29 October 2014

11 October 2014

Sabar itu manis akhirnya....

October 11, 2014 8 Comments
Assalamualaikum wbt...

Sabar itu manis akhirnya.... | Rasanya dah lama cikla tak mencoret sesuatu dalam blog ni. Mana taknya, sejak cikla bersalin dan berkampung di hospital sebab masalah yang dihadapi baby ammar, tak sempat cikla nak curi sikit masa untuk blog ni.....

Setelah genap 20 hari cikla berada di hospital.... (20 hari jugaklah cikla berpantang).... Akhirnya baby ammar dibenarkan pulang oleh doktor. Alhamdullilah, tahap kesihatan baby ammar semakin baik.... Tapi selepas ini baby ammar akan di checkup semula untuk memantau tahap pernafasannya.... Walauapapun... Syukurlah semuanya selamat dan dipermudahkan.....

Benarlah orang kata, sabar itu menuntut kita supaya tabah dan sentiasa redha... Pasti akan ada kemanisan diakhirnya. Itulah yang cikla rasa.... Dengan pengalaman pertama kali (stay di hospital) cikla alami dan dengan keadaan cikla yang berpantang... tak dinafikan pada mulanya cikla memang rasa down. Syukurlah kerana ada suami, keluarga dan rakan2 yang sentiasa beri sokongan dan kekuatan pada cikla..... Thanks semua....

Tak lupa juga pada yang mendoakan baby ammar... Ribuan malah jutaan terima kasih cikla ucapkan. Hanya Allah yang dapat membalas semua kebaikan anda.... Oklah.... Sekian dulu, nanti kita sambung lagi... Wassalam....

#ahmadammarrizqie
#21day
#mogasentiasasihatanakibu
#terimakasihALLAH

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.