Perlu dimiliki tapi susah diamalkan.

By Cikla Shahril - August 13, 2014

Apakah dia 3 perkara yang perlu dimiliki tapi susah diamalkan? Perkara itu adalah, hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan jasad yang penyabar. 

Hati yang bersyukur.

Ada sesetengah orang, kalau diberi nikmat oleh Allah mudah lupa diri dan terus hanyut dengan apa yang dikurniakan padanya. Lepas tu, mulalah dia nak bermegah-megah, sombong diri dan riak. 

Padahal dia lupa, semua rezeki dan nikmat itu adalah kepunyaan Allah semuanya. Bila-bila masa Allah tarik balik apa yang diberi. Kun fa ya kun. Kalau Allah berkehendak ia berlaku, maka berlakulah ia. Takde siapa yang dapat menghalangnya.

Perlu dimiliki tapi susah diamalkan.
Perlu dimiliki tapi susah diamalkan.

Lidah yang berzikir.

Kita memang sangat digalakkan mengalunkan zikir, memuji-muji kebesaran dan kekuasaan Allah. Subhanallah walhamdullilah wallaillahaillah waallahuakbar. 

Sebenarnya nak berzikir pun bila-bila masa pun boleh. Masa memasak, masa mengemas rumah, menyiram pokok bunga, masa mendodoi anak, even masa mengacau kuah gulai kat dalam periuk pun boleh jugak. 

Hmm, hakikatnyatu itulah yang susah nak diamalkan kan. Tapi, kalau dah biasa dan selalu kita buat, in shaa Allah ia akan menjadi amalan kita.

Jasad yang bersabar.

Memanglah orang cakap, sabar itu separuh daripada iman. Tapi, sejauh manakah kita dapat bersabar? Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan sesuatu hal yang boleh mengganggu gugat kesabaran kita. 

Lagipun, ramai orang cakap sabar itu ada hadnya. Memang, memang sebagai manusia biasa kadang-kala kita 'tak mampu' mempertahankan kesabaran kita. 

Selagi kita boleh bersabar, bersabarlah sebab kesabaran itu pasti akan digantikan dengan hasil yang sangat manis. Bersabarlah ye.

Pendapat cikla, apa penting kita tanamkan niat dan tekad dalam hati kita. Takpe kalau bermula perlahan-lahan dan tak terlalu drastik, asalkan kita berusaha untuk menjadi seperti yang dimahukan. 

Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betul tak?

Semoga bermanfaat.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments