25 July 2014

Selamat Menyambut Lebaran.....

July 25, 2014 2 Comments
Selamat Menyambut Lebaran..... | Assalamualaikum wbt.... Tinggal beberapa hari lagi kan kita nak menyambut hari raya. Hari kemenangan bagi semua umat Islam setelah sebulan berpuasa. Rasa macam kejap je Ramadan tahun ni. Semoga kita diberi kesempatan untuk merasai manisnya Ramadan pada tahun depan. Amin....

Dikesempatan ni, cikla nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada sahabat blogger semua. Walaupun kita tak pernah bersua muka, hanya berkomunikasi di blog sahaja, pasti ada salah silap dan tersalah bahasa sampai menyinggung hati sahabat semua.... yang mungkin cikla tak sedar. Maklumlah, cikla hanya insan biasa yang terlepas dari kesilapan....


Selamat Menyambut Lebaran.....


Mana2 yang dah mula nak balik kampung tu, berhati2 dalam perjalanan.... Ingatlah orang tersayang yang tengah menunggu di kampung. Dan yang paling penting, dalam kita menikmati kemeriahan menyambut raya, jangan lupa pada golongan yang serba kekurangan... Dan pada saudara2 kita di Gaza serta seluruh umat islam diserata dunia. Semoga mereka semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.. Amin...

Oklah, cikla harap semuanya akan berbahagia di hari lebaran yang bakal tiba dan sentiasa dirahmati oleh taufiq dan hidayahNya.... Amin Amin ya Rabbi..... Sekian dulu.. Wassalam....

Sebelum tu, nak pantun sat.... Hehehehe...

Pergi ke pasar membeli ikan,
Beli juga sekilo longan,
Selamat hari raya cikla ucapkan,
Salah dan silap harap dimaafkan.


Lots of love.... CIKLASHAHRIL... ^_^

Ubat....

July 25, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Ubat.... | Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya.... Amin ya rabb.... Sama2 kita sentiasa memperbaiki diri kita kerana kita tak sempurna. Hanya Allah Yang Maha Sempurna.





 Sekian dulu... Wassalam....


*Sumber kredit to facebook.com.

22 July 2014

Jangan suka meLABEL orang!

July 22, 2014 5 Comments
Assalamualaikum wbt...

Jangan suka meLABEL orang! | Sementara tunggu nak masuk dapur ni, tergerak plak nak mengUPDATE something kat sini. Ermm... Budaya meLABEL orang ni rasanya dah lama berlaku dalam masyarkat kita. Boleh dikatakan lumrah dan perangai biasa. Kadang2 tu dah jadi macam kegemaran lak LABEL meLABEL ni.... Label ni biasanya tak tepat sebab kita melihat seseorang tu pada pandangan yang sempit dan tak menyeluruh. Agaknya dah lumrah manusia kot suka tengok pada satu keburukan seseorang tu sedangkan ada 10 lagi kebaikan yang macam buat tak nampak je. Kesian kan????

Dari apa yang cikla baca ni, label terbahagi kepada 2 iaitu label positif dan label negatif. Contoh label positif, pujian ("Awak seorang yang penyayang"). Contoh label negatif, kutukan ("Awak pengotor la...."). Ermmm.... Kalau label yang positif tu baguslah kan. Yelah... Kita memuji orang. Walaupun orang tu takdelah macam kita label kan, tapi sekurang-kurangnya dia akan berusaha nak buktikan macam apa yang dilabelkan. Kan perubahan elok tu. Jadi lebih baik..... Tapi, kalau yang label negatif, tak ke buat orang lagi bengang dengan kita. Dah timbul pergaduhan lak. Dapat musuh lagi.... Tak best lah kalau macam tu....

Bagi cikla apa yang penting jagalah adab dan tingkah laku kita terhadap orang lain. Walaupun kita betul dan orang itu salah, tapi ada caranya kalau kita nak menegur. Jangan sesuka hati nak meLABEL orang, lagi2 kalau kita tak tahu akan kebenaran kisahnya..... Tak pasal2 dapat dosa kering...

Sama2 kita muhasabah diri ye... Sekian dulu... Wassalam....


*Info kredit to HarianMetro/addin.

Bergurau biarlah berpada2...

July 22, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Bergurau biarlah berpada2... | Salam sahur semua sahabat. Tak dinafikan bergurau senda dapat mengeratkan lagi ikatan perhubungan, tapi ada juga gurauan yang boleh merenggangkan hubungan jugak. Mana taknya, ada sesetengah orang suka bergurau kasar. Mungkin pada dia biasa2 aje, tapi pada orang lain? Tak semua orang dapat terima dan sependapat dgn kita. Dah orang tu kecik hati... Tersinggung perasaan.

Pendek kata, biarlah apa yang kita buat tu berpada2 dan jangan berlebihan.... Ada orang kata, niat tak menghalalkan cara. Walaupun niat kita nak menceriakan suasana contohnya, tapi kalau cara kita tak betul pun tak leh jugak. Elok2 takde musuh, dah ada musuh lak. Kan tak best camtu....





Oklah, diharap perkongsian yang tak seberapa ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Sekian dulu, wassalam.....

*Image kredit to Facebook.com.

-nak kena cari mood nak meng'update entri ni. Sejak2 pose ni mcm xde mood lak... He he... Chaiyokk....

21 July 2014

18 July 2014

Kawal nafsu ketika belanja raya.

July 18, 2014 1 Comments
Kawal nafsu ketika belanja raya. | Assalamualaikum wbt. Hye semua. Korang dah shopping raya? Mesti dah kan? Ye la, ada lebih kurang 10 hari lagi kita nak sambut lebaran. Cikla alhamdullilah dah la shopping. Sebenarnya lebih kepada anak-anak, sebab diaorang yang excited nak raya. Biasalah, budak-budak. Kami suami isteri pun ala kadar aje. Janji anak-anak lepas. Berkorban demi anak. Ececehhh.

Bila bercakap pasal budget raya plak. Memanglah kebanyakan orang, especially mak-mak dah siap buat list apa yang nak beli. Tapi, yang tak berapa nak syoknya. Bila berbelanja lari dari list budget. Apa yang tak di'list'kan terbeli plak. Haaaa. Acaner tu? Cikla pun sama. Sebelum ber'shopping tu, hubby dah suruh list apa yang patut nak dibeli. Tapi, tup tup bila shopping barang lain lak yang disambarnya. Aiseh. Haru-haru....


Kawal nafsu ketika belanja raya.....
Kawal nafsu ketika belanja raya. Sumber Google.


Oklah.... Jom baca terus.. Sebab cikla nak share beberapa tips supaya kita dapat kawal sikit perbelanjaan kita dan takdelah kita terlajak beli.... He he he....

  1. Azam - tanam azam sebelum Ramadan lagi untuk berjimat sebab ia membantu supaya kita lebih berwaspada dalam berbelanja. Contohnya, berbelanja ketika membeli di bazaar ramadan. Bawa RM50 je sebagai peruntukan untuk membeli. Jadi, kita dapat hadkan duit kita. Takdelah membazir kan?!
  2. Rangka budget - tulis semua perbelanjaan dalam buku khas (contohnya buku 555) atau simpan je resit pembelian supaya kita boleh buat rujukan pada masa depan.
  3. Hadkan duit - tetapkan budget dan bawa duit cukup cukup je.. He he... Walaupun susah nak buat, tapi ia berkesan membantu seseorang lebih berjimat.
  4. Elak belanja ikut nafsu - Haa.. Yang ni susah sikit kan. Lebih lebih lagi kalau kita tengok kat shopping mall sana-sini ada diskaun. Lagilah rambang mata. Membuak-buak nafsu nak beli. Tak beli kang rasa rugi lak, pasal bukan selalu harga murah camtu. Jadi, nak senang jangan lah selalu sangat pergi ke shopping mall. Agak agak nak beli barang yang perlu barulah pergi. Nanti dah nampak itu ini, payah lak nak control nafsu membeli tu.. Hehehehe....

So... Macam mana? Tapi, bagi cikla semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kesedaran tu penting. Tak kiralah samada kita mampu nak beli. Pokok pangkalnya membazir itu amalan syaitooonnn... Jadi, sebaiknya elakkanlah ye.... 


*Sumber tips kredit to hmetro.

Pray for MH370....

July 18, 2014 1 Comments
Pray for MH370.... | Assalamualaikum w.b.t.... Apa khabar semuanya? Cikla kat sini sihat alhamdullillah. Cuma melayan alahan mengandung yang kadang2 macam tak larat je. So far, kira ok lagilah. Tu sebab cikla dah lama tak update blog cikla ni. Dah naik bersawang dah. Semua orang bercerita mengenai tragedi yang menimpa aircraft kita MAS MH370.

Rata2, setiap hari berita mengenai perkembangan kehilangan aircraft ni rancak diperkatakan. Honestly, cikla memang terkejut bila tahu pasal ni. Macam tak percaya kan, tapi hakikatnya begitulah. Cikla pun tak pernah terlepas peluang mengikuti perkembangan kejadian ni.

Pray for MH370....


Pray for MH370.... Gambar hiasan.

Dah lebih 15 hari MH370 ni hilang. Bermula dari kehilangan tiba2 dari radar sehinggalah pengumuman PM kita mengenai perjalanan terakhir aircraft ni di Lautan Hindi selatan. Bermacam spekulasi yang kita dengar mengenai apa yang sebenarnya terjadi. Memang lah kita tak kenal pun semua penumpang dan anak kapal yang menaiki MH370. Tapi, atas dasar kemanusiaan dan rasa belas kasihan, cikla rasa amat sedih dan terkesan dengan kejadian ni.


Pray for MH370.... Gambar hiasan.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pada ahli keluarga mangsa, banyakkanlah bersabar dan redha dengan ketentuan dariNya. Kita hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka, kerana sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.

Semoga Allah memudahkan segala usaha dalam pencarian MH370 dan semoga kita semua berada dalam lindungan rahmatNya. Amin!


#letsPRAYforMH370

17 July 2014

Jauhkan hatiku dari sifat tercela.

July 17, 2014 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

Jauhkan hatiku dari sifat tercela. | Sebaiknya dibulan yang mulia ni kita ambil peluang memperbaiki diri kita dan menjauhi semua sifat tercela. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan berada dibawah hidayah Allah. Amin ya Rabbi....





Sekian dulu... Semoga bermanfaat... Wassalam....

*Image kredit to Facebook.com

16 July 2014

Cium-ciumlah isterimu.

July 16, 2014 0 Comments
Cium-ciumlah isterimu. | Assalamualaikum wbt. Hidup berumahtangga ni banyak kebaikannya. Pendek kata, nak buat pahala pun amatlah mudah. Contohnya, macam suami nak dapat pahala, cium je isteri korang tu. Bukannya haram pun, dah isteri sendiri. Bukan isteri orang. Kalau isteri orang, bukan dapat dosa je. Silap-silap haribulan, dapat penumbuk free pulak. Haha...

Cium-ciumlah isterimu.


Cium-ciumlah isterimu.
Cium-ciumlah isterimu. Sumber Facebook.


Kalau korang nak tau, khasnya kamu suami mencium isteri itu juga merupakan satu ibadah. Pendapat ini sesuai dengan sabda baginda Rasullullah SAW, iaitu;

Aisyah R.Ha ada meriwayatkam hadis yang bermaksud; 

"Rasullullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa (1)" (Sahih Muslim : 1860).

So, apa lagi suami-suami mithali sekalian? Cium-ciumlah selalu isteri korang tu tau. Jangankan cium, peluk isteri dapat pahala, tolong isteri dapat pahala, kenyit mata dengan isteri pun dapat pahala. ❤❤❤

15 July 2014

14 July 2014

Bukan setakat itu je......

July 14, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt...

Bukan setakat itu je...... | Cikla percaya semua dah sahur kan? Ye la, dah dekat nak masuk subuh dah. Waktu imsak pun dah lepas (kalau ikut tempat cikla la).... Cikla pun la ni kat kampung... Semalam balik buka umah mak sekali bersahur. Saje je kan pasal my cayang hubby cuti esok... So apa lagi... Peluang ni.... Hehehehe... (Ala, bukan jauh pun kampung... Satu negeri je)....

Sebenarnya cikla saje nak share info sikit pasal bulan pose ni. Kekadang ada setengah orang ni (cikla tak kata semua, apatah lagi nak buka aib orang) puasa2 juga, tapi bak kata orang puasa lapar dahaga je.... Tapi yang lain sama je macam tak puasa. Mulut, macam tu gak... Perangai.. Lagilah.... Ermmm....





Pada cikla, apa yang penting biarlah semuanya "berpuasa"... Bak kata orang time puasalah, kita nak perbaiki mana yang kurang elok. Permantap mana yang dah sedia cun... Cikla tak kata cikla ni baik sangat (sebab takde manusia yang sempurna) tapi tak salah kan kalau kita saling ingat mengingati.... (Ingatan untuk diriku jua)....

Oklah.... Selamat menunaikan solat subuh.... Jangan nak Monday blues sangat.... Kroje tu kan tanggungjawab... Jadilah, bersemangatlah...... Lagipun esok cuti kan... Leh la rest puas2... Kalau tak shopping raya la kan... Hehehe....

Sekian dulu... Take care semua.... Senyummmm sokmo... Wassalam.....

*Kredit image to Baitilmuslim.com.

11 July 2014

Mulut ibu inilah......

July 11, 2014 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

Mulut ibu inilah...... | Kerana mulut ibulah......





Sayangilah dan berbaktilah kepada ibu selagi dia masih lagi ada.... Jasanya tak kan pernah dapat terbalas walaupun dengan harta sedunia...... Tak kan setanding dengan jasa dan pengorbanannya.....

Sekian dulu... Wassalam...


*Image kredit to Facebook.com.

10 July 2014

Macam mana nak tambah susu ibu.

July 10, 2014 0 Comments
Macam mana nak tambah susu ibu. | Assalamualaikum wbt. Memberi anak minum susu ibu adalah anugerah dan pengalaman berharga bagi IBU terutama ibu yang pertama kali merasa pengalaman itu. Sebenarnya, walaupun di bulan puasa, ibu tetap boleh teruskan memberi anak susu badan. Ramai ibu yang risau bila berpuasa susu badan akan berkurangan. Kerisauan ini juga akan turut mempengaruhi jumlah susu yang mampu dikeluarkan.


Macam mana nak tambah susu ibu.
Macam mana nak tambah susu ibu. Sumber : Google.


Jadi, cikla nak share beberapa tips untuk menambahkan susu ibu walaupun si ibu sedang berpuasa.

Macam mana nak tambah susu ibu.


(1) Beri anak susu badan secara kerap terutama pada waktu malam. Cara ini dapat menggalakkan pengeluaran susu dengan baik.

(2) Kekalkan waktu perahan susu macam biasa (seperti sebelum bulan puasa) dan kaedah yang betul untuk menggalakkan permintaan terhadap susu diteruskan sampai berakhirnya Ramadan. Waktu yang disarankan untuk mengepam susu adalah pada waktu malam dan sebelum sahur. Pada waktu siang, pam susu ikut waktu biasa seperti sebelum ini.

(3) Ibu haruslah kreatif melakukan pelbagai kaedah penyusuan termasuklah perahan susu ikut kesesuaian tubuh masing-masing.

(4) Ambil makanan yang seimbang dan sihat (seperti bijiran dan sayuran hijau) serta pengambilan banyak air kosong penting untuk pastikan kualiti susu dikeluarkan lebih baik. Elak ambil makanan tak berkhasiat .

(5) Minum air masak sebelum dan selepas menyusukan anak untuk elak kekurangan air. Minum air dengan banyak pada waktu malam untuk mengganti cecair yang hilang sepanjang berpuasa.

(6) Terus memberi susu badan dan sentiasa berfikiran positif serta yakin susu dapat dikeluarkan macam biasa.

Apa yang penting, bagi cikla jangan jadikan alasan berpuasa untuk ibu tak menyusukan anak mereka. Semuanya bermula dari diri sendiri dan sentiasa tekad untuk memberi anak minum susu badan.

Positifkan diri anda...❤❤


*sumber info: hmetro.

Pray For Gaza...

July 10, 2014 2 Comments
Pray For Gaza... | Assalamualaikum wbt... Salam 12 Ramadan. Bersyukurlah kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah ini... Bersyukurlah kerana kita dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan tenang dan aman... Lihatlah bumi Gaza sekarang. Rakyatnya kini berada dalam ketakutan dan derita. Semua dek kerana angkara Zionist laknatullah.... Pencerobohan Zionist terkutuk ni dikala umat islam menjalani ibadah puasa merupakan cabaran dan dugaan yang besar buat rakyat Gaza khususnya...


Pray For Gaza...


Buat rakyat Gaza...... Semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk menghadapi semua penderitaan ini..... Jangan putus asa dan terus berdoa... Kerana doa orang yang teraniaya pasti diterima Allah.... Dan ia juga merupakan senjata orang mukmim. Berdoa dan terus berdoa.... Bagi kita pula.... Teruskan mendoakan saudara sesama Islam kita di sana. Sedih bila melihat kanak2 dan kaum wanita yang tak berdosa khususnya menjadi mangsa.... Syurgalah balasan para syuhada' yang gugur..... Amin...






Di saat kita gembira menikmati keamanan negara yang tercinta ini, jangan lupa akan kesengsaraan saudara kita di sana...... Sekian dulu.... Wassalam....

#prayforGAZA
#mogaALLAHmelindungimerekadiGAZA
#aminYaRabb


*Kredit to facebook.com.

07 July 2014

Rahsia kecergasan semasa berpuasa.

July 07, 2014 0 Comments
Rahsia kecergasan semasa berpuasa. | Assalamualaikum wbt. Hai semua, memang kita tak dapat nafikan betapa perlu dan pentingnya kita bersahur demi menjamin kecergasan kita ketika berpuasa di siang hari. Malah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda iaitu apa yang membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani adalah dengan bersahur.

Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim).

Di samping itu, Nabi Muhammad SAW juga bersabda, pada sahur itu ada keberkatan. Bersahurlah walaupun dengan seteguk air dan sebiji tamar.

Sabda Nabi SAW,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)

(Kredit HERE.)

Rahsia kecergasan semasa berpuasa.


Sebenarnya, cikla nak share satu infotips berkaitan dengan bersahur ni, iaitu makanan terbaik/sesuai untuk kita ambil supaya kecergasan diri dapat dikekalkan sehinggalah kita berbuka nanti.

Antara infotips'nya adalah :

  • Ambil makanan yang lambat hadam iaitu makanan yang mengandungi banyak serat. Makanan yang dihadamkan secara perlahan dapat bertahan selama 8 jam, tetapi makanan yang cepat dihadam hanya bertahan antara 3-4 jam sahaja. Contoh makanan lambat hadam adalah bijirin dan bijian (barli, oat, gandum, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kekacang, nasi perang dan lain2). Ia juga dikenali sebagai karbohidrat kompleks. 
  • Makanan yang kaya serat pula adalah mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirN dan bijian, oat, nasi ulam, sayuran (kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi), buahan kering ( aprikot, buah tin, kurma, prun dan badam). 
  • Manakala, makanan yang cepat hadam adalah seperti makanan bergula yang dipanggil karbohidrat ringkas. Contohnya adalah kuih muih, minuman sirap, kordial dan minuman tin. Jika ia diambil berlebihan akan menyebabkan kita mudah merasa letih/lesu selepas makan. 
  • Selain itu, pengambilan makanan bergoreng juga tak digalakkan. Ini kerana ia boleh menjejaskan sistem penghadaman yang boleh menyebabkan rasa pedih perut dan masalah berat badan.

Cikla harap info tips ni akan dapat memberi kita pengetahuan dalam memilih makanan semasa bersahur. Bersahur dengan sempurna akan dapat membekalkan tenaga secukupnya kepada kita sepanjang kita berpuasa di siang hari. 


Sumber info: Harian Metro.

10 surah dalam Al-Quran yang dapat cegah 10 perkara.

July 07, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt...

10 surah dalam Al-Quran yang dapat cegah 10 perkara. | Hai semua. Salam 9 Ramadan. Syukurlah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menjadi ibadah ini. Cikla harap korang semua sentiasa happy dan berada di bawah lindungan rahmatNya. Amin... Buatlah seberapa banyak amal dan perbuatan baik di bulan yang mulia ini agar kita mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda. InsyaAllah....

Oklah, dipermulaan hari ni cikla nak share satu ilmu yang cikla harap ia dapat memberi manfaat kepada kita. Tak dapat dinafikan, Al-Quran adalah mukjizat yang paling agung yang diturunkan Allah kepada kita. Di dalamnya terkandung pelbagai khasiat dan kebaikan. Antaranya adalah, terdapat 10 surah di dalamnya yang dapat mencegah 10 perkara... InsyaAllah dengan izinNya jua....

Surah2 itu adalah seperti dalam gambar di bawah....




Sekian dulu... Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak ilmu dan manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.... Wassalam....


*Kredit to facebook.com for the image.

05 July 2014

Doa untuk suami.

July 05, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Doa untuk suami. | Hye readers... Selamat berhujung minggu ye. Ermmm.... Menjadi isteri yang taat dan solehah bukan susah. Begitu juga sebaliknya. Semua perempuan mesti nak jadi isteri yang sentiasa taat kepada suaminya. Dan, tak dinafikan mesti semua lelaki juga nakkan isteri yang solehah, taat dan setia padanya.

Baiklah, cikla nak share satu doa khas untuk semua isteri2 solehah dan superb diluar sana.... Mungkin ia boleh dijadikan amalan kita.... InsyaAllah...

Bismillahirrahmanirrahim....





Amin ya Allah... Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua dan diri cikla jugak. Sekian dulu.... Wassalam....


*Kredit to Facebook.com image.

04 July 2014

Kebaikan puasa dari segi perubatan.

July 04, 2014 2 Comments
Kebaikan puasa dari segi perubatan. | Assalamualaikum wbt. Hye readers. Hari ni sudah 6 Ramadan. Alhamdullilah, kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah ini.

Ramadan, ia adalah bulan keberkatan malah Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda untuk setiap amalan yang kita buat. Sebenarnya, amalan berpuasa turut memberi kebaikan kepada kita terutama dari segi perubatan (kesihatan). Ia telah dibuktikan dengan pelbagai kajian yang dibuat oleh pakar-pakar...

Kebaikan puasa dari segi perubatan.
Kebaikan puasa dari segi perubatan.


Kebaikan puasa dari segi perubatan.


Baiklah, cikla nak share beberapa kebaikan yang kita akan perolehi jika kita melakukan ibadah puasa ini. Antaranya.....

• Menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan murah. Ia berbeza dengan amalan diet ketat seperti langsung tak makan nasi dan sebagainya. Dengan berpuasa, penurunan berat lebih stabil.
• Percepat proses pemulihan sebab masa berpuasa tenaga digunakan dari sistem penghadaman ke sistem lain seperti penyembuhan dan metabolisme badan.
• Awet muda dan melanjutkan usia. Ketika berpuasa hormon pertumbuhan (hormon anti-penuaan) dirembeskan dengan banyak sebab prides pembentukan sintesis protein lebih efektif, sistem tahan badan lebih baik dan kadar metabolisme lebih rendah.
• Kurangkan risiko penyakit aterosklerosis iaitu sejenis penyakit pada arteri (lemak berkembang pada dinding dalam dan sekat aliran darah). Ia biasa berlaku pada pesakit diabetes.
• Solat terawih dapat memetabolismekan makanan kerana ia salah satu bentuk senaman ringkas yang baik bagi menguatkan jantung dan aliran darah.
• Dapat mendisiplinkan diri untuk berhenti merokok kerana pada waktu siang perokok boleh meninggalkan rokok kerana berpuasa.
• Memberi ketenangan mental kerana ganjaran yang berlipat ganda membuatkan kita lebih menumpukan kepada melakukan ibadah.

Haaaa, banyak betul istilah perubatan kan? Kalau korang nak tau lebih detail, tanyalah pada yang pakar. Semoga info ni berguna pada kita semua. 


Sumber info: Metro/Sihat.

Tips hadapi Monday Blues!

July 04, 2014 6 Comments
Tips hadapi Monday Blues! | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Bila tiba hari isnin mesti kebanyakannya macam malas je kan? Ada yang ala tak puas cutilah, ngantuklah, letihlah. Macam-madam lagilah. Haa... kat sini cikla nak share tips macam mana kita nak hadapi mood Monday blues ni. Apa lagi, jom semak apakah tips-tipsnya...


Tips hadapi Monday Blues!
Tips hadapi Monday Blues!

Tips hadapi Monday Blues!


  1. 'List'kan apa yang perlu kita buat pada hari Isnin. Lakukannya ini pada hari Jumaat. Bukan apa takut nanti hari cuti hujung minggu kita terganggu dengan senarai kerja yang 'tetiba'. Kan dah kelam-kabut.
  2. Jangan bermalasan atas katil sepanjang cuti. Ada setengah orang, bila cuti je kerjanya berlingkor atas katil. Tidur je. Apa kata, time cuti tu aktifkan diri dengan aktiviti riadah dengan keluarga atau kawan-kawan supaya tahap tenaga dan mood kita sentiasa berada pada tahap tiptop.
  3. Jangan nak mengada-ngada nak keluar berjimba pada malam Isnin (hari Ahad). Nanti mesti balik lambat punyalah. Dah tu memacam la. Penatlah, letihlah, tak laratlah.  kata lepak je kat rumah. Layan cerita kata TV tu. Simpan sikit tenaga untuk kita kekal cergas pada esok hari.
  4. Buang rasa resah. Tenangkan fikiran dan rehatkan minda. Buat apa nak resah risau bagai, sebab nak tak nak kita kena gak settle kan kerja tersebut. Kalau ada lilin aromaterapi tu pasanglah biar tenang sikit jiwa tu.
  5. Kalau boleh, buat senaman ringan sebelum kita nak tidur tu terutama yang berkaitan dengan pernafasan. Bukan apa, aura-aura cergas tu dapat dijana dan InshaAllah kita tak kan rasa lemah dan lesu pada keesokkan harinya. Malah, kita akan rasa lebih bertenaga dan bersemangat.

Ehem ehem. Bagi cikla semua terpulang pada diri kita macam mana nak hadapinya dengan hati yang gembira atau sebaliknya. Ada orang hari hari pun dia 'blues' memanjang. Hehe. Bukan saja Monday blues. Tuesday blues lah. Wednesday blues lah. Thursday blues lah. Malah sampai Jumaat pun. Friday blues katanya.

Tapi, apa yang penting tepuk dada, tanya diri. Ye tak?


*Sumber tips kredit to RapiMAGAZINE.

Miskin dunia, kaya akhirat.

July 04, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Miskin dunia, kaya akhirat. | Hai semua... Salam jumaat yang penuh berkat. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa.

Miskin... Cikla percaya sesiapa di dunia ni mesti tak nak miskin. Tapi, jangan ingat miskin tu hanya kepada miskin harta benda. Miskin juga kita boleh tengok dari segi ukuran keimanan kita kepadaNya, kealpaan kita kepada semua suruhan dan laranganNya serta bagaimana kita menunjukkan tingkahlaku kepada orang sekeliling kita.





Ada orang memanglah dari segi luarannya kaya-raya.... Dengan rumah tersergam indah bagai istana, kereta mewah megah berderet2 dan wang ringgit berkoyan2, tapi hakikatnya dalamannya kosong..... Dia punya segalanya tapi masih rasa tak cukup.... Susahkan kalau macam tu? Walau macam manapun, memang tak dinafikan tak semua macam tu, tapi tak mustahil memang ada kan?

Bagi cikla, biarlah kita berumah kecil tapi kita sentiasa merasa cukup dan bersederhana dengannya. Apa yang penting harta yang akan kita "bawa" nanti lebih lumayan dan berharga dari harta dunia yang nyata hanya pinjaman. Kalau kita kaya dunia dan kaya akhirat itu adalah bonus dan rezeki dari Allah. Tapi andai kita tidaklah sekaya mana, percayalah rezeki Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya yang tak jemu berdoa dan berusaha untuk memperbaiki diri....

Sekian dulu.... Sama2lah kita saling ingat-mengingati kerana takde manusia yang sempurna dan kita semua saling melengkapi... InsyaAllah.... Wassalam....

*Kredit image to Facebook.com.

03 July 2014

Ubat gigi banyak guna rupanya....

July 03, 2014 4 Comments
Ubat gigi banyak guna rupanya. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Ni dah kenapa tetiba cite pasal ubat gigi lak ni? Ala, cikla cuma nak tegaskan yang sebenarnya barang barang kegunaan harian kita ni banyak gunanya selain dari kegunaannya yang utama. Cikla nak share yang ubat gigi ni ada kegunaan yang lain selain dari kita guna dia untuk menggosok gigi.

Sebelum tu cikla nak nyatakan yang biasanya ubat gigi mengandungi unsur air, flourida, bahan pelelas, abstrif dan surfaktan. Jangan tanya cikla apa bondo eh istilah tu semua, better tanya pada yang pakar ok! Hehehe...

Ubat gigi banyak guna rupanya....


Kebiasaan ubat gigi bertindak sebagai pembersih yang menanggalkan kotoran serta bendasing pada gigi, di samping ia memberi kesegaran pada nafas kita. Haaaa. Tapi mungkin ramai yang tak tau bahawa ubat gigi mempunyai beberapa kegunaan lain selain dari fungsi fungsi di atas.... Iaitu:


Ubat gigi banyak guna rupanya....
Ubat gigi banyak guna rupanya....


  1. boleh dijadikan penampal untuk lubang pada dinding. Dalam erti kata lain ia boleh dijadikan plaster dinding. Caranya, calitkan sikit ubat gigi pada lubang kecil pada dinding dan ratakan. Kemudian, catlah dinding yang dah rata tu. Takyah pening pening nak cari plaster dinding bagai kan? Settle masalah. Hehe
  2. dapat menghilangkan kotoran di kasut terutama pada getah disekeliling kasut. Caranya, calit sikit ubat gigi pada kotoran, renjis sikit air dan gosok berulangkali. Kemudian, renjis semula dengan air. Nah, lihat hasilnya.
  3. boleh membersihkan permukaan seterika yang kotor. Caranya, letak sikit ubat gigi pada kotoran dipermukaan seterika dan gosok perlahan dengan kain lembab. Hasilnya, seterika nampak macam baru.

Ehem ehem. Macam tak percaya kan? Moral of the story is, jangan kita ingat sesuatu barang tu hanya ada satu je gunanya. Rupanya banyak gunanya, terutama pada masa masa kecemasan....


*Sumber info: Metro/RuanganHATI

Musim rambutan pulak....

July 03, 2014 4 Comments
Assalamualaikum wbt....

Musim rambutan pulak.... | Hai semua.... Sebelum ni cikla ada share entri pasal pokok durian pak mertua cikla yang julung2 kalinya berbuah. Haa... kali ni cikla nak share plak pokok rambutan yang sedang rancak menghasilkan buahnya. Hehehehe.... Rezeki Allah... Syukur alhamdullilah. Gambar kat bawah tu adalah salah satu pokok rambutan yang ada. Kalau diikutkan keliling rumah ada pokoknya. Dan semua menghasilkan buah.





Tapi tu la, buahnya masak selang-seli. Ada yang dah merah... Ada yang kuning.... Malah ada yang putik lagi.... Macam kat dalam gambar kat bawah ni.....





Kat pasar pun rasanya banyak orang jual buah ni. Tak silap cikla 3 kilo rm10 rasanya. Tapi, kalau dah ada pokok sendiri lagi puas makan kan? Takyah beli2.... Hehehe.... Lagipun, Cikla ni memang suka sangat makan buah rambutan ni.... Favorite ler katakan... Pak mertua cikla plak suka kopek kulitnya, rebus sekejap pastu letak dalam fridge... Wah... Sedap tau makan sejuk2... Dah macam buah laici dah... Nyumm nyummm...

Oklah..... Sekian dulu ye... Jaga diri semua. Jangan puasa yangyok tau... Wassalam....

*Syukur... Dah masuk hari ke-5 Ramadan... Ibu mengandung ni masih mampu bertahan menjalani ibadah puasanya. InsyaAllah, nak puasa penuh tahun ni... Amin! Peace yo'!!!....

Doa agar dipermudahkan segala urusan.

July 03, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Doa agar dipermudahkan segala urusan. | Hai semua. Apa khabar hari ni? Cikla harap semuanya bersemangat ye hari ini. Pada yang berkerja, kerjalah bersungguh2. Amanah tu... Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan tau. Pada suri rumah macam cikla ni... puasa2 pun tugasan kat rumah still sama. Menguruskan rumah tangga... Hehehe.... Apa yang penting, mulakan hari kita dengan kalimah syukur dan jangan lupa senyum...sebab ia akan beri efek pada kita sepanjang hari. Sentiasa positifkan diri kita. Tak caya... Cubalah!

Baiklah, cikla nak share satu doa. Semoga bermanfaat dan dijadikan amalan untuk kita termasuklah diri cikla juga.....

Bismillahirrahmanirrahim.....


Doa agar dipermudahkan segala urusan.


Amin ya Allah..... Oklah, sekian dulu..... Wassalam....

*Sumber doa: fbIMAGE.

02 July 2014

Bersederhanalah.....

July 02, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Bersederhanalah..... | Hye semua.... Apabila gambar berkata2.... Ada maksud tersirat dan tersurat.....




Bagi cikla, biarlah berpada2 dan sederhana dalam segala hal... Termasuklah semasa berbuka. Kalau ikut nafsu kita memang penuhlah satu meja dengan macam2 makanan. Tu belum air lagi. Colourful.... Macam2 kaler... Meriah sungguh. Tapi, time berbuka.. sikit je makannya. Minum air dah kenyang. Kan dah membazir....

Oklah, sekian dulu. Ingat... Membazir itu amalan syaitoonnnn.... Wassalam....

*Facebook.com Image.

M.O.M - Master of Multitasking.

July 02, 2014 0 Comments
M.O.M - Master of Multitasking. | Assalamualaikum wbt. Hye readers... M.O.M atau Master of Multitasking. Memang sesuailah untuk insan yang bergelar ibu. Sesungguhnya tugas seorang ibu tak  akan pernah habis. Pendek kata, celik je mata memang ada saja kerja yang nak dibuatnya. Bermula dari menguruskan anak-anak, suami dan rumahtangga. 

Cuba tengok gambar kat bawah. Multitasking sungguh tugasnya. Memasak, menggosok baju, menjaga anak, membasuh baju, mengemas rumah, melayan anak, dan mengurut suami pun tak terkecuali. Tengok, banyaknya tugas seorang ibu. 


M.O.M - Master of Multitasking.
M.O.M - Master of Multitasking. Sumber Facebook.

Betapa besarnya pengorbananmu... Ibu... Harta sedunia pun tak akan dapat membalas semua pengorbananmu. Hanya Allah yang dapat membalas semua jasa-jasa mu... ❤❤

01 July 2014

Posisikan Ramadan kita.

July 01, 2014 2 Comments
Posisikan Ramadan kita. | Assalamualaikum wbt. Hye semua. Terlebih dahulu syukur sebab kita dapat meneruskan puasa kita, alhamdullillah. Oklah, macam yang kita tau sekarang ni demam world cup kan. Rata-rata semua orang follow akan perkembangannya. Negara mana yang bertanding. Negara mana yang berjaya mara dan negara mana yang tersingkir. Semua kita tau kan?

Apa kata sempena bulan puasa ni kita posisikan pulak kedudukan Ramadan kita pada tempat/amalan yang betul. Macam kat dalam gambar di bawah ni.

Posisikan Ramadan kita.


Posisikan Ramadan kita.

Bermula dengan posisi pertahanan sampailah ke posisi serangan. Pendek kata, di bulan yang mulia ni rebutlah peluang untuk melakukan amalan2 yang baik kerana ganjarannya berlipat kali ganda. Cikla harap ia akan memberi panduan dan manfaat kepada kita semua.... Amin.... 


Sumber: Facebook.com


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.