Asam pedas ikan parang resepi bonda.

By Cikla Shahril - May 12, 2014

Pergi kebun ambil daun kari, korang semua dah makan tengah hari? Hehe, saje je cikla mulakan bicara dengan pantun dua kerat. Kih kih kih. Sebenarnya cikla nak share menu utama cikla tengah hari ni. Cewah, utamalah sangat kan. Oklah, disebabkan pak mertua cikla beli ikan parang, terpikir gak apa la resepi sedap bila kita masak ikan ni. Kalau cikla, ikan parang sedap masak asam pedas je. Masak lain tak pernah plak cuba. Hehe. Senang je masak asam pedas ni. Resepi ni originally dari mak cikla.

Asam pedas ikan parang resepi bonda.
Asam pedas ikan parang resepi bonda.

Bahan-bahannya.

Ikan parang. basuh bersih, pastu perap kejap dengan garam dan serbuk kunyit). Cili kering (kalau boleh cili kering yang lebar2 tu, tak pedas. Kalau yang kerinting tu memang pedas. Masak lama pun still pedas jugak). Bawang besar, bawang putih, dan halia. Semua bahan ni blender sekali. 

Bahan lain adalah serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, daun kari, sedikit halba, minyak, garam, air perahan asam jawa dan perasa. Kalau korang nak masukkan tomato atau bendi pun boleh jugak. Tapi, asam pedas ni cikla masukkan belimbing buluh. Alah, belimbing kecik yang panjang-panjang tu.

Cara nak masak pulak.

Panaskan minyak lepas tu masuk bahan yang di'blender' tadi, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, halba dan daun kari. Tumis sampai garing dan cili masak. Bila cili agak kering, masukkan air perahan asam jawa pastu tumis kejap. Lepas cili masak masukkan ikan, garam dan perasa. Tunggu sampai kuah mendidih dan masak. 

Selepas tu, baru masukkan tomato atau bendi atau belimbing buluh tadi. Biar seketika, pastu siap. Camne? Sonang je kan? Emmm, sedapnya kalau makan dengan nasi panas pastu dengan kicap. Wah wah, terangkat abis. Cikla baru je lepas lunch ni. Kenyang sudah. 

Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments