30 May 2014

Happy anniversary yang ke-5!

May 30, 2014 2 Comments
Happy anniversary yang ke-5! | Assalamualaikum wbt.... Hye readers.. wah wah... pagi2 lagi dah romantika bagai kan.. hehe.. sebenarnya CikLa saja nak share hari ni hari yang amat bersejarah bagi CikLa dan suami tercinta.. hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5...


Happy anniversary yang ke-5!


Syukur Alhamdullillah.. pejam celik pejam celik, dah masuk 5 tahun kami melayari bahtera rumahtangga kami bersama-sama. Bermula dari perkenalan yang tak disengajakan, berkawan, dan timbul bibit2 suka (ececeh dah macam drama sinetron lak.. hehe) sampailah kami bertunang, bernikah dan seterusnya ada anak (haa dah nak masuk tiga pun.. insyaAllah)...


Happy anniversary yang ke-5!


Happy anniversary yang ke-5!


Happy anniversary yang ke-5!

Happy anniversary yang ke-5!


Tak dinafikan sepanjang kami bersama memang ada dugaan dan ujian yang datang, tapi Alhamdullilah semuanya dipermudahkan.... Suka duka, pahit manis semuanya dah dirasai bersama. Bak kata P.Ramlee... "sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri...." Namun, semuanya kami hadapi dengan matang dan lapang dada. Tolak ansur dan sikap give and take amat penting. Ditambah pula dengan kehadiran puteri2 yang comel dan ceria menguatkan kasih sayang kami. Jauh disudut hati, CikLa berdoa dan mengharapkan semoga ikatan cinta dan kasih sayang ini akan kekal sehingga ke Jannah (bak kata orang sekarang kan)...

Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan ini dan semoga kebahagiaan akan menjadi milik kami selamanya. Amin ya Rabb....


*Nota kaki: Doakanlah yang terbaik untuk CikLa dan keluarga ye... thanks a lot!

28 May 2014

Senyumlah....

May 28, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt...

Senyumlah.... | Hye readers. Apa khabar semua? Rasanya macam dah beberapa hari CikLa tak mencoret dalam belog ni... hehe... busy bebenor ler katenya kan... kih3.. oklah.. apa yang penting, CikLa harap korang semua sentiasa ceria dan berada di bawah rahmat dan hidayah Yang Maha Esa. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam yang fana ini...... dan jangan lupa senyum.. sebab sunnah tu.. he he...




Sekian dulu... wassalam.....

23 May 2014

Perempuan memang pantang kalau lelaki...

May 23, 2014 1 Comments
Perempuan memang pantang kalau lelaki... | Assalamualaikum wbt. Hye readers! Perempuan dengan lelaki memang tak sama tak kiralah dari segi percakapan, gerak geri, tingkahlaku, penulisan dan sebagainya. Sebab itulah ada sesetengah hal yang memang pantang bagi perempuan. Janganlah buat, memang nak cari pasal la tu kan? Hehe...

Perempuan memang pantang kalau lelaki...


Apa yang perempuan paling pantang adalah:

  • Suka menyampuk, lepas tu tak ambik perhatian langsung, cepat rasa bosan dan hilang sabar.
  • Suka memerintah. Sesiapa pun tak suka orang memerintah dia kan? Buat tu, buat ni, mengarah aje kejenya.
  • Bergurau kasar. Ni lagilah kan. Mungkin ada sesetengah lelaki takdelah macam tu. Tapi, tak dinafikan ada sesetengah tu, kalau dengan orang cakapnya, guraunya kasar yang amat. Ada sesetengahnya maybe boleh terima. Ye lah, gurau-guraukan. Tapi, ingat tak semua leh tau...



Perempuan memang pantang kalau lelaki...
Perempuan memang pantang kalau lelaki... Sumber Google.

  • Cepat marah. Tak dinafikan ada sesetengahnya yang mempunyai sikap cepat berang, suka mengutuk, dan meninggikan suara yang membuatkan perempuan rasa jauh hati. Tapi, perempuan pun ada gak kot. **sesetengahnya.....
  • Cakap besar. Ni lagi satu hal. Suka je cakap besar dan bermegah-megah... huh, bosan sungguh...
  • Pengotor.... erk... ni 'no comment'.... sendiri faham ek...
  • Lupa hari istimewa... hehehe... sendiri mau ingat der....


Pada kaum lelaki, janganlah marah. Memang tak semua yang macam kat atas tu. Cikla percaya masih ada segelintir lelaki yang ok. Dan tak dinafikan orang perempuan ada gak yang macam ciri cikla mention kat atas tu. 

Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. Pada pasangan terimalah seadanya, dan pada tuan empunya diri cubalah ubah mana yang kita rasa macam kureeengg je tu. Jom kita sama-sama muhasabah diri....❤❤❤

21 May 2014

Bukan bererti gagal selamanya.

May 21, 2014 0 Comments
Bukan bererti gagal selamanya. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, nak berjaya kadang-kala perlu melalui jalan yang berliku. Kisah kejayaan seseorang itu tak sama dengan seseorang yang lain. Setuju tak? Kalau kita mengalami kegagalan, bukan bererti gagal selamanya. Ada orang, baru gagal sekali, dah give up. Menyerah kalah.

Bukan bererti gagal selamanya.


Bukan bererti gagal selamanya.
 Bukan bererti gagal selamanya. Sumber gambar.co.


"Jika kamu gagal mendapatkan sesuatu, hanya satu hal yang harus kamu lakukan, try again..." 

Bagus kata-kata ni. Membakar semangat orang yang mudah menyerah. Jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk lebih maju ke depan seterusnya mendapatkan jugak apa yang diinginkan. Bak kata pepatah, "patah kaki, bertongkat paruh. Namun, menyerah kalah tidak sesekali." Ingat... gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. 

Just sharing...❤

Penampilan wanita dan zodiak.

May 21, 2014 0 Comments
Penampilan wanita dan zodiak. | Assalamualaikum wbt. Hye readers! Sebelum ni cikla ada share sikap cemburu lelaki dengan zodiak. Kali ni, cikla nak share pulak ciri penampilan atau gaya wanita dalam berfesyen dengan zodiak. Tapi, sebelum tu, cikla nak ingatkan setiap yang berlaku hanya Allah yang Maha Mengetahui, tapi kalau ada yang sama mungkin kebetulan je.


Penampilan wanita dan zodiak.

Penampilan wanita dan zodiak.


CAPRICON : Wanita Capricon lebih menghargai kualiti daripada kemewahan. Mereka sentiasa ingin menarik dan nampak elegen. Selekeh dan serabut serabai ni bukan gaya pilihan mereka. Mereka sukakan pola dan potongan menarik.

AQUARIUS : Wanita Aquarius seorang yang unik, panjang akal walaupun sedikit kaku. Mereka juga seorang yang tampil berani dengan gabungan pola bermotif dan bercorak.

PISCES : Wanita Pisces amat mementingkan kasut ketika bergaya.

ARIES : Wanita Aries seorang yang aktif dan berani. Topi dan shawl merupakan aksesori sempurna sebagai pelengkap gaya.

TAURUS : Wanita Taurus dikenali dengan watak yang keras kepala dan menolak perubahan. Mereka lebih tertarik pada busana dari bahan yang tak panas, suka pada warna neutral tapi tertarik juga pada warna pop.

GEMINI : Wanita Gemini cenderung bergaya berani tapi mudah bosan. Busana corak bercetak dan geometri sesuai dengan mereka dan dipadankan dengan ciri2 feminin.

CANCER : Wanita Cancer tertarik dengan pakaian berciri gaya retro yang feminin dan cantik. Suka warna seperti putih, kelabu dan hijau.

LEO : Wanita Leo sentiasa ingin perhatian. Busana yang dramatik dan mewah sesuai dengan mereka termasuklah busana berbunga dengan skinnie jeans. Tambahan aksesori seperti bangle yang sederhana sebagai pelengkap gaya.

VIRGO : Wanita Virgo teliti dan selalu inginkan kesempurnaan. Mereka akan menghindari fesyen yang terlalu menonjol atau tak terlalu menjolok mata. Lagi pula, mereka suka pada penampilan yang kelihatan lembut dan klasik.

LIBRA : Wanita Libra sangat romantik, berjiwa sosial, penuh cinta dan perhatian. Warna musim pertengahan sangat sempurna untuk mereka.

SCORPIO : Wanita Scorpio sangat berdikari dan berani serta pantang menyerah. Gaya klasik lebih sesuai untuk mereka. Kaca mata hitam sebagai pelengkap gaya.

SAGITARIUS : Wanita Sagitarius bijak berkata2 dan selalu ingin tahu. Mereka berani mencuba pelbagai gaya. Namun keselesaan jadi keutamaan.Busana ungu amat sesuai dengan mereka.

So, macam mana? Kalau macam cikla, cikla berbintang Virgo, rasanya macam ada kena sikit dengan ciri yang dinyatakan. Cikla kalau boleh nak sentiasa nampak kemas dan elok je. Tak suka serabai, comot-comot ni. Tapi cikla juga suka gaya ringkas. Kalau sebelum ni tak pregnant, kalau keluar pergi memana, cikla lebih suka sarung jeans dan blouse or t-shirt je. Tapi, sejak dah jadi mak-mak ni macam suka je pakai long skirt, palazo atau dress atau jubah. Ni dah pregnant, konon-konon ada hati nak pakai jeans. Haha, lupakan aje ok. Hehe... 

Walauapapun, dalam nak berfesyen pun kita kena bataskan had-had kita terutama aurat. Ia amat penting. Tak kisahlah kalau kita sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa dan terkini tapi semuanya perlulah sesuai dengan kita. Jangan nanti orang tengok kita pelik aje... ❤❤❤


*Sumber info: R.A.PI.

Tanda logo HALAL yang sah!

May 21, 2014 0 Comments
Tanda logo HALAL yang sah! | Assalamualaikum wbt. Hye readers! Sekarang ni macammacam berita kita dengar pasal produk yang tak halal tapi diletak tanda halal. Sebenarnya, perkara sebegini kita tak boleh pandang ringan sebab sebagai orang Islam kita wajib memakan makanan yang halal dan suci. Lagipun apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan sebati dengan diri kita. Jadi, memang tersangatlah pentingnya tau.

Oklah, cikla nak share tanda logo halal yang sah yang telah disahkan oleh JAKIM. Kadang kadang kita tengok tanda logo halal pada sesetengah produk makanan ni berbeza bezanya. Jadi, cikla rasa info ni amat berguna untuk kita supaya kita tau logo yang betul betul sah... So, kita nak beli produk pun takdelah was-waskan. Betul tak?

Haaa.. kat bawah ni adalah tanda logo halal yang sebenar dan sah. Lepas ni takde lagi ragu-ragu ok..


Tanda logo HALAL yang sah!
Tanda logo HALAL yang sah!


Semoga info ni bermanfaat untuk kita semua. 


**Sumber: facebook.com.

Ayat pembuka rezeki.

May 21, 2014 0 Comments
Ayat pembuka rezeki. | Assalamualaikum wbt. Mari kita sama2 amalkan doa di bawah. Moga menjadi amalan dan bermanfaat kepada kita semua.

Ayat pembuka rezeki.


Ayat pembuka rezeki.
Ayat pembuka rezeki.

Sentiasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup ini. Alhamdullillah...

Ayat pembuka rezeki.
Ayat pembuka rezeki.

Sekian dulu... Jangan lupa senyum tau! Wassalam...


*Sumber: FB-image

20 May 2014

Just 4 Fun: Jom test personaliti kita!

May 20, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt...

Just 4 Fun: Jom test personaliti kita!  | Hye readers... cikla nak ajak korang uji personaliti korang dengan menjawap test di bawah. Alah... jom la perah sikit otak tu... hehe... Lagipun, test ni akan menggambarkan siapa dan bagaimana diri korang sebenarnya... Apa yang penting korang jawab dengan jujur ye... ok.. jom kita tengok dan jawablah sekali... hehe...

Sebelum tu.. korang tenangkan fikiran... tarik nafas... tarikkk... hembussss... tarikkk... hembuss... ok dah...





Cuba korang bayangkan 5 perkara ni berlaku secara serentak:

1) Air sedang mendidih di dapur.
2) Air paip sedang melimpah di bilik air.
3) Bayi menangis.
4) Telefon berbunyi.
5) Ada orang ketuk pintu rumah.

Secara jujur dan ikhlasnya, antara 5 perkara di atas yang mana lebih penting dan korang dulukan? Susun perkara 1-5 ikut kepentingannya/keutamaan yang korang fikirkan.

Ok.. ni jawapan cikla tau..
3-1-2-5-4

Korang nak tau tak apa ciri dari jawapan korang tu?

• kalau korang pilih 1 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan keselamatan/kebolehan si dia untuk membimbing korang.
• kalau korang pilih 2 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan kekayaan, wang ringgit dan harta.
• kalau korang pilih 3 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan cinta dan kasih sayang.
• kalau korang pilih 4 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan korang.
• kalau korang pilih 5 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan paras rupa, fizikal luaran dan personaliti pasangan kita.

Haaa... camne? Kalau cikla, jawapan cikla perkara 3 sebagai keutamaan nampaknya cikla ni seorang yang pentingkan cinta dan kasih sayang. Hehe... tapi memang penting apa kasih sayang dan cinta untuk kita bina hubungan yang sejahtera dan kekal hingga ke Jannah.... ececehhh...

Oklah.... nanti kita sambung lagi ye. Korang try lah test ni plak.. dan kalau sudi share lah dengan cikla. Cikla nak tau gak kan... (saja je nyibuk). hehe... sekian dulu.. wassalam...

*Nota kaki: Test ni adalah berkaitan dengan ciri/sifat/perkara yang korang utama atau pentingkan dalam memilih pasangan korang. Harap maklum!

#testsaja2hilangkanbosan.

Ohh.... betapa baiknya susu ibu!

May 20, 2014 0 Comments
Ohh.... betapa baiknya susu ibu! | Assalamualaikum wbt. Tak boleh dinafikan susu ibu adalah sumber makanan yang lengkap dan terbaik untuk si manja kita. Ia ada semua nutrien yang diperlukan oleh bayi termasuk hormon dan bahan melawan penyakit. Semuanya dah lengkap! Tak perlu susah-susah nak bagi sumber lain. Nah, dalam susu ibu semua ada. Memang tak ada tandingan dan tak boleh di ciplak oleh mana-mana susu formula. Tak akan sama.

Bagi ibu yang sedang hamil dan baru saja melahirkan anak, mestilah sedaya upaya cuba untuk memberi bayi kita susu ibu. Terlalu banyak protein dan khasiat yang ada dalam susu ibu. Antara protein yang ada adalah, ia sempurna untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi selain ia amat mudah untuk dihadam serta memberi nutrien yang cepat kepada bayi. Tambahan pula, kandungan protein dalam susu ibu tak akan diganggu oleh pemakanan atau diet yang si ibu amalkan.


Ohh.... betapa baiknya susu ibu!
Ohh.... betapa baiknya susu ibu!


Sebenarnya, apa yang amat penting yang ada dalam susu ibu adalah KOLOSTRUM iaitu sejenis antibodi yang tinggi yang boleh mengurangkan risiko bayi kita mendapat penyakit seperti alahan, lelah, ekzema, cirit birit dan jangkitan virus. Lemak yang ada dalam susu ibu juga sangat baik untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi. Karbohidrat pula membantu dalam penyerapan kalsium serta menghalang pertumbuhan organisma/kuman bahaya dalam usus selain membekalkan gula untuk perkembangan otak bayi.

Ohh.... betapa baiknya susu ibu!


Seterusnya, MENGAPA IBU PERLU MENYUSUKAN BAYI? Sebenarnya kebaikan adalah untuk ibu dan juga bayi.

Kebaikan kepada ibu:


• Kurangkan risiko ibu mendapat penyakit kanser (seperti kanser payudara, ovari dan endometrium).
• Jimat, tak perlu beli botol susu dan susu formula.
• Perancang keluarga semulajadi.
• Merancang hormon oksitiosin yang membantu rahim kembali ke saiz asal dengan lebih cepat dan elakkan tumpah darah selepas bersalin.

Kebaikan kepada bayi:


• Bina ikatan istimewa antara ibu dan bayi. Eratkan perhubungan yang rapat antara mereka.
• Penting untuk perkembangan emosi dan fizikal bayi sebab ia meransang perkembangan penglihatan, kognitif dan psikomotor anak.
• Jarang mendapat ciritbirit, demam, batuk dan jangkitan kuman pada paru-paru.
•Baik untuk perkembangan rahang, gigi dan pertuturan kanak-kanak.

Oklah... pendek kata memang terbaiklah susu ibu ni. Takde alasan untuk kita tak memberikan penyusuan eksklusif kepada si manja kita. Banyak cara kita boleh buat tak kiralah ibu itu berkerja atau suri rumah tangga sepenuh masa macam cikla ni. Cikla sendiri bagi susu ibu kat dua puteri cikla sampai umur 2 tahun. La ni pun anak cikla yang kedua masih lagi menyusu badan walaupun cikla dah pregnant 5 bulan already you knoww...

Pendek kata pokok pangkal hati kita kan? Nak atau tak....


*Nota kaki: Kalau nak tahu 'more detail' pasal susu ibu, dan lain2 berkaitan rujuklah pada pakar dan doktor.. takpun surf je internet... macam2 info ada... okey!


**Sumber: RAPI magazine!

Horoskop si lelaki - Cemburu ganggu emosi.

May 20, 2014 0 Comments
Horoskop si lelaki - Cemburu ganggu emosi. | Assalamualaikum wbt... Hye readers... Kali ni cikla nak share info pasal Horoskop si lelaki - Cemburu ganggu emosi. Ala.. saja2 je tau, tak boleh nak percaya sangat. Kalau sama tu mungkin kebetulan aje.. apa yang pasti semuanya Allah yang tentukan... betul tak? Oklah... jom kita tengok....

Horoskop si lelaki - Cemburu ganggu emosi.



Horoskop si lelaki - Cemburu ganggu emosi.
Horoskop si lelaki - Cemburu ganggu emosi. Sumber Google.

  • LIBRA (24 Sept - 23 Okt): Pentingkan imej yang bertatatertib. Dia rela kekalkan penampilan yang baik sebab sedar perasaan cemburu akan menjejaskan imejnya. Kalau boleh dia tak nak menimbulkan perselisihan dengan kekasih sebab cemburu kerana takut akan menjejaskan hubungan mereka. Pendek kata, si lelaki Libra ni boleh control cemburu dia demi menjaga keharmonian hubungan dengan yang tersayang.
  • SCORPIO (24 Okt - 22 Nov): Lelaki Scorpio ni kuat cemburunya. Makin dalam rasa cinta terhadap pasangan makin kuat cemburunya. Dia sangat menghormati kekasihnya serta rasa cintanya terhadap pasangan memang takde tandingan. Tapi, cemburunya pun tak kurang hebatnya. Aduhh... bahaya gak ni!
  • SAGITARIUS (23 Nov - 22 Dis): Haa... lelaki Sagitarius ni pun tak kurang juga cemburunya walaupun hanya sepintas lalu. Maknanya, cemburu tak lama... datang cepat, pergi pun cepat. Dia selalu cemburu sebelum tahu hal sebenar. Tapi, bila dah tahu hal sebenar, cemburu pun reda. Walaupun begitu, lelaki Sagitarius ni akan meninggalkan kekasih yang membuatnya cemburu kalau ada matlamat baru... oppss!!
  • CAPRICORN (23 Dis - 20 Jan): Lelaki berbintang ini mempunyai sifat pendiam sebab dia rasa rendah diri dengan kehidupannya. Bila dia cemburu, dia tak akan menunjukkan rasa cemburu itu sebaliknya dia akan meluahkan dengan cara lain seperti bersukan atau aktiviti bersama kawan2. Kira jenis pendamlah ni....
  • AQUARIUS (21 Jan - 19 Feb): Biasanya lelaki Aquarius akan menggunakan kata sindiran untuk menunjukkan rasa cemburunya. Jangan fikir dia tengah bergurau tau sebab bila topik perbualannya asyik tertumpu pada 'seseorang' je. Kalau macam tulah gayanya, sah2lah dia sedang cemburu.... wah wah wah....
  • PISCES (20 Feb - 20 Mac): Sebenarnya, lelaki yang lemah lembut dan baik hati lagi kuat cemburunya. Jangan terkejut tau.. sebab indeks cemburunya lelaki Pisces ni amat memeranjatkan. Kalau pasangannya curang padanya, dia akan menjadi seperti wanita yang menangis teresak-esak. Air matanya saja dah cukup untuk menenggelamkan anda. Kira lembut hati lah ni kan... Hihi....
  • ARIES (21 Mac - 20 April): 'Ariesman' mempunyai sikap diktator secara semulajadi. Sudahlah suka memerintah orang, dia suka mengawal orang lain tak kiralah dalam apa jua keadaan. Bila berdepan dengan 'musuh', dia akan bertindak dengan pantas supaya lawannya berundur daripada terus memikat pasangannya itu.... wah kalau ni lagi drastik giler kan... hehe...
  • TAURUS (21 April - 21 Mei): Seorang yang bersikap peramah dan tersangatlah jujurnya. Tapi, jangan sesekali fikir dia tak reti nak cemburu tau. Lelaki Taurus ni sangat pantang kalau dia tau pasangannya keluar dengan orang lain..... huhuhuhuuuu.... 
  • GEMINI (22 Mei - 21 Jun): Lelaki Gemini anggap cemburu sebagai satu 'game' je... sebab dia pun suka bermain2 dan mudah bertukar pasangan. Oleh itu, dia benci cinta yang dipaksa2. Malah, dia tak akan melepaskan peluang berkenalan dengan wanita lain walaupun dah ada kekasih. Haiii... ni pun bahaya gak ni.. Jadi, indeks cemburu lelaki berbintang ni kurang berbanding dengan lelaki berzodiak lain. 
  • CANCER (22 Jun - 23 Julai): Seorang yang memiliki sifat yang bertentangan dengan lelaki Gemini. Dia tak akan berjauhan dengan pasangannya malah lebih suka berkepit sebab sentiasa dibelenggu perasaan tak selamat. Yelah.. takut kekasihnya di'usha' orang lain. Bayangkan ajelah kalau kekasihnya tinggalkannya, cemburunya pasti akan meng'huru-hara'kan dunia.. hahaha... 
  • LEO (24 Julai - 23 Ogos): Seorang yang ego tapi sangat tabah. Ececeh... Dia tak akan cemburu disebabkan hal yang remeh sebab dia tak akan membenarkan air mukanya jatuh kerana cemburu. Walaupun pasangannya membuatnya marah, tapi dia tetap akan kekal tenang dan berbincang. Wah... kalau ni best... cool je... hehe.. 
  • VIRGO (24 Ogos - 23 Sept): Wah, cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan! Opocott... heehee.. sebab... dia tak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Ehehe... Cemburu seolah2 jadi perkara biasa bagi dia. Walaupun dia amat amat mencintai pasangannya, namun dia tetap akan bergaduh besar dengan kekasihnya sebab cemburu.... waduhh...

So... macam mana? Ada yang macam sama kan? Hehe... oklah nanti kita sambung lagi. Nanti kalau ada info pasal horoskop cemburu dan wanita pulak.. cikla share ok.. sekian dululah.. wassalam...


*Nota kaki: Jangan ingat perempuan dengan cemburu berpisah tiada tau.. lelaki pun sama... hehee...


**Sumber: RAPI.

19 May 2014

Sunnah sebelum tidur.

May 19, 2014 0 Comments
Sunnah sebelum tidur. | Assalamualaikum wbt. Kita dituntut malah digalakkan untuk mengikut sunnah2 yang telah diajarkan oleh Rasullullah. Cikla nak share beberapa sunnah yang elok kita lakukan sebelum tidur. Kalau tak dapat buat semua pun tak apa, sebahagian atau sikit pun dah ok....

Jom kita tengok.... 

Sunnah sebelum tidur.


Sunnah sebelum tidur.
Sunnah sebelum tidur.

Semoga bermanfaat... Sekian dulu... selamat malam semua. Jangan lupa baca doa tidur, basuh kaki dan maafkan kesalahan orang lain... wassalam....


*Sumber: FB. 

Kek biasa.

May 19, 2014 2 Comments
Kek biasa. | Assalamualaikum wbt. Hye readers! Happy Monday. Semoga ceria dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati olehNya. Sebenarnya hari ni cikla macam rajin je tau. Pagi-pagi dah masuk dapur. Anak-anak tak sekolah pulak cuti terpaksa pasal kena tutup sebab ada kes penyakit tangan kaki mulut. Seminggu tu...

Si kakak pulak pepagi dah merengek lapar lapar. Disebabkan hari ni ibunya dapat aura rajin yang lain macam, apa lagi dengan pantasnya ibunya ke dapur. Tengok-tengok ada bahan nak buat kek. Apa lagi, beroperasilah... Jom...

Sebelum tu, special thanks cikla nak ucapkan pada Eyma Balkish untuk resepi yang tersangatlah senang ni. Namanya pun kek biasa, memanglah senang kan? Hehe...

Kek biasa. 



Kek biasa.
Kek biasa.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum.
1 cawan marjerin.
1cawan gula halus. (Tapi, cikla guna gula icing).
1 sudu besar baking powder.
1/2 sudu kecil esen vanilla.
5 biji telur.

Cara:

Pukul marjerin dengan gula sampai kembang. Sambil-sambil tu ayak tepung gandum dengan baking powder. Lepas marjerin dengan gula kembang, masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji. Pastu, pukul sampai kembang dan sebati. Dah kembang masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit. Adun sampai rata dan sebati.

Sapu loyang dengan sedikit marjerin untuk elakkan kek melekat. Masukkan adunan dalam loyang dang bakar kek pada suhu 150 °C selama 40-45 minit. Kalau nak tau kek dah masak ke belum, ambil lidi cucuk kat kek. Kalau licin je lidi tu, dah masaklah kek kita. Cikla punya jadi dah. Tu dalam gambar tu. Hehe...

Macam mana? Senangkan? Actually ni kali kedua cikla buat. Memula tu macam tak berapa gebu. Tapi kali ni puas hati sebab akhirnya menjadi jugak. Lembut dan wangi je. Cikla ni pun bukanlah pandai sangat baking mem"baking ni. Ikut je resepi je. Step by step. In shaa Allah, menjadilah.

Selamat mencuba... ❤❤❤

*Nota kaki: Cikla sudah try, korang bile lagi?? Hehe...

18 May 2014

17 May 2014

Nak Kurus? Cuba makan 7 buah untuk langsing.

May 17, 2014 0 Comments
Nak Kurus? Cuba makan 7 buah untuk langsing. | Assalamualaikum wbt. Rasanya macam dah lama cikla tak share tips kesihatan dan kecantikan kan. Ececeh, macamlah pakar sangatlah kan cikla ni. Hehe. Cikla cuma nak share apa yang cikla rasa macam menarik dan penting untuk dikongsi... 

Oklah, semua orang nak kurus kan? Bukan kurus sebab nak nampak cantik je, tapi kurus sebab nak sihat. Tapi kan, sekarang ni kurus-kurus pun tak semestinya takde penyakit. Semua bergantung pada macam mana kita handle cara pemakanan kita. Ada orang kata, apa yang kita makan itulah hasil kesihatan yang kita dapat....

7 jenis buah yang boleh kita amalkan kalau nak langsing.


Nak Kurus? Cuba makan 7 buah untuk langsing.
Nak Kurus? Cuba makan 7 buah untuk langsing.  Sumber Google.

TEMBIKAI - buah ni tinggi kandungan airnya. Kalau kita ambil 2 potong tembikai pun dah cukup buat kita dapat tenaga segera. Jangan tak percaya kita akan jadi kenyang dalam tempoh 2-3 jam lepas tu, selain ia bebas lemak malah kadar gula buah ni rendah walaupun ia manis. Minum jus tembikai bersama dengan perahan lobak merah... cubalah!

JAMBU BATU - haa.. ni cikla nak bagitau sebiji buah jambu batu bersaiz sederhana mengandungi sehingga 8 gm serat yang memudahkan proses penghadaman. Jadikan ia jus yang dicampur dengan sedikit perahan limau nipis. Ia dapat membantu menurunkan berat badan dengan cepat jika jus tersebut tak dicampur gula.

OREN - buah ini hanya mengandungi lebih kurang 60 kalori saja, malah sangat tinggi kandungan vitamin C. Ia juga kaya dengan serat yang membantu sistem penghadaman kita. Oren lebih elok dimakan mentah berbanding dibuat jus sebab kalau dibuat jus hasilnya tak sebagus jika ia dimakan mentah.

EPAL - buah ini merupakan slow food sebab ketika kita makan buah epal, kita memerlukan tenaga ekstra pada gigi sehingga memberi signal cepat kenyang pada perut. Epal juga membantu gula dalam darah berada pada paras normal dan beri kesan kenyang yang lama. Jus epal dengan nenas dapat mengatasi masalah sembelit dan membantu pembakaran lemak.

PISANG - ia mengandungi 99 kalori dengan 0.2 gm lemak. Untuk kurus, ambil 3 atau 4 biji pisang dan minum bersama susu rendah lemak. Kalau kita amalkan setiap hari secara konsisten, kita boleh turun sehingga 4-5 kg sebulan.

NENAS - ia bertindak sebagai agen membersihkan toksin dalam badan dan mengandungi asid sitrik yang memudahkan proses penghadaman. Makan begitu sahaja untuk kesan lebih baik atau dijadikan jus yang dicampurkan dengan oren.

BUAH NAGA - ia mengandungi vitamin C, B1 dan B2 selain dari bahan anti oksidan. Buah ini sangat efektif untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan mempunyai serat yang tinggi yang membantu proses pencernaan. Ia dapat mengelakkan sembelit dan bertindak untuk kurangkan kadar lemak dalam tubuh. Jadikan ia jus yang dicampur dengan susu rendah lemak.

Tengok.. bukan susah kan? Lagipun kebanyakannya buahan tempatan kan dan mudah kita nak cari. Semuanya bergantung pada kemahuan kita bak kata orang tua2, "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih".... 

Selamat mencuba. 


*Sumber tips: Majalah RAPI.

Rahsia dimiliki wanita.

May 17, 2014 0 Comments
Rahsia dimiliki wanita.... | Assalamualaikum wbt. Wanita atau perempuan. Perkataan berbeza tapi maksud sama. Cikla bukan nak memuji wanita ni lebih-lebih sangat oleh kerana cikla pun wanita, tapi hakikatnya begitu banyak pengorbanan seorang wanita dalam hidup kita.

Marilah kita baca apakah rahsia wanita yang mungkin kita tak tahu. Semoga bermanfaat...

Rahsia dimiliki wanita.



Rahsia dimiliki wanita.

*Nota kaki: Hargailah wanita!


**Sumber: facebook.com

16 May 2014

Asyik kita je jaga hati orang, hati kita camne pulak?

May 16, 2014 3 Comments
Assalamualaikum wbt...

Asyik kita je jaga hati orang, hati kita camne pulak? | Hamboi... panjang dan serius je bunyi title kat atas tu.. Tapi bila fikir2 macam ada betulnya jugak.... kan. Kadang2 asyik kita je nak jaga hati orang, takut orang tersinggung dengan kita. Tapi, orang lain? Ada pernah nak fikir hati kita pulak ke? Bukan kita nak berkira atau apa, tapi sekurang-kurangnya mereka juga tau macam mana nk ambil hati kita, jaga hati kita. Jangan asyik kita je yang kena... sepatutnya ada give and take. Baru harmoni hidup...

Ada jugak orang kata, orang yang asyik nak jaga hati orang ni senang dibuli. Pada cikla betullah tu, sebab apa yang orang buat kat dia tak pernah nak protes. Dia tak nak protes sebab takut nanti orang akan menjauhi dia. Tak nak kawan dengan dia. Disisihkan.. dan paling teruk dipulaukan... Tapi, kalau asyik macam tu je bahaya juga, sebab takut nanti orang senang ambil kesempatan dan mempergunakan kita. Nauzubillah... minta dijauhkan dari perkara camtu.





Walauapapun.. bagi cikla tak salah kalau kita nak jaga hati orang lain, tapi kenalah berpada2. Sepatutnya berpada2 dalam semua perkara itu lebih baik. Bukan apa kalau berlebihan takut kita sendiri yang rugi dan menampakkan kelemahan kita yang mudah diperkotakkan. Sama2 lah kita saling mengingati ye.. sekian dulu.. nanti sambung lagi. Wassalam...


*Gambar: facebook.com.

Terima kasih cikgu!

May 16, 2014 2 Comments
Terima kasih cikgu! | Assalamualaikum wbt... Hye readers.. apa khabar hari ni? Hari ni dah hari jumaat kan? Cikla rasa bulan mei ni masa macam cepat je berlalu. Dan masa yang berlalu tak mungkin berulang lagi. Manfaatkan masa2 ini dengan perkara yang berguna... sebab kita tak dapat mengulangi masa yang dah pergi meninggalkan kita... ececeh.... dah macam pakar motivasi lak kan.. kih3.. sori lah.. cikla bukan nak tunjuk pandai, tapi tak salah saling ingat mengingati kan?

Oklah... tiap tahun bila tiba je tanggal 16 Mei.. semua akan bercakap pasal hari guru. Ye.. memang hari ni hari guru. Sebenarnya nak cerita betapa besarnya pengorbanan cikgu ni memang banyak. Kadang2 kita boleh anggap cikgu ni dah macam makpak kedua kita.. Mereka susah payah mendidik kita dari kita tak tau apa2, sampailah kita berjaya... membaca dan mengira. Ada yang jadi engineer, doktor, businessman dan macam2 lagilah... insyaAllah. Itu belum lagi kesabaran mereka melayan kerenah dan perangai anak murid yang macam2 ragam.... memang tak terbalas jasa mereka kan?

Lagi2 cabaran mengajar sekarang memang lain dari yang dulu. Kalau dulu kami anak murid kalau nampak cikgu takut.. lagi2 kalau nampak cikgu disiplin. Memang kecut. Tapi, rasanya sekarang murid dah tak heran dengan cikgu kan. Cikgu garang pun mereka buat dek je. Melawan lagi tu (banyak je berita yang cakap anak murid tumbuk cikgu la, pukul cikgu la). Silap2 haribulan, cikgu pulak yang takut nak tegur murid. Bukan apa, kang tegur sikit, mak bapak turun sekolah mengamuk sebab tegur anak dia. Siap nak menyaman bagai... Kan dah masalah... hishhh... macam2 kan??

Di kesempatan ni cikla nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 di Malaysia.. terutama cikgu yang pernah mengajar cikla since sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah2 ( pun cikgu gak kan) masa kat matriks dan universiti... "terima kasih cikgu sebab mencurahkan ilmu dan mendidik saya tanpa jemu. Rasanya tak terbalas semua pengorbanan dan perit jerihmu. Hanya Allah saja yang dapat membalas semua kebaikanmu itu. Amin.... love uols so strong lahhh.... hehe"


Terima kasih cikgu!

Oklah... nanti kita sambung lagi ek. Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan berada di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa. Amin.... Salam jumaat yang penuh berkat! Sekian... wassalam...

*Nota kaki: Tema hari guru 2014 - Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi!

Doa kepada suami dan isteri.

May 16, 2014 0 Comments
Doa kepada suami dan isteri. | Assalamualaikum wbt. Sebagai pasangan suami isteri, kita amat digalakkan untuk mendoakan sesama sendiri demi mengekalkan keharmonian rumah tangga agar berkekalan. Till Jannah bak kata orang sekarang. Apa kata jom kita amalkan doa berikut. 

Doa kepada suami dan isteri.


Bismillahirrahmanirrahim.....

Doa kepada suami dan isteri.
Doa kepada suami dan isteri.

Semoga bermanfaat. ❤❤❤


*Sumber doa: facebook.com/karangkraf.

15 May 2014

Wahai isteri, hargailah suamimu...

May 15, 2014 2 Comments
Wahai isteri, hargailah suamimu... | Assalamualaikum wbt. Hye readers! Selamat tengah hari. Dah lunch ke? Walauapapun, cikla harap semoga sepanjang hari korang akan sentiasa berada dibawah rahmat Yang Maha Esa. Amin... 

Sebenarnya suami isteri haruslah sentiasa menghargai antara satu sama lain. Suami atau isteri merupakan teman, sahabat yang berkongsi suka atau duka bersama-sama. Jangan masa senang je nak, bila susah mulalah berubah hati. Tak naklah macam tu. Susah dan senang sentiasa bersama menghadapi. Kan sweet gitu, lagipun ia menunjukkan sejauh mana keikhlasan kita terhadap pasangan.

Cikla nak share beberapa renungan untuk para isteri, semoga bermanfaat untuk kita semua termasuk diriku juga....

Wahai isteri, hargailah suamimu...



Wahai isteri, hargailah suamimu...
Wahai isteri, hargailah suamimu... Sumber Facebook.

Maka, hargailah suamimu... ❤❤❤

14 May 2014

KLIA2, We're come...

May 14, 2014 2 Comments
KLIA2, We're come... | Assalamualaikum wbt. Hye semua. Belum tido lagi? Sejuknya malam ni kan? Mana taknye, siang tadi hujan memang lebat giler. Bila malam, blurrrppp... sejuknyaaa. Dah macam kat cameron dah ni... 

Sebenarnya, cikla nak share moment cikla santai-santai dengan family petang tadi...

KLIA2, We're come...


KLIA2, We're come...
KLIA2, We're come...


Disebabkan hari ni bestday incik suami dan beliau pulak cuti, so cikla pun saja goda-goda miaww ajak dia jalan-jalan kat klia2. Ye lah, masa perasmian pembukaan 
hari tu "takdan" nak pergi. So inilah masanya kan. Sempat jugaklah posing jap kat sana. Tapi, gambar mereka je la. Cikla jadi tukang amik gambar je. Hehe, malu nak tayang muka...


KLIA2, We're come...
KLIA2, We're come...




Pastu, dah pusing-pusing satu klia2 tu kan (konon2nya), perut lapar plak. So, kami try test rasa satu kedai fast food ni. Not bad jugak lah. Makanannya sedap jugak. Tapi harga pun kira "sedap" jugaklah. Hehe, pepaham je la kan kita katne. Mahal jugak laa. Tapi takpe, sekali sekala belanja untuk anak isteri lebih sikit (betul tak suamiku?) Hehe..


KLIA2, We're come...
KLIA2, We're come...


Korang yang belum pergi sana, kalau ada masa pergilah jalan2. Alah, window shopping pun ok apa. Tengok2 tempat orang... 

*Nota Kaki: Proud to be Malaysian. Semuanya ada di Malaysia...❤❤❤

Khas untuk suamiku: SELAMAT HARI LAHIR!

May 14, 2014 2 Comments
Khas untuk suamiku: SELAMAT HARI LAHIR! | Assalamualaikum wbt... "Tanggal 14 Mei 1982 (32 tahun yang lalu) lahir seorang bayi lelaki yang comel, putera bongsu pasangan Haji Abu dan isteri. Anak itu dijaga dengan penuh kasih sayang sampai dia meningkat dewasa dan membina keluarganya sendiri. Itulah dia insan bernama Azrin Abu... suamiku yang tersayang..."

Ececeh... dah macam cerita bedtime story lak kan.. hehe.. saje je.. meng"gimik di pagi hari. Sebenarnya hari ni hari lahir suami cikla yang tercinta... oklah... "mama nak wish pa":


Khas untuk suamiku: SELAMAT HARI LAHIR!

"Semoga dirimu sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa.. dan sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk mencari rezeki untuk keluarga. Amin ya rabb.... Ma dan anak2 sayang pa ketat2....."

Oklah... sekian dulu... wassalam...

Mulakan harimu....

May 14, 2014 2 Comments
Mulakan harimu.... Assalamualaikum wbt.... Hye semua. Apa khabar hari ni? Apa lagi... pada yang kroje...kroje lah dengan ikhlas dan dedikasi. Pada yang masih belajar (tak kiralah student sekolah or ipt) belajar betul2 sampai berjaya. Jangan ponteng study... belajar pun kena ikhlas. Baru ilmu tu berkat. Tul tak? Ok lah... nanti kita sambung lagi.


Mulakan harimu....


  Sekian.. wassalam...

*Nota kaki: Mulakan harimu dengan kalimah syukur dan jangan lupa senyummmmm... macam budak momot dalam gambar atas tu... hehe..

13 May 2014

Cemburu biar bertempat....

May 13, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Cemburu biar bertempat.... | Hye readers! Apa khabar hari ni? Cecuti ni mesti plan g memana kan? Paling koman pun duk umah layan tv tak pun blogwalking blog kengkawan. Ermmm.... cemburu... banyak istilah cemburu ni. Ada cemburu buta, cemburu celik, cemburu baik... cemburu memudaratkan pun ada. Hehe... (tu istilah cikla yang bagi).

Bagi cikla, kalau nak cemburu memang tak salah. Tapi jangan berlebihan sangat. Bukan apa takut hubungan nanti jadi hambar dan tak best. Mana taknya, asyik cemburu je. Pasangan pergi sana sini sibuk nak tau.. kalau tak bagi tau.. mulalah fikir bukan2. Jeles tak tentu pasal. Pastu, gaduh, perang dunia. Sudahnya hubungan berpecah-belah.





Memang tak dinafikan kalau kita pernah dicurangi (oppsss!!) atau di bohongi, rasa cemburu dan tak percaya tu memang ada. Sangsi je rasa hati. Tapi sampai bila nak macam tu. Cuba kurangkan rasa cemburu tu sikit dan bagi ruang supaya keadaan jadi tenang. Kalau ada masalah pun, senang nak bawak berbincang dan 'settle' kan..

Lagi satu, bagi cikla kalau cemburu dengan kejayaan orang lain contohnya takpe kot. Bukan apa, ia boleh dijadikan pemangkin untuk kita lebih berjaya... sebab dah ada yang bakoo semangat kita. Ye tak?? Tapi janganlah dengki. Tu dah lain citenye...

Oklah... nanti kita sambung lagi ye.. sekian dulu. Wassalam...

*Nota kaki: Cemburu tandanya sayang tapi haruslah berpada2....

CPUV Nuffnang Oreo #better together.

May 13, 2014 2 Comments
CPUV Nuffnang Oreo #better together. | Assalamualaikum wbt. Hye readers! Ni first time cikla publish entry pasal nuffnang. Alhamdullilah, rezeki tengah malam agaknya. Pihak nuffnang baik hati nak letak iklan Oreo Better Together kat blog pician macam blog cikla ni. Cikla hargai sangat. Syukur alhamdullilah. Kalau korang nak tau lebih detail, klik aje kat banner nye ek..


CPUV Nuffnang Oreo #better together.


Sebenarnya cikla memang suka makan oreo ni. Anak- anak cikla pun sama. Cicah dengan air susu atau hot milo. Sedap kan. Kalau beli ice blended pun cikla suka add oreo... 

12 May 2014

Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin.

May 12, 2014 0 Comments
Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin. | Assalamualaikum wbt. Semua orang mesti mahukan majlis perkahwinan yang meriah dan gah kan? Tak dinafikan kos majlis kahwin semakin lama semakin meningkat. Belanja kahwin dan kenduri walimaturus, semua kena ambil kira. Dulu masa zaman cikla pun boleh dikatakan kos agak mahal gak. Apa yang penting, kita buat majlis kahwin biarlah seadanya. Jangan nak ikut orangkan. Ikutlah kemampuan memasing. Bak kata pepatah... ukur baju dibadan sendiri.... hehe....

Kos kenduri dulu dengan sekarang memang jauh beza. Kalau dulu belanja kahwin baru RM3k pun dah cukup nak buat kenduri besar. Tapi sekarang, RM10k pun belum tentu cukup. Semuanya bertitik tolak pada kekangan kewangan. Kalau nak majlis kahwin tu grand... tiptop kenalah usaha sikit cari ongkosnya kan. Barulah setanding dengan apa yang kita inginkan.


Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin.
Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin.


Oklah... kat sini cikla nak share beberapa tips yang mungkin boleh bakal bakal pengantin gunakan untuk menjimatkan duit dalam kerja kahwin.

  • Tips 1 : Tetapkan jumlah tetamu, sebab kita boleh rancang bajet dengan baik. Bukan apa, kalau kita tetapkan jumlah tetamu, bajet untuk makanan, cenderahati dan kad kahwin dapat ditentukan. Yang paling baik senaraikan dulu kawan dan saudara dulu supaya lebihan kad kahwin dapat dikurangkan. Takde lah rugi kan?
  • Tips 2 : Buat majlis tiga dalam satu. Rasanya dah menjadi trend sekarang kan orang buat majlis tunang, nikah dan sanding pada hari yang sama. Maknanya majlis tunang dengan nikah boleh diadakan serentak manakala majlis sanding pada keesokan harinya. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah boleh menjimatkan masa dan tenaga....
  • Tips 3 : Buat sendiri. Maknanya buat hantaran sendiri, cenderahati dan hiasan bilik pengantin sendiri. Haaa... inilah masanya nak tunjuk ke'kreatif'an kita. Hehe... mana tau ada bakat2 yang terpendam kan... Kalau takde idea, cari je sumber atau contoh contoh kat internet dan majalah. Banyak apa.... nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. ye tak??
  • Tips 4 : Tempah awal. Tempahan fotografi, katering dan kad kahwin dibuat masa ada promosi atau pameran perkahwinan. Bukan apa, ia biasanya ada diskaun.. jadi lebih menjimatkan..
  • Tips 5 : Majlis gotong-royong, kalau kat kampung orang panggil rewang. Ia lebih menjimatkan sebab kita hanya perlu keluar kos untuk beli bahan basah dan aktiviti seterusnya dilakukan bersama. Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara dan jiran...
  • Tips 6 : Berbalas hantaran, ini merupakan salah satu sebab mengapa kos perkahwinan naik. Jadi, jangan berbalas hantaran dengan jumlah yang banyak. Cukuplah sekadar lima berbalas tujuh. Ada sesetengah tu lagi sikit.... tiga berbalas lima.
  • Tips 7 : Sewa atau buat baju baru. Kalau pakaian untuk nikah dan sanding, cukuplah sekadar menyewanya saja kan? Kita bukan nak pakai lama pun. Habis majlis pulangkan aje. Tapi kalau nak buat baju baru pun ok jugak, tapi pastikan baju kita dapat disewa atau dijual kepada orang lain jika sudah tak dipakai. Kan boleh dapat balik kos masa kita buat baju tu.
  • Tips 8 : Tak perlu membazir. Biasanya pengantin akan buat majlis tukar baju sekadar untuk ambil gambar. Tapi tak salahkan, untuk jimat kos apa kata baju nikah dan baju sanding pun boleh gak apa kita pakai untuk sesi posing nanti... Betul tak?
  • Tips 9 : Beli-belah ketika ada promosi, ini termasuklah barang hantaran sebab ia sangat menjimatkan kos. Tapi janganlah main beli je, kena jugak pastikan ia berkualiti dan tak mudah rosak. Nanti rugi pulak kena beli lagi.
  • Tips 10 : Tidak perlu hiburan. Kalau bajet tak cukup tak perlulah nak berkaraoke atau berpancaragam bagai. Kalau takde takpe gak kan. Apa yang penting kelangsungan majlis yang berjalan lancar.
  • Tips 11 : Sedia senarai semak. Ini sangat penting dan perlu disediakan awal. Bukan apa, dengan adanya senarai semak kita dapat tahu jumlah wang yang dah dibelanjakan dan kita dapat tahu apa yang dah settle atau betul. Senang sikit kan.. takdelah kelam-kabut.


Walauapapun, bagi cikla biarlah semuanya dalam serba sederhana. Majlis walimaturus ni memang penting tapi biarlah semuanya berpada-pada dan janganlah sebab nak menunjuk-nunjuk sampaikan kita terpaksa berhutang sana sini. 


*Nota kaki: Bersederhanalah walau dalam apa jua keadaan. Jauhi riak dan sikap menunjuk2 sebab ia akan menjauhkan kita dari redha Allah.


**Sumber tips: Ruangan rencana, Harian Metro.

Doa supaya tetap mendirikan solat.

May 12, 2014 0 Comments
Doa supaya tetap mendirikan solat. | Assalamualaikum wbt. Cikla nak share satu doa. Moga bermanfaat dan jom kita amalkan ye... 

Doa supaya tetap mendirikan solat.


Bismillahirrahmanirrahim....

Doa supaya tetap mendirikan solat.
Doa supaya tetap mendirikan solat.

Amin ya rabb.... Selamat menunaikan solat Zuhur. Sekian dulu.. wassalam..


**Sumber doa: Ihsan facebook.com. 

Asam pedas ikan parang resepi bonda.

May 12, 2014 0 Comments
Asam pedas ikan parang resepi bonda. | Assalamualaikum wbt. Pergi kebun ambil daun kari, korang semua dah makan tengah hari??

Hehe, saje je cikla mulakan bicara dengan pantun dua kerat. Kih kih kih. Sebenarnya cikla nak share menu utama cikla tengah hari ni. Cewah, utamalah sangat kan. Oklah, disebabkan pak mertua cikla beli ikan parang, terpikir gak apa la resepi sedap bila kita masak ikan ni. Kalau cikla, ikan parang sedap masak asam pedas je. Masak lain tak pernah plak cuba. Hehe. Senang je masak asam pedas ni. Resepi ni originally dari mak cikla.

Asam pedas ikan parang resepi bonda.


Asam pedas ikan parang resepi bonda.
Asam pedas ikan parang resepi bonda.

Bahan-bahannya..

Ikan parang. basuh bersih, pastu perap kejap dengan garam dan serbuk kunyit). 
Cili kering (kalau boleh cili kering yang lebar2 tu, tak pedas. Kalau yang kerinting tu memang pedas. Masak lama pun still pedas jugak).
Bawang besar, bawang putih, dan halia. Semua bahan ni blender sekali. 

Bahan lain adalah serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, daun kari, sedikit halba, minyak, garam, air perahan asam jawa dan perasa. 

Kalau korang nak masukkan tomato atau bendi pun boleh jugak. Tapi, asam pedas ni cikla masukkan belimbing buluh. Alah, belimbing kecik yang panjang-panjang tu.

Cara nak masak pulak....

Panaskan minyak lepas tu masuk bahan yang di'blender' tadi, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, halba dan daun kari. Tumis sampai garing dan cili masak. Bila cili agak kering, masukkan air perahan asam jawa pastu tumis kejap. Lepas cili masak masukkan ikan, garam dan perasa. Tunggu sampai kuah mendidih dan masak. Selepas tu, baru masukkan tomato atau bendi atau belimbing buluh tadi. Biar seketika, pastu siap.

Camne? Sonang je kan?? Emmm, sedapnya kalau makan dengan nasi panas pastu dengan kicap. Wah wah, terangkat abis. Cikla baru je lepas lunch ni. Kenyang sudah. 

Selamat mencuba.... ❤❤❤

Jadi lebih baik....

May 12, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Jadi lebih baik.... | Hye semua. Apa khabar hari ni? Cikla harap korang semua sihat. Mulakan harimu dengan syukur.... oklah... semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat dan hidayah Yang Maha Esa.... amin. Sekian dulu... wassalam...




*Nota kaki: Mari kita jadikan hari ni lebih baik dari semalam. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Moga niat kita sentiasa diberkati.....

11 May 2014

Khas untuk suami.

May 11, 2014 0 Comments
Khas untuk suami. | Assalamualaikum wbt. Hye semua. Dah dinner ke? Walauapapun, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah beri. Alhamdullillah. Oklah, cikla nak share khas untuk suami-suami semua, termasuk jugak suami cikla. Itupun kalau dia baca la blog cikla ni ek. Hehe...

Khas untuk suami.


Al-kisahhhhh...


Khas untuk suami.
Khas untuk suami.

So, camne? Terutama para suami, hargailah isterimu dan begitu juga dengan isteri. Saling menghargai dan menyayangi, supaya rumahtangga aman sejahtera. Mudah-mudahan. Amin ya rabb... ❤❤


**Sumber: Ihsan facebook.com.

Hari meraikan diriku....

May 11, 2014 3 Comments
Assalamualaikum wbt....

Hari meraikan diriku.... | Hye semua.. sebelum tu jangan salah sangka lak. Bukan birthday cikla hari ni... Sebenarnya mereka ni konon2 celebrate hari ibu untuk cikla. Terharu la gak kan.... First2, hubby cikla belanja makan pizza. Yup yup.... kenyanglah kami semua.. termasuklah baby dalam perut ni. Hehe. Syukur alhamdullilah.... Kat sini cikla saja nak share moment manis cikla dengan famili cikla...













Haaa... ni pulak gambar dua budak momot... hehe..... oklah... sekian dulu.. nanti kita sambung lagi. Wassalam...

Doa murah rezeki.

May 11, 2014 1 Comments
Doa murah rezeki. | Assalamualaikum wbt. Hye semua. Apa khabar hari ni? Dah breakfast? Cikla harap semua sihat dan happy ok. Apa plan hari ni? Hari minggu mesti banyak plan kan? Plan untuk mensantaikan diri. Heheh... ala kalau duk umah pun ok apa.. layan je citer kat tv tu. Macam2 ada kan? Oklah... dipermulaan hari ni cikla nak share satu doa. Semoga bermanfaat ye.

Doa murah rezeki.


Bismillahirrahmanirrahim....

Doa murah rezeki.
Doa murah rezeki.

Amin ya robb.... Sekian dulu. Nanti kita sambung lagi. Wassalam...


**Sumber doa: Ihsan facebook.com.

09 May 2014

Ciri-ciri orang memakai jam sebelah kiri.

May 09, 2014 5 Comments
Ciri-ciri orang memakai jam sebelah kiri. | Assalamualaikum wbt. Cikla memang pakai jam tangan kat sebelah kanan sebab cikla ni kidal. Tapi, kat sini cikla saja nak share ciri-ciri orang yang pakai jam tangan kat sebelah kiri. Hehe. Cer tengok, kot-kot macam sama je dengan korang. Kan kan...

Ciri-ciri orang memakai jam sebelah kiri.



Ciri-ciri orang memakai jam sebelah kiri.
Ciri-ciri orang memakai jam sebelah kiri.

Korang macam mana? 


**Sumber: Facebook.com.

Wahai isteri...

May 09, 2014 0 Comments
Wahai isteri... | Assalamualaikum wbt. Wahai isteri... taati dan sayangilah suamimu sepenuh hati. Sesungguhnya syurgamu wahai isteri solehah terletak di bawah telapak kaki suamimu....

Wahai isteri...
Wahai isteri...

Sekadar renungan kita bersama. ❤️❤️❤️


**Sumber: Ihsan Facebook.com.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.