Pray For Gaza...

By Cikla Shahril - July 10, 2014

Bersyukurlah kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah ini. Bersyukurlah kerana kita dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan tenang dan aman. Lihatlah bumi Gaza sekarang. Rakyatnya kini berada dalam ketakutan dan derita. Semua dek kerana angkara Zionist laknatullah. Pencerobohan Zionist terkutuk ni dikala umat islam menjalani ibadah puasa merupakan cabaran dan dugaan yang besar buat rakyat Gaza khususnya.

Pray For Gaza...
Pray For Gaza...

Buat rakyat Gaza, semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk menghadapi semua penderitaan ini. Jangan putus asa dan terus berdoa kerana doa orang yang teraniaya pasti diterima Allah. Dan ia juga merupakan senjata orang mukmin. Berdoa dan terus berdoa. 

Bagi kita pula. Teruskan mendoakan saudara sesama Islam kita di sana. Sedih bila melihat kanak-kanak dan kaum wanita yang tak berdosa khususnya menjadi mangsa. Syurgalah balasan para syuhada' yang gugur. Aamin.

Pray For Gaza...
Pray For Gaza...


Di saat kita gembira menikmati keamanan negara yang tercinta ini, jangan lupa akan kesengsaraan saudara kita di sana.

#prayforGAZA
#mogaALLAHmelindungimerekadiGAZA
#aminYaRabb

*Kredit to facebook.com.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. #prayforgaza Semoga ALLAH SWT sentiasa melindungi mereka...sedihkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... Mmg menyedihkan. Yg jadi mangsa kanak2 yg x berdosa... Moga Allah memberi kekuatan utk hadapi semua musibah ini... Amin

      Delete