Ohh... ni buah markisa ke?

By Cikla Shahril - April 09, 2014

Pe habaq semuanya? Sudah lunch ke belum? Cikla belum lagi. Tadi pagi lepas balik dari klinik check-up baby dalam perut. Cikla dah pekena nasi lemak sebungkus dengan karipap sebiji. Hehe. Oklah, sebenaqnya cikla nak story pasal buah markisa. 

Honestly cikla tak pernah pun nengok buah ni sebelum ni. Ni pun pakcik depan umah cikla yang bagi. Memula tu cikla hingat buah delima. 

Wahh, berbunga-bunga gak hati pasal dah lama tak makan buah delima. Dulu masa kecik-kecik je selalu makan sebab kat umah wan cikla ada pokoknya. La ni dah mati pun pokoknya.

Ohh... ni buah markisa ke?
Ohh... ni buah markisa ke? Kredit Google. 

Berbalik kepada cite buah markisa ni, cikla dengan confindentnye puleh la buah ni. Mak aii, keras giler. Hati pun heran. Ehh buah apa lak ni. 

Last last cikla potong buah ni dengan pisau. Lagi sekali cikla kaget. Ada biji warna kuning-kuning kat dalamnya. 

Tanya punya tanya, pak mertua cikla cakap buah markisa. Manalah cikla pernah tengok buahnya. Adoiii, ketinggalan sungguh teman ni.

Buahnya dah selamat cikla buat jus. Sedap gak. Rase masam-masam manis. Caranya mudah je. Potong buah tu pastu korek bijinya dengan sudu. Then, blend dengan air dan gula. 

Pastu blend letak dalam gelas dengan ice. Wah sedapppp rupanyaa. Lagipun fresh dari ladang lagi. Yummmy.

Ohh... ni buah markisa ke?
Ohh... ni buah markisa ke? Kredit Google. 

Orang cakap buah ni banyak khasiatnya. Kalau korang nak tau pasal khasiat buah ni, korang search je kat Google, semua ada. Ok lah, jumpa lagi nanti.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments