Tips mendidik anak.

By Cikla Shahril - August 18, 2014

Anak oh anak. Memang tak boleh nak nafikan zaman sekarang ni memang mencabar dalam mendidik anak. Tak kiralah cabaran dari luaran atau dalaman. Cabaran luaran adalah dari pengaruh seperti kawan-kawan, media sosial yang pelbagai (facebook, twitter, dan lain lain). 

Manakala, cabaran dalaman mungkin dari dalam diri anak-anak itu sendiri. Yelah kan, budak-budak sekarang ni kan suka sangat nak mencuba. Nak try test katanya.

Diaorang tak fikir pun baik buruknya dulu. Apa yang diaorang pentingkan kepuasan dan keseronokan (pendapat cikla lah). Isk isk iskkkk. Orang selalu cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Haaa, betullah tu. Maknanya sejak dari keciklah kita dah ajar dan asuh anak kita dengan perkara-perkara yang baik.

Cikla nak share 10 tips yang mungkin kita boleh guna dalam mendidik anak-anak (bagi yang mempunyai anak dan mungkin sebagai ilmu pengetahuan bagi yang tak atau belum mempunyai anak). 

Tips mendidik anak.
Tips mendidik anak. Kredit Google. 

1. Konsisten dengan peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan kepada anak-anak. Contohnya, sejak dari kecik lagi kita dah ajar anak kita supaya kalau keluar rumah tu sebolehnya balik sebelum waktu Maghrib. So that, bila mereka dah besar, mereka dah terbiasa sebab dah diajar dari dulu lagi. 

2. Kalau anak bercerita sesuatu pada kita tak kiralah hal yang remeh temeh, dengarlah dengan penuh minat. Jangan bersikap acuh tak acuh terhadap mereka. Ini menunjukkan kita betul-betul concern dan amik kisah pasal mereka. Barulah mereka rasa sentiasa dihargai.

3. Bersikap jujur dengan anak-anak. Kalau kita berjanji sesuatu dengan mereka, sebolehnya tunaikanlah. Lagipun, kejujuran itu akan menjadikan mereka lebih respect dan percaya dengan kita. 

4. Ajar anak supaya tahu membataskan keupayaan diri mereka. Kiranya, buat sesuatu mengikut apa yang termampu. Jangan paksa kalau mereka tak boleh nak kecapi lebih dari apa yang mereka boleh buat. Tak pasal-pasal stress pulak kan.

5. Ibu dan bapa mampu memperuntukkan masa yang berkualiti untuk anak-anak dan keluarga. Maknanya, bahagi masa yang baik antara kerjaya dan keluarga. Jangan asyik kerja je, hal anak-anak tak kisah langsung. Yang paling ditakuti anak bebas melakukan apa aje sebab takde siapa yang pantau. Kalau yang ada pembantu rumah pulak, totally 100% tugas disebabkan pada pembantu rumah. Huhu.

6. Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. Ini tak, pandang anak muka punyalah bengis. Anak nak bermanja pun takut.

7. Sebaiknya bagi 'penghargaan' seperti pelukan, ciuman, pujian atau hadiah pada anak setiap kali mereka melakukan kebaikan. So, nanti mereka akan terdorong untuk berbuat baik walaupun pada mulanya nampak macam mereka nakkan hadiah sebagai balasan. Lama-kelamaan mereka akan faham mengapa mereka perlu berbuat demikian bola mereka dah besar kelak.

8. Ibu dan bapa sepatutnya menjadi good listener kepada anak. Mungkin ada kalanya anak perlulah seseorang untuk meluahkan apa yang terbuka di hati. So, ibu dan bapa merekalah orang yang tempat dan rapat untuk mereka berbuat demikian. 

9. Sentiasa menenangkan anak bila mana mereka memerlukan. 

10. Hargailah semua milik anak termasuk permainan kesayangan mereka. 

Cikla takdelah nak kata cikla excellent dalam mendidik anak-anak cikla. Cikla akui memang cikla ni pun jenis kurang sabar sikit, nak-nak kalau budak yang kita tegur buat dek je. Sebab tu cikla rasa tips ni berguna untuk cikla juga. 

Semoga kita semua akan menjadi ibu bapa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Aamiin. 

*Sumber Facebook.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments