Ohh.... betapa baiknya susu ibu!

By Cikla Shahril - May 20, 2014

Tak boleh dinafikan susu ibu adalah sumber makanan yang lengkap dan terbaik untuk si manja kita. Ia ada semua nutrien yang diperlukan oleh bayi termasuk hormon dan bahan melawan penyakit. 

Semuanya dah lengkap! Tak perlu susah-susah nak bagi sumber lain. Nah, dalam susu ibu semua ada. Memang tak ada tandingan dan tak boleh di ciplak oleh mana-mana susu formula. Tak akan sama.

Bagi ibu yang sedang hamil dan baru saja melahirkan anak, mestilah sedaya upaya cuba untuk memberi bayi kita susu ibu. Terlalu banyak protein dan khasiat yang ada dalam susu ibu. 

Antara protein yang ada adalah, ia sempurna untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi selain ia amat mudah untuk dihadam serta memberi nutrien yang cepat kepada bayi. 

Tambahan pula, kandungan protein dalam susu ibu tak akan diganggu oleh pemakanan atau diet yang si ibu amalkan.

Ohh.... betapa baiknya susu ibu!
Ohh.... betapa baiknya susu ibu!

Sebenarnya, apa yang amat penting yang ada dalam susu ibu adalah KOLOSTRUM iaitu sejenis antibodi yang tinggi yang boleh mengurangkan risiko bayi kita mendapat penyakit seperti alahan, lelah, ekzema, cirit birit dan jangkitan virus.

Lemak yang ada dalam susu ibu juga sangat baik untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi. 

Karbohidrat pula membantu dalam penyerapan kalsium serta menghalang pertumbuhan organisma/kuman bahaya dalam usus selain membekalkan gula untuk perkembangan otak bayi.

Seterusnya, MENGAPA IBU PERLU MENYUSUKAN BAYI? Sebenarnya kebaikan adalah untuk ibu dan juga bayi.

Kebaikan kepada ibu:
  • Kurangkan risiko ibu mendapat penyakit kanser (seperti kanser payudara, ovari dan endometrium).
  • Jimat, tak perlu beli botol susu dan susu formula.
  • Perancang keluarga semulajadi.
  • Merancang hormon oksitiosin yang membantu rahim kembali ke saiz asal dengan lebih cepat dan elakkan tumpah darah selepas bersalin.

Kebaikan kepada bayi:
  • Bina ikatan istimewa antara ibu dan bayi. Eratkan perhubungan yang rapat antara mereka.
  • Penting untuk perkembangan emosi dan fizikal bayi sebab ia meransang perkembangan penglihatan, kognitif dan psikomotor anak.
  • Jarang mendapat ciritbirit, demam, batuk dan jangkitan kuman pada paru-paru.
  • Baik untuk perkembangan rahang, gigi dan pertuturan kanak-kanak.

Pendek kata memang terbaiklah susu ibu ni. Takde alasan untuk kita tak memberikan penyusuan eksklusif kepada si manja kita. 

Banyak cara kita boleh buat tak kiralah ibu itu berkerja atau suri rumah tangga sepenuh masa macam cikla ni.

Cikla sendiri bagi susu ibu kat dua puteri cikla sampai umur 2 tahun. La ni pun anak cikla yang kedua masih lagi menyusu badan walaupun cikla dah pregnant 5 bulan already you knoww

Pendek kata pokok pangkal hati kita kan? Nak atau tak.

**Sumber: RAPI magazine!

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments