30 January 2015

Kebun bunga mak.

January 30, 2015 4 Comments
Kebun bunga mak.Assalamualaikum wbt... Bunga dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Kalau kategori mak-mak macam mak cikla ni, nak-nak pulak suka ber'gardening' memanglah siyok katanya. Boleh dikatakan sebagai hobi juga. Tanam pokok bunga keliling rumah. Lagi-lagi kalau pokoknya berbunga colourful, memanglah best je mata memandang. Macam kebun bunga mak cikla ni. Rasanya kalau dibiarkan sekali suntuk kat luar tu memang lekalah dia berkebun. Itulah dia, Mak cikla tersayang.

Sebenarnya cikla saja nak share hasil-hasil perkebunan beliau. Mak cikla memang kreatif orangnya (bukan nak puji mak sendiri tapi memang betul. Hehe)... Ada je ideanya nak susun atur pasu-pasu bunga kesayangannya itu. Cuba korang tengok macam kat dalam gambar ni. 

Kebun bunga mak.


Kebun bunga mak.

Kebun bunga mak.

Tengok.... Memang cantik kan? Nampak kemas jugak. Halaman rumah mak cikla ni takdelah besar sangat, tapi dengan ruang yang terhad boleh juga beliau menyusun bunga-bunga dengan cantik sekali....



Kebun bunga mak.

Kebun bunga mak.

Kebun bunga mak.

Tengok pasunya.. Memang macam-macam rupa pasunya. Inilah namanya kreatif. Recyle barang terpakai.... Hehehe.... Walaupun pokok-pokok yang mak cikla tanam ni kebanyakannya daun yang menghijau, tapi ok apa... Bak kata orang, saujana mata memandang.... Baik untuk mata jugak. Yelah, pandang yang hijau-hijau good for our eyes.... Hehehe....

Oklah, sekian dulu.... Wassalam....

Ayah dan ibu....

January 30, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Ayah dan ibu.... | "Ayah dan ibu... Ayah dan ibu... Itulah permulaan kami. Dapat melihat bulan dan matahari..... Ahaiiii...."

Teringat cikla dengan bait lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Memang bermakna dan mendalam lirik lagu ni.... Pada cikla, sayangi dan hargailah kedua ayah dan ibu kita sementara mereka masih ada. Memang kita tak kan dapat membalas semua pengorbanan dan jasa mereka malah ia tak ternilai dengan wang ringgit......





Si ibu pula bersusah payah dari saat kita berada dalam rahimnya sehinggalah melahirkan. Kesakitan semasa melahirkan hilang bila dia melihat wajah kita dan suara tangisan kita. Si ayah pula bersusah payah mencari rezeki sesuap nasi untuk membesarkan kita.... Jadi, memang wajib kita menjaga mereka bila mereka tua kelak.... Ada pepatah mengatakan ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu/ayah. Oklah, sekadar ingatan untuk diri sendiri dan kita semua.... Sekian dulu, wassalam....

Image from internet.

27 January 2015

Apakah kaitan baju tidur dan kesihatan?

January 27, 2015 0 Comments
Apakah kaitan baju tidur dan kesihatan? | Assalamualaikum wbt. Jangan fikir pemakaian baju tidur adalah satu perkara enteng. Sebenarnya ia amat penting untuk memastikan kesihatan tubuh luar dan dalam. Jadi, jangan pandang remeh tau.

Jangan tak tau, masa tidurlah kesegaran minda dan fizikal dapat dikembalikan setelah penat bekerja di siang hair. Ada kajian mengatakan jangan pakai pakaian tidur yang sama lebih dari tiga kali. Apalah sebabnya kan? Inilah yang cikla nak kongsikan.

Apakah kaitan baju tidur dan kesihatan?
Apakah kaitan baju tidur dan kesihatan? Sumber Google.

Apakah kaitan baju tidur dan kesihatan?


  1. Memakai pakaian longgar semasa tidur adalah amat penting sebab ia akan memberi keselesaan masa kita tidur. Pakaian yang ketat akan ganggu aliran darah, jadi tidur kita tak nyenyak.
  2. Ada sesetengah orang pakai baju tidur yang sama berhari-hari tanpa membasuhnya sebab fikir ala pakai masa tidur je. Bukan busuk pun. Salah sebenarnya tanggapan tu sebab ramai yang tak tau masa malam juga badan kita mengeluarkan peluh tanpa kita sedar. Lagi satu, masa kita tidur ada sejenis bakteria iaitu staphylococcus akan serap masuk dalam tubuh kalau ada anggota badan yang luka. Jadi, ia dah tentu tentu melekat pada baju tidur kita.
  3. Baju tidur yang dipakai berkali-kali juga mempunyai bakteria yang susah nak hilang walaupun kita dah basuh baju tersebut. Lebih buruk lagi, bakteria tersebut turut akan melekat pada pakaian lain yang dibasuh bersama. Jadi, ia akan memberi kesan bau yang kurang enak walaupun kita dah basuh pakaian itu disebabkan oleh bakteria tersebut.
  4. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, elok pilih baju tidur daripada kain kapas sebab ia akan membantu penyerapan peluh yang maksimum. Jadi, jangkitan ruam pada kulit dapat dielakkan. Juga, ia baik untuk kanak-kanak gak.

Nasihat cikla, jangan pandang remeh perkara macam ni. Bukan apa benda yang simple macam nilah kadang-kadang boleh menjadi sebab pada perkara-perkara yang kita tak sangka.

Beringatlah sebelum kena... ❤


Sumber info from Majalah Wanita.

Bahaya kuku panjang.

January 27, 2015 4 Comments
Bahaya kuku panjang. | Assalamualaikum wbt. Kalau nak cerita pasal kuku panjang ni, mesti nak kaitkan dengan perempuan kan? Mana taknya, memang tak boleh dinafikan kebanyakan perempuan yang suka simpan kuku panjang. Cantik katanya sebab mereka fikir dengan menyimpan kuku yang panjang mudah untuk mereka membentuk dan menghiasinya. Tapi, kalau macam cikla memang takdenya lah nak bela kuku panjang ni. Lagilah cikla ada baby kecik. Nanti bahaya pulak kat baby. Manalah tau tercakar ke... Hehe.....

Sebenarnya cikla nak kongsikan beberapa keburukan terutama dari segi kesihatan kalau kita simpan kuku panjang. Jangan marah tau pada siapa-siapa yang suka bela kuku panjang, ni cuma info yang cikla nak share je. Just for knowledge. Tapi, memang penting pun untuk kita amik tau....

Bahaya kuku panjang.


Bahaya kuku panjang.
Bahaya kuku panjang. Sumber Google.

Pertama : kuku yang panjang boleh mencederakan diri sendiri sebab mungkin kita mencakar kulit sendiri secara tak sengaja. Macam cikla cakap kat atas, bahaya untuk yang mempunyai baby kecil takut kita akan mencederakan baby secara tak sengaja.

Kedua : jari menjadi tegang sebab kalau kita menaip menggunakan komputer misalnya papan kekunci akan terkena kuku atau dengan kata lain kita akan menaip menggunakan kuku bukannya jari. Keadaan ini lama kelamaan akan menjadikan jari kita menjadi tegang.

Ketiga : kalau kita makan dengan kuku yang panjang kemungkinan bakteria tersembunyi di celah kuku akan masuk ke dalam badan. Itu sebab sebelum makan kita kena basuh tangan. Lainlah kalau kita makan guna sudu dan garpu. Tapi kalau setakat kita basuh tangan je tapi tak potong kuku pun tak boleh gak sebab kuman dan kotoran pada kuku tak akan hilang kecuali kita memotongnya.

Keempat : kuku panjang susah nak bergerak atau memegang benda. Selain itu ia memerlukan penjagaan rapi sebab kalaulah kuku tu patah, bukan saja teruk dan buruk malah menyakitkan.

Kelima : membela kuku panjang boleh membebankan fikiran. Kalau yang ni cikla tak pasti sangat. Mungkin sesetengah orang kot. Dengar macam kelakar pun ada kan. Tapi, mungkin ada sesetengah orang yang terlalu obses menjaga kecantikan termasuklah kecantikan kukunya sampaikan stress nak fikir macam mana nak treat kuku untuk kekalkan bentuk dan keindahannya. Walaupun nampak macam remeh tapi tak mustahil ada kan spesis macam ni.

Walau apapun, kuku mestilah sentiasa dirapikan supaya nampak kemas dan cantik lebih-lebih lagi kaum hawa yang nak kuku yang sempurna untuk melengkapkan kecantikan mereka. Kekadang, orang akan tengok jugak pada kuku untuk menilai sejauh mana tahap kebersihan seseorang itu....

Semoga info ini memberi manfaat dan sedikit ilmu pada kita. ❤❤


Sumber info from Info sihat (Majalah Wanita 2015).

25 January 2015

24 January 2015

Giveaway By Eny Abdullah – Komen Banyak-Banyak, Share Banyak-Banyak

January 24, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Giveaway By Eny Abdullah – Komen Banyak-Banyak, Share Banyak-Banyak | Hari ni tetibe je cikla terajin nak join giveaway... Jom kita baca kat bawah tu.....

Blog Eny Abdullah.

Cara nak sertai Click JOIN GIVEAWAY.....


1. Follow Cooking & Photography Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/ 
3. Follow Instagram Eny Abdullah - 





Korang jom la join sama..... Sekian dulu.... Wassalam.....




22 January 2015

Mesej dari seorang wanita.

January 22, 2015 1 Comments
Mesej dari seorang wanita.Assalamualaikum wbt. Just sharing. Mesej yang menyentuh hati dari seorang wanita....

Mesej dari seorang wanita.
Mesej dari seorang wanita. Sumber Google 

■ Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...

📝saya tiada percutian
📝saya tiada cuti sakit
📝saya tiada cuti harian
📝saya bekerja siang malam
📝saya sentiasa 'on call'

Dedikasi untuk semua wanita.

Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam. Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!


#copypaste Whatsapp group.

21 January 2015

Bila hero demam...

January 21, 2015 0 Comments
Bila hero demam... | Assalamualaikum wbt. Ermm, sekarang ni musim demam, batuk dan selsema gamaknya. My hero pun tak ketinggalan. Kalau nak cakap dia berjangkit dengan orang dipersekitarannya, tak kot. Sebab cikla memang jaga giler kalau ada orang-orang yang berpontensi memindahkan "penyakit" kepada my hero ni. Entahlah, tapi cikla sendiri pun sekarang ni batuk-batuk jugak. Inilah hero cikla. My baby Ammar. Cian kan?

Bila hero demam...



Bila hero demam...
Bila hero demam...


Sebenarnya sebelum baby Ammar demam, cikla ada bawak dia pergi checkup kat hospital. Timbang berat pun syukurlah naik banyak gak. 6.5 kg. Dan alhamdullilah result pasal kesihatan Ammar pun dah ok. Tapi, alamak kantoi plak dengan skin problem. Skin Ammar masa tu merah-merah. Nak dijadikan cerita, doktor suspect eczema. Ala... Tetibe je kan boleh kena. So, dah kena follow-up lagi untuk skin dia pulak. Kesian... Kesian....

Berbalik kepada kisah Ammar demam, aritu cikla ada bawak dia pergi check doktor. Doktor check suhu badan. APA?38°C. Uiii, patutlah tak tentu rasa.. Asyik merengek je. Kan dah kena masuk ubat lalu punggung sebab panas sangat. Selsema pun kena juga. Masa doktor check macam banyak kahak dan nafas sempit. So, kena lagi. Kena amik gas adalah dalam 15 minit gitu. Cian anak ibu. Pastu doktor bagi ubat demam, batuk dengan ubat titis hidung untuk selsema.....


Bila hero demam...
Bila hero demam...

Tengok mukanya. Sayu je kan? Hehe. Ok Ammar. Ibu paham. Tengah hari tadi bawak Ammar pergi checkup 4 bulan. Mujur takde kena injection. Kalau tak memang postpone ler jawabnya. Sebab kalau baby demam memang misi tak inject. Timbang pun turun 200 g... Jadi 6.3 kg. Kira oklah sebab graf still cantik lagi... Tapi, beratnya naiklah sebab masa 3 bulan berat Ammar 6 kg... Walau apa pun, syukur alhamdulillah....

Oklah.... Cikla harap hero cikla cepat sembuh... Cian tengok. Walaupun dia tak meragam sangat, tapi merengek sikit-sikit je.... Doakan hero cikla cepat baik ye... 

Thanks korang.... Amin... ❤❤❤

16 January 2015

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

January 16, 2015 7 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum wbt.....





Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015 | Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

14 January 2015

Didik anak gosok gigi.

January 14, 2015 2 Comments
Didik anak gosok gigi. | Assalamualaikum wbt. Pendedahan awal mengenai kepentingan menjaga kebersihan gigi kepada anak sangat penting sebenarnya. Macam anak cikla seawal 2 tahun cikla dah ajar mereka memberus gigi. Tapi, biasalah budak-budak kan. Awal-awal bukan main excited. Pagi, petang, siang malam nak menggosok gigilah pulak. Last last main diaorang duduk dalam bilik air main ubat gigi. Tak pasal-pasal ibunya jadi tarzan jap. Aiseyyy.....

Cikla tau, bukan senang nak ajak anak memberus gigi. Kena pandai pujuk rayu barulah diaorang nak. Kadang-kadang sampai ibunya frust sebab tak berjaya nak pujuk diaorang gosok gigi kan... Oklah, cikla nak share beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk mendidik our kids menggosok gigi mereka....


Didik anak gosok gigi. Sumber Google.

Didik anak gosok gigi.


  1. Sebelum menggosok gigi, sediakan berus gigi yang bersaiz kecil dengan pemegang yang besar dan tebal selain bulu yang halus.
  2. Pilih ubat gigi yang sesuai bagi kanak-kanak berusia lebih dari 2 tahun dan letak ikut saiz yang sesuai. Bagi kanak-kanak berusia 1-2 tahun elok jangan gunakan ubat gigi sebab takut tertelan.
  3. Tunjuk cara masa menggosok gigi. Maknanya, berdiri bersama anak depan cermin dan suruh anak ikut cara kita memberus gigi.
  4. Minta anak meniru cara kita memegang dan menggerakkan berus gigi dengan cara memegang tangannya dan arahkan berus ke giginya.
  5. Selepas selesai memberus gigi, minta anak berkumur-kumur dengan air masak supaya tidak cirit-birit jika tertelan air mentah.
  6. Lastly, minta anak bersihkan sisi ubat gigi sekitar mulut. Untuk memupuk kebiasaannya menggosok gigi, selepas selesai berikannya 'hadiah' iaitu ciuman dan pelukan supaya mereka rasa seronok.


Jangan lupa mengajar anak memberus perlahan lidah untuk membersihkannya kerana kadangkala terdapat sisa susu atau makanan pada lidahnya. 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ajar awal-awal supaya mereka terbiasa dan pandai. 

#sharingiscaring#


Info from Majalah Wanita.

Ibu hamil : mengundang bahaya jika tidak pakai tali keledar.

January 14, 2015 0 Comments
Ibu hamil : mengundang bahaya jika tidak pakai tali keledar. | Assalamualaikum wbt. Wah.. Rasanya inilah tajuk entri cikla yang paling panjang kot. Hehe. Takpelah. Janji apa yang cikla nak kongsikan berguna dan manfaat kat kita semua terutama ibu-ibu comel yang sedang hamil. Sebab cikla rasa info ni penting sangat untuk kita tau.

Ada orang cakap ibu hamil tak sesuai pakai tali keledar semasa memandu, sebab ia boleh membahayakan baby dan bimbang ia akan menghalang bahagian abdomen. Selain itu, ia boleh memberi tekanan berlebihan pada perut dan baby, malah menjadi lebih teruk kalau berlaku excident.

Sebenarnya tanggapan di atas tak benar. Tidak memakai tali keledar sudah tentu akan mengundang bahaya. Ada beberapa FAKTA yang boleh dikaitkan dengan penggunaan tali keledar untuk ibu hamil.

Ibu hamil : mengundang bahaya jika tidak pakai tali keledar.


Ibu hamil : mengundang bahaya jika tidak pakai tali keledar.
Ibu hamil : mengundang bahaya jika tidak pakai tali keledar. Image from Google.

  • Kajian membuktikan lebih selamat untuk ibu hamil memakai tali keledar sebagai langkah keselamatan awal jika berlaku apa-apa yang tak diduga.
  • Memakai tali keledar mungkin tak selesa tapi demi keselamatan si ibu dan baby, berpeganglah pada kenyataan ini. Tali keledar mengurangkan risiko bahaya.
  • Tali keledar bukan penyebab komplikasi kehamilan, tapi bertindak sebagai penyelamat jika berlaku apa-apa yang tak diingini.
  • Sehingga kini tak ada bukti menunjukkan penggunaan tali keledar meningkatkan risiko kecederaan pada baby.
  • Air ketuban yang mengelilingi baby dalam kandungan berupaya melindunginya dari hentakan sewaktu kemalangan berlaku.
  • Salah di sisi undang-undang kalau tak pakai tali keledar melainkan memiliki surat yang disahkan oleh doktor, atas sebab pengecualian perubatan.

Panduan yang mungkin berguna untuk ibu hamil semasa menggunakan tali keledar.....


  • Tali bahagian riba letak di bawah perut dan melintang atas peha. Walaupun sendat sedikit tapi selesa. Jangan letak tali bahagian riba di atas perut.
  • Laras posisi semasa duduk. Tali bahagian atas melintang bahu tapi tak menggangu leher.
  • Tali bahagian atas harus melintangi bahagian kolar dan berada di antara payudara supaya tak mencekik leher.
  • Jangan letak tali bahagian atas ke belakang atau selit di bawah lengan.
  • Kalau kenderaan ada beg udara, tolak kerusi ke belakang supaya tidak terlalu dekat dengan bahagian yang menempatkan beg udara.
  • Pakai tali keledar seketat mungkin sebab bila berlaku kemalangan, daya hentakan boleh diserap oleh susuk tubuh. 
  • Elak memakai pakai tebal supaya tali keledar betul-betul rapat pada tubuh.
  • Masa drive, sesuaikan tempat duduk pemandu dan stereng supaya kenderaan dapat dikawal sepenuhnya.
  • Pastikan berada dalam lingkungan selesa dengan stereng dan pedal dan beri sebanyak mungkin ruang antara stereng dan bahagian tubuh.

Apa yang penting, sentiasa beringat dan cegah sebelum kena. Semoga info ini memberi sedikit ilmu kepada ibu-ibu hamil khasnya...


Sumber kredit to Majalah Wanita/catatankehamilan.

12 January 2015

Never give up!

January 12, 2015 0 Comments
Never give up! | Assalamualaikum wbt. Apabila kita mahukan sesuatu, usahakan sehingga kita dapat. Jangan putus asa. Selagi mampu, cuba, cuba dan terus cuba. Never give up! Tiada istilah putus asa malah kuatkan semangat untuk mencapainya. Selepas itu, panjangkan usahamu dengan berdoa dan berdoa. Sesungguhnya Allah amat suka pada orang yang sentiasa berdoa dan meminta padaNya.


Never give up!
Never give up! Sumber Google.

Orang cakap, kalau kita mahukan sesuatu kenalah berusaha. Dalam berusaha tu, kena jugak bertawakal dan berdoa. Kalau terjatuh, bangun dan cuba tempuhi. Cuba sampai kita capai apa yang kita nak. Jadikan sindiran orang lain tu sebagai pembakar semangat. Buktikan...

'Go over, go over, go over, or go through... but never give up!

Baby NewBorn : Ada kelainan ke?

January 12, 2015 3 Comments
Baby NewBorn : Ada kelainan ke? | Assalamualaikum wbt. Ibu bapa mana yang tak seronok bila dapat cahaya mata baru. Orang kata anak adalah anugerah dan amanah malah dapat mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga. Mungkin ada yang antara perasan atau tak yang baby baru lahir (newborn) ada beberapa kelainan pada dirinya. Jom kita terjah apakah kelainan itu....

Baby NewBorn : Ada kelainan ke?


Baby NewBorn : Ada kelainan ke?


  1. Ubun-ubun berdenyut - bahagian tulang tengkorak belum bersatu dan mengeras dengan sempurna. Ia mengambil masa 2 tahun untuk denyut itu hilang. Tips: guna shampoo untuk membersihkan rambut dan kulit kepala baby serta segera keringkan. Jangan sentuh atau tekan ubun-ubunnya.
  2. Wajah sembam - berlaku sebab tekanan yang dilalui semasa kelahiran. Selain wajah, mata juga boleh turut kelihatan bengkak. Akan tetapi, bengkak ini akan hilang dalam tempoh 1-2 hari selepas kelahiran. Tips: jangan telangkupkan baby semasa tidur untuk mengurangi tekanan pada wajah baby. Jika ada benjolan, elakkan menyentuh bahagian itu sampai bengkak hilang. Kalau tiada perubahan dalam masa sebulan eloklah berjumpa doktor.
  3. Berbulu - rambut janin belum luruh sepenuhnya. Baby girl juga kadang-kadang kelihatan berambut pada bahu dan belakangnya. Jangan risau, dalam beberapa minggu kulit baby akan bersih dan bebas dari bulu tersebut. Tips: mandikan baby untuk menjaga kebersihan dan kesihatan kulit. Jangan cukur bulu halus itu sebab ia akan gugur sendiri.
  4. Alat kelamin bengkak - hormon ibu mempengaruhi perkembangan organ seksualnya. Itu sebabnya ia kelihatan lebih besar dan akan normal dalam masa seminggu. Tips: bersihkan alat kelaminnya selepas mandi. Keringkan perlahan dan lap sampai kering. Segera ganti pampers jika sudah penuh untuk mengelakkan ruam lampin. 
  5. Payudara besar - ia disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen ibu. Ia akan normal selepas beberapa hari/minggu. Tips: jangan picit payudara baby sebab ia akan menyebabkan baby tak selesa.
  6. Kulit berlemak - lapissan lemak ini akan mengelupas dalam beberapa hari. Tips: bersihkan kulit baby dengan air suam dan sabun khas. Jangan gosok dengan kuat.
  7. Kaki tangan sejuk dan pucat - sistem peredaran darah baby belum berkembang sepenuhnya untuk mengalirkan darah ke organ-organ penting tubuh. Tangan dan kaki adalah organ terakhir dialiri darah. Ia akan ok secara sendirinya sehingga usia baby setahun. Tips: beri baby susu untuk menghangatkan tubuhnya. Pakaikan baby sarung tangan dan kaki atau selimutkan baby sampai tangan dan kaki baby terasa hangat.

Cikla harap info ini akan memberi sedikit ilmu pada ibu-ibu terutama ibu yang pertama kali mempunyai baby. ❤❤


Info kredit to Majalah Wanita. 

08 January 2015

Bayi tersedak? Bahayanya!

January 08, 2015 4 Comments
Bayi tersedak? Bahayanya! | Assalamualaikum wbt. Sekarang ni, kita sering mendengar dan membaca berita mengenai kes baby yang meninggal akibat tersedak susu. Walaupun perkara ni nampak macam remeh je, tapi sebenarnya penting-penting sesangat untuk para ibu mengetahui sebab dan cara menghadapi sekiranya berhadapan dengan baby sendiri.

Selalunya yang kita tahu baby tersedak sebab diberikan susu botol. Tapi, jangan ingat baby yang menyusu badan tak boleh tersedak. Kalau tak kena gayanya, boleh tersedak juga. Berhati-hatilah ye. Macam anak cikla, ketiga-tiganya memang menyusu badan. Kadang-kadang pernah juga sesekali baby cikla tersedak terutama kalau air susu mengalir laju. Si ibu lak yang cemas kan. Huhu. 

Bayi tersedak? Bahayanya!


Bayi tersedak? Bahayanya!
Bayi tersedak? Bahayanya! Sumber Google.

Sebelum tu cikla nak kongsi sikit punca mengapa baby boleh tersedak;

  1. Susu ibu melimpah. Sebaiknya ibu mengepam keluar susu dan bagi pada baby dengan menggunakan sudu/cawan kecil supaya jumlah susu yang masuk sesuai dengan kemampuannya menelan. Tapi, kalau nak bagi baby guna sudu/cawan kecil pun kena pandai gak tau. Takut baby tersedak juga. Duduk atau sandarkan baby dengan sudut 45 darjah mengikut keselesaan baby.
  2. Susu ibu mengalir terlalu laju. Hentikan dulu memberi susu kepada baby sehingga aliran susu menjadi perlahan dan akhirnya keluar secara titisan.
  3. Salah posisi semasa menyusu. Posisi yang betul semasa menyusu adalah perut baby dan perut ibu saling bertemu manakala dagu baby berada pada payudara ibu. Ia penting, sekalipun si ibu menyusukan baby sambil berbaring pun dapat mengelakkan baby tersedak.

Kalau baby yang berumur 6 bulan ke atas, biasanya tidak lagi bergantung sepenuhnya pada susu ibu dan telah bersedia menerima makanan dan minuman lain, si kecil ini mungkin boleh tersedak ketika makan atau minum;

  1. Menggunakan peralatan minuman yang tak sesuai.
  2. Memberi makan atau minum kepada anak sambil mengajaknya bergurau sebab bila anak diberi minum sambil ketawa atau bercakap, injap pada saluran pernafasannya akan terbuka.
  3. Memberi anak minum atau makan dalam jumlah yang banyak.


Bayi tersedak? Bahayanya!
Bayi tersedak? Bahayanya! Sumber Google.

Jadi, jika terjadi perkara seperti di atas kepada baby kita, segeralah bertindak. Kalau baby tiba-tiba tak menangis atau batuk, mungkin ada sesuatu yang menghalang pernafasannya. Tanda lain seperti pernafasannya berbunyi atau tak mengeluarkan suara ketika membuka mulut. Wajahnya bertukar kebiruan atau kemerahan.

Apa yang perlu dilakukan kalau baby tersedak?


Segera baringkan baby dengan kedudukan mengiring atau meniarap untuk mengeluarkan cecair. JANGAN sesekali mengangkat atau mendukung baby sebab ini akan menyebabkan cecair dalam kerongkong akan mengalir masuk ke dalam saluran peparu.

Mencegah lebih baik dari merawat kan? Kadang-kadang kemalangan boleh juga berlaku dalam keadaan yang tak pernah disangka-sangka.


Sumber dipetik dari ruangan Untukmu Mama (Majalah Wanita).

Urat simpul semasa mengandung.

January 08, 2015 2 Comments
Urat simpul semasa mengandung. | Assalamualaikum wbt. Urat simpul atau bahasa perubatannya urat verikos memang selalu terjadi pada ibu mengandung. Ia biasa dilihat di bahagian betis dan belakang peha yang mana urat berwarna biru terpintal. Pada ibu mengandung ia memang biasa berlaku sebab pertambahan tekanan pada rangkaian pembuluh darah di bahagian bawah tubuh disebabkan pembesaran bayi dan rahim. Mujurlah masa cikla pregnant dulu tak kena urat simpul ni. Kalau tak, bertabahlah.

Semasa mengandung, hormon progesteron meningkat. Jadi, ia menyebabkan dinding saluran darah rileks dan mengembang. Vena (urat) akan mengembang dan menipis. Pengaliran darah yang lambat dengan peningkatan isipadu darah menjadikan darah berkumpul di bahagian bawah dan urat akan menggelembung.

Antara gejalanya adalah kaki terasa berat, bengkak, berdenyut, sakit, lenguh dan sekeliling urat yang membengkak akan terasa gatal. Akan tetapi ibu hamil yang lebih berisiko mengalami urat simpul ini adalah bila ada sejarah sama dalam keluarga, mempunyai berat berlebihan, dan mengandung bayi besar atau kembar.


Urat simpul semasa mengandung.
Urat simpul semasa mengandung. Image from Google.

Urat simpul semasa mengandung.


Jangan risau ye. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan diri dari terkena, iaitu kekalkan berat badan ideal dengan melakukan senaman dan makan makanan seimbang. Selain itu, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tidur dengan keadaan mengiring sebelah kiri dan amalkan meletak kaki atas bantal atau bangku pada siang hari.

Di samping itu, jangan berdiri terlalu lama dan jangan duduk bersilang kaki serta elakkan dari memakai high heels. Tips legakan kekejangan kaki untuk ibu mengandung:

  • buat regangan kaki dengan cara meluruskan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan.
  • minta tolong suami mengurut otot yang kejang.
  • berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan hilang dan kita boleh berjalan seperti biasa.

Apa yang cikla tau, urat simpul ni cuma terbentuk ketika mengandung dan ia akan OK selepas melahirkan anak. Tapi, ia mungkin akan berulang setiap kali mengandung dan mungkin bertambah teruk.

Semoga info ini memberi sedikit ilmu khasnya untuk mama-mama comel yang mengalami masalah ini. Take care dear. ❤❤


Sumber from Wanita Magazine.

Khasiat petai yang kita tak tahu!

January 08, 2015 2 Comments
Khasiat petai yang kita tak tahu! | Assalamualaikum wbt. Eee, usuknya bau petai. Tapi, jangan tak tau petai ni sebenarnya banyak khasiat tau. Ada orang suka makan petai sebagai ulam. Ada juga yang menambahkan petai dalam masakan terutama sambal petai.. Emmm, sedapnya.

Petai ni boleh dikategorikan sejenis kekacang, leper dan berbentuk biji yang jelas kelihatan pada kulit buah berwarna hijau. Pokoknya memang tinggi sehingga boleh mencecah 30 meter. Tinggi kan?

Khasiat petai yang kita tak tahu!


Bercerita pasal khasiatnya pulak, petai memang ada ke'magik' kannya tersendiri. Ia dipercayai dapat mengurangkan masalah kurang darah (anemia), di samping ia boleh merawat masalah hati, busung, bengkak ginjal, diabetes dan membunuh cacing dalam perut dan usus.


Khasiat petai yang kita tak tahu!
Khasiat petai yang kita tak tahu! Sumber Google.


Daunnya pulak boleh merawat penyakit demam kuning dengan cara merebus daunnya seterusnya air rebusan tersebut diminum. Selain itu, akarnya pula dikatakan mampu merawat penyakit kencing manis dengan cara yang sama seperti di atas.

Petai juga mengandungi sumber vitamin A, B dan C di samping ia turut mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa. Ketiga-tiga zat ini amat penting sebagai sumber gula semulajadi yang dapat menghasilkan tenaga segera.

Cikla memang makan petai ni sebagai ulam. Tapi, takdelah menjadi kegemaran sangat. Lagipun kalau kita makan petai ni mulut rasa tak selesa sebab baunya yang ala-ala "harum" semerbak gitu. Hehehe.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit info kepada kita... ❤❤❤


Sumber Khasiat Alami (Majalah Wanita).

07 January 2015

Tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai. (Part 1).

January 07, 2015 0 Comments
Tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai. (Part 1). | Assalamualaikum wbt. Kalau orang perempuan memang ada sesetengahnya obses sangat dengan kasut terutamanya high heels. Macam cikla adalah beberapa pasang kasut yang menjadi kesayangan. Tapi, cikla lebih suka pada kasut yang flat daripada high heels. Lagi selesa dan mudah.

Kalau dulu masa anak dara bolehlah bergaya dengan high heels bagai. Sekarang ni dah anak tiga, dapat bergaya dengan wedges pun dah kira oklah tu. Hehehe. Tak dinafikan memang high heels cantik bila dipakai, S ebab ia akan menambahkan keyakinan si pemakai di samping menjadi daya tarikan.

Sehubungan dengan itu, cewahhh skema lak ayat tetibe. Hehe. Kat sini cikla nak kongsikan beberapa panduan yang mungkin berguna semasa kita nak membeli kasut. Bayangkanlah mahal-mahal kita beli kasut tapi bila pakai kaki melecetlah, lukalah, tak selesalah dan macam-macam lagi masalah.

Tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai.


Tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai. (Part 1).
Tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai. (Part 1). Sumber Google.

Jadi, jom kita semak apakah tips itu;

  1. Beli kasut masa siang hari atau petang sebab ia membolehkan kita mendapatkan ukuran yang lebih tepat dan selesa dengan kaki kita. 
  2. Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Masa try tu jalan-jalanlah dalam kedai untuk mendapat keselesaan yang kita mahu.
  3. Tumit dan jari pastikan tak terkeluar daripada saiz kasut asal serta pastikan anda memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan berjalan.
  4. Pada yang suka pakai stoking atau sarung kaki, masa nak try kasut pakai sekali stoking atau sarung kaki supaya sesuai dengan kasut yang nak dipilih.

Oklah, sekarang ni cikla nak kongsi pulak perkara yang tak boleh dibuat semasa membeli kasut.... Iaitu;

  1. Jangan terburu-buru semasa memilih kasut. Cool dan tenang. Hehehe.
  2. Jangan beli kasut pada waktu pagi sebab masa tu kaki belum mengembang dengan ukuran yang maksimum.
  3. Jangan hanya duduk masa mencuba dan jangan hanya cuba sebelah kasut sahaja.
  4. Jangan beli kasut hanya berpandukan kepada saiz sahaja tanpa mencubanya dahulu. Sebab tak semua jenama sama saiznya mengikut produk memasing.
  5. Jangan pilih kasut yang terlalu ketat walaupun menganggap kaki akan biasa dengan saiz tersebut sebab lama-lama kaki akan sakit dan melecet.

Cikla harap tips di atas akan beri sedikit sebanyak pengetahuan pada kita terutama semasa kita mahu membeli kasut. Kasut bukan hanya berfungsi memberi keselesaan sebagai pelapik kaki malah ia juga menjadi pelengkap gaya seseorang agar nampak lebih menarik dan anggun ketika berjalan.


Sumber : MAJALAHWANITA/TIPSFESYEN.

Ambil vitamin berlebihan, bahaya ke?

January 07, 2015 0 Comments
Ambil vitamin berlebihan, bahaya ke? | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya mesti ramai yang ambil vitamin atau supplement untuk menambahkan tenaga dan kecantikan juga. Kalau macam cikla, memang cikla tak amik supplement bagai ni, sebab cikla tak nak terlalu bergantung kepada mereka.....

Pengambilan vitamin memang tak bahaya. Tapi, jika ia diambil secara berlebihan akan memudaratkan. Inilah yang cikla nak kongsikan kalau kita mengambil beberapa kumpulan vitamin secara berlebihan akan mengundang bahaya....

Ambil vitamin berlebihan, bahaya ke?


Vitamin C - terlalu banyak mengambil vitamin ni akan menyebabkan cirit-birit, loya, kekajangan perut di samping masalah batu karang.

Vitamin B - walaupun fungsi vitamin ini lebih kepada menjaga kesihatan tubuh, tubuh juga mempunyai had untuk menerima 'masuk' vitamin ini. Ia akan merangsang kepada kerosakan saraf kalau diambil berlebihan.

Vitamin A dan D - ia biasanya berada dalam badan kerana diikat oleh lemak. Vitamin A yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan janin. Manakala, vitamin D yang berlebihan akan ditolak mentah-mentah oleh badan.

Vitamin E dan K - kedua-dua vitamin ini juga diikat oleh lemak. Jika keduanya diambil berlebihan akan menyebabkan risiko pendarahan otak selain menggangu proses pembekuan darah.

Jadi, keperluan mengambil vitamin ini hanya untuk orang yang memerlukan sahaja. Kalau tak ia akan menggalakkan pengumpulan racun dalam tubuh. Bak kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati.....

Semoga perkongsian ini akan memberi sedikit info/ilmu kepada kita.... ❤❤😬

Sumber MajalahWanita.

06 January 2015

Mengapa bibir bermasalah?

January 06, 2015 2 Comments
Mengapa bibir bermasalah? | Assalamualaikum wbt. Bibir oh bibir. Bukan Justin Biebir tau. Hehehe. Jangan tak tau, bibir juga antara sebab untuk menambahkan kecantikan wajah seseorang. Sebab apa? 

Sebab, senyuman yang menawan lahir dari bibir yang sihat dan tidak bermasalah. Apa gunanya kalau ada wajah yang cantik tapi bibirnya... kering, pecah dan merekah.

Oklah, cikla nak kongsikan beberapa sebab mengapa bibir rosak dan bermasalah.

Mengapa bibir bermasalah?


Mengapa bibir bermasalah?
Mengapa bibir bermasalah? Sumber Google.


Antara sebab mengapa bibir bermasalah adalah bibir kita terdedah kepada suhu yang berlebihan samada tinggi atau rendah. Jadi, bibir akan menjadi kering dan merekah. Selain itu, kurangnya minum air akan menyebabkan bibir kering dan mengelupas. Jadi, banyakkan minum air.

Untuk pengetahuan korang, tabiat selalu menjilat bibir sebaiknya dihindarkan sebab air liur akan mengakibatkan bibir menjadi semakin kering. Cikla tau, ramai yang ingat menjilat bibir akan melembapkan bibir tapi tak benar sama sekali. Korang stress tak? Kalau korang tengah stress, ini juga menjadi salah satu sebab mengapa bibir bermasalah. Bila korang stress, daya ketahanan tubuh jadi rendah. So, kuman mudah berjangkit pada bibir dan kulit korang.

Sifat alahan pada makanan sebab sesetengah orang mengalami alergik terutamanya pada makanan laut atau kacang akan mengalami bibir bengkak. Di samping itu, kesan produk yang tak sesuai dan tabiat merokok jugak boleh menyebabkan bibir menjadi hitam dan tak menarik.

Siapa yang tak nak bibir yang merah menawan bak delima kan? Mesti semua nak. Betul tak? Bagi cikla, apa yang paling penting bibir yang sihat tanpa sebarang masalah. 

Jagalah anugerah ini kerana ia merupakan salah satu pelengkap diri kita terutama wanita... 💋💋💋


Sumber : MajalahWanita/tipscantik. 

Kelebihan membedung bayi.

January 06, 2015 0 Comments
Kelebihan membedung bayi. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Rasanya tabiat membedung bayi semakin kurang dilakukan oleh orang sekarang. Kalau dulu, cikla ingat lagi masa adik cikla yang bongsu masa kecil mak cikla bedung dia masa dia nak tidur. Jujur cikla cakap anak-anak cikla yang first je cikla semangat nak berbedung bagai. Masuk yang kedua dan la ni yang ketiga dah berkurang lak semangatnya. Hehe.

Cikla pernah terbaca yang orang sekarang ni dah kurang membedung anak mereka sebab kalau dibedung bayi akan menangis dan mengeluarkan tangan daripada bedung. Memang ye pun. Macam anak cikla yang ketiga ni, memang tak suka langsung dibedung. Kalau dibedung mulalah, mengeliat sana sini. Hehe. 

Kelebihan membedung bayi.


Sebenarnya banyak rupanya kelebihan membedung bayi yang kita tak tau. Haa, ni lah yang cikla nak kongsikan. Bedung bukanlah perkara yang baru pada bayi sebab sejak dari dalam rahim ibu lagi, dia sudah biasa 'terhimpit' oleh dinding rahim. Ia sebenarnya mempunyai banyak kelebihan terutama dari segi sentuhan yang berpanjangan.


Kelebihan membedung bayi.


Bayi yang berusia sehari sehingga 3 bulan amat sesuai untuk dibedung sebab ia masih dalam proses penyesuaian diri ke dunia baru. Ia sebagai langkah pertama untuk bayi menenangkan diri sebab berbedung umpama berada dalam pelukan ibunya sendiri. Kain bedung lembut yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti di dalam rahim ibunya.

Berbedung juga menjadikan bayi rasa lebih selamat sebab kalau dia terkejut dengan sesuatu bunyi yang kuat tangannya tak terangkat atau terjaga (kesan Moro). Ia juga dapat mengelakkan bayi menggosok atau mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.

Erm, banyak jugak kelebihan membedung bayi ni kan? 

Semoga ia akan memberi sedikit ilmu kepada ibu-ibu terutama ibu yang baru menimang cahaya mata. 


Sumber : HarianMetro/Hati.

04 January 2015

Biodata Rasullullah SAW.

January 04, 2015 0 Comments
Biodata Rasullullah SAW... | Assalamualaikum wbt. Rasanya belum terlambat lagi cikla nak ucapkan Salam Maulidur Rasul. Di sini, cikla nak kongsikan biodata junjungan besar Rasullullah SAW.

Biodata Rasullullah SAW.


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul '; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
-Khadijah Binti Khuwailid.
-Saudah Binti Zam'ah.
-Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
-Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
-Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
-Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
-Zainab Binti Jahsy.
-Maimunah Binti Harith.
-Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
-Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin '; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

Sekian dulu. Semoga bermanfaat dan memberi sedikit ilmu kepada kita. Wassalam....


# Salam Maulidur Rasul #
#copypasteWhatsapp.

01 January 2015

Setia.

January 01, 2015 0 Comments
Setia. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Tidak ada yang kekal selamanya. Yang muda akan tua. Yang halus mulus akan berkedut suatu hari nanti. Tapi, hanya satu yang akan tetap sama iaitu setia atau loyal heart. Ia amat penting sebab ia mencerminkan sejauh mana seseorang itu menyayangi kita. 


Setia.
Setia. Sumber Google.

'Don't look for a pretty face, it will turn old one day. Don't look for a soft skin, it will wrinkle one day...' 

Memang, memang cikla setuju sangat dengan statement ni. Apa yang kita miliki ni tak kekal selamanya. Semuanya akan berubah mengikut apa yang telah ditentukan olehNya. Siapalah kita untuk menidakkam semua keadaan ni. Betul tak?

Sebenarnya apa yang tak akan berubah dan merubah? Kesetiaan.. ya setia. Walauapapun yang berlaku, kita perlu setia dengan pasangan kita. Barulah kita boleh kata 'Cinta sejati'. 

Semoga kita juga mempunyai hati yang sentiasa setia dengan pasangan kita.... InshaAllah. ❤❤



Baby Ammar sudah 3 bulan...

January 01, 2015 2 Comments
Baby Ammar sudah 3 bulan... | Assalamualaikum wbt. Untuk entri pertama tahun 2015 ni, cikla nak kongsikan cerita mengenai putera encem cikla ni... Ahmad Ammar Rizqie. Syukurnya baby ammar sudah 3 bulan. Sekejap je masa berjalan...

Masa timbang 3 bulan aritu berat baby ammar ngam2 6 kilo. Kira oklah tu, walaupun tak naik banyak tapi graf berat-umur still cantik. Lagipun, baby ammar masih full breastfeeding....

Baby Ammar sudah 3 bulan...


Baby Ammar sudah 3 bulan...
Baby Ammar sudah 3 bulan...

Anak-anak cikla semuanya breastfeeding sampai 2 tahun. Syukurlah, dah rezeki mereka. Baby ammar ni cikla berazam nak breastfeeding sampai 2 tahun jugak. InsyaAllah..... ❤❤❤


Nota kaki: Start bulan ni cikla akan update all about baby ammar setiap bulan. Saja, boleh jugak dijadikan sebagai kenangan.. hehe.....


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.