Eratkan kasih sayangmu.

By Cikla Shahril - June 19, 2014

Mesra dan intim. Bagi cikla, itulah hal yang paling utama dalam kehidupan pasangan suami isteri dan rumahtangga. Kesefahaman dan tolak ansur, juga elemen yang tak kurang pentingnya. 

Bukan nak cakap rumahtangga cikla ni perfect, tapi biasalah kan, sebagai manusia biasa kita pasti tak akan terlepas daripada dugaan dan ujian yang diberikan Allah untuk kita. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati ye. 

Cikla nak share beberapa tips yang cikla baca dari sebuah artikel. Rasanya macam menarik untuk dikongsikan, bukan apa selain memberi pengetahuan kepada kita, mana tau sikit-sikit ia boleh kita praktikkan. In shaa Allah.

  1. PELUK - bila balik rumah tak kiralah suami atau isteri, carilah pasangan terlebih dulu sebelum buat perkara lain. Peluklah pasangan sebagai tanda kita merinduinya walaupun baru seharian tak jumpa. Kan berbunga-bunga hati pasangan kita.
  2. KEJUTAN - beri kejutan untuk pasangan kita walaupun hanya sebiji kek samada masa birthday atau aniversary. Ditambah pulak dengan ucapan romantika, wah boleh tersentuh hati pasangan kita. Tapi, apa yang penting, ingatlah tarikh-tarikh penting supaya pasangan lebih rasa dihargai. 
  3. PERHATIAN - ini bukan bermakna kita habiskan banyak masa dengan pasangan, tapi cukuplah sekadar luangkan masa berharga samada berkomunikasi, ambil tahu atau melakukan aktiviti kegemaran bersama. 
  4. MEMBANTU - terutama suami, bantu isteri dalam meringankan tugas-tugasnya terutama isteri yang bekerja. Kan sweet gitu. Suami tolong isteri masak, sidai kain, lipat kain.
  5. SOKONGAN - beri sokongan pada pasangan terutama dalam menghadapi masa sukar. Bagi kata semangat supaya pasangan rasa lebih dihargai dan tidak kesorangan walaupun sedang berhadapan dengan konflik atau masalah. Sedikit sokongan akan dapat meringakan beban yang ditanggung.
  6. LUAHKAN - jangan malu luahkan kasih sayang pada pasangan sebab sesetengah orang rasa ia akan menjatuhkan ego. Salah tu. Sebenarnya, ia bukan saja menunjukkan penghargaan kita terhadap mereka malah ia membuatkan pasangan rasa terharu dan disayangi.
  7. PUJI - pujilah pasangan sebagai tanda hargai. Tak salah pun. Pasangan kita pun akan tersenyum lebar sampai ke telinga lagi.
  8. MAAF - kalau kita ada buat salah, mintalah maaf. Jangan ego dan pentingkan diri. Cepat-cepat berbincang supaya tak melarat. Kadang-kadang halnya kecik je. Tapi dah macam perang dunia ke-2 dah kecohnya. 
  9. BERHUBUNG - cuba berhubung antara satu sama lain walaupun sesibuk mana. Telefon ke, atau sekurang-kurangnya SMS pasangan. Lagipun zaman teknologi canggih-manggih ni macam-macam cara boleh berhubung kan? Apa yang penting semuanya dari diri kita gak.
  10. BERGURAU - bergurau senda mampu menceriakan hubungan. Kalau hubungan tu serius memanjang, tak best gak. Muka ketat je memasing. Dahlah tu, hubungan jadi suram dan dah tentu membosankan.

Apa yang penting semuanya perlu bermula dari dalam diri memasing. Tak adillah kalau sebelah pihak je yang bersungguh-sungguh, tapi yang sebelah pihak lagi buat dek je. Dua-dua kena mainkan peranan memasing.  

Cikla harap ia akan memberi info yang berguna pada kita. 

*Sumber tips: Majalah Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments