Urat simpul semasa mengandung.

By Cikla Shahril - January 08, 2015

Urat simpul atau bahasa perubatannya urat verikos memang selalu terjadi pada ibu mengandung. Ia biasa dilihat di bahagian betis dan belakang peha yang mana urat berwarna biru terpintal. 

Pada ibu mengandung ia memang biasa berlaku sebab pertambahan tekanan pada rangkaian pembuluh darah di bahagian bawah tubuh disebabkan pembesaran bayi dan rahim. 

Mujurlah masa cikla pregnant dulu tak kena urat simpul ni. Kalau tak, bertabahlah.

Semasa mengandung, hormon progesteron meningkat. Jadi, ia menyebabkan dinding saluran darah rileks dan mengembang. 

Vena (urat) akan mengembang dan menipis. Pengaliran darah yang lambat dengan peningkatan isipadu darah menjadikan darah berkumpul di bahagian bawah dan urat akan menggelembung.

Antara gejalanya adalah kaki terasa berat, bengkak, berdenyut, sakit, lenguh dan sekeliling urat yang membengkak akan terasa gatal. 

Akan tetapi ibu hamil yang lebih berisiko mengalami urat simpul ini adalah bila ada sejarah sama dalam keluarga, mempunyai berat berlebihan, dan mengandung bayi besar atau kembar.

Urat simpul semasa mengandung.
Urat simpul semasa mengandung. Image from Google.

Jangan risau ye. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan diri dari terkena, iaitu kekalkan berat badan ideal dengan melakukan senaman dan makan makanan seimbang. 

Selain itu, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tidur dengan keadaan mengiring sebelah kiri dan amalkan meletak kaki atas bantal atau bangku pada siang hari.

Di samping itu, jangan berdiri terlalu lama dan jangan duduk bersilang kaki serta elakkan dari memakai high heels. 

Tips legakan kekejangan kaki untuk ibu mengandung:

  • buat regangan kaki dengan cara meluruskan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan.
  • minta tolong suami mengurut otot yang kejang.
  • berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan hilang dan kita boleh berjalan seperti biasa.

Apa yang cikla tau, urat simpul ni cuma terbentuk ketika mengandung dan ia akan OK selepas melahirkan anak. Tapi, ia mungkin akan berulang setiap kali mengandung dan mungkin bertambah teruk.

Sumber from Wanita Magazine.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. mak aaih seram betul bunyinya..
    bahagia kalau dapat husben penyayang tolong nak urut..

    ReplyDelete