30 June 2014

Kesilapan kerap di bulan Ramadan.

June 30, 2014 0 Comments
Kesilapan kerap di bulan Ramadan. | Assalamualaikum wbt. Hye semua. Syukur alhamdullillah, dah 2 hari dah kita berpuasa. Semoga kita diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa kita hingga habis sebulan. Amin. 

Sebenarnya sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh barokah ni, cikla nak buat entri yang berkaitan dengan bulan Ramadan, iaitu TAZKIRAH RAMADAN. Cikla harap perkongsian ini akan dapat memberi kita sedikit ilmu manfaat serta peringatan kepada kita semua dan cikla juga.

Untuk yang entri yang pertama ni, cikla nak share kesilapan yang kerap kita lakukan di bulan Ramadan tanpa kita sedar. Jom kita baca....

Kesilapan kerap di bulan Ramadan.


Kesilapan kerap di bulan Ramadan.
Kesilapan kerap di bulan Ramadan.

Sharing is Caring... ❤❤❤


*Sumber: www.k-fiqh.com

Niat puasa bulan Ramadan.

June 30, 2014 0 Comments
Niat puasa bulan Ramadan. | Assalamualaikum wbt. Hye semua. Apa khabar? Puasa tak hari ni? Hari ni dah 2 Ramadan. Alhamdullillah kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni.

Bagi cikla, tahun ni cikla puasa dalam keadaan cikla mengandung. Doakan cikla bertahan ye. Sebenarnya, cikla nak share niat puasa. Saja, sebagai ingatan dan panduan untuk kita semua dan diri cikla jugak.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Niat puasa bulan Ramadan.


Niat puasa bulan Ramadan.
Niat puasa bulan Ramadan. 

Moga bermanfaat.....


*Sumber: Facebook.com

27 June 2014

Selamat Berpuasa!

June 27, 2014 2 Comments
Selamat Berpuasa! | Assalamualaikum wbt.... Hye semua. Apa khabar? Cikla harap semua sihat. InsyaAllah... Lagi 2 hari kita akan menyambut dan menjalani ibadah puasa. Semoga puasa kali ini akan sentiasa diberkati Allah... Amin....


Selamat Berpuasa!


Jangan puasa yangyok ye... Hehe. Oklah, sekian dulu, wassalam....

24 June 2014

7 sombong yang dilaknat Allah.

June 24, 2014 7 Comments
Assalamualaikum wbt.....

7 sombong yang dilaknat Allah. | Hai semua. Hari ini hari selasa. InsyaAllah lagi 5 hari kita akan menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Semoga kita diberi kesempatan untuk bersama dengan bulan yang penuh berkat tu.

Okla, sebenarnya cikla nak bercakap pasal sombong. Ada sesetengahnya sombong tak bertempat atau bodoh sombong. Kalau dalam kesusahan, sombong nak minta tolong orang. Bukanlah kita asyik nak bergantung pada orang, tapi ada sesetengah hal yang kita perlukan bantuan orang lain. Jangan hidup macam kera sumbang sebab kita tak kan boleh hidup bersendirian.

Jadi, jom kita tengok 7 jenis sombong yang dilaknat Allah... Iaitu:-





Sekian dulu. Semoga ia akan memberi sedikit sebanyak ilmu dan manfaat kepada kita semua. Wassalam......


*Sumber: FBimage.

21 June 2014

UJIAN PAP SMEAR, pentingkah?

June 21, 2014 6 Comments
UJIAN PAP SMEAR, pentingkah? | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Mesti kebanyakan wanita tahu dan pernah dengar pasal ujian ni kan. Tak dinafikan jugak, tak semua wanita berani nak buat ujian ni, termasuklah cikla sendiri. Sebenarnya, ia amat baik untuk kita juga. Ada pepatah mengatakan "Mencegah lebih baik dari mengubati". 

Sebenarnya ujian ni penting untuk kita mengesan kanser servik. Jom kita tengok apa dia Ujian Pap Smear ni dan info2 yang berkaitan dengannya.....

UJIAN PAP SMEAR, pentingkah?


UJIAN PAP SMEAR, pentingkah?
UJIAN PAP SMEAR, pentingkah?

  1. APA DIA PAP SMEAR? - dikenali sebagai Papanicolaou iaitu ujian yang dilakukan dengan cara mengambil sedikit tisu dari pangkal servik. Ia juga boleh mengesan perubahan sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.
  2. BILA PATUT BUAT UJIAN INI? - amat disarankan bila dah mencapai umur 26 tahun sampailah mencecah 70 tahun.
  3. APA PERLU BUAT? - ujian ni tak boleh dibuat semasa datang haid sebab sel yang diambil biasanya tak tepat. Waktu paling baik adalah selepas hari ke-7 hingga ke-10 tamat haid. Sebelum ujian, tak dibenarkan melakukan hubungan kelamin, menyembur kawasan vagina, menggunakan tampon dan membersihkan vagina guna krim/cecair pembersih.
  4. APA PROSEDUR PEMERIKSAAN? - baring atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan. Spekulum sepanjang 4 inci akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka. Kemudian, spatula dimasukkan untuk ambil sample sel dari servik. Sample akan disebarkan atas slaid dan disembur dengan alkohol. Selepas itu, sample dihantar kelab untuk pemeriksaan.
  5. APA KEPUTUSAN UJIAN? - ia dikeluarkan dalam tempoh seminggu. Kalau keputusan abnormal, kita diminta jalani ujian ulangan dan sesi bersama doktor.


Apa yang penting cikla sarankan pada wanita2 supaya sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat. Jangan takut jumpa doktor atau membuat pemeriksaan kalau ada kita mengalami kelainan pada diri kita. Pemeriksaan awal akan dapat menyelamatkan nyawa kita.

Cikla harap info ni dapat memberi kita sedikit sebanyak ilmu dan manfaat. 


*Nota Kaki: Tahukah anda ujian ini dapat mengurangkan risiko seseorang wanita mendapat kanser serviks sehingga 90%?


*Sumber info: RAPImagazine.

My Favorite Stuff!

June 21, 2014 3 Comments
Assalamualaikum wbt....

My Favorite Stuff! | Hye korang... Cikla harap korang semua sihat, happy dan ceria bersama yang tersayang. Ehem ehem.... Sebenarnya cikla nak share salah satu stuff kegemaran cikla.... Boleh jugaklah dipanggil hobi masa lapang... mengumpul majalah iaitu MAJALAH RAPI. Mesti ramai yang tau majalah femes ni kan? Cikla memang tak pernah miss beli majalah ni tiap bulan. Memang best majalah ni. Banyak sangat manfaat yang kita boleh dapat darinya, terutama tips/info pasal kesihatan dan kecantikan. Memang tak rugi la beli majalah ni... (Ececeh... Promote nampak).... Heheheheeeee....

Kalau cakap pasal harga lak, harganya cuma RM4 je. Setiap bulan, 2 kali keluaran. Ala, baru spent RM8 sebulan.... Ia memang berbaloi dan berpatutan kalau nak dibandingkan dengan banyak info yang kita dapat bila membacanya. Lagipun, bagi cikla ni salah satu alternatif untuk kita tambahkan info mengenai kesihatan diri selain dari surfing internet. Ditambah pulak dengan cara persembahannya yang santai dan menarik, memang tak bosan dan tak jemu bila membacanya.





Haaa... Picture kat atas tu antara koleksi majalah RAPI yang cikla ada. Cikla start baca dan kumpul majalah ni since 2009 sampailah sekarang. Memula beli tu suka2 je. Tapi, lama2 cikla beli dan baca, macam best lak. Tu yang cikla terus membelinya sampailah sekarang. Lagipun, bolehlah cikla share info/tips dengan korang semua kan? Bak kata orang, sharing is caring. Tak gitu.... Hehehe....

Oklah, nanti kita sambung ye... Sekian dulu.... Wassalam....


*Nota Kaki: Membaca jambatan ilmu.....

Menghadapi cuaca panas.

June 21, 2014 0 Comments
Menghadapi cuaca panas. | Assalamualaikum wbt... Hye semua... Happy Sabtuday... Apa plan hari cuti ni? Emmmm... Tu la kan.. Nak keluar pun macam malas je. Cuaca sekarang pun dah tak menentu. Panasnya pun lain macam je... Orang kata, cuaca panas sebegini bawa penyakit. Mana taknye, selalu pagi pagi panasnya taklah terik sangat. Tapi sekarang ni baru pukul 10 pagi dan terik semacam dah. Bahang kan....

Oklah, cikla nak share beberapa info macam mana kita nak hadapi fenomena cuaca panas ni... Semoga ia memberi sedikit sebanyak info kepada kita....


Menghadapi cuaca panas.
Menghadapi cuaca panas.

*Sumber: Facebook.com.

20 June 2014

Shampoo SAFI SHAYLA Anti-dandruff.

June 20, 2014 2 Comments
Shampoo SAFI SHAYLA Anti-dandruff. | Assalamualaikum wbt. Hye readers. Jeng jeng jeng... Ni dah kenapa ni tetiba buat review product ni? Ala, saje je. Sebelum ni cikla ada gak baca review product yang mereka guna.. Ye lah, tak salah kan kalau nak share kebaikan produk yang kita guna. Mana tau mungkin orang lain mendapat manfaatnya. So, untuk review product yang julung-julung kalinya ini, cikla nak share akan kelebihan shampoo SAFI SHAYLA ni. 

Ramai orang kata, rambut adalah mahkota wanita tak kiralah yang bertudung atau sebaliknya. Dan, tak dinafikan macam susah je nak cari shampoo yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut kita, lebih-lebih lagi yang bertudung. Pada yang bekerja seharian, terutama yang bertudung kadang-kadang kulit kepala jadi gatal dan apa lagi kerak dan kelemumur pun bertandanglah. Macam cikla sendiri pun, macam-macam shampoo cikla guna, pun macam kurang berkesan je. 

Tapi, bila cikla guna shampoo ni masa balik umah mak, cikla try guna shampoo inilah. Macam sesuai je. Gatal kepala pun kurang dan yang paling penting kelemumur pun dah berkurang. Rambut pun bau wangi je. Hmmmm, harum dan menyegarkan....

Shampoo SAFI SHAYLA Anti-dandruff.


Shampoo SAFI SHAYLA Anti-dandruff.
Shampoo SAFI SHAYLA Anti-dandruff.

Kalau cerita dari segi harganya lak, cikla rasa memang berpatutan. Untuk shampoo 160 ml hanya RM7.70, manakala untuk shampoo 320 ml hanya RM12.70. Berbaloi kan? Sebenarnya shampoo ni ada 4 jenis iaitu SAFI SHAYLA – LICIN TERURUS dengan multivitamin, SAFI SHAYLA – SEGAR BERMAYA diperkuat dengan nanolipid enhancer, SAFI SHAYLA – ANTI KELEMUMUR dengan zpt dan SAFI SHAYLA – KAWALAN RAMBUT GUGUR dengan protein. So, Korang boleh pilih mana yang bagus I kut kesesuaian masing-masing. Tapi, kalau bagi cikla memang cikla nak promote jenis anti-dandruff ni sebab cikla guna jenis ni.

Bahan utama dalam shampoo ni adalah estrak Habbatus Sauda, ZPT dan Mentol. Habbatus Sauda memang kita tau banyak kebaikannya, yang mana ia ada bahan antibakteria dan nutrien semulajadi. So, rambut kita akan lebih sihat dan tak kusam. ZPT lak dapat cegah kelemumur dan kurangkan rasa gatal kulit kepala, manakala mentol akan beri kesan dingin dan segar pada kulit kepala kita.


Shampoo SAFI SHAYLA Anti-dandruff.
Shampoo SAFI SHAYLA Anti-dandruff.


Dan yang paling penting ia halal, suci dan selamat digunakan. 

Selamat mencuba... ❤❤❤


*Sumber (harga): SINI

7 perkataan mulia.

June 20, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt...

7 perkataan mulia. | Hye semua.... Hari ini hari jumaat... Penghulu segala hari. Semoga kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya.... Amin ya Rabbi.....

Just sharing this....





Moga bermanfaat dan menjadi amalan kita semua... Sekian dulu... Wassalam....


*Sumber: Facebook.com

19 June 2014

Pertama kali berbuah.

June 19, 2014 4 Comments
Assalamualaikum wbt....

Pertama kali berbuah. | Hye readers... Salam petang semua. Durian oh durian. Cikla percaya mesti semua orang suka makan durian. Tak kiralah makan mentah macam tu je atau dibuat kuih. Cikla rasa kuih yang paling femes yang dibuat dari durian adalah kuih talam durian kot. Ala, yang atas durian bawah pulut tu. Emmmm... Sedap kan?

Sebenarnya cikla saja nak cerita kisah sebatang pokok durian kepunyaan bapak mertua cikla ni. Al-kisahnya (cehh, dah macam penglipur lara lak).... Hehe... katanya tak pernah berbuah. Pokok jantan katanya. Sampailah suatu ketika pokoknya mula berbunga dan berputik. Wah, rezeki ni.... Yelah, penat menyapu daun yang gugur aku pun ugutlah.. "Kalau ko tak berbuah, aku tebang ko"... Hehehe... Boleh plak macam tu kan? Tup2, berbunga plak dia.... Heheheheh...





Dan sekarang.... Buahnya dah mula gugur sebijik demi sebijik. Nasiblah pokoknya sebatang je... Kalau sedusun taktau la..... Excited giler. Honestly memang sebelum ni cikla tak pernah tengok buah durian gugur, tu yang terlebih teruja tu... Hehehe.... Isinya pulak setakat ni elok je.... Tebal dan kuning. Disebabkan cikla pregnant sekarang ni jadi macam tak kemaruk sangatlah nak makannya. Ingat jugaklah pantang orang tetua. Kalau orang yang tahan... Ok jelah.. Bedal aje. Tapi cikla memang tak berani. Aritu pun jamah skit je yang mentah. Pastu makan yang mak cikla buat kuih dadar cicah dengan serawa (kuah durian).... Lepaslah hajat nak merasa.... Hehe.....






Oklah.... cukuplah dulu kan.. Hehe cite panjang2 nanti ada yang terliuq lak. Hehe.. Jangan marah ye... Sekian dulu.... Wassalam....

Eratkan kasih sayangmu.

June 19, 2014 2 Comments
Eratkan kasih sayangmu. | Assalamualaikum wbt. Hye readers. Mesra dan intim. Bagi cikla, itulah hal yang paling utama dalam kehidupan pasangan suami isteri dan rumahtangga. Kesefahaman dan tolak ansur, juga elemen yang tak kurang pentingnya. Bukan nak cakap rumahtangga cikla ni perfect, tapi biasalah kan, sebagai manusia biasa kita pasti tak akan terlepas daripada dugaan dan ujian yang diberikan Allah untuk kita. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati ye. 

Cikla nak share beberapa tips yang cikla baca dari sebuah artikel. Rasanya macam menarik untuk dikongsikan, bukan apa selain memberi pengetahuan kepada kita, mana tau sikit-sikit ia boleh kita praktikkan. In shaa Allah.....

Eratkan kasih sayangmu.


Eratkan kasih sayangmu.
Eratkan kasih sayangmu. Sumber Google .

  1. PELUK - bila balik rumah tak kiralah suami atau isteri, carilah pasangan terlebih dulu sebelum buat perkara lain. Peluklah pasangan sebagai tanda kita merinduinya walaupun baru seharian tak jumpa. Kan berbunga-bunga hati pasangan kita.
  2. KEJUTAN - beri kejutan untuk pasangan kita walaupun hanya sebiji kek samada masa birthday atau aniversary. Ditambah pulak dengan ucapan romantika, wah boleh tersentuh hati pasangan kita. Tapi, apa yang penting, ingatlah tarikh-tarikh penting supaya pasangan lebih rasa dihargai. 
  3. PERHATIAN - ini bukan bermakna kita habiskan banyak masa dengan pasangan, tapi cukuplah sekadar luangkan masa berharga samada berkomunikasi, ambil tahu atau melakukan aktiviti kegemaran bersama. 
  4. MEMBANTU - terutama suami, bantu isteri dalam meringankan tugas-tugasnya terutama isteri yang bekerja. Kan sweet gitu. Suami tolong isteri masak, sidai kain, lipat kain.
  5. SOKONGAN - beri sokongan pada pasangan terutama dalam menghadapi masa sukar. Bagi kata semangat supaya pasangan rasa lebih dihargai dan tidak kesorangan walaupun sedang berhadapan dengan konflik atau masalah. Sedikit sokongan akan dapat meringakan beban yang ditanggung.
  6. LUAHKAN - jangan malu luahkan kasih sayang pada pasangan sebab sesetengah orang rasa ia akan menjatuhkan ego. Salah tu. Sebenarnya, ia bukan saja menunjukkan penghargaan kita terhadap mereka malah ia membuatkan pasangan rasa terharu dan disayangi.
  7. PUJI - pujilah pasangan sebagai tanda hargai. Tak salah pun. Pasangan kita pun akan tersenyum lebar sampai ke telinga lagi.
  8. MAAF - kalau kita ada buat salah, mintalah maaf. Jangan ego dan pentingkan diri. Cepat-cepat berbincang supaya tak melarat. Kadang-kadang halnya kecik je. Tapi dah macam perang dunia ke-2 dah kecohnya. 
  9. BERHUBUNG - cuba berhubung antara satu sama lain walaupun sesibuk mana. Telefon ke, atau sekurang-kurangnya SMS pasangan. Lagipun zaman teknologi canggih-manggih ni macam-macam cara boleh berhubung kan? Apa yang penting semuanya dari diri kita gak.
  10. BERGURAU - bergurau senda mampu menceriakan hubungan. Kalau hubungan tu serius memanjang, tak best gak. Muka ketat je memasing. Dahlah tu, hubungan jadi suram dan dah tentu membosankan.


Apa yang penting semuanya perlu bermula dari dalam diri memasing. Tak adillah kalau sebelah pihak je yang bersungguh-sungguh, tapi yang sebelah pihak lagi buat dek je. Dua-dua kena mainkan peranan memasing.  

Cikla harap ia akan memberi info yang berguna pada kita. ❤❤❤


*Sumber tips: Majalah Metro.

Jom zikir....

June 19, 2014 1 Comments
Jom zikir.... | Assalamualaikum wbt. Hye.... Selamat pagi semua.... Tiada yang terindah sebagai pembuka kata, jom kita mulakan hari dengan zikir kepada Allah. Semoga hari kita sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. Amin.... 

Jom zikir....


Jom zikir....
Jom zikir....

Sekian dulu... Moga bermanfaat... Wassalam...

18 June 2014

Eratkan hubungan adik-beradik.

June 18, 2014 1 Comments
Assalamualaikum wbt......

Eratkan hubungan adik-beradik. | Hye semua..... Hehe.... Saje je cikla intro dengan picture budak berdua yang tiut-miut ni.. Sebenarnya cikla nak cite sikit pasal betapa pentingnya keakraban antara adik-beradik. Apa yang penting, semua mestilah bermula dari kedua ibubapa... Sebab mereka merupakan idola/contoh bagi anak2 mereka. Apa yang dilakukan ibubapa kemungkinan akan ditiru oleh anak2. Jadi, tunjukkanlah contoh tauladan yang baik....

Berbalik kepada hubungan adik-beradik, ia merupakan ikatan yang kukuh selamanya. Kan ada pepatah mengatakan, air dicincang tak akan putus. Macam itulah hubungan adik-beradik. Tapi, kalau hubungan tu rapuh, akhirnya ia akan terlerai jika kedua ibubapa mereka sudah meninggal dunia. Buat hal masing2lah kata orang.....





Oklah, kat sini cikla nak share beberapa tips yang mungkin kita sebagai ibubapa boleh gunapakai untuk memantapkan hubungan anak2 kita....

(1) Tunjuk kasih sayang - peluk cium anak2 dan sentiasa keluarkan kata2 yang baik kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka merasa disayangi, selamat dan tenteram. Jadi, hal positif ini akan hadir dan turut ditunjukkan kepada adik-beradik mereka.
(2) Hargai each other - galakkan sikap sopan, saling menghormati dan hargai di kalangan mereka contohnya 'ucap terima kasih' dan 'tolong' bila bercakap sesama mereka.
(3) Elak rasa tak puas hati - jangan galakkan seorang anak memarahi adiknya sebab akan timbul rasa tak puas hati/marah.
(4) Ambil berat - sentiasa galak anak2 ambil berat antara satu sama lain.
(5) Jaga si kecil - ingatkan anak yang besar supaya sentiasa menjaga adiknya. 
(6) Berbaik sesama anak - galakkan anak2 sentiasa berdamai kalau mereka mula bertengkar.





(7) Nilai positif - terapkan nilai positif supaya mereka menjadi anak yang sabar, bertolak ansur, tak mementingkan diri dan sentiasa membantu sesama mereka.
(8) Jangan pilih kasih - jangan sesekali berat sebelah sebab ia akan mewujudkan rasa marah, benci dan rasa tak puas hati antara mereka.
(9) Cipta kenangan - beri sebanyak mungkin masa kepada mereka untuk bermain bersama. Bawa mereka melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berkelah supaya ia akan meninggalkan memori indah dalam hidup mereka.

Bagi cikla, apa yang penting didikan bermula sejak mereka kecil adalah penting. Orang tua2 pun ada cakap, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bukan apa, rasanya kita lebih mudah mendidik anak2 yang masih kecil daripada mereka yang dah besar panjang. Mereka lebih mudah ikut kata... Oklah, cikla harap tips ini berguna untuk kita semua. Jom kita praktikkan... Sekian dulu, wassalam.....


*Sumber: MajalahMetro/KasihSayang

17 June 2014

Khas untuk suami: Sabar menjaga isteri mengandung.

June 17, 2014 0 Comments
Khas untuk suami: Sabar menjaga isteri mengandung. | Assalamualaikum wbt. Hye semua, apa khabar hari ni? Cikla harap sihatlah hendaknya ye. Cikla ok je macam biasa. Alhamdullillah. Sebenarnya cikla saja je nak share pasal suami dan isteri yang mengandung. Ini pun cikla ada terbaca satu artikel ni. Rasa macam nak share je apa yang cikla dah baca tu. Kan orang kata, sharing is caring.

Khas untuk suami: Sabar menjaga isteri mengandung.


Firstly, bila si suami tau yang isterinya mengandung mestilah happy kan? Sapa yang tak happy bila si isteri mengandung zuriat dan darah daging sendiri. Lebih-lebih lagi kalau anak sulung, bertambah-tambahlah happy'nya. Betul tak? Tapi, encik suami ni kena ingat sepanjang tempoh isteri tu mengandung perlu ada persefahaman, sokongan dan pertolongan dari sang suami. Apalagi dengan keadaan emosi si isteri yang tak menentu. Kadang ok, kadang moody. Hehe.

Sikap pertama yang perlu si suami ada adalah sabar. Itu memang terpenting, sebab si isteri memang sangat memerlukan perhatian dalam tempoh ini berbanding sebelumnya. Kelakuan dan emosi si isteri mungkin berubah-ubah. Ada yang suka berleter dan mengomel tapi apa yang penting si suami kena mengambil sikap tenang dan jangan panjangkan sesuatu isu itu. Atau dengan kata lain si suami mengalah. Bukan apa, kalau dilayan takut akan menimbulkan konflik dalam rumahtangga. 

Khas untuk suami: Sabar menjaga isteri mengandung.

Sikap kedua yang perlu ada pada si suami adalah menggandakan nilai kasih sayang kepada isteri dengan cara tunjuk sikap baik, prihatin dan membelai isteri dengan penuh kasih sayang. Berikan kata-kata semangat pada isteri supaya isteri lebih tabah menghadapi semua dugaan dan kepayahan semasa mengandung. Hanya isteri yang tahu akan kepayahan itu. Lagipun dengan keprihatinan si suami dapat meredakan beban emosi dan kesakitan si isteri. In shaa Allah. Tumpuan dan belaian kasih sayang adalah ubat yang paling mujarab dalam meredakan masalah dihadapi isteri.

Apa yang penting, pada cikla para suami sepatutnya mencontohi sikap terpuji Rasullullah dan para sahabat baginda iaitu tegas menentang musuh, kasih kepada isteri. Semuanya pasti ok dan sentiasa dalam lindungan rahmatNya... Amin... 

Cikla harap moga info ni bermanfaat khususnya buat para suami diluar sana.... ❤❤❤


*Noted to my lovely husband too....

14 June 2014

Doa sebelum memulakan kerja/perniagaan.

June 14, 2014 0 Comments
Doa sebelum memulakan kerja/perniagaan. | Assalamualaikum wbt. Hye semua... Adalah lebih afdal kalau setiap pekerjaan itu dimulai dengan doa supaya ia akan diberkati olehNya dan dapat diselesaikan dengan baik. 

Doa sebelum memulakan kerja/perniagaan.


Bismillahirrahmanirrahim.....

Doa sebelum memulakan kerja/perniagaan.
Doa sebelum memulakan kerja/perniagaan.

Amin ya Allah... Semoga bermanfaat dan dijadikan amalan.... Sekian dulu, wassalam...


*Sumber: Facebook.com

Berjimba di Pantai Bagan Lalang, Sepang.

June 14, 2014 0 Comments
Berjimba di Pantai Bagan Lalang, Sepang. | Assalamualaikum wbt. Hye semua. Lately cikla macam takde mood dan idea sangat nak mencoret kat belog ni. Sejak-sejak ni mood loya dengan mabuk kembali menyerang. Aduii, ditambah plak melayan kelasakan dua heroin cikla nih...

Sebenarnya cikla nak share moment cikla sekeluarga masa kitaorang pergi ber"piknik" kat pantai Bagan Lalang, Sepang ahad lepas. Mesti ramai yang tau dan pernah datang kat pantai ni. Masa kat sana adalah beberapa keping gambar yang sempat di"snap.

Berjimba di Pantai Bagan Lalang, Sepang.


Pantai Bagan Lalang, Sepang.
Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Pantai Bagan Lalang, Sepang.
Pantai Bagan Lalang, Sepang.


Pantai Bagan Lalang, Sepang.
Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Dan macam biasalah kalau dua heroin cikla ni tak beraksi... Hehehe... Budak2 kan.. Pepaham je lerrr....

Pantai Bagan Lalang, Sepang.


Pantai Bagan Lalang, Sepang.


So fun..... ❤❤❤❤

13 June 2014

Doa ketika anak sedang tidur.

June 13, 2014 0 Comments
Doa ketika anak sedang tidur. | Assalamualaikum wbt. Hye semua. petang Jumaat dan salam Nisfu Syaaban. Semoga kita semua sentiasa diberi taufiq dan hidayah dariNya. Amin......

Sekarang ni cabaran makpak dalam membesar dan mendidik anak2 sangatlah besar. Macam2 pengaruh sekarang ni... Dan anak2 sekarang sangatlah senang terpengaruh. So, pada cikla adalah sangat bagus kalau kita memulakan didikan sedari mereka kecil lagi. Bahkan, orang kata didikan sedari dari alam rahim lagi. Walauapapun, biarlah melentur buluh itu dari rebungnya... Lebih senang...

Oklah, cikla nak share satu doa khas untuk makpak amalkan... Semoga bermanfaat untuk kita semua dan cikla juga.....

Doa ketika anak sedang tidur.


Bismillahirrahmanirrahim.....

Doa ketika anak sedang tidur.
Doa ketika anak sedang tidur.

Amin ya Allah.... Sekian dulu... Wassalam...


*Sumber: Facebook.com 

09 June 2014

Mengatasi loya dan muntah semasa hamil.

June 09, 2014 2 Comments
Mengatasi loya dan muntah semasa hamil. | Assalamualaikum wbt. Hye readers. Ibu hamil dan loya atau muntah berpisah tiada. Hehe. Amboi, ayat. Macam ye ye je kan? Tapi, bagi cikla memang ada benarnya. Kebanyakan ibu mengandung mesti melalui saat-saat macam ni. Cikla sendiri pun mengalaminya. Memang perit. Tapi kan, inilah kepayahan dan pengorbanan yang ibu kena hadapi yang akan menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan. Terutama bagi ibu yang mengandung anak pertama. Sweet memory. Touching lak.

Oklah, kat sini cikla nak share beberapa tips yang mungkin dapat mengurangkan atau menghilangkan rasa loya ibu-ibu ye....

Mengatasi loya dan muntah semasa hamil.


Mengatasi loya dan muntah semasa hamil. Sumber Google.

Cikla harap tips ni akan memberi sedikit sebanyak panduan dan pengetahuan kepada ibu mengandung khasnya... Semoga bermanfaat. ❤❤❤


*Sumber: Facebook.com

05 June 2014

Dah 24 minggu dah!

June 05, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Dah 24 minggu dah! | Hye semua... Cikla saje je letak gambar baby comel kat atas tu. Hehehe... "Cute" nye kan? Sebenarnya cikla saja nak share yang mana hari ni ngam2 24 minggu @ 6 bulan dah baby membesar dalam rahim ni. Syukur alhamdullillah... Rasanya macam baru je cikla disahkan mengandung lagi... dan hari ni dah masuk 6 bulan dah pun.

Pagi tadi cikla pergi checkup baby. Alhamdullillah semua ok. Berat ok, HB ok dan tekanan darah ok. Lega rasanya. Kalau sebelum ni masa awal pregnant memang alahan teruk jugak la. Loya, nak muntah dengan demam. Lepas dah ok, berat pulak tak naik2.. Yelah.... Sebab tak de selera nak makan. Lepas ada selera... Berat badan lak naik banyak sangat sampai 2 kilo lebih. Tapi, syukurlah masa checkup tadi berat badan dah ok. Yeahhh....




Lepas tu biasalah kan, ibu mengandung mesti mesti amik obimin. Dulu masa cikla pregnant first sampai 4 jenis kena makan ubat. Dengan "asid folic" nye... "Vitamin" nye... Tapi sekarang start pregnant anak kedua dan yang ini.... Ubatnya sejenis je... Ok gak.. Dalam sebiji ubat tu ada berbagai fungsinya. Hehehe... Cikla pun memang tak amik ubat or supplement lain. Just makan ubat yang klinik bagi je....




, cikla harap semua akan berjalan lancar sepanjang cikla pregnant sehinggalah melahirkan nanti. Doakan cikla ye... Sekian dulu.. Wassalam...


*Nota kaki: Serius still lagi rasa berdebar dan takut bila teringat masa cikla melahirkan anak pertama dan kedua dulu walaupun dah 2 kali melaluinya... Nervoussss....

04 June 2014

Perkara yang isteri suka bila suami buat.

June 04, 2014 0 Comments
Perkara yang isteri suka bila suami buat. | Assalamualaikum wbt. Hye uols... Semua isteri mesti suka kalau si suami melakukan sesuatu perkara yang membuatkan dia rasa bahagia sangat. Rasa macam baru2 bercinta je walaupun usia perkahwinan dah bertahun2. 

Apa yang penting, kedua2 belah isteri dan suami mesti saling memberi dan menerima antara satu sama lain. Kat bawah ni cikla nak share perkara yang isteri suka bila encik suaminya buat. Jom tengok....

Perkara yang isteri suka bila suami buat.


Perkara yang isteri suka bila suami buat.
Perkara yang isteri suka bila suami buat. Sumber FB/PuaskanIsteri.com

Macam mana encik suami? Boleh ke buat? Hehehe... Tepuk dada tanya diri... ❤❤❤

03 June 2014

Macam mana nak kekal sihat ketika HAMIL.

June 03, 2014 0 Comments
Macam mana nak kekal sihat ketika HAMIL. | Assalamualaikum wbt. Hye uols. Rasanya ramai ibu-ibu hamil termasuklah cikla nak tau macam mana nak kekal cergas dan sihat ketika hamil. Al-maklumlah, ada sesetengahnya masa di awal trimester pertama dah alami alahan yang teruk. Dengan 'morning sickness'nye. Belum lagi nak loya dengan pening-pening lalatnya lagi.

Ada jugak yang dah masuk trimester kedua dan ketiga pun masih lagi rasa mabuk, loya dan sebagainya tu. Oklah, kat sini cikla nak share beberapa tips yang cikla rasa bermanfaat untuk mak-mak buyung macam kita ni kan. Hehehe. Perkara yang baik tak salah nak dikongsikan. Dah dah, moh kita tengok apakah tipsnya tu. Moh kite...

Macam mana nak kekal sihat ketika HAMIL.


Macam mana nak kekal sihat ketika HAMIL.
Macam mana nak kekal sihat ketika HAMIL. Sumber Google.



  1. Baring secara mengiring supaya simpulan urat dalam tubuh tak akan menyekat perjalanan darah kita. 
  2. Bernafas secara betul dengan berYOGA sebab ia adalah senaman terbaik untuk ibu hamil. Selain itu, Tai Chi atau Qigong pun ok gak. (Untuk lebih detail tentang semua senaman ni korang Google aje. Semua info ada.. ok).
  3. Banyakkan mengambil susu dan kalsium kerana ia dapat menguatkan tulang serta mengurangkan rasa letih kalau kita aktif bergerak. Tu sebab cik2 misi kita selalu tanya kitra minum susu ke tidak masa kita buat pregnancy checkup. Sebab perkara ni memang penting.. Untuk ibu dan jugak baby kita.
  4. Sentiasa berfikiran positif, sebab memang tak dapat dinafikan emosi ibu mengandung lebih sensitif dari biasa. Pantang salah sikit, mudahnya nak kecik hati, sedih dan hiba. Jadi, kita mesti mengamalkan gaya hidup yang ceria. Para suami pun kenalah pandai macam mana nak jaga hati isteri yang bersusah payah mengandungkan zuriat kita. Hargailah isterimu. Inilah masanya mereka nak bermanja2 lebih2 sikit....


    Cikla harap tips ni dapat membantu kita mengekalkan diri supaya sentiasa sihat dan ceria walaupun sarat mengandung. Nanti barulah senang nak melahirkan.. Betul tak? 


    *Nota kaki: Belajar dari pengalaman!


    *Sumber:  RAPI MAGAZINE.

    Mana yang lebih penting?

    June 03, 2014 0 Comments
    Mana yang lebih penting? | Assalamualaikum wbt. Mana yang lebih penting? Apa yang kita fikirkan ataupun apa yang orang lain fikir tentang kita? Sebenarnya, apa yang kita fikir mengenai diri kita itu lebih penting daripada apa yang kita fikir orang lain pasal diri kita. 


    Mana yang lebih penting?
    Mana yang lebih penting? Sumber Facebook.


    Cuba tengok gambar kat atas tu. Apa yang ada dalam fikiran kucing tu sebenarnya? Hakikatnya dia hanyalah seekor kucing, tapi apa yang ada dalam fikirannya lebih dari itu. Dia membayangkan dirinya seperti seekor harimau yang gagah. 

    Pendapat cikla, tak salah kot kalau kita nak 'berangan' lebih dari apa yang mungkin kita mampu. Sebab dengan impian atau angan-angan itulah menjadikan kita akan lebih berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan. Mulut orang, biasalah. Sudah menjadi lumrah, manusia ni memang sikapnya suka mengkritik orang lain. Satu yang kita kena ingat, takde manusia yang sempurna. Ingat tu...

    Fikir-fikirkanlah. 

    Kaitan CONTACT LENS dan mata merah....

    June 03, 2014 2 Comments
    Kaitan CONTACT LENS dan mata merah.... | Assalamualaikum wbt. Hye readers. Semua orang mesti nakkan mata yang cantik dan menawan kan? Erm, tak dinafikan sekarang ni memang banyak contact lens dijual dipasaran.. Tak kiralah sekadar nak berfesyen atau sebagai pengganti cermin mata. Jujurnya, cikla sendiri pun memang pengguna contact lens sejak dari zaman cikla di universiti lagi. Tapi, bukan yang berkaler bagai tu tau. Ni yang jenis plain untuk orang rabun. Ala, bocor lak rahsia. Cikla ni rabun sebenarnya, rabun jauh....

    Ada sesetengah orang yang bila pakai contact lens, mata merahlah, mata gatallah dan macam2lah. Sebenarnya kita tak boleh nak pandang ringan jika alami gejala macam ni khusus orang yang ber'contact lens', sebab ia juga boleh jadi punca mata jadi sakit dan dijangkiti kuman. Kalau terjadi macam ni, cepat2 pergi jumpa doktor atau dapatkan rawatan supaya tak melarat. Mencegah lebih baik dari mengubati, betul tak?

    Sebab apa mata kita boleh jadi kemerahan kalau memakai contact lens....


    Kaitan CONTACT LENS dan mata merah....
    Kaitan CONTACT LENS dan mata merah....

    1. Lens terbalik - Kalau macam ni memang tak selesa kan? Sebelum pakai contact lens tu, perati betul2 lens kita berbentuk separa bulat dan lebar seperti mangkuk atau melengkung tinggi. Kalau ia separuh bulat/lebar maknanya ia dalam keadaan sempurna, dan macam tu la sebaliknya.
    2. Pakai lens dengan tangan tak bersih - Ini memang penting sebab kalau tangan tak bersih dah tentu bakteria pada jari kita tu akan menjangkiti bola mata. Hasilnya, kan dah merah mata tu..
    3. Cecair rendaman contact lens dijangkiti bakteria - Ada yang pandang remeh ketika merendam contact lens. Air mineral atau air paip pun bolehlah. Sebenarnya, tanggapan tu totally wrong. Air tu gak mungkin boleh bagi jangkitan pada mata. Hakikatnya, kita kena rajin dan selalu menyalin air rendaman dengan menggunakan solution yang betul sekurang-kurangnya sehari sekali.
    4. Lens terlalu kering - Jangan biarkan lens terlalu kering sebab ia akan menjadikan lens menjadi semakin kasar dan keras. Ini memang bahaya sangat! Ia boleh sebabkan mata tercalar atau luka. Kalau ini yang berlaku, tukar aje dengan lens yang baru. Lagi selamat...
    5. Lens tamat tempoh - Sentiasa peka dengan tempoh berapa lama kita gunakan lens tu. Kalau lebih sebulan kita masih gunakan lens yang sama, memang tak bijak.
    6. Mata kering - Jangan biarkan mata kita terlalu kering. Guna pelembap khas untuk mata kalau untuk mengelakkan mata kita menjadi kering. Titiskan sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk kekalkan kelembapan mata.


    Kalau kita tengok langkah penjagaan ni takdelah susah sangat kan? Tapi, itulah. Apa yang penting semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kalau tak kita yang mengubahnya, siapa lagi kan? 

    Semoga info in sedikit sebanyak akan bagi kita semua panduan dalam kita menjaga kesihatan mata kita khasnya. MATA ANUGERAH TAK TERNILAI.... ❤❤❤


    *Sumber info: HMetro.....

    Doa untuk suami.

    June 03, 2014 0 Comments
    Doa untuk suami. | Assalamualaikum wbt. Hye readers... Cikla nak share dua doa untuk para isteri khas untuk suami tercinta. Suami merupakan ketua keluarga yang bersusah payah mencari nafkah untuk keluarga. Apa salahnya setiap kali suami kita keluar bekerja, kita iringilah dengan doa semoga dirinya sentiasa diiringi rahmat dan hidayah dari Yang Maha Esa..

    Doa untuk suami.


    Doa untuk suami.
    Doa untuk suami.

    Doa untuk suami.
    Doa untuk suami.


    Mari kita sama2 amalkan... Semoga bermanfaat... Ingatan untuk diri cikla juga. Sekian dulu... Wassalam....


    *Sumber: FBimage.

    02 June 2014

    Happy birthday adik mia!

    June 02, 2014 0 Comments
    Happy birthday adik mia! | Assalamualaikum wbt.... Hye readers! Tanggal 2hb Jun.... Dua tahun yang lalu, jam 6 petang.... Lahirlah seorang lagi puteri cikla.. Puteri yang kedua. Hari ni genap 2 tahun budak comel comot ibu ni. Kejap je masa berjalan... Pejam celik, pejam celik dah dua tahun dah. Syukur Alhamdullillah.....


    Happy birthday adik mia!


    Happy birthday adik mia!



    Happy birthday adik mia!

    Ibu just nak wish... "Selamat hari lahir adik. Semoga menjadi anak yang solehah dan bijak. Dengar cakap ayah dan ibu... Ayah, ibu dan akak ika sayang adik mia banyak2...... Muahhhh...."



    Happy birthday adik mia!

    Happy birthday adik mia!


    I love my family soooooooo muchhh!!


    [PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

    [PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

    Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

    Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.