31 August 2014

Salam MERDEKA!

August 31, 2014 0 Comments
Assalamualaikum wbt...

Salam MERDEKA! | "Di sini... Lahirnya sebuah cinta. Yang murni... abadi... sejati. Di sini tersemai cita cita. Bercambah menjadi warisan...."





Pejam celik, pejam celik dah 57 tahun kita merdeka. Betapa besarnya pengorbanan orang dulu berusaha mendapatkan kemerdekaan ini. Setiap titik peluh dan perit jerih mereka janganlah di sia2kan..... Orang dulu sanggup berkorban jiwa raga demi tanah air ini. Janganlah kita gadaikannya.....

Kalau dengar cerita Tok Nenek kita betapa susah dan deritanya zaman sebelum merdeka, nak2 masa zaman penjajahan British, Jepun dan Komunis (walaupun zaman mereka sekejap aje) dulu memang kita seriau mendengarnya. Dengan kekejaman mereka, takut kita kan? Tapi, sebenarnya itulah pengalaman paling berharga dan yang tak dapat mereka lupakan. Dapatlah mereka cerita dekat cucu cicit mereka supaya dapat dijadikan pengajaran dan ikhtibar.



Merdeka sebenarnya membawa banyak maksud. Kalau dulu, merdeka adalah dari segi bebas dari cengkaman penjajahan. Tapi, zaman sekarang ni, cikla rasa merdeka lebih membawa maksud kepada merdekakan diri kita dari pengaruh negatif yang boleh menjerumuskan kita ke arah keburukan. Itulah yang terpenting sebenarnya. Lebih2 lagi, orang zaman sekarang ni rasanya mudah terpengaruh dan terikut2, tanpa mengambil kira baik buruk. Janji puas hati....

Walauapapun, bersyukurlah kerana kita dilahirkan di zaman selepas merdeka. Zaman kemajuan dan yang paling penting aman sentosa. Jangan kita sia2kan nikmat ini kerana ia merupakan anugerah yang tak ternilai..... Sayangilah tanah air kita kerana inilah tanah tempat tumpah darah kita dan tak mungkin dapat ditukar ganti..... Sekian dulu.... Wassalam....

MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA....

29 August 2014

Sambutan hari merdeka tadika kakak...

August 29, 2014 2 Comments
Sambutan hari merdeka tadika kakak... | Assalamualaikum wbt... Seperti yang kita tau, bulan Ogos bulan merdeka. Rata2 kebanyakan sekolah mesti buat sambutan hari merdeka walaupun secara kecil-kecilan. Sekolah kakak UCI (nama timangan puteri cikla yang sulung) pun tak ketinggalan. 

Walaupun ringkas, nampak jugaklah kemeriahannya. Dengan riuh-rendah budak2... Hehe.... Oklah.. Cikla nak share gambar masa majlis tu... Jom tengok..


Sambutan hari merdeka tadika kakak...
Sambutan hari merdeka tadika kakak...

Haaaa... Yang pakai baju warna biru rambut kerinting megi itulah kakak UCI. Excited kan rupanya. Walaupun dengan pelat2nya, bersungguh-sungguh benor dia nyanyi. Kelakar pun ada... Hehe.... Gambar kat atas nk masa tengah baca doa, ikrar, nyanyi lagu Negaraku dengan lagu Selangor.... Bersemangat sungguh mereka kan?? Hehehe.....


Sambutan hari merdeka tadika kakak...
Sambutan hari merdeka tadika kakak...


Gambar kat atas ni pulak masa nyanyi lagu merdeka. Ala, lagu yang allahyarham Sudirman Hj. Arshad tu nyanyi... Walaupun macam berterabur sikit bunyinya (biasalah budak2), tapi kira oklah... Hehehe.... Yang paling clear masa last sekali lagu sebut "Merdeka"...haaa time tu memang semangat giler. Patriotik sungguh anak2 sekalian... Hehe....

Sebenarnya, bagi cikla memang bagus program macam ni kita introduce kat budak2. Biar dari kecik dia kenal Malaysia... Tau bila Malaysia merdeka dan pupuk semangat cintakan tanahair.... Syabas pada cikgu yang buat majlis ni... 

Oklah.. Sekian dulu... Wassalam....

Waktu doa mustajab.

August 29, 2014 1 Comments
Assalamualaikum wbt....

Waktu doa mustajab. | Sebagai umat Islam, kita digalakkan berdoa kepada Allah SWT tak kira di waktu senang ataupun susah. Doa merupakan senjata yang paling berkesan bagi umat Islam. Apabila kita telah puas berusaha, panjatkan doa kepadaNya supaya apa yang kita usaha akan tercapai. Hanya kepada Allah kita meminta sebab Allah suka dan tak kan pernah jemu mendengar permintaan hambaNya.

Oklah, ada beberapa waktu yang digalakkan kita berdoa.... Iaitu...





Sekian dulu, semoga bermanfaat. Wassalam....


*sumber: Facebook.com

28 August 2014

27 August 2014

Persiapan untuk orang baru....

August 27, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt...

Persiapan untuk orang baru.... | Oh... Rasanya macam dah tak sabar nak sambut kelahiran orang baru.... Excited... Tp still berdebar gak. Hehehe... Walaupun ini yang ketiga, tapi perasaan teruja memang ada. Membara rasa dijiwa... Ececeh.... Sekarang ni cikla almost dah nak masuk 9 bulan... So, cikla dah start buat persiapan untuk my baby. Saja je cikla nak share... Hope takde yang menyampah hokeyyy.... Heheeee....






Barang2 macam towel, blanket dengan kain lampin dah beli dah... Baju2 pun dah ready dah. Tapi, orang cakap baju tak payah beli banyak2, sebab baby cepat membesar. Nanti kejap je tak muat... Hehe...




Sarung tangan, sarung kaki dengan topi pun dah ada. Peralatan lain macam shampoo, losyen, bedak dan sebagainya pun dah ada. Tinggal minyak2 macam Vicks dan minyak telon je belum beli.... Yang lain semua dah get readyyy... Yeah...




Oh ye, tak lupa juga tilam dan bantal...Hehe..





Tapi kan, kali ni cikla suka kaler2 macam blue or green. Kalau dulu macam lebih kepada pink.. Hehe..... Oklah... Sekian dulu. Doakan yang terbaik untuk cikla dan baby ye.... Wassalam....

Ibu ibu Ibu....

August 27, 2014 0 Comments
Ibu ibu Ibu.... | Assalamualaikum wbt. Kalau nak cerita tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya memang tak kan habis. Pendek kata, kasih ibu sampai ke syurga. Bukan nak cakap pengorbanan seorang ayah tu kita abaikan, tapi pengorbanan seorang ibu lebih lagi.

Bermula semasa ibu mengandung, melalui tempoh kehamilan dengan sabar, seterusnya saat paling getir adalah sangat melahirkan. Bak kata orang bertaruh nyawa demi melahirkan zuriatnya ke dunia ini.

Ibu ibu Ibu....
Ibu ibu Ibu.... Sumber Facebook.

Sebab itulah Nabi Muhammad SAW telah menyebut 3 kali supaya mengutamakan ibu. Secara tersirat nya, ada 3 perkara yang hanya boleh dilakukan oleh seorang ibu, tapi si ayah tak boleh buat kepada anaknya, iaitu hamil, melahirkan dan menyusukan.

Sayangilan ibu dan ayah kita....

Just sharing... ❤❤❤

26 August 2014

Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.

August 26, 2014 4 Comments
Maeps BISTRO - Steamboat Buffet. | Assalamualaikum wbt. Nak dijadikan cerita, semalam cikla bersama keluarga belah suami telah bertandang ke Maeps Bistro yang terletak di Serdang. Bistro ni terletak dalam kawasan MARDI. Siapa yang duk kat Serdang, mesti tau tempat ni. Tempat ni menyediakan perkhidmatan steamboat buffet.

Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.


Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.
Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.


Kadar bayaran untuk steamboat buffet, DEWASA adalah RM29 dan KANAK2 (4-11 Tahun) adalah rm15. Bistro ni buka pukul 5.30 petang sampai 10.30 malam. Akak ipar cikla selalu makan kat sini dengan famili dia. Jadi, menurut dia kita boleh makan seberapa banyak kita nak dan nak duduk lama-lama pun takde hal punya. Asalkan tiada pembaziran. Dah dah, moh kita tengok apa menu yang ada kat sini....


Maeps BISTRO - Steamboat Buffet..

Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.


Pada yang tak makan hasil laut takpe, ayam ada gal disediakan. Pada budak2 yang suka sosej, dan yang sewaktu dengannya pun ada. Kalau korang tak nak makan steamboat aje, makanan lain ada gak. Contohnya, nasi beriani, mee goreng, laksa dan macam2 lah... Tu belum lagi pencuci mulutnya. Buah2 macam tembikai (macam kat dalam gambar tu), jambu, mangga, lain2 ada gak. Selain buah, jeruk dan kuih ada gak. Ice cream pun ada tau... Pilih je mana berkenan...


Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.


Untuk pilihan air pulak, masa kami datang semalam diaorang sediakan air sirap, oren dan sarsi (kalau tak silap cikla la).. Di samping air teh tarik (pada yang suka hot water) dan tak lupa juga sky juice... Hehe... Oh ye, ABC pun ada gak. Tapi, semuanya layan diri (self service) tau.....


Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.


Maeps Bistro ni gak terima tempahan tempat untuk buat event macam wedding ke, jamuan or gathering. Manalah tau korang nak buat majlis kawin kat sini... (Pada yang belum kawinlah ye)... Hehehe....

Kot2 kalau korang teringin nak makan steamboat, mai je la kat Maeps Bistro. Harganya pun berpatutan, dan korang boleh makan selagi korang nak... Hehehe... Jangan sampai takleh bangun sudahlah.. Ye lah, sebab kekenyangan.... Hehehe....

Untuk info lanjut:-

Apalah agaknya akitiviti baby bila di dalam perut ibu ye?

August 26, 2014 2 Comments
Apalah agaknya akitiviti baby bila di dalam perut ibu ye? | Assalamualaikum wbt. Wah wah wah. Ini rupanya "aktiviti" baby dalam perut ibu ye. Patutlah kadang-kadang rasa macam menendang, menyiku, menyondol. Ini rupanya yang dibuatnya ye. Hehe. Walauapapun, I nilah moments yang tak dapat ibu lupakan tau. So precious. 

Apalah agaknya akitiviti baby bila di dalam perut ibu ye?


Apalah agaknya akitiviti baby bila di dalam perut ibu ye?
Apalah agaknya akitiviti baby bila di dalam perut ibu ye? Sumber page Ibuhamil.

Amboi, berjimba ye. Alahai anak... ❤❤❤

Tips keluarga bahagia.

August 26, 2014 0 Comments
Tips keluarga bahagia. | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak nak mempunyai keluarga yang bahagia dan harmoni. Betul tak? Bagi cikla tak susah nak menjadikan keluarga kita bahagia, semuanya bermula dari diri ahli2 didalamnya. Ia termasuklah peranan suami sebagai ayah dan ketua keluarga, peranan isteri sebagai ibu dan "pembantu" kepada si suami dan peranan anak-anak. Jangan sesekali abaikan dan lupa tanggungjawab masing-masing kerana ia merupakan tunggak atau kunci kepada keharmonian dan kebahagiaan keluarga kita dunia akhirat.

Tapi, jangan lupa berdoa, kerana inilah faktor yang terpenting sebenarnya. Jangan jemu berdoa tak kiralah semasa senang mahupun susah kerana Allah SWT sangat suka dan sayang pada hambaNya yang tak jemu meminta padaNya. Meminta-mintalah pada Allah kerana Dia pasti tidak akan mengecewakan hambaNya.

Tips keluarga bahagia.


Tips keluarga bahagia.
Tips keluarga bahagia.

Semoga bermanfaat... ❤❤❤


*Sumber tips Facebook.com/duniaherbs

25 August 2014

Pantai Remis, Jeram.

August 25, 2014 6 Comments
Pantai Remis, Jeram. | Assalamualaikum wbt. Wah wah wah, tengok sikit intro picture kat bawah tu. Otak2 in da house. Saje je cikla bagi warming up skit. Actullay itu je yang nyempat cikla snap masa makan aritu. 

Oh oh, lupa lak nak cerita. Sebenarnya hari ahad aritu, cikla dengan famili berjalan2 di Pantai Remis, Jeram. Saje, dah lama tak pergi. Walaupun cikla selalu gak balik umah mak kat Kuala Selangor, tapi takdan je nak singgah. Semalam incik suami tetibe rajin lak nak ke sana. Apa lagi, jom...

Cikla takde lak ambil picture makan banyak sangat masa makan kat situ. Cuma picture posing kami anak-beranak aje yang sempat diambil. Tak sempat pun buat2 sempat. Jangan marah. Cikla belanja picture posing cikla dgn famili....

Pantai Remis, Jeram.


Pantai Remis, Jeram. Otak-otak.


Kat bawah ni gambar posing dua beradik yang sememangnya pantang kalau disuruh posing. Pandai aje dia... Siap dengan memek muka lagi.... Hehehe....


Pantai Remis, Jeram.

Pantai Remis, Jeram.

Kat bawah ni lak picture posing ibu dengan ayahnya lak.....


Pantai Remis, Jeram.

Pantai Remis, Jeram.


Ni cikla nak promote ni.. Pada siapa yang suka dengan pemandangan dan bersiar2 kat pantai, meh la datang sini. Leh cuci mata.. Macam2 ada jual... Terutamanya hasil laut macam kerang, lala, siput dan lain2. Lagipun, kedai2 makan ala2 seafood restoran pun banyak. Pilih je mana berkenan.. Tepuk dada, tanya selera. 

Pastu, makan lak kat tepi laut, dengan ditemani dengan hembusan angin dan ombak laut... Alaaaa... Bestnyaaa.... Tapi, kalau nak mandi laut macam tak best je sebab airnya keruh dan berlumpur... Hehe.... ❤❤❤

23 August 2014

Hadiah terbaik.

August 23, 2014 8 Comments
Hadiah terbaik. | Assalamualaikum wbt.... "HADIAH TERBAIK SEORANG SUAMI DAPAT BERIKAN KEPADA ISTERINYA ADALAH WAKTU, PERHATIAN DAN KASIHNYA".....

Emmm, sungguh mendalam maksud yang tersirat disebalik kata-kata kat atas tu. Kadang-kadang si suami terlupa yang isterinya perlukan apa yang dinyatakan. Bukan hanya nafkah zahir dan batin. 

Ada sesetengah suami fikir.... "Ala, aku dah bagi isteri aku tempat tinggal, makan minum yang cukup malah berlebihan pun ditambah pulak dengan nafkah batin yang tak pernah aku lupa. Apa yang kurang lagi?".....




Hadiah terbaik.


Sebenarnya kena ingat ye encik suami sekalian, semua keperluan tu memang dah jadi tanggungjawab anda menyediakan. Tapi jangan lupa topup perkara-perkara yang boleh memakmurkan lagi hubungan kita dengan isteri iaitu waktu dan perhatian anda untuk isteri. 

Apa guna rumah besar, kereta berbiji-biji dan orang gaji ramai sekalipun, tapi isteri rasa tak bahagia. Bak kata orang, hidup dalam sangkar emas, nampak bahagia tapi hakikatnya tidak. Bila waktu dan perhatian sentiasa ada untuk isteri (dan juga anak), automatik kasih sayang akan sentiasa mekar dan kekal selamanya.

Bagi cikla, hal ini sama juga dengan isteri terutama isteri yang berkerja. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sampaikan suami dan anak rasa terabai. Uruslah masa dengan bijak supaya ia tak akan dijadikan penyebab andaikata si suami merungut nanti. 

Moga ia akan menjadi ingatan untuk kita semua dan diri cikla gak.... ❤❤❤


*image kredit to Facebook.com.

22 August 2014

MH17 Dalam Kenangan: #MalaysiaBerkabung.

August 22, 2014 3 Comments
MH17 Dalam Kenangan: #MalaysiaBerkabung. | Assalamualaikum wbt... Tanggal 22 Ogos 2014, tarikh bermakna khususnya untuk ahli keluarga mangsa MH17 sebab mangsa dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan. Tradegi tragis ni tak akan dapat dilupakan oleh seluruh ahli keluarga mangsa khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.....

MH17 Dalam Kenangan: #MalaysiaBerkabung.








Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga tabah, sabar dan redha menghadapi kehilangan insan tersayang. Sesungguhnya ini adalah dugaan dari Allah.... Al-fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat Yang Maha Esa... Amin ya Rabbi.....


*image kredit to Facebook.com

21 August 2014

Bukan taknak, tapi tak reti!

August 21, 2014 6 Comments
Assalamualaikum wbt...

Bukan taknak, tapi tak reti! | Hai semua... Tengok skit tajuk tu.... Hehe... Apa kemendalah tu... Bukan taknak tapi tak reti tu... Sebenarnya, cikla saje nak bagitau (tetibe je kan) yang cikla memang teringin nak join kalau2 ada blogger yang buat segmen or giveaway, tapi sejujurnya cikla memang tak reti. Dah tu macam best tengok yang menang, dapat hadiah gempak2... Lagipun cikla baru je dalam dunia blog ni, tak belajar lagi camne. Tambah2 plak, cikla selalu online atau update guna hp.... So macam payah skit....





Kesimpulannya, cikla harap janganlah deme2 mengata cikla ni sombong or taknk take part... Tapi, cam gitulah ceritenya.... Hehehee.... Oklah, sekian dulu luahan hatiku... Ceewaahhh.... Dah dah, pi tidoq... Selamat malam... Wassalam....

* sebelum tidoq jangan lupa basuh kaki, baca doa naaa.... Suweettt dream....

8 bulan sudah....

August 21, 2014 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

8 bulan sudah.... | Syukur alhamdullillah.... Kini cikla dan pun masuk 8 bulan lebih mengandung. Ada lebih kurang 5 minggu lagi cikla akan melahirkan. Excited dan tak sabar... Tapi, rasa gementar memang ada... Berdebar2 je.. Walaupun cikla dah pernah bersalin sebelum ni. Orang kata pengalaman bersalin tak kan sama.... Anak pertama lain pengalamannya, anak kedua lain pengalamannya dan begitulah seterusnya.....




Oklah, sekian dulu.. Wasalam...

*tak sabar tunggu kelahiran orang baru... Semoga semuanya selamat. Amin ya Rabbi.... Doakanlah ye... ^_^…

*image kredit to Facebook.com/infoibuhamil & www.BabyGaga.com.

18 August 2014

Tips mendidik anak.

August 18, 2014 2 Comments
Tips mendidik anak. | Assalamualaikum wbt. Anak oh anak. Memang tak boleh nak nafikan zaman sekarang ni memang mencabar dalam mendidik anak. Tak kiralah cabaran dari luaran atau dalaman. Cabaran luaran adalah dari pengaruh seperti kawan-kawan, media sosial yang pelbagai (facebook, twitter, dan lain lain). Manakala, cabaran dalaman mungkin dari dalam diri anak-anak itu sendiri. Yelah kan, budak-budak sekarang ni kan suka sangat nak mencuba. Nak try test katanya. Diaorang tak fikir pun baik buruknya dulu. Apa yang diaorang pentingkan kepuasan dan keseronokan (pendapat cikla lah). Isk isk iskkkk.

Orang selalu cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya. Haaa, betullah tu. Maknanya sejak dari keciklah kita dah ajar dan asuh anak kita dengan perkara-perkara yang baik. Oleh itu, cikla nak share 10 tips yang mungkin kita boleh guna dalam mendidik anak anak (bagi yang mempunyai anak dan mungkin sebagai ilmu pengetahuan bagi yang tak atau belum mempunyai anak). Tips-tips  itu adalah;

Tips mendidik anak.


Tips mendidik anak.
Tips mendidik anak. Sumber Google.

  1. Konsisten dengan peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan kepada anak-anak. Contohnya, sejak dari kecik lagi kita dah ajar anak kita supaya kalau keluar rumah tu sebolehnya balik sebelum waktu Maghrib. So that, bila mereka dah besar, mereka dah terbiasa sebab dah diajar dari dulu lagi. 
  2. Kalau anak bercerita sesuatu pada kita tak kiralah hal yang remeh temeh, dengarlah dengan penuh minat. Jangan bersikap acuh tak acuh terhadap mereka. Ini menunjukkan kita betul-betul concern dan amik kisah pasal mereka. Barulah mereka rasa sentiasa dihargai.
  3. Bersikap jujur dengan anak-anak. Kalau kita berjanji sesuatu dengan mereka, sebolehnya tunaikanlah. Lagipun, kejujuran itu akan menjadikan mereka lebih respect dan percaya dengan kita. 
  4. Ajar anak supaya tahu membataskan keupayaan diri mereka. Kiranya, buat sesuatu mengikut apa yang termampu. Jangan paksa kalau mereka tak boleh nak kecapi lebih dari apa yang mereka boleh buat. Tak pasal-pasal stress pulak kan...
  5. Ibu dan bapa mampu memperuntukkan masa yang berkualiti untuk anak-anak dan keluarga. Maknanya, bahagi masa yang baik antara kerjaya dan keluarga. Jangan asyik kerja je, hal anak-anak tak kisah langsung. Yang paling ditakuti anak bebas melakukan apa aje sebab takde siapa yang pantau. Kalau yang ada pembantu rumah pulak, totally 100% tugas disebabkan pada pembantu rumah. Huhu.
  6. Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. Ini tak, pandang anak muka punyalah bengis. Anak nak bermanja pun takut...
  7. Sebaiknya bagi 'penghargaan' seperti pelukan, ciuman, pujian atau hadiah pada anak setiap kali mereka melakukan kebaikan. So, nanti mereka akan terdorong untuk berbuat baik walaupun pada mulanya nampak macam mereka nakkan hadiah sebagai balasan. Lama-kelamaan mereka akan faham mengapa mereka perlu berbuat demikian bola mereka dah besar kelak.
  8. Ibu dan bapa sepatutnya menjadi good listener kepada anak. Mungkin ada kalanya anak perlulah seseorang untuk meluahkan apa yang terbuka di hati. So, ibu dan bapa merekalah orang yang tempat dan rapat untuk mereka berbuat demikian. 
  9. Sentiasa menenangkan anak bila mana mereka memerlukan. 
  10. Hargailah semua milik anak termasuk permainan kesayangan mereka. 


Cikla takdelah nak kata cikla excellent dalam mendidik anak-anak cikla. Cikla akui memang cikla ni pun jenis kurang sabar sikit, nak-nak kalau budak yang kita tegur buat dek je. Sebab tu cikla rasa tips ni berguna untuk cikla juga. 

Semoga kita semua akan menjadi ibu bapa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin. ❤❤


*Sumber Facebook.

17 August 2014

15 August 2014

Anak buahku yang ke-3...

August 15, 2014 6 Comments
Anak buahku yang ke-3... | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Cikla just nak share kegembiraan sebab baru dapat buah yang ketiga 2 minggu lepas. Macam dah lambat je nak update kan? Hehe. Tapi tak apalah, biar lambat asalkan selamat. Ye tak?

Anak buahku yang ke-3...


Anak buahku yang ke-3...
Anak buahku yang ke-3...


Gambar kat atas tu masa baby baru dilahirkan. Menurut ibunya, memang banyak cabaran sebelum melahirkan anaknya ini. Ibunya memang dah start rasa sakit sebelum nak raya lagi. Masuk hospital 2 kali. Tapi, sampai hospital doktor check baru bukak 3cm dan bukaannya sangat lambat. Dah tu, lambat sangat bukak, doktor suruh balik. Sakit tetap rasa sakit, tapi bukaan still lambat.

Ibunya sempat gaklah buat ketupat, makan ketupat, beraya kat kampung mak dan makan biskut raya. Memang dia bagi "can" kat mak dia. Hehe. Kalau ikutkan dah overdue pun time melahirkan tu. Tanggal 1 Ogos 2014 (sama bulan dengan cikla). Bermula dengan sakit dan keluar tanda (kalau tak silap cikla keluar darah rasanya), hantar pergi hospital (lepak semalam gaklah kat wad sebelum bersalin), jam 1.59 pagi Jumaat lahirlah dia ke dunia. Itu pun nyaris2 kena induce sebab ambulan dah standby nak bawak si ibu pergi hospital Sungai Buloh. Tapi, tak sempat pun. Hehehe. Walauapapun, syukur Alhamdullilah semuanya selamat...

Anak buahku yang ke-3...


Anak buahku yang ke-3...
Anak buahku yang ke-3...

Inilah babynya... Diberi nama NURUL IRDINA SAFFURA. Lahir normal, berat masa lahir 3.5 kg. Menurut ibunya lagi, masa melahirkan baby Dina ni ibunya tak jahit pun sebab tak koyak banyak, melecet-lecet je kot... Syukurlah... Rezeki ibunyalah tu.....


Anak buahku yang ke-3...
Anak buahku yang ke-3...


Yang kat atas ni lak gambar setelah 14 hari berpantang. Jap je kan... Pusatnya pun jatuh jap je.... 3 hari dah jatuh tali pusat... Oklah, semoga baby Dina menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat. Amin.  

*lepas ni turn cikla plak, menghitung hari.... Berdebar rasa hati walaupun ini yang ketiga.... Due 25hb 9 ni. Doakan yang terbaik untuk cikla dan baby ek....

Sikap wanita yang buat lelaki meluat.

August 15, 2014 1 Comments
Sikap wanita yang buat lelaki meluat. | Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat semua. Semoga kita semua akan mendapat berkat dan hidayah dari Allah SWT. Amin. Bila baca title entri cikla tu mesti ada yang macam tak setuju kan. Ye la, sebelum ni kita asyik baca sikap lelaki yang boleh buat wanita meluat dan menyampah. Nah, kali ni jom kita baca apa plak sikap wanita yang boleh buat lelaki meluat pulak.

Maybe ada yang betul, ada yang tak kot. Hehe. Lagipun kita kena gak amik tau supaya hubungan yang kita bina dengan pasangan kita tu tak terjejas dek kerana perangai kita yang kadang-kadang kita tak perasan dan sedar pun. Tau-tau si lelaki dah tarik muka atau muncung sedepa. Haha...

Sikap wanita yang buat lelaki meluat.


Sikap 1: Wanita yang asyik meminta itu ini. Memang tak dinafikan lelaki sanggup nak berbelanja banyak untuk insan yang dia sayang. Tapi, janganlah amik kesempatan pulak di atas kemurahan hati mereka. Jangan nak bergantung harap sangat dengan mereka. Sesekali tu tak salah kalau berdikari sendiri. Lagipun, rata-rata sekarang ramai wanita yang bekerja dan ada duit sendiri. Setakat benda yang remeh-temeh tu, toksahlah nak merengek-rengek nak minta dia belikan. Tapi, kalau dia bagi tu, amik je la.  Rezeki jangan ditolak. Betul tak?

Sikap 2: Wanita yang pasif luar biasa. Maknanya, wanita kenalah aktif dan agresif (tapi berpada-pada). Lelaki memang suka wanita yang sopan dan tahu jaga diri, tapi kalau dah pasif sangat pun tak boleh jugak. Lama-lama jadi macam membosankan lak. Wanita kena bijak berdikari gak, supaya jangan sampai si lelaki fikir kita ni asyik nak bergantung dengan dia. Ehemm...

Sikap 3: Wanita yang terlalu mengongkong. Cukuplah sekadar amik berat dan tanya pada si lelaki apa yang perlu je. Tak kan diaorang nak report 24/7 kat kita apa yang diorang buat kan? Kita pun mesti tak suka kan kalau si lelaki terlalu kongkong kita. Tak kan nak pergi pasar beli ikan dengan mak pun nak report. Alah, lecehlah camni kan. Bukan apa, lama-lama tentu mereka akan bosan dan rasa hidup mereka dikongkong. Belum kawin pun dah jadi queen control. Alamak, lagilah tak best kalau camtu. 


Sikap wanita yang buat lelaki meluat.
Sikap wanita yang buat lelaki meluat. Sumber Google.

Sikap 4: Wanita yang suka membebel dan mengeluh. Alamak, ni lagi satu masalah. Memang tak dinafikan wanita dan bebelan berpisah tiada. Hahaha. Tapi, agak-agaklah pun kan kalau nak membebel pun. Kalau jumpa je asyik bebel itu ini, lama-lama bosan der. Berbulu telinga bak kata orang sekarang. Boleh hilang sabar gak dibuatnya.

Sikap 5: Wanita yang bersolek tebal bebenor. Kalau korang nak tau, kebanyakan lelaki suka kecantikan wanita yang natural (pendapat cikla la). Nak bersolek boleh, tapi janganlah mekap tebal 12 inci. Dah macam pakai topeng dah. Cukuplah sekadar berhias sederhana. Sejuk mata memandang kan? Lagi satu, kalau wanita ni bersolek atau bersiap berjam-jam, lagilah lelaki meluat. Memang ada lelaki yang sabar menunggu, tapi ada gak yang tak sabar. Pepaham je lah.

Sikap 6: Wanita yang bercerita tentang lelaki lain: Haaa, ni lagi satu pantang lelaki. Kalau jumpa asyik cerita pasal lelaki itulah, lelaki inilah. Kalau puji lagilah membara meluatnya. Hehehe. Kadang-kadang cerita pasal benda biasa-biasa je, tapi jangan taktau diaorang leh meluat gak tau. Habis melayang ke laut mood diaorang.

Tapi, bagi cikla setiap perkara mesti ada baik buruk kan. Macam tu gak dengan lelaki yang meluat dengan sesetengah sikap wanita (kadang-kadang kita tak sedar pun), dan begitulah sebaliknya. Apa yang penting tegurlah secara berhemah, jangan nak menghentam tak tentu pasal. Kang meletus lak perang dunia ke-3, padahal hal kecik je....  


*Image from Google


Sumber MajalahWANITA.

14 August 2014

Bila lelaki terlalu mencintai......

August 14, 2014 1 Comments
Bila lelaki terlalu mencintai...... | Assalamualaikum wbt.... Hai semua, selamat petang. Memang ada sesetengah lelaki yang memang cukup jiwang dan caring habis kalau bercinta. Tapi, tak kurang jugak ada sesetengahnya yang suam2 kuku je dengan pasangan. Bila ditanya, katanya tak reti camne nak tunjuk rasa sayang kat pasangan. Ada gak yang camtu kan? Hehehe. Tapi, tak apalah. Janji dia sayang kita pun dah cukup baik kan? Ermm. 

Sebenarnya, cikla nak cite pasal lelaki yang terlalu sayangkan pasangannya. Ciri-cirinya macam mana agaknya ye? Manelah tau kot2 suami or bf kita cam gitu. Kita je yang tak perasan. Hehehe...

Bila lelaki terlalu mencintai......


Bila lelaki terlalu mencintai......
Bila lelaki terlalu mencintai......

Ciri 1: Kalau dia melakukan sesuatu memang bersungguh-sungguh sesangat. Bukan sebab terpaksa. Semuanya rela dilakukan demi buah hati tersayang.

Ciri 2: Kalau pasangannya bermuram durja, dia sedaya-upaya dia nak hiburkan dan bagi pasangannya ketawa/happy. Walaupun dia sebenarnya bukan pak lawak pun. Alololoo... suwetnyee... 

Ciri 3: Sentiasa memberi nasihat dan menegur pasangannya kalau pasangannya buat silap sebab sayang. 

Ciri 4: Berusaha mengongkong kebebasan pasangannya sebab cemburu. Tapi, jangan terlalu mengongkong tau, kang tak pasal2 si dia rasa bosan lak....

Ciri 5: Dia sentiasa takut kehilangan pasangannya.

Ciri 6: Sentiasa mengawasi pergerakan pasangan sebab asyik curiga je. 

Ciri 7: Memang tak suka/pantang kalau ada lelaki lain rapat dengan pasangannya. 

Ciri 8: Memang sensitif/cemburu sangat kalau pasangannya tak menumpukan perhatian padanya lebih2 lagi kalaulah pasangannya asyik bercerita pasal orang lain (espeacially pasal lelaki lain) bila keluar berdating dengannya. Lagilah membara2 cemburunya. Leh merah muka dibuatnya... Hehehehe...

Ciri 9: Kadang2 dah macam budak kecik, sebab nakkan perhatian sebab dia nak pasangannya melayan or beri perhatian lebih pada dia.

Ciri 10: Dia boleh jadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu pasangannya melakukan apa sahaja. Tetiba rajinlah pulak kan....

Haaa.... camne? Ada tak ciri2 tu kat pasangan korang? Tak kiralah suami ke, bf ke.... heheheee... kalau tak semua mesti ada salah satu kan? Betul tak? 


*Sumber info Majalah Wanita/DuniaLelaki. *Image kredit to Google.com.

CPUV Nuffnang #iH Media Liese.

August 14, 2014 2 Comments
CPUV Nuffnang #iH Media Liese. | Assalamualaikum wbt. Wah, cikla baru perasan yg nuffnang sudi nak bagi CPUV ke-3 untuk blog cikla yang tak seberapanya ini. Syukurlah. Tapi kan cikla pun tak tengok lagi apa kemendanya tu. Sebab cikla online guna hp.






Jadi, sudi-sudikanlah ye.... *_^…


*tapi kan cikla heran gak, semalam cikla bukak blog guna lappy, cikla punya nuffnang ads macam takde. Ntah kenapa ntah. Puas dah adjust mane yang patut. Tapi macam tu gak. Adoiiii....

13 August 2014

Susahnya nak cerai susu badan!

August 13, 2014 4 Comments
Susahnya nak cerai susu badan! | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya mesti ramai ibu-ibu yang macam susah je nak ceraikan susu badan bila anak mereka dah berumur 2 tahun kan? Hal ini termasuklah dengan diri cikla gak. Hehe. Macam-macam cara kita buat. Letak itulah, letak inilah. Petua orang dulu-dulu pun tak ketinggalan kita cuba. Tapi, tak jalan jalan gak. Lagi-lagi untuk ibu yang merancang nak mengandung lagi. Ada sesetengah budak memang senang nak ceraikan, tapi ada sesetengahnya lagi punyalah payah. Macam anak-anak cikla.

Cikla nak share beberapa cara yang lebih 'menawan' dan takdelah ekstrem sangat yang boleh ibu ibu termasuklah cikla juga gunapakai. Mana tau berjaya. Belum cuba, belum tau... Ye tak?

Susahnya nak cerai susu badan!


Susahnya nak cerai susu badan!
Susahnya nak cerai susu badan! Sumber : Google.


(1) Jangan tawarkan susu ibu dan kalau dia minta, cuba lengahkan. Sesetengah budak kalau dia leka bermain, sampai lupa nak menyusu. Bila dia dah lupa tu, si ibu janganlah panggil atau ingatkan dia. Dan kalau dia minta untuk menyusu, cuba lengahkan memberi.

(2) Cuba gantikan dengan minuman lain kalau dia nak menyusu. Contohnya macam air buah ke, susu segar ke, ataupun air kosong. Tak pun gantikan dengan snek berkhasiat macam buahan yang dipotong kecil supaya anak jadi lebih kenyang.

(3) Berhenti guna botol dan gunakan bekas air (cawan). Sepatutnya bila bayi dah berusia 8 bulan ke atas, dia dah pandai memegang. Ia lebih kepada untuk melekakan mereka selain melatih mereka untuk berdikari.

(4) Cuba gantikan rutin harian bayi kita dengan aktiviti yang berfaedah. Selalunya penyusuan sebelum tidur merupakan waktu yang paling susah diberhentikan. Si ayah pun boleh ambil peluang membantu ibu. Cuba gantikan tabiat itu dengan tabiat baru seperti membacakan buku bedtime stories ke. Tak pun si ayah bawak anak pergi sarapan pada waktu pagi sebelum anak meminta susu ibu.

(5) Pendekkan tempoh penyusuan. Contohnya kalau selalu ibu menyusukan anak selama 30 minit, si ibu boleh cuba memendekkan masa selama 10 minit atau 15 minit saja dan ia berkesan untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas. Cubalah pujuk dia katakan dia sudah besar dan tunjukkan contoh abang atau kakaknya yang sangat baik sebab tak menyusu.

(6) Bila anak kita sudah mula memakan pelbagai jenis makanan, dia dengan sendirinya akan kurang meminta susu badan. Jadi, ajar dia makan makanan lain yang berkhasiat dan mengenyangkan. Bila dia dah kenyang kuranglah dia minta nak menyusu.

Orang kata memang payah sikit, tapi tak salah mencuba kan. Kesabaran amat penting kerana ia boleh dikategorikan sebagai cabaran juga. Kerenah anak-anak. Pepeham je la.... ❤❤


*sumber info dari Harian Metro/hati.

Panduan menguruskan keluarga bagi ibu berkerja.

August 13, 2014 0 Comments
Panduan menguruskan keluarga bagi ibu berkerja. | Assalamualaikum wbt.  Zaman sekarang ni kebanyakan ibu berkerja demi untuk membantu suami mencari keperluan rumahtangga. Tak dinafikan ada yang terus bekerja walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Boleh jadi kelam-kabut dibuatnya. Mana nak urus kerja pejabat lagi, anak-anak lagi, suami dan keluarga. Habis kerja pukul 5 petang, balik rumah nak fikir hal rumah pulak. Nak masak untuk keluarga. Kemas rumah, ambil anak sekolah agama dan macam-macam lagilah.

Jadi, di sini cikla nak share beberapa panduan yang mungkin boleh digunapakai oleh para ibu yang bekerja. Walaupun cikla seorang surirumah tangga. Sharing is caring kan.

Panduan menguruskan keluarga bagi ibu berkerja. 


Panduan menguruskan keluarga bagi ibu berkerja. 


  1. Aura negatif jangan bawa ke rumah. Kalau ada perkara yang tak disenangi berlaku di pejabat, tinggalkan aje di pejabat. Jangan campur-adukkan.
  2. 15 minit pertama bila sampai kat rumah, luangkan masa dengan mandi dan solat. Jangan lupa senyum, berbual dan memeluk anak sebab ia akan memberikan ketenangan. Jangan anggap anak sebagai beban sebab kehadiran mereka menyerikan hidup kita.
  3. Jangan nak jadi "superwomen". Konon-konon semua perkara kita nak buat sedangkan tenaga dan fikiran kita terbatas. Buat apa saja yang termampu. Kalau tak sempat cuci baju, hantar saja ke dobi. Kalau agak-agak tak sempat masak, beli aje lauknya. Balik rumah tinggal masak nasi je. Hehehe.
  4. Luangkan masa tengok ceramah pendek di YouTube dengan anak, baca Al-Quran dan buku dengan anak, bercerita atau bersembang dengan mereka. Solat dan mengaji dengan mereka sebab itu sangat penting supaya mereka tak kan pernah rasa terabai walaupun ibunya sibuk berkerja.
  5. Urus kewangan dengan bijak dan belanja apa yang perlu sahaja.
  6. Tanam sifat ihsan dalam jiwa anak serta didik mereka supaya sentiasa cintakan Allah. Kalau mereka buat salah, ajarkan supaya mereka takutkan Allah, bukan manusia. Samada kita ada atau tak bersama mereka, mereka tetap akan berakhlak mulia.
  7. Ajar anak bina wawasan positif untuk masa depan supaya mereka ada matlamat hidup terutama anak remaja.
  8. Hidupkan realiti mati dalam keluarga sebagai sesuatu yang boleh menjemput kita pada bila-bila masa.
  9. Akhirat adalah realiti hidup kita. Sentiasa membimbing anak ke arah itu.
  10. Banyakkan berdoa supaya Allah sentiasa membimbing kita, suami dan anak serta sentiasa gunakan usia yang ada untuk mencari keredhaan.


Jadi, walau sesibuk manapun kita bekerja tapi sebagai ibu dan isteri, anak serta keluarga tak patut diabaikan. Jangan jadikan kesibukan dan tekanan kita di tempat kerja sebagai modal/sebab untuk kita mengabaikan anak-anak. Lebih teruk lagi jangan sampai mendera mereka. 

Sayangi dan hargailah keluarga kita kerana mereka merupakan anugerah yang tak ternilai.


*image kredit to Google.com. *sumber: metro/hati.

Hati-hati menutur kata.

August 13, 2014 0 Comments
Hati-hati menutur kata. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana. Cikla rasa betul dah perumpamaan tu. Bagi cikla, apa yang keluar dari mulut kadang-kacang boleh menjadi setajam pisau yang menghiris. Aduhhh... Jadi, berhati-hatilah ketika berkata-kata kerana ia mungkin akan menyinggung hati orang tanpa kita sedar.


Hati-hati menutur kata.
Hati-hati menutur kata. Sumber Facebook.

Kalau ada orang menegur, jangan ingat orang benci kita. Jangan! Sebab teguran itulah menandakan orang masih sayang dan ambil berat pasal kita. Kalau orang dah tak menegur, kita buat salah buat dia diam je, itu tandanya orang dah tak kisah pun dengan kita. 

Apa yang penting ikhlas memberi teguran dan orang yang menerima teguran itu perlu menerimanya dengan hati terbuka. Jangan melenting. Fikir dulu kenapa orang tegur kita. Perbetulkan apa kesalahan  yang kita lakukan. Pada yang menegur, tegurlah secara berhemah. Jangan sampai memalukan dan menjatuhkan air muka orang lebih-lebih lagi kalau kita menegur di tengah khalayak ramai. 

Kalau kita jaga air muka orang, in shaa Allah orang akan jaga air muka pulak. What you give, you get back.. Ingat tu...❤❤

Perlu dimiliki tapi susah diamalkan.

August 13, 2014 0 Comments
Perlu dimiliki tapi susah diamalkan. | Assalamualaikum wbt. Apakah dia 3 perkara yang perlu dimiliki tapi susah diamalkan? Perkara itu adalah, hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan jasad yang penyabar. 

Hati yang bersyukur. Ada sesetengah orang, kalau diberi nikmat oleh Allah mudah lupa diri dan terus hanyut dengan apa yang dikurniakan padanya. Lepas tu, mulalah dia nak bermegah-megah, sombong diri dan riak. Padahal dia lupa, semua rezeki dan nikmat itu adalah kepunyaan Allah semuanya. Bila-bila masa Allah tarik balik apa yang diberi. Kun fa ya kun. Kalau Allah berkehendak ia berlaku, maka berlakulah ia. Takde siapa yang dapat menghalangnya.


Perlu dimiliki tapi susah diamalkan.
Perlu dimiliki tapi susah diamalkan.

Lidah yang berzikir. Kita memang sangat digalakkan mengalunkan zikir, memuji-muji kebesaran dan kekuasaan Allah. Subhanallah walhamdullilah wallaillahaillah waallahuakbar... Sebenarnya nak berzikir pun bila-bila masa pun boleh. Masa memasak, masa mengemas rumah, menyiram pokok bunga, masa mendodoi anak, even masa mengacau kuah gulai kat dalam periuk pun boleh jugak. Hmm... hakikatnya I tulah yang susah nak diamalkan kan. Tapi, kalau dah biasa dan selalu kita buat, in shaa Allah ia akan menjadi amalan kita.

Jasad yang bersabar. Memanglah orang cakap, sabar itu separuh daripada iman. Tapi, sejauh manakah kita dapat bersabar? Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan sesuatu hal yang boleh mengganggu gugat kesabaran kita. Lagipun, ramai orang cakap sabar itu ada hadnya. Memang... memang sebagai manusia biasa kadang-kala kita 'tak mampu' mempertahankan kesabaran kita. Selagi kita boleh bersabar, bersabarlah sebab kesabaran itu pasti akan digantikan dengan hasil yang sangat manis. Bersabarlah ye...

Pendapat cikla, apa penting kita tanamkan niat dan tekad dalam hati kita. Takpe kalau bermula perlahan-lahan dan tak terlalu drastik, asalkan kita berusaha untuk menjadi seperti yang dimahukan. Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betul tak?

Semoga bermanfaat...

Nafkah suami kepada isteri.

August 13, 2014 0 Comments
Nafkah suami kepada isteri. | Assalamualaikum wbt. Selamat hari Rabu untuk semua. Jap je dah Rabu kan? Nak-nak lagi dah masuk minggu ketiga Syawal. Ermmm, walauapapun syukur Alhamdullillah sebab masih diberi peluang untuk menikmati hidup ini.

Nafkah suami kepada isteri.


Nafkah? Apakah itu nafkah sebenarnya? Bagi cikla, nafkah itu merupakan keperluan yang patut diberi oleh si suami kepada isteri dan keluarganya. Nafkah menjadi perkara yang wajib untuk ditunaikan. Walaupun ada sesetengahnya mengabaikan dan buat tak kisah je. Jangan macam tu, sebab ia dikira sebagai tanggungjawab tau.....

Cikla nak share beberapa info mengenai nafkah ni. Cikla harap ia akan menjadi panduan dan ingatan untuk kita semua termasuk diri cikla juga.

Nafkah suami kepada isteri.
Nafkah suami kepada isteri.

Semoga hari-hari korang semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. Amin ya Rabbi..... ❤❤❤


*Image kredit to Facebook.com.

11 August 2014

Tips ketika menghadiri rumah terbuka.

August 11, 2014 0 Comments
Tips ketika menghadiri rumah terbuka. | Assalamualaikum wbt. Hai semua, Pe khabar? Cikla harap semuanya sihat ye. Rasanya dah 2 minggu dah Syawal berlangsung. Dan, mesti korang semua ada yang dah buat atau merancang nak organize rumah terbuka kan? Paling tak pun mesti kita ada dapat jemputan untuk menghadiri rumah terbuka. Bak kata orang tua2, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari... Ye tak?

Cikla nak share beberapa tips sihat yang mungkin kita boleh gunapakai semasa menghadiri rumah terbuka. Ye la, dengan mengadap menu yang macam2. Tau2 berat pun naik. Rosak diet.

Tips ketika menghadiri rumah terbuka.

  • Tips 1 : Makan dalam saiz/kuantiti yang kecil. Ye la, menu mesti banyak kan. Jadi, rasalah itu sikit, ini sikit. Lama2 kenyang gak...
  • Tips 2 : Pilih makanan rendah kalori macam buahan atau makanan kurang minyak, lemak dan santan.
  • Tips 3 : Pilih makanan tinggi serat untuk elak sembelit.
  • Tips 4 : Had kan mengambil makanan yang manis dan berlemak seperti dodol, biskut raya, kek, cookies dan lain2.
  • Tips 5 : Kalau ada, pilih buahan segar sebagai snek/pencuci mulut.
  • Tips 6 : Hadkan mengambil makanan tinggi garam seperti kerepek.
  • Tips 7 : Banyak minum air kosong berbanding air berkarbonat atau minuman manis.

Amalan 55555 supaya kekal sihat di Hari Raya:

  1. Makan 5 kumpulan makanan tiap hari.
  2. Makan 5 sajian buah dan sayur.
  3. Had kepada 500 kalori sahaja untuk tiap waktu makan utama.
  4. Had kepada 5 gm/1 sudu teh gula sahaja untuk minuman manis. Lagi kurang lagi bagus.
  5. Bersenam 5 kali seminggu.

Macam mana? Ok tak tips kat atas? Rasa rasa boleh follow tak? Hehe. Ala, cikla faham. Walaupun mungkin kita tak dapat nak ikut semua, separuh pun ok dah. Jom kita.

Semoga bermanfaat. ❤❤


*Sumber tips Majalah Rapi/FokusDiet.

08 August 2014

Tanggungjawab suami isteri.

August 08, 2014 2 Comments
Tanggungjawab suami isteri. | Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat semua. Apa khabar? Cikla harap sihat dan sejahtera hendaknya. Ermmm, orang cakap kawin ni best. Sebenarnya bila fikir-fikir balik, best memang best tapi tanggungjawab tu lagi penting. Tanggungjawab suami kepada isteri, tanggungjawab isteri kepada suami, tanggungjawab kedua-duanya kepada keluarga dan anak-anak. Wah, memang berat. Jangan ingat benda ni main-main sebab tanggungjawab ni dikira sebagai amanah. Kita pasti akan disoal diakhirat nanti....

Cikla just nak share tanggungjawab suami dan isteri. Maybe ramai yang dah tahu, tapi tak salah kan kalau kita saling mengingatkan..... ^_^

Tanggungjawab suami isteri.


Tanggungjawab suami isteri.
Tanggunjawab suami dan isteri.

Cikla harap perkongsian ini akan memberi kita manfaat dan ingatan, mudah-mudahan..... ❤❤❤


*Image kredit to Facebook.com.

04 August 2014

Sweet moments: Hari Raya 2014!

August 04, 2014 8 Comments
Sweet moments: Hari Raya 2014! | Assalamualaikum wbt. Apa khabar korang semua? Cikla harap semuanya sihat happy selalu. Mood raya pun masa membara lagi kan? Walaupun dah 8 hari dah. Maybe ada sesetengahnya dah start buat open house. Masa untuk menjamu sahabat handai dan kaum keluarga. Ala, bukan selalu pun kan. Boleh dikatakan setahun sekali. Hehehe....

Sebenarnya cikla saja nak share moments indah cikla dan keluarga masa hari raya minggu lepas. Baru dan nak jenguk blog ni. Akhir puasa dan awal syawal aritu memang tak menyempat nak menengok blog dan update apa-apa. Busy bebenor katakooo. Hehe. Kunun2 la. Dah dah. Moh kita....

Sweet moments: Hari Raya 2014!


Sweet moments: Hari Raya 2014!
Sweet moments: Hari Raya 2014!

Sweet moments: Hari Raya 2014!
Sweet moments: Hari Raya 2014!

Haaa... Kita mulakan gambar selfie bersama keluarga cikla ye. Yang pakai kopiah putih tu abah cikla... Yang pakai tudung coklat tu mak cikla.... Dan yang selain dari dinyatakan diatas adalah adik2 cikla (yang lelaki pakai cap yang bongsu dan yang pakai tudung merah tu adik cikla yang keempat)....

Sweet moments: Hari Raya 2014!


Sweet moments: Hari Raya 2014!

Sweet moments: Hari Raya 2014!



Seterusnya... Selfie bersama hubby dan anak2 plak.... Hehehe... Berposing aje kejenya....


Sweet moments: Hari Raya 2014!

Sweet moments: Hari Raya 2014!


Yang ni plak selfie bersama akak iparku, dan yang selfie dengan hubby cikla tu suami akak hubby cikla (biras cikla la).....

Adoiihaii. Memang raya tahun ni macam penat sikit. Badan sakit2. Lagi2 beraya dengan "membawa perut". Memang mencabar. Belum lagi menghadap kerenah anak2. 

Dugaan tu.... ❤❤❤

*korang pun mehlah kongsi gambar masa raya aritu.... Hehe.... Saja2....


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.