27 November 2014

The blog owner...

November 27, 2014 4 Comments
Assalamualaikum wbt...

The blog owner... | Hai.... ntah apa2 ntah kan? Setelah sekian lama baru nak introduce diri. Hehe.... takpelah kan...

Pertama sekali, korang boleh panggil saya Cikla.. Dan itulah jugak gelaran anak2 sedara pada diri saya. Umur saya 32 tahun (tua dah...hehe)... Asal Selangor dan sekarang menetap di Banting bersama keluarga mertua.

Saya seorang full housewife, wifey and mummy kepada 3 orang anak. 2 perempuan dan seorang lelaki. Saya suka membaca dan memasak. Heheee... Minat menulis tapi sekadar suka2 je. Boleh dikatakan sebagai hobi. Saya seorang yang happy go lucky tapi macam agak sensitif jugak. Tegas dan garang sikit....





Ermm... lagi apa ek? Cikla rasa cukuplah tu kan? Nanti panjang2 mengantuklah korang membacanya... ye tak? Hehe...

Oklah... sekian dulu... wassalam...

Salam perkenalan...

23 November 2014

Karnival Upin Ipin.

November 23, 2014 10 Comments
Karnival Upin Ipin. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Cuti sekolah dah mula kan? Mesti banyak program ibubapa nak bawak anak2 menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah. Paling2 koman pun balik bercuti kat kampung. Oklah... cikla saja nak share semalam cikla dan keluarga jalan2 ke karnival upin ipin... saja bawak anak2. Memang anak2 cika minat dengan semua karakter dalam cerita tu. Kalau beli cd memang hari2 lah diorang tengok. Belum lagi cite kat tv... biasalah budak2....

Ni cikla belanja gambar2 yang sempat kami posing2 manja gitu... hehehe.... 

Karnival Upin Ipin.


Karnival Upin Ipin.


Karnival Upin Ipin.


Karnival Upin Ipin.


Orang memang takleh nak cakaplah ramainya. Memang crowded giler2 punya. Dah la dengan budak2 lagi...baby lagi... tengok pun kesian jugak lah... Tapi kan pada pendapat cikla karnival macam ni sesuai buat kat tempat terbuka. Lebih selesa. Terutama untuk kanak2.....

Untuk info korang klik link ni okay. Oklah.... sekian dulu.... wassalam...

19 November 2014

Kalau perempuan jalan menunduk...

November 19, 2014 4 Comments
Kalau perempuan jalan menunduk... | Assalamualaikum wbt. Suratan atau kebetulan? Walauapapun ini hanya sebagai pengetahuan je. Nak percaya sangat pun tak boleh jugak. Betul tak?

Kalau perempuan jalan menunduk...


Kalau perempuan jalan menunduk...
Kalau perempuan jalan menunduk...

Nota kaki: Kalau cikla masa jalan takdelah menunduk sangat. Yang okey-okey je. Heheee.... 🌸🌸 



17 November 2014

10 tanda bila.....

November 17, 2014 6 Comments
Assalamualaikum wbt...

10 tanda bila..... | Tua tua tua.... Teringat cikla satu bait lagu kak fauziah latiff...Tua mengejar kita... Antara baitnya " Tua mengejar, pasti tiba masanya. Kau merasa, hidup tak segagah waktu remaja. Di mana tenaga menyala-nyala. Di hari tua makin terpadam semua..." Hakikatnya semua orang (kalau panjang umurnya) pasti akan merasa tua. Tak kan dapat elak punya. Betul tak? Oklah sebelum tu cikla nak share something kat bawah ni... Ada yang setuju tak?


10 tanda bila kita semakin tua......


Walau apapun... Bersikaplah sejajar dengan usia kita. Jangan nanti orang kata, umur dah banyak tapi perangai macam budak2 lagi. Hehe..... Oklah, sekian dulu... Wassalam...

Nota kaki: Maaflah kalau ada yang terasa... Peaceeee!!

Sabar....

November 17, 2014 2 Comments
Assalamualaikum wbt...

Sabar.... Tiada yang manis daripada hasilnya nilai kesabaran yang kita lakukan. Biarpun orang cakap sabar itu ada batasnya, tapi percayalah ia pasti akan memberi hasil yang baik akhirnya....





Sekadar renungan dan perkongsian kita semua. Sekian dulu, wassalam....

Sumber image dari Google.

12 November 2014

Bila....

November 12, 2014 4 Comments
Bila.... | Assalamualaikum wbt. Buat salah, tak buat salah.. Jadi, semua serba-salah.....

Bila....


Bila....
Bila.... 

"Bila kita jahat, ada orang benci. Tapi bila kita baik, orang pulak meluat. Bila kita ikut suruhan agama, katanya kita berlagak alim. Tapi, bila kita ingar suruhan agama, orang mengeji. Bila kita ikut peraturan, skema katanya. Tapi bila kita langgar peraturan, kita ni memang takde masa depan. Bila kita pakai sopan, macam kampung sangat. Tapi bila pakai seksi, takde harga diri. Bila bagi nasihat, katanya bajet bagus, jaga tepi kain orang. Tapi bila kita kasar, sindir, tegur.. orang cakap kita kurang ajar.... "

 So, macam mana? Serba Salah dibuatnya.... ❤❤❤



05 November 2014

First Introduce: My new cinta hati....

November 05, 2014 11 Comments
First Introduce: My new cinta hati.... | Assalamualaikum wbt. Selamat petang semuanya. Cikla harap semuanya sihat dan ceria. Cikla macam biasa je. Alhamdullillah sihat. Saje nak bagitau cikla dah 2 hari dah habis berpantang. Yeayyy. Merdeka.. Hehee.. Ter"excited" lak... 

Oklah... Sebenarnya cikla nak share wajah baby cikla ni..

First Introduce: My new cinta hati....


First Introduce: My new cinta hati....
First Introduce: My new cinta hati....


Gambar kat atas ni masa baby kat hospital. 20 hari jugaklah kami berkampung kat hospital since cikla bersalin. Syukurlah semuanya dipermudahkan. Cian gak tengok baby berwayar bagai. Memang pengalaman yang tak boleh cikla lupakan.


First Introduce: My new cinta hati....
First Introduce: My new cinta hati....


Officially hari ni baby dah 46 hari dah. Kejapnya masa berjalan. Rasa macam semalam je cikla duduk kat labour room melahirkan baby. Hehe. Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. ❤❤❤

#ahmadammarrizqie
#46day

SYUKUR PADAMU YA ALLAH ATAS KURNIAANMU....

Kasih...

November 05, 2014 8 Comments
Kasih... | Assalamualaikum wbt. Orang selalu cakap "what you give, you get back"... Jika baik yang kita lakukan, inshaAllah balasan baik jugalah yang kita perolehi. Tak kira cepat atau lambat. Tak kira dengan siapa kita lakukan kebaikan. Begitu juga sebaliknya.....

Kasih...


Kasih...

"Jika kamu mengasihi ibu bapamu, mescaya kamu akan di kasih oleh anakmu kelak kerana cinta itu turun temurun..."

Sayangi ibu bapa kita... ❤❤❤

04 November 2014

01 November 2014

Anak....

November 01, 2014 6 Comments
Assalamualaikum wbt...

Anak.... | Hai semua... Apa habaq semua? Cikla harap semuanya sihat2 belaka. Cikla.. Alhamdullillah sihat. Tengah2 berpantang ni, cikla macam takde masa sangat nak update belog. Nampak macam dah berkurun tak jengah belog ni... Hehe... Time tengah santai2 dengan baby Ammar, tetiba datang idea nk tulis sesuatu... Sebelum tu, jom kita hayati bait2 kata kat bawah ni....

CHILDREN LEARN WHAT THEY LIVE!!





Baiklah..... Cikla selalu dengar orang cakap anak umpama kain putih, kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab mencoraknya... Putih ka... Hitam ka... Bila pikir2 memang ada betulnya. Apa yang anak kita jadi itu adalah hasil dari didikan atau asuhan makpaknya... Kalau baik ajarannya, baiklah jadi.. Macam tulah sebaliknya.... Tapi, bagi pendapat cikla zaman sekarang ni macam dah lain sikit... Sebab budak2 sekarang lebih mudah terpengaruh. Dengan kawan2... Media massa...

Bukan nak cakap makpaknya tak ajar. Masa kecik... Start dari tadika (5 atau 6 tahun) dah start disekolahkan. Kalau anak cikla, 4 tahun cikla dah masukkan tadika... Kat sekolah macam2 diajar. Belum lagi ilmu agama.. Serba-serbi diajar... Mengaji.. Halal haram.. Tapi bila dah besar lain pulak ceritanya... Huish... Macam2 dah sekarang ni. Nak cerita pun dah seriau.. Nauzubillahiminzalik...

Walauapapun.. Tak semua kot macam tu. Ada jugak yang excellent menjadi anak yang berguna bila dah besar. Pendek kata, diri sendiri yang kena pandai beza mana baik mana sebaliknya...... Tepuk dada, tanya iman... Oklah... Cikla harap takde yang terasa dengan statement cikla... Ni cuma pendapat cikla je. Mungkin pendapat orang lain tak sama.... Sekian dulu... Wassalam....

Sumber gambar dari internet.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.