Mengapa bibir bermasalah?

By Cikla Shahril - January 06, 2015

Bibir oh bibir. Bukan Justin Biebir tau. Hehehe. Jangan tak tau, bibir juga antara sebab untuk menambahkan kecantikan wajah seseorang. 

Sebab apa? Sebab, senyuman yang menawan lahir dari bibir yang sihat dan tidak bermasalah. 

Apa gunanya kalau ada wajah yang cantik tapi bibirnya kering, pecah dan merekah. Oklah, cikla nak kongsikan beberapa sebab mengapa bibir rosak dan bermasalah.

Antara sebab mengapa bibir bermasalah adalah bibir kita terdedah kepada suhu yang berlebihan samada tinggi atau rendah. Jadi, bibir akan menjadi kering dan merekah. 

Selain itu, kurangnya minum air akan menyebabkan bibir kering dan mengelupas. Jadi, banyakkan minum air.

Mengapa bibir bermasalah?
Mengapa bibir bermasalah? Kredit Google.

Untuk pengetahuan korang, tabiat selalu menjilat bibir sebaiknya dihindarkan sebab air liur akan mengakibatkan bibir menjadi semakin kering. Cikla tau, ramai yang ingat menjilat bibir akan melembapkan bibir tapi tak benar sama sekali.

Korang stress tak? Kalau korang tengah stress, ini juga menjadi salah satu sebab mengapa bibir bermasalah. Bila korang stress, daya ketahanan tubuh jadi rendah. So, kuman mudah berjangkit pada bibir dan kulit korang.

Sifat alahan pada makanan sebab sesetengah orang mengalami alergik terutamanya pada makanan laut atau kacang akan mengalami bibir bengkak. 

Di samping itu, kesan produk yang tak sesuai dan tabiat merokok jugak boleh menyebabkan bibir menjadi hitam dan tak menarik.

Siapa yang tak nak bibir yang merah menawan bak delima kan? Mesti semua nak. Betul tak? 

Bagi cikla, apa yang paling penting bibir yang sihat tanpa sebarang masalah. Jagalah anugerah ini kerana ia merupakan salah satu pelengkap diri kita terutama wanita. 

Sumber : MajalahWanita/tipscantik.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Bibir sihat tanpa masalah mmg jadi igauan semua..
    pemilihan lipstick kena pandai dan yang penting tak ada chemical..
    nak tau skincare ada chemil ke tak, tengok bibir, kalau bibir hitam.. sure skincare tu
    ada something wrong some where..
    Blogwalking sini. Jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad

    ReplyDelete