Ambil vitamin berlebihan, bahaya ke?

By Cikla Shahril - January 07, 2015

Cikla percaya mesti ramai yang ambil vitamin atau supplement untuk menambahkan tenaga dan kecantikan juga. Kalau macam cikla, memang cikla tak amik supplement bagai ni, sebab cikla tak nak terlalu bergantung kepada mereka. Pengambilan vitamin memang tak bahaya. Tapi, jika ia diambil secara berlebihan akan memudaratkan. Inilah yang cikla nak kongsikan kalau kita mengambil beberapa kumpulan vitamin secara berlebihan akan mengundang bahaya.

Ambil vitamin berlebihan, bahaya ke?
Ambil vitamin berlebihan, bahaya ke? Kredit Google. 

Vitamin C - terlalu banyak mengambil vitamin ni akan menyebabkan cirit-birit, loya, kekajangan perut di samping masalah batu karang.

Vitamin B - walaupun fungsi vitamin ini lebih kepada menjaga kesihatan tubuh, tubuh juga mempunyai had untuk menerima 'masuk' vitamin ini. Ia akan merangsang kepada kerosakan saraf kalau diambil berlebihan.

Vitamin A dan D - ia biasanya berada dalam badan kerana diikat oleh lemak. Vitamin A yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan janin. Manakala, vitamin D yang berlebihan akan ditolak mentah-mentah oleh badan.

Vitamin E dan K - kedua-dua vitamin ini juga diikat oleh lemak. Jika keduanya diambil berlebihan akan menyebabkan risiko pendarahan otak selain menggangu proses pembekuan darah.

Jadi, keperluan mengambil vitamin ini hanya untuk orang yang memerlukan sahaja. Kalau tak ia akan menggalakkan pengumpulan racun dalam tubuh. Bak kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati.

Sumber Majalah Wanita.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments