Ke mana hilangnya erti perikemanusiaan?

By Cikla Shahril - April 16, 2014

Saban hari bila kita bukak paper, tengok berita, bukak internet. Ada je cerita pasal anak bunuh bapakla, anak sembelih emak la, anak halau makpaklah. Macam-macam. 

Kadang-kadang cikla terpikir makin ramai anak derhaka la ni. Manalah pergi rasa sayang, rasa kesian diaorang ni kat makpak diaorang. Sampai sanggup buat macam tu. Astagfirullah. Pelik memang pelik.

Sepatutnya kita patut sayang makpak kita. Sebab diaoranglah kita lahir kat dunia ni. Kita dapat tengok bulan bintang. Belum lagi nak cerita pengorbanan mereka nak besarkan kita. Susah payah. Perit jerih. 

Tapi, bila anak dah besar, dah dewasa ni pulak balasan yang diaorang dapat. Rasanya tak terbalas semua jasa meraka pada kita! 

Ke mana hilangnya erti perikemanusiaan?
Ke mana hilangnya erti perikemanusiaan? Gambar hiasan. iluvislam.com

Kalau si anak tu ingat dan kenang semua jasa makpak dia, semua ni tak kan jadi. Sebab ikutkan nafsu, terjebak dengan hasutan syaitan, maka inilah jadinya. 

Ada satu berita cikla baca si anak sanggup sembelih ibunya pasal tak nak belikan dia telefon pintar. Apalah derhaka punya anak cenggitu. Tergamak sungguh!

Walau apapun, saranan cikla hargailah kedua makpak kita selagi mereka masih ada. Sebab redha Allah adalah redha kedua mak pak kita. Ingatlah adanya kita di dunia ni sebab mereka. Jom  sayang makpak kita. Jangan nanti bila mereka dah takde menyesal pun dah tak guna dah.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Betul tuh....kne syg mak ayah kite sbb tnpa diorg sape la kite

    ReplyDelete
  2. betoi sgt...hmm..sedih..tanda2 kiamat..ANAK DERHAKA.dah jadi dahhh..makin menjadi jadi.

    ReplyDelete