Hati-hati menutur kata.

By Cikla Shahril - August 13, 2014

Orang cakap, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana. Cikla rasa betul dah perumpamaan tu. 

Bagi cikla, apa yang keluar dari mulut kadang-kadang boleh menjadi setajam pisau yang menghiris. Aduhh. 

Jadi, berhati-hatilah ketika berkata-kata kerana ia mungkin akan menyinggung hati orang tanpa kita sedar.

Hati-hati menutur kata.
Hati-hati menutur kata. Sumber Facebook.

Kalau ada orang menegur, jangan ingat orang benci kita. Jangan! Sebab teguran itulah menandakan orang masih sayang dan ambil berat pasal kita. 

Kalau orang dah tak menegur, kita buat salah buat dia diam je, itu tandanya orang dah tak kisah pun dengan kita. 

Apa yang penting ikhlas memberi teguran dan orang yang menerima teguran itu perlu menerimanya dengan hati terbuka. 

Jangan melenting. Fikir dulu kenapa orang tegur kita. Perbetulkan apa kesalahan  yang kita lakukan. Pada yang menegur, tegurlah secara berhemah.

Jangan sampai memalukan dan menjatuhkan air muka orang lebih-lebih lagi kalau kita menegur di tengah khalayak ramai. 

Kalau kita jaga air muka orang, inshaaAllah orang akan jaga air muka pulak. What you give, you get back. 

Ingat tu.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments