Kawal nafsu ketika belanja raya.

By Cikla Shahril - July 18, 2014

Korang dah shopping raya? Mesti dah kan? Ye la, ada lebih kurang 10 hari lagi kita nak sambut lebaran. Cikla alhamdullilah dah la shopping. 

Sebenarnya lebih kepada anak-anak, sebab diaorang yang excited nak raya. Biasalah, budak-budak. Kami suami isteri pun ala kadar aje. Janji anak-anak lepas. Berkorban demi anak. Ececehhh.

Bila bercakap pasal budget raya plak. Memanglah kebanyakan orang, especially mak-mak dah siap buat list apa yang nak beli. 

Tapi, yang tak berapa nak syoknya. Bila berbelanja lari dari list budget. Apa yang tak di'list'kan terbeli plak. Haaaa. Acaner tu? Cikla pun sama. 

Sebelum ber'shopping tu, hubby dah suruh list apa yang patut nak dibeli. Tapi, tup tup bila shopping barang lain lak yang disambarnya. Aiseh. Haru-haru

Kawal nafsu ketika belanja raya.....
Kawal nafsu ketika belanja raya. Sumber Google.

Jom baca terus sebab cikla nak share beberapa tips supaya kita dapat kawal sikit perbelanjaan kita dan takdelah kita terlajak beli. Hehehe.

Azam;
Tanam azam sebelum Ramadan lagi untuk berjimat sebab ia membantu supaya kita lebih berwaspada dalam berbelanja. 

Contohnya, berbelanja ketika membeli di bazaar ramadan. Bawa RM50 je sebagai peruntukan untuk membeli. Jadi, kita dapat hadkan duit kita. Takdelah membazir kan?

Rangka budget;
Tulis semua perbelanjaan dalam buku khas (contohnya buku 555) atau simpan je resit pembelian supaya kita boleh buat rujukan pada masa depan.

Hadkan duit;
Tetapkan budget dan bawa duit cukup cukup je, hehe. Walaupun susah nak buat, tapi ia berkesan membantu seseorang lebih berjimat.

Elak belanja ikut nafsu;
Haa, yang ni susah sikit kan. Lebih lebih lagi kalau kita tengok kat shopping mall sana-sini ada diskaun. Lagilah rambang mata. Membuak-buak nafsu nak beli. Tak beli kang rasa rugi lak, pasal bukan selalu harga murah camtu. 

Jadi, nak senang jangan lah selalu sangat pergi ke shopping mall. Agak-agak nak beli barang yang perlu barulah pergi. Nanti dah nampak itu ini, payah lak nak control nafsu membeli tu, gotehe.

So, macam mana? Tapi, bagi cikla semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kesedaran tu penting. Tak kiralah samada kita mampu nak beli. Pokok pangkalnya membazir itu amalan syaitooonnn. Jadi, sebaiknya elakkanlah ye.

*Sumber tips kredit to hmetro.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments