lebih. Kalau tak silap laaa kan....



Nur Farisya Damia binti Azrin.


Nur Farisya Damia binti Azrin.


Nur Farisya Damia binti Azrin.


Nur Farisya Damia binti Azrin.

Pastu gambar2 kat bawah ni gambar2 sepanjang "pembesaran" adik Mia sehingga la ni umur 1 tahun lebih... 

Nur Farisya Damia binti Azrin.
Nur Farisya Damia binti Azrin.
Nur Farisya Damia binti Azrin.
Nur Farisya Damia binti Azrin.
Nur Farisya Damia binti Azrin.


Haaaa... kat bawah ni yang paling tiut miuttttt.... hehehehe.... jelingan manja yang menusuk kelbu.... hehehe.... moga kakak dan adik jadi anak yang soleh dan jadi anak kebanggaan ayah dan ibu ye.... amin....

Nur Farisya Damia binti Azrin.


Oklah.... cukuplah ek.... nanti kita sambung lagi.... ❤❤❤

Doa agar semua urusan diberkati olehNya.

April 25, 2014 2 Comments
Doa agar semua urusan diberkati olehNya. | Assalamualaikum sahabat semua. Salam Jumaat yang penuh barkah. Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat dan hidayah Allah SWT. Oklah, cikla nak share doa untuk hari ini.....

Doa agar semua urusan diberkati olehNya.


Bismillahirrahmanirrahim......

Doa agar semua urusan diberkati olehNya.
Doa agar semua urusan diberkati olehNya.

Amin Ya Allah. Selamat beramal. ❤❤❤

23 April 2014

Nur Batrisyia Zulaikha binti Azrin.

April 23, 2014 4 Comments
Nur Batrisyia Zulaikha binti Azrin. | Assalamualaikum wbt. Hye semua. Kali ni cikla nak share picture puteri2 cikla. Memula si kakak ye.. Pastu si adik lak.. 


 

Time ni mase kakak umur setahun lebih. Macam2 gaya kan? Hehehee. Haaa. Ada lagi kat bawah ni, moh kita nengok...




Kat atas ni lak gambar masa kakak dua tahun lebih. Tengok.. pandainya dia bergaya. Pantang suruh posing. Pandai aje. Takyah ajar... hehehehee...



 



Haaa... picture kat bawah ni masa kakak mula2 start sekolah. Excited bebenor rupanya... heheheh....




Cukuplah tu ek.... hehehe... ❤❤❤

Gulai ayam kampung....

April 23, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt...

Gulai ayam kampung.... | Di awal kata, cikla nak bertanya khabar sahabat cikla semua. Apa khabar semua? Cikla harap sihatlah ek... Cikla macam biasa... sihat alhamdullillah... Sebenaqnya cikla nak citer skit ni... pasal ayam kampung. Actually, ni first time cikla masak gulai ayam kampung. sebelum ni macam ayam bandor.. hehehe yelah ayam beli kat pasoo nu... La ni, disebabkan atas permintaan pak mertua cikla, cikla masaklah....

Ala.... cara masak sama je.. bahannya... ramuannya... cuma ayam je kasi tukaq... eheheee.... godek punya godek.. taraaaa.... nah nilah hasilnya. Nampak macam sodap kan.. tapi hopefully rasanya sedap la kan...




Oklah... nanti kita sambung lagi... tatataaaaa... wassalam...

16 April 2014

Ke mana hilangnya erti perikemanusiaan??

April 16, 2014 4 Comments
Assalamualaikum wbt semua.....

Ke mana hilangnya erti perikemanusiaan?? | Apa khabar semua? Cikla harap semua sihat dan happy2 selalu. Dah dinner lom? Cikla lom lagi, ni tengah tunggu order berger spesel mr. hubby... perut dah berkeroncong berdangdut bagai ni... hehe...

Oklah, back to the title yang cikla tulis tu, sebenaqnya cikla nak cite pasal pendapat peribadi cikla pasal isu ni. Saban hari bila kita bukak paper, tengok berita, bukak internet.... ada je cerita pasal anak bunuh bapakla, anak sembelih emak la, anak halau makpak la... macam2. Kadang2 cikla terpikir makin ramai anak derhaka la ni. Manalah pergi rasa sayang, rasa kesian diaorang ni kat makpak diaorang... sampai sanggup buat macam tu... astagfirullah... pelik memang pelik...

Sepatutnya kita patut sayang makpak kita. Sebab diaoranglah kita lahir kat dunia ni. Kita dapat tengok bulan bintang. Belum lagi nak cerita pengorbanan mereka nak besarkan kita. Susah payah.. perit jerih... tp bila anak dah besar.. dah dewasa ni plak balasan yang diaorang dapat.... rasanya tak terbalas semua jasa meraka pada kita......


Gambar hiasan. iluvislam.com

Kalau si anak tu ingat dan kenang semua jasa makpak dia, semua ni tak kan jadi. Sebab ikutkan nafsu, terjebak dengan hasutan syaitan.. maka inilah jadinya. Ada satu berita cikla baca si anak sanggup sembelih ibunya pasal tak nak belikan dia telefon pintar. Apalah derhaka punya anak cenggitu... tergamak sungguh!! Walauapapun.... saranan cikla hargailah kedua makpak kita selagi mereka masih ada. Sebab redha Allah adalah redha kedua mak pak kita. Ingatlah adanya kita di dunia ni sebab mereka.....

Jom  sayang makpak kita. Jangan nanti bila mereka dah takde menyesal pun dah tak guna dah...... Sekian dulu... waallahualam......

12 April 2014

11 April 2014

Nak berubah: cakap senang, buat susah!

April 11, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt...

Nak berubah: cakap senang, buat susah! | Di awal kata semoga kita semua berada di bawah lindungan taufiq dan hidayahNya. Cikla harap semua sahabat cikla sihat. Berubah, mengubah dan diubah.... kata akar yang sama tapi makna berbeza. Sesetengah orang memang senang je cakap, ala nanti aku berubahlah tp tengok2 macam tu gak. Takde bezanya. Sebab apa agaknya ye?

Hmm.... sebenaqnya bila kita betul2 nak berubah terutamanya ke arah yang lebih baik, kita kena tanamkan azam dan tekad yang tinggi, di samping keyakinan diri untuk berubah. Lagi satu kita kena berani. Berani untuk berubah sebab salah satu hal yang buatkan kita susah nak berubah ialah rasa takut. Dah tu takut pun tak kena tempat dan terus menerus menghantui diri. Kan susah macam tu???


Gambar hiasan. drmaza.com


Kita kena ingat Allah sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan amalannya.  Sebagai orang Islam yang beriman, kita perlu berjiwa berani, rela dan sanggup menghadapi cabaran asalkan ia membuahkan hasil yang kita nak.

Faktor lain yang penting jika kita mahu berubah adalah keluar dari persekitaran yang tak membina. Jauhkan diri dari teman yang kita rasa mengajak kita ke arah keburukan. Jika kita rasa kita tak mampu nak nasihatkan mereka, keluarlah dari kelompok itu. Tapi jangan lupa mendoakan mereka supaya turut diberi hidayah untuk berubah.


Gambar hiasan.


Bagi cikla, apa yang penting jangan cepat putus asa pada ujian yang datang. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita dan ia akan menjadikan kita lebih cekal hati untuk melakukan perubahan. InsyaAllah.... Sekian.. wassalam....

Kreadit: Ruangan cermin diri oleh Idris Musa.

Bina kembali kepercayaan pada pasangan.

April 11, 2014 0 Comments
Bina kembali kepercayaan pada pasangan. | Assalamualaikum semua sahabat cikla... Nak minta maaf memang senang nak cakap. Tapi, untuk memberi kata maaf memang susah. Apatah lagi kalau hati kita ni memang betul-betul sakit dan terguris. Itu belum lagi dengan kepercayaan yang selama ni kita beri kepada pasangan telah dirobek. Semuanya perlukan masa untuk mendapatkan kembali situasi asal sebelum semuanya terjadi. Seriously, nak bina kembali kepercayaan pada pasangan memang susah.

Ececeh... nampak macam serius pulak cikla ni kan?? Hehe.. saje je nak bagi gempak sikit intro camni. Ok ok, actually cikla nak share beberapa tips macam mana nak dapat balik rasa percaya yang hilang... sekurangnya ia juga boleh cikla jadikan panduan untuk diri cikla juga. Terlebih dahulu, cc to: www.facebook.com/GenY.HM for this superb good tips....

Bina kembali kepercayaan pada pasangan.


Pertama: Maafkan diri sendiri - bila kita salah guna kepercayaan orang pada kita, kita mungkin rasa bersalah dan amik masa nak maafkan diri sendiri. Kita kena ingat kita bukanlah sempurna, sebab sebagai manusia biasa kita tak kan terlepas dari buat silap. Apa yang penting kita berani mengaku salah kita dan maafkan diri sendiri. 

Kedua: Jujur tanpa selidung - bila kita sedar kita dah buat silap, mengaku dan jujurlah pada mereka. Jangan berdolak-dalik sebab ia akan jadi keadaan lagi teruk. Walaupun mungkin penerimaan mereka kurang dari apa yang kita harap, sekurang-kurangnya kita berterus-terang dan jujur pada diri sendiri dan mereka juga. 

Ketiga: Mengaku salah - jangan letak kesalahan kita pada orang lain. Ini bukan saja menampakkan diri kita tak serius, malah ego dan susah nak terima kenyataan. Kita bukan sahaja akan tetap mengulangi kesalahan yang sama dengan sikap amik mudah kita tu. 

Keempat: Bersikap lebih terbuka - longgarkan sikit hal peribadi kita untuk bina kembali kepercayaan. 

Kelima: Berani meminta maaf - realitinya, siapa yang bersalah kena minta maaf. Beranikan diri, jangan sombong dan buang rasa ego tu skit. Apa yang penting, minta maaf dengan bersungguh-sungguh dan bukan dengan sikap acuh tak acuh. Nampak sangat kita tak ikhlas kan?


Bina kembali kepercayaan pada pasangan.
Bina kembali kepercayaan pada pasangan. Sumber Google.


So, cikla rasa apa yang penting adalah berani dan jangan ego. Pada yang mengkhianat, beranilah untuk mengaku dan minta maaf. Pada yang dikhianati pulak, buka hati dan cuba terima dan memaafkan. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan kita manusia biasa.

Sama-sama kita muhasabah diri.🌸🌸

10 April 2014

Kerana kata hati terluka.

April 10, 2014 0 Comments
Kerana kata hati terluka. | Assalamualaikum wbt. Orang kata bahasa mencerminkan keperibadian seseorang. Kadang-kadang, dengan kata atau bahasa yang kita gunakan, orang boleh menilai diri kita. Tak kira apa jua keadaan, gunakanlah bahasa yang enak didengar walaupun pada masa tu kita dalam keadaan marah atau sebaliknya.

Sesetengah orang kalau bergaduh, mulalah bahasa yang keluar tu bertukar corak. Jadi kasar dan biadap. Hati tengah panas kan, bahasa pun jadi tak sopan asalkan hati puas. Sebenarnya, tak elok macam gitu. Bukan apa, ini menunjukkan yang kita ni seperti kurang didikan moral terutamanya, dan yang pastinya orang akan menilai kita jauh lebih buruk. Nak ke camtu? Nauzubillah.

Kerana kata hati terluka.


Kerana kata hati terluka.
Kerana kata hati terluka. Sumber Google.

So, cikla nak share lima gaya bahasa yang perlu dielak bila ketika bergaduh. Thanks a lot pada Harian Metro (ruangan Addin) atas info yang sangat berguna ni. Dah-dah, jom kita semak....

  1. Bahasa merendahkan - ada segelintir yang ada kelulusan atau pencapaian yang bagus suka merendah-rendahkan orang lain. Ye betul, memanglah dia lagi bijak pandai dari orang lain, tapi tu bukan modal untuk kita menghina.
  2. Bahasa tak peduli - ia selalu digunakan untuk menghukum orang lain dengan cara tak memberitahu jln penyelesaiannya. Apa lagi, terkapai-Kapaa lah kawan tu kan. Tak ke kesian?
  3. Bahasa menghina latar belakang - biasanya mereka akan menghina pendidikan, kerjaya dan yang paling teruk, mengenai keluarga.
  4. Bahasa menutup minda - biasanya dia nak tunjuk dia lebih bijak dari orang lain, dan nampak menarik. Lebih kurang macam bahasa berlagak la.
  5. Bahasa mengawal - lebih kurang macam bahasa memaksa. Paksa orang lain buat apa yang dia suruh.

Jadi, cikla rasa walau dalam apa pun situasi janganlah kita menggunakan bahasa-bahasa yang kurang elok sebab bukan buat orang suka kita malah makin meluat. Sebolehnya, elakkan gaya bahasa kat atas nuuuuu supaya harmoni dan aman sentiasa. 

Jaga bahasa, InshaAllah orang suka! ❤❤❤

HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke?

April 10, 2014 0 Comments
HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke? | Assalamualaikum wbt. Dengan kecanggihan teknologi la ni, tak dapat nak nafikan macam-macam fesyen atau jenis headphone dan earphone kat pasaran ni. Nak yang besar, kecil, colourful. Macam-macam ada. Tapi, apa yang kita terlepas pandang akan bahayanya gajet ni. Moh kita tengok apa kesan pengunaannya pada diri, bukan apa orang tua-tua kata cegah sebelum kena. Tak gitu? Dah-dah, moh kita.

HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke?


Pertama, boleh meningkatkan kadar bakteria dalam telinga sebab udara bersih di sekeliling kita tak dapat masuk dalam telinga. Mana taknye, ruang udara jadi pada padat dan kecil.

Kedua, muzik yang kuat boleh merosakkan gegendang telinga sekaligus menurunkan kekuatan daya pendengaran.

HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke?
HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke? Sumber Google 

Ketiga, jangan pakai kedua gajet ni semasa memandu atau melancong. Sangat tak digalakkan. Bukan apa, kalau kita pakai masa memandu, kita tak akan dengar bunyi kenderaan di belakang atau di depan. Kan bahaya tu. 

Keempat, beri kesan negatif pada kesihatan. Sesetengah orang akan merasa pening bila menggunakan gajet ni. Pastu, berkongsi pulak dengan orang lain, nah senanglah penyakit nak berjangkit. Sebaiknya bersihkan dulu gajet tu sebelum atau selepas berkongsi dengan orang lain.


HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke?
Add caption


Kesimpulannya, setiap perkara pasti ada baik dan buruk. Pandai-pandailah kita menilainya, jangan sebab nak cantik or nampak moden punya pasal, diri merana... ❤❤

Perubahan najis bayi tanda tidak sihat.

April 10, 2014 0 Comments
Perubahan najis bayi tanda tidak sihat. | Assalamualaikum wbt. Hai semua, disebabkan cikla ni dah ada dua anak dan InshaAllah akan menyusul yang ketiga, macam suka lak cikla nak share pasal bayi. Sekurang-kurangnya info ni turut berguna untuk cikla juga. Hehe. Mana taknya sebelum ni mungkin kita tak tau langsung pasal ni kan. Tak salah rasanya kita berkongsi info yang cikla rasa berguna gak.

Berbalik pada tajuk asal, tabiat buang air dan keadaan najis si manja kita seharusnya jangan amik ringan. Sebenarnya melalui tabiat inilah kita dapat tau samada si manja kita ni sihat atau tak. Sepatutnya seorang ibu perlu tau bahawa kekerapan dan ketetapan keadaan najis berbeza antara bayi sebab ia bergantung pada makanan yang diambil. Jadi, jom kita semak jenis najis yang tak normal untuk menentukan tahap kesihatan si manja kita. Moh kita....

Perubahan najis bayi tanda tidak sihat.


Perubahan najis bayi tanda tidak sihat.
Perubahan najis bayi tanda tidak sihat. Sumber Google.

Pertama: Cirit-birit - Gejalanya termasuklah najis yang sangat cair dalam jumlah yang lebih banyak dan kerap. Sebenarnya, bayi yang diberikan susu badan kurang risiko kena cirit-birit sebab susu badan dapat merencat mikroorganisma yang menjadi penyebab cirit-birit. Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam tempoh 24jam, tapi kalau tak sembuh gak better pergi bawak jumpa doktor. 

Kedua: Sembelit - Gejalanya termasuklah susah buang air besar, bentuk najis seperti batu kecil dan keadaan kering, sakit perut, meragam dan kadang-kadang ada darah pada najis sebab rekahan dubur masa pengeluaran najis. Tapi, bayi yang minum susu badan jarang alami sembelit sebab susu badan ada semua nutrien yang baik untuk mengekalkan kelembutan najis si manja.

Ketiga: Najis berwarna hijau dan berbuih - Mungkin si manja kita mengambil terlalu banyak laktosa. Ia berlaku bila bayi terlalu kerap menyusu menyusu tapi tak mengenyangkan dan tanda ada kuman dalam perut bayi.

Keempat: Kesan darah pada najis - palitan darah disebabkan luka kecil pada dubur bayi kerana sembelit.

Kesimpulannya, susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kita sebab ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh si manja. Sama-samalah kita prihatin pada tahap kesihatan si manja supaya mereka kekal aktif dan membesar bagai johan...❤❤


Credit to: Akhbar Harian Metro.

09 April 2014

Ohh... ni buah markisa ke??

April 09, 2014 0 Comments
Assalamualaikum kengkawan.....

Ohh... ni buah markisa ke?? | Pe habaq semuanya? Sudah lunch ke belum? Cikla belum lagi. Tadi pagi lepas balik dari klinik check-up baby dalam perut... cikla dah pekena nasi lemak sebungkus dgn karipap sebiji. Hehe.... Oklah.. sebenaqnya cikla nak story pasal buah markisa. Honestly cikla x pernah pun nengok buah ni sebelum ni. Ni pun pakcik depan umah cikla yang bagi. Memula tu cikla hingat buah delima. Wahh, berbunga2 gak hati pasal dah lama tak makan buah delima. Dulu masa kecik2 je selalu makan sebab kat umah wan cikla ada pokoknya. La ni dah mati pun pokoknya....


Gambar hiasan. Buah markisa.

Berbalik kepada cite buah markisa ni, hehe cikla dengan confindentnye puleh la buah ni. Mak aii, keras giler... hati pun heran. Ehh buah apa lak ni... last2 cikla potong buah ni dengan pisau. Lagi sekali cikla kaget.. hehe... ada biji warna kunin2 kat dalamnya. Tanya punya tanya, pak mertua cikla cakap buah markisa. Manalah cikla pernah tengok buahnya.... adoiii.. ketinggalan sungguh teman ni... Lastly, buah nya dah selamat cikla buat jus. Sedap gak. Rase masam2 manis. Caranya mudah je. Potong buah tu pastu korek bijinya dengan sudu. Then, blend dengan air dan gula. Pastu blend letak dalam gelas dengan ice.. wah sedapppp rupanyaa.... lagipun fresh dari ladang lagi... yummmyyy....


Gambar hiasan. Jus buah markisa.


Orang cakap buah ni banyak khasiatnya. Kalau korang nak tau pasal khasiat buah ni, korang search je kat google... semua ada... Ok lah... jumpa lagi nanti.... Tata... wassalam....

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.