28 September 2014

Syukurlah....

September 28, 2014 12 Comments
Assalamualaikum wbt...

Syukurlah.... | Day 8.... Still in warded....

Nampaknya baby ammar dah tunjuk perubahan positif. Syukur padaMu ya Allah.. Baby ammar tak lagi guna tiub besar... Walaupun masih lagi diberi bantuan oksigen, tapi taklah seteruk yang awal. Guna tiub pun tiub kecik je. Baby ammar minum susu pun dah tak guna tiub susu. Cikla dah boleh breast feeding baby ammar.... Baby ammar nampak lebih selesa dari hari sebelum... Cikla harap baby cepat sembuh.... Amin.... Sekian dulu.... Wassalam..

27 September 2014

Memang betul...

September 27, 2014 4 Comments
Assalamualaikum wbt...

Memang betul... | Live from ward:

Orang kata pengalaman mendewasakan. Cikla rasa memang betul. Pengalaman yang cikla rasakan kali ni memang cikla tak kan lupa sampai bila2. Sebelum ni cikla hanya dengar cerita orang, tanpa melaluinya sendiri.... Sekarang baru cikla tau macam mana perasaan ibu2 yang ada anak yang alami masalah.... Terpaksa berpantang di hospital. Dalam keadaan yang baru melahirkan (walaupun dah masuk hari ke-7)... Tapi, ibu akan kuat demimu anak. Apa yang penting baby boo ibu cepat sembuh.. Ok....

Belum lagi dengan berperang dengan perasaan sendiri yang risau dan sedih tengok anak macam tu... Berwayar sana-sini. Jari yang kecik halus di cucuk jarum untuk ambil darah dan masukkan ubat.... Kadang2 menangis sebab tak selesa... tapi, percayalah anakku ... Semua ini demi kesembuhanmu.... Sabar dan kuat ye sayang... Ibu sentiasa ada denganmu.... DOA IBU SENTIASA UNTUKMU SUPAYA KAU LEKAS BAIK....

Oklah... Cikla sekadar ingin meluahkan apa yang terpendam. Alhamdullilah cikla sihat.... Dan sentiasa positif hadapi ujian ini.... Biarpun sejuta kali pun cikla minta jasa baik kalian mendoakan boboi cikla.... Hanya ucapan terima kasih yang cikla mampu balaskan.... Sekian dulu.... Wassalam....

#ahmadammarrizqie

26 September 2014

Day 6: I'm still here...

September 26, 2014 4 Comments
Assalamualaikum wbt....





Day 6: I'm still here...  | Pejam celik... Pejam celik dah masuk hari ke-6 cikla kat sini. Still belum boleh discharge lagi. So far, baby macam dah ok sikit cuma pernafasannya masih belum stabil. Baby masih belum boleh survive bernafas sendiri, still kena guna bantuan oksigen.





Walau apapun syukurlah baby dah minum susu badan walaupun menggunakan tiub. Cikla pun belum lagi boleh direct feeding baby dan belum berkesempatan nak peluk cium baby. Jujur... Memang rasa sedih sangat. Lebih2 lagi dalam keadaan cikla berpantang. Pengalaman pertama setelah berumur 32 tahun... Cikla stay kat hospital. Inilah pengalaman yang cikla tak kan lupa sampai bila2.....


 
 



Tapi, cikla redha. Mungkin Allah mahu menguji cikla dan suami. Cikla ikhlas dan kuat demi baby.... Hati ibu mana yang tak sedih bila tengok baby macam tu... Tapi, bila cikla fikirkan balik... Ada orang lain yang lebih teruji dari cikla.... Kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lebih susah.... Bersangka baik... Sebab cikla percaya semua yang berlaku ada hikmahnya......

Oklah... Tetiba nak "tersayu" lak. Korang doakan baby cikla cepat sembuh... Dan cepat2 dapat discharge... Ibunya dah take sabar nak keluar ni.... Sekian dulu.... Wassalam....

#ahmadammarrizqie #youAREaSTRONGboy

25 September 2014

Sabar hadapi dugaan....

September 25, 2014 2 Comments
Assalamualaikium wbt...

Sabar hadapi dugaan.... | Kalau kita rasa kita diduga begitu berat, ada orang lain yang lebih berat dugaannya. Kalau kita rasa kita diuji begitu hebat, ada orang lain yang lebih hebat ujiannya. Mungkin Allah mahu jadikan kita lebih sabar dan tabah.. Sebab mungkin sebelum ni kita tak pernah diuji dan diduga begini.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk aku menghadapi ujianMu. Aku kuat keranaMu.. Kerana anakku... Semoga boboi ibu cepat sihat.... Rindunya ibu nak peluk cium budak bambam sorang ni...

Doakan anak cikla ye.... Amin amin amin.... Sekian dulu... Wassalam....

22 September 2014

Alhamdullilah....

September 22, 2014 14 Comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdullilah.... | Tanggal 21 hb 9 2014 pukul 2.03 pagi cikla selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.7 kg. Tapi, baby still lagi belum discharge wad sebab ada masalah dengan pernafasan. Walau apapun... Syukurlah semuanya selamat. Doakan baby cikla tau. Sedih tengok baby....





Moga anak ibu cepat baik... Tak sabar nak peluk cium baby....

Sekian dulu.... Wassalam....

19 September 2014

Tips macam mana nak jaga jeans.

September 19, 2014 18 Comments
Tips macam mana nak jaga jeans. | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya rata-rata orang suka pakai seluar jeans kan? Tapi rasanya jeans ni lebih akrab dengan kaum lelaki. Betul tak? Kalau nak cakap pasal brand memang macam-macam ada di pasaran. Antara yang top Levis, Wrangler, Lee, dan lain-lain. Harganya pun kalau yang ori memang boleh tahan gak mahalnya. Tapikan, memang sayang kan kalau kita beli seluar jeans mahal-mahal tapi tak tahu macam mana nak jaga dengan betul supaya boleh dipakai lama.

So, kat sini cikla nak share beberapa tips untuk kita menjaga kualiti seluar jeans kita.

Tips macam mana nak jaga jeans.


Tip macam mana nak jaga jeans.
Tips macam mana nak jaga jeans. Sumber Google.

  1. Sebelum kita cuci seluar jeans, terbalikkannya. 
  2. Kalau kita cuci seluar jeans guna washing machine, seeloknya jangan campurkan dengan pakaian yang lain. ia dapat kekalkan warna dan ciri jeans tersebut. 
  3. Guna air pada suhu biasa atau suam bila mencuci seluar jeans. elakkan guna air yang terlalu sejuk atau terlalu panas sebab ia akan halang kotoran dari tertanggal dan susah nak dibersihkan. 
  4. Lagi elok guna cucian tangan dan sabun yang sesuai bila mencuci seluar jeans.
  5. Kalau seluar jeans kita terkena air laut, guna air mendidih dan wapkan pada bahagian yang terkena air masin untuk pastikan kotoran yang melekat tertanggal. 
  6. Lepas mencuci, gantung seluar jeans pada tempat yang teduh dan jangan dedahkan terus pada pancaran sinaran matahari terik. 
  7. Jangan guna bahan kimia masa mencuci seluar jeans, macam clorox. guna je sabun biasa supaya warna seluar jeans tak mudah luntur.

Cikla harap tips kat atas bergunalah ye. Bukan apa, sayang kat duit dan seluar tu sendiri sebab beli mahal-mahal tapi cepat rosak dan tak boleh pakai lama.❤❤


*Sumber tips kredit to Majalah Wanita/Keterampilan.

LIEBSTAR AWARD!! 1ST TIME NIH...

September 19, 2014 9 Comments
Assalamualaikum wbt...

LIEBSTAR AWARD!! 1ST TIME NIH... | Waduh2... macam tak caya je cikla telah di'tag' untuk Liebstar Award ni. Selalu cikla baca je. Tapi, kali ni cikla lak di'tag'. Macam excited la plak.. hehehehe... Sebab tak sangka ada gak yang sudi meng'tag blog cikla yang tak berapa nak comel dan baru setahun jagung ni.. hehehe... Btw, tq so much pada adik manis Isabella Idura sebab sudi meng'tag' akak.... thanks dear... ^_^ salam kenal...




Oklah.. ni cikla cubalah nak menjawab apa yang ditanya... semoga berpuas hati dengan jawapanku ini.. hehehe...

  1. Apa anda paling tak suka masa berblogging? - Yang paling cikla tensen dan tak suka masa berblogging ni bila internet slow giler... nak update enty pun payah. Tu belum lagi nak bw lagi... arghhhh....
  2. Apa kesusahan anda masa berblogging? Kesusahan?? Ermm... bila nak kejar masa nak update blog. Maknanya kadang2 susah nak cari masa free, tu pasal kadang2 blog pun dah naik bersawang sebab lama tak update. Al-maklumlah cikla kan surirumah tangga yang busy.. hehehe...
  3. Apa yang paling mengembirakan anda masa berblogging? Gumbira?? Bila blog kita ramai orang menyinggah, dapat kawan baru boleh share info & pengalaman memasing...
  4. Jenis blog yang macam mana paling anda suka? Simple, senang nak loading, tak terlalu banyak sangat iklan sebab susah nak baca post. Asyik2 kuar ads... huhu..
  5. Berikan 3 blog favorite anda. Blog favorite?? Ala rahsia boleh? Nanti yang lain kecik ati lak.. hehe...
  6. Sape anda nak jadi? Jadi diri sendiri ajelah... hehe... 
  7. Tempat paling best pernah anda pergi? Ermm... entahlah... Genting Highland kot... hehe... 
  8. Comment ikhlas pasal blog bella. Blog bella simple, senang nak loading, tak terlalu sarat sangat... pendek kata terbaiklah. (ikhlas ni tau bukan bodek2). 
  9. Barang yang paling anda teringin nak beli. Galaxy Tab 3.0 
  10. Ceritakan pengalaman paling romantis anda. Masa first anniversary (masa bercinta dulu) my bf (sekarang dah jadi suami) hadiahkan sejambak rose merah.. sweet sangat sebab depan orang ramai. pastu belanja makan pizza.. hehehe.. 
  11. Tempat makan kegemaran anda di mana? cikla tak kisah mana2 pun. tapi rasanya yang paling favorite restoran tomyam dan seafood... nyummm...

Fuhh... selesai sudah menjawab. Berpeluh2 gak ni.. hehe... oklah... la ni cikla lak nak meng'tag' anda2 yang bertuah... jeng jeng jeng... siapakah gerangannya tu...


Dan soklannya adalah...... jeng jeng jeng......
  1. Sejak bila anda berblogging?
  2. Siapa blogger favorite anda? Bagi 3 orang.
  3. Apa tabiat pelik yang anda rasa anda tak boleh nak buang?
  4. Tempat paling jauh anda pernah travel?
  5. Apa filem pertama anda tengok kat panggung wayang?
  6. Apa tujuan anda berblogging?
  7. Siapa yang paling rapat dengan anda selain dari keluarga?
  8. Cerita sikit apa yang menarik pada diri anda?
  9. Apa makanan dan minuman favorite anda?
  10. Komen ikhlas pasal blog cikla... 
  11. Siapa penyanyi dan pelakon favorite dan sebab apa suka bebenor dengan deme?
  12. Bila birthday date anda? Manalah tau tetibe cikla termurah hati nak bagi present... hehehe...
Haaa... amacam? Mencabar tak soklannya? Saja je cikla bagi extra satu soalan... hehehe... Oklah, pada yang di'tag... selamat menjawab.,.... sekian dulu... wassalam.....


17 September 2014

Jom didik anak menghargai duit.

September 17, 2014 10 Comments
Jom didik anak menghargai duit. | Assalamualaikum wbt. Duit dan wang. Makna sama je... hehe.... Orang kata duit bukan segalanya tapi pada zaman sekarang ni semua mahu duit. Kalau dulu nilai duit memang besar. Dengan rm50, macam2 boleh beli. Tapi, sekarang... beli jajan anak pun dah habis rm50. Macam mana tu? Bila fikir perbelanjaan harian yang makin meningkat, nak nak kalau stay kat bandar lagilah tinggi kosnya. Nak bayar sewa rumah, ansuran bulanan kereta, perbelanjaan harian.... kalau anak ramai lagi bertambah kosnya. Cuba fikir masa akan datang?

Jadi, sebagai ibu bapa jom kita didik anak2 kita menghargai duit iaitu dengan menabung. Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai2 yang baik perlulah dipupuk dari kecil sebab mereka lebih mudah menerima apa yang kita ajarkan.

Jom didik anak menghargai duit.


So, cikla nak share beberapa cara yang boleh kita guna untuk ajar anak kita menghargai duit. Pertama, sebaiknya hadkan pemberian duit saku pada anak. Maknanya jangan bagi banyak sangat. Cukuplah sekadar keperluan mereka. Memang kita nakkan yang terbaik untuk anak kita, tapi semuanya perlulah berpada-pada. Kalau kita selalu memberi duit yang banyak, mereka akan fikir duit sentiasa ada. Mana taknya, bila mintak je ada, mintak je ada. Jadi, mereka tak pernah rasa macam mana susahnya kalau takde duit.

Kedua, kurangkan bagi duit yang banyak dan kurangkan kekerapan memberi duit. Adalah lebih baik bagi duit pada mereka pada waktu tertentu saja atau pada masa-masa yang mereka perlu sesangat. Ketiga, ajar anak beli barang permainan kegemaran mereka dengan duit yang mereka simpan sendiri. Maknanya, kalau dia betul-betul nakkan apa yang dia mahukan, mesti dia bersungguh-sungguh menyimpan duit. Tapi, kena jugak ingatkan anak kita gak bukan semua duit simpanan boleh digunakan untuk membeli barang permainan.


Jom didik anak menghargai duit. Sumber Google.

Keempat, galakkan anak menderma sebagai langkah pertama menunjukkan contoh yang baik pada mereka. Bukan apa, kita kena fahamkan mereka bahawa duit bukan hanya untuk puaskan 'nafsu' sendiri tapi untuk membantu orang lain jugak. Bagitau mereka tentang konsep sedekah supaya mereka faham. Ia bukan saja dapat mengajar anak kita menghargai duit, tapi menjadi seorang yang prihatin terhadap kesusahan orang lain.

Kelima, bukakan anak anda buku akaun bank bila tiba masanya. Cakapkan mengenai kebaikan menyimpan dan faedah-faedah yang akan diperolehi. Bukan apa, ia dapat memupuk semangat mereka menyimpan duit dan bersungguh-sungguh untuk melihat hasilnya nanti. Keenam, bila usia anak meningkat, perkenalkan mereka pada penyimpanan untuk pendidikan masa depan. Jelaskan sekali betapa pentingnya ilmu dan betapa perlunya menyimpan duit kalau mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Walau apapun, cikla rasa memang penting kalau kita mulakan segalanya sejak anak kita masih kecil. Bukan apa, mereka lebih senang menerima apa yang kita cakap dan kita juga senang nak mendidik mereka. Ia akan menjadi kebiasaan bagi mereka sampailah mereka besar nanti. ❤❤


*Sumber Harian Metro (Ruangan Wang Anda oleh Irfan Khairi).

Wahai suami, fahamilah hati isterimu.

September 17, 2014 5 Comments
Wahai suami, fahamilah hati isterimu. | Assalamualaikum wbt. Ada orang cakap kadang-kadang kaum suami ni selalu pandang remeh tentang perasaan isterinya. Cikla cakap macam ni bukan sebab cikla juga seorang isteri, tapi kekadang ada macam betul gak. Orang cakap lelaki (si suami) ni tak berapa reti nak tunjuk sayangnya dan care pada isterinya, mungkin sebab lain orang lain caranya kot. Mungkin sayangnya ditunjukkan dari segi yang lain, cuma isterinya je tak perasan. Ye tak?

So, cikla nak share beberapa infotips yang cikla rasa macam perlu je untuk korang tau, terutama para suami. Mungkin lepas ni para suami boleh perbaiki mana yang kot-kot ada yang terkurang dan memantapkan lagi mana-mans yang dah sedia mantoppp. Ala, bukan untuk sapa pun. Untuk isteri tersayang gak kan!

Wahai suami, fahamilah hati isterimu.


Suami perlulah sentiasa menganggap isteri sebagai diri sendiri yang harus dibelai, dihargai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Senang cakap letakkan diri kita pada kedudukan isteri. Macam mana rasa kalau isteri abaikan kita. Buat tak tau je. Apa yang cik suami rasa? Sama jugaklah dengan isteri. Orang cakap pasangan adalah cerminan diri kita sendiri. Ke mana pun kita pergi, imbasan wajahnya perlu di bawah bersama. Walaupun apapun nak dilakukan pasti terfikirkan pasangan. In shaa Allah pasti bahagia.

Selain itu suami janganlah menganggap isteri macam pembantu rumah. Tolonglah mana yang patut. Jangan tunggu disuruh baru nak buat, tu pun macam liat je. Sesekali masuklah dapur masak apa yang isteri suka. Mesti berbunga-bunga je hati isteri. Tak sedap takpe, janji ikhlas dan ada inisiatif nak mencuba. Begitu juga dalam hal menjaga anak-anak, sesekali tolonglah tukar pampers anak ke, mandikan anak ke. Takdelah semuanya diletakkan di bahu isteri. Itu nak buat, ini nak buat. Lagi-lagi kalau isteri yang berkerja. Pejabat lagi, rumah lagi. So, pepandailah ambil hati dan bantu ringankan tugas isteri ye.

Ramai orang cakap kaum wanita ni penuh emosi. Betullah tu. Wanita dan emosi berpisah tiada. So, jagalah perasaan mereka sebab bila isteri redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, mereka akan tenang dan gembira. Tak kira dalam keadaan macam mana pun, sentiasa ingin bersama dengan suaminya walaupun susah atau senang. Tapi kalau sebaliknya, lagi-lagi masa ujian datang melanda (masa susah) dapat suami lak asyik nak marah-marah, emosi juga. Manalah isteri nak cool. Lepas tu, mulalah bergaduh, salah-menyalahkan dan akhirnya membawa kepada perpecahan keluarga. Nauzubillah. Walau apapun, pada cikla memasing kena pandai "menjaga" emosi satu sama lain. Okey bebeh!

Wahai suami, fahamilah hati isterimu.
Wahai suami, fahamilah hati isterimu. Sumber Google.

Betul ke kaum lelaki ni susah nak ingat tarikh penting dalam perhubungan especially, anniversary date dan birthday. Pada cikla memang penting sebab itu tandanya kita menghargai. Takde hadiah pun takpe, janji ada wish dari orang tersayang dah cukup buat hati berbunga-bunga. Itu kira paling cikailah. Kalau nak bagi hadiah bagai ke lagi ok, cukuplah sekadar kad ucapan yang ditulis kata-kata sayang atau sekuntum bunga. Ouchhh, so suweet. Romantiknya. Manusia kan suka dihargai. Lepas tu, pada suami yang mampu, apa salahnya sekali-sekala bawa isteri bercuti. Kira macam bulan madulah. Bukan apa, orang kata ia dapat merapatkan hubungan dan pasti kenangan-kenangan indah akan tercipta. Terkenanglah masa memula baru kawin.

Para suami, cium dan peluklah isteri sekerap mungkin sebab auranya memang kuat. Jangan masa baru-baru kawin je buat, anak dah berderet dah tak buat dah. Ada sesetengahnya umur dah separuh abad, anak cucu dah berderet, masih lagi romantik. Alahai, romantiknya. Ni baru boleh kata 'till jannah' bak kata orang sekarang. Lagipun, hilang sikit kepenatan isteri bila seharian buat kerja rumah, bila mendapat kucupan si suami. Tengok betapa kuatnya kuasa ciuman suami pada isteri.

Jangan lokek puji isteri. Cakaplah isteri anda cantik, kemas, meletup, apa-apa ajelah. Janji pujian. Ia penting untuk naikkan semangat isteri dan buat isterinya rasa suaminya tetap sama macam dulu. Lagi satu jangan abaikan pendapat isteri tak kira dalam apa jua isu sekali pun terutama dalam memantapakan hubungan. Sentiasa berbincang kalau ada apa-apa kemusykilan, jangan nak menyerang melulu tanpa usul periksa. Tolak ansur penting sangat. Yang paling penting, jangan terus dengar cakap orang lain tanpa bertanya perkara sebenar pada isteri. Nanti tak pasal-pasal meletus perang. Tak best lah macam tu.

Tapi, bagi cikla dua-dua pihak kena mainkan peranan memasing. Jangan harapkan sebelah aje, yang sebelah lagi buat dek je. Give and take... 

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan diri cikla jugak. Isteri pun boleh gak nak jadikan ia sebagai panduan untuk suami. ❤❤❤


Sumber Majalahwanita2014/dunialelaki

Harapan-Doa-Tawakal.

September 17, 2014 2 Comments
Harapan-Doa-Tawakal. | Assalamualaikum wbt. Biarlah gambar berbicara. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal...

Harapan-Doa-Tawakal.


Harapan-Doa-Tawakal. Sumber Google++

"Harapan adalah hak setiap manusia. Doa adalah usaha bagi mendapatkan apa yang diharapkan. Tawakal adalah tanda yakin bahawa Allah akan memberi yang terbaik buat kita..."

So, jangan berhenti berusaha, berharap, berdoa dan bertawakal. Semoga bermanfaat... ❤❤❤

Apa cirimu?

September 17, 2014 2 Comments
Apa cirimu? | Assalamualaikum wbt. Cuba lihat gambar kat bawah tu. Nak kata tak betul, macam ada kena-kena gak. Hehe. Kebetulan kot. Cikla anak sulung, BERKEPIMPINAN DAN TEGAS. 

Ermm, dulu masa sekolah-sekolah cikla memang suka join persatuan-persatuan kat sekolah. Satu lagi, cikla ni memang tegas. Kalau sesuatu benda tu cikla tak suka, memang cikla tak suka walau macam mana pun orang try pujuk bagai. Tapi, itu tegas ke keras kepala? Hihi...

Apa cirimu?


Apa cirimu?
Apa cirimu? Sumber Facebook.

Korang macam mana lak? Jomlah share. Saje suka-suka. ❤❤❤

16 September 2014

Selamat hari Malaysia.

September 16, 2014 2 Comments
Selamat hari Malaysia. | Assalamualaikum wbt..... 16 September setiap tahun semua rakyat Malaysia akan meraikan Hari Malaysia. Sebagai rakyat yang cintakan tanah airnya, jagalah maruah negara dan jangan sesekali mengkhianati tanah air kita. Hargailah perit jerih dan pengorbanan orang terdahulu dalam memperjuangkan dan mendapat kemerdekaan untuk negara.


Selamat hari Malaysia.


 Sekian dulu... Wassalam...

10 September 2014

08 September 2014

10 sifat sahabat yang harus dihargai.

September 08, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

10 sifat sahabat yang harus dihargai. | Sahabat.... Orang kata susah nak cari sahabat susah senang. Ada sahabat time senang je, mendampingi kita. Bila kita susah, jangankan batang hidung... Bulu hidung pun tak nampak. Huh... Harap2 kita tak tergolong dari menjadi sahabat yang macam ni dan semoga kita dijauhkan dari sahabat sebegini.

Ada orang... Kamcing atau rapat dengan sahabat mengalahkan adik-beradik. Semua benda di" share. Susah, senang, bahkan rahsia2 pun diberitahu. Kalau sahabatnya betul2 jujur dan amanah takpelah. Tapi, kalau sebaliknya... Sendiri mau ingatlah kan... Hehe.....


Sifat sahabat yang harus dihargai. - Image credited to Facebook.


Walauapapun, bagi cikla kalau kita nak cari sahabat yang benar2 sahabat, kita juga perlu jadi macam tu. Maknanya, kita kena jadi sahabat yang baik dulu. Bak kata orang, "What you give... You get back...." Oklah.... Sekian dulu.... Wassalam....

06 September 2014

Air di cincang tak akan putus.

September 06, 2014 5 Comments
Assalamualaikum wbt...

Air di cincang tak akan putus. | Hubungan adik-beradik memang tak dapat dipisahkan. Bergaduh macam mana pun, berperang macam mana pun, last2 baik gak. Macam anak2 cikla, kalau dah bergaduh, nak2 berebut mainan..... macam nak runtuh rumah dibuatnya. Yang si kakak tarik rambut adik. Yang si adik lak ketuk kakak... Kadang2 cikla nengokkan aje... Tengok sapa menang... Tapi, kalau dah melarat2 sampai menangis2 memasing, barulah cikla masuk campur.... Tak pun jadi tarzanlah kejap ibunya.... Hehehe....

Cer tengok gambar kat bawah tu.... Sweet kan??? Walau macam manapun kita bergaduh dan bermusuhan dengan adik-beradik kita, ia tak akan hubungan darah yang mengalir dalam badan memasing... Hubungan batin yang kuat... Memang tak boleh nak dinafikan.....





Oklah.... Sayangilah keluarga kita..... Jangan bermusuh-musuhan. Setakat gaduh2 manja tu biasalahkan.... Tapi, jangan sampai memutuskan hubungan saudara.... Allah benci orang yang memutuskan hubungan persaudaraan... Lebih2 lagi hubungan adik-beradik. Noted to myself too.... Sekian dulu.... Wassalam....


*Sumber asal gambar: Page Biru-biru.

05 September 2014

Bersyukurlah....

September 05, 2014 3 Comments
Assalamualaikum wbt...

Bersyukurlah.... | Kalau kita rasa kita susah, ingatlah ada orang lain yang lebih susah dari kita. Jangan cepat menyalahkan takdir dan sentiasa bersangka baik...... Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak tahu.





 Sekian dulu, wassalam....

*sumber: fb.

03 September 2014

Nak tau rahsia tak???

September 03, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt..

Nak tau rahsia tak??? | Alamak... Tengok tajuk skit.... Rahsia? Rahsia apakah?? Rahsia pohon cemarakah (dah macam tajuk lagulah plak)... Jeng jeng jeng... Macam suspen je.... Macam terkejut je.... Oklah oklah.... Sebenarnya cikla nak share rahsia macam mana nak wajah kita berseri2.... Jom baca derassss....





Mudahkan? Bagi cikla memang bermanfaat ilmu sebegini.... Walauapapun, di harap akan memberi ilmu kepada kita semua. Jangan lupa buat tau.... In sha Allah....

Sekian dululah... Nanti sambung lagi... Take care korang... Wassalam...


*sumber Facebook.com/infoibuhamil

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.