28 February 2015

Tips menjaga tudung bersengkuap.

February 28, 2015 0 Comments
Tips menjaga tudung bersengkuap. | Assalamualaikum wbt. Zaman sekarang ni macam-macam fesyen tudung ada di pasaran. Tu belum lagi dengan shawl. Lagi macam-macam. Kalau nak beli memang rambang mata. Silap-silap haribulan mau diborong satu kedai. Haru dibuatnya. Hahaha. Tepuk dahi suami kat sebelah menengoknya. Dah dah. Tak yah nak merapu banyak-banyak sangat.

Sebenarnya cikla nak share macam mana nak manage tudung yang bersengkuap. Ala, orang sekarang panggil tudung ber"awning. Yang macam tudung fareeda tu. Biasanya awning ni lebih tebal dan keras. Jadi, ia perlu dijaga dengan sebaiknya supaya bahagian tersebut tidak mudah terlipat atau patah. Nanti tak cantik bila pakai. Terpeliot sana, terpeliot sini. Bahagian ni juga biasanya dibuat daripada material jenis sutera shantung, kain broked, dan sebagainya. Pemakaian tudung yang ber"awning" lebih mudah dan jimat masa.

Tips menjaga tudung bersengkuap.



Tips menjaga tudung bersengkuap.
Tips menjaga tudung bersengkuap.


Terdapat beberapa tips cara bagaimana nak basuh tudung jenis ini. Iaitu;

  1. Pegang bahagian awning dan celup tudung ke dalam air sabun. Gunakan sabun lembut atau pelembut fabrik je.
  2. Jangan rendam tudung terlalu lama. Kalau nak rendam, hanya rendam bahagian tudung, tapi bahagian awning disangkut pada bibir baldi. 
  3. Kalau hantar ke dobi, guna khidmat cucian kering lebih-lebih lagi tudung yang dihiasi batu kristal, permata atau renda.
  4. Jangan berus atau gosok tudung kuat sangat sebab takut merosakkan fabrik.
  5. Ada sesetengah awning yang jenis lembik bila selalu dibasuh, jadi jangan rendam atau gosok terlalu lama kalau tudung masih lembap.
  6. Kalau nak kering atau sidai tudung adalah dengan menggunakan penyepit dengan bahagian awning ke bawah dan elakkan dari menyepit bahagian tersebut.

Itulah saja tipsnya. Semoga memberi sedikit info untuk kita.❤


Sumber info dari Harian Metro.

Gotong-royong.

February 28, 2015 4 Comments
Gotong-royong. Assalamualaikum wbt... Hari ni cikla punya aktiviti. Hehe. Gotong-royong kat tadika anak cikla iaitu, kakak batrisyia. Memang dah jadi aktiviti tahunan tadika kegiatan seperti ini  dijalankan. Biasalah, sejak dah jadi mak-mak ni kenalah join aktiviti macam ni. Barulah boleh cakap mak ayah yang aktif. Betul tak? Cewaah. Hehe.

Gotong-royong.


Gotong-royong.

Gotong-royong bermula seawal 8.30 pagi. So, berpagi-pagilah cikla di sana. Cinonet cikla, cikla tinggal jap dengan anak sedara. Biasalah kan, kalau dah namanya gotong-royong mestilah bersih-bersih, sapu-sapu kawasan sekitaran. Aktiviti kemuncaknya adalah mengecat arca-arca yang ada dihalaman sekolah. Alhamdullilah dapat cat sponsor. Rezeki budak-budak.


Gotong-royong.

Gotong-royong.

Dah selesai aktiviti di luar, kami masuk ke dalam pulak. Dah penat-penat bercangkul, mengecat kami menjamu selera pulak... Lepas tu, kami sambung kerja kat dalam pulak. Aktiviti melukis dan menggunting. Kali ni cikla nak tunjuk bakat sikit, cikla lukis dan mereka-mereka pulak menggunting. Bolehlah kan, dari takde...



Gotong-royong.


Oklah, saja nak share, jangan bosan ye.... Sekian dulu, wassalam....

Nota kaki : cikla tak interframe dalam ini cerita bergambar sebab malu nak selfie... Hehe.... 

27 February 2015

Semuanya mengenai telur....

February 27, 2015 0 Comments
Semuanya mengenai telur.... | Assamualaikum wbt. Sebenarnya cikla nak kongsi petua mengenai telur, iaitu telur ayam. Pertama, macam mana nak tau kualiti telur ayam itu ok ke tak. Senang je, korang amik telur rendam dalam air yang banyak. Then, tengok keadaan telur tersebut, adakah....

Semuanya mengenai telur....


Jika telurnya terbaring di dasar bekas maknanya telur itu berat dan masih baru. Jika telurnya miring sedikit atau berdiri di dasar bekas maknanya telur itu sudah seminggu. Jika telur itu terapung maknanya telur itu sudah lama dan mungkin busuk.

Selain itu, selalu amalkan basuh telur sebelum disimpan atau digunakan sebab ia dapat membersihkan telur itu daripada najis yang melekat pada kulit telur. Mengikut hukum syarak, telur yang tak dibasuh dikhuatiri haram dimakan.

Untuk mengekalkan kesegarannya pulak, jangan simpan telur terlalu lama atau diletakkan di tempat yang panas dan terdedah. Simpan dalam bekas tertutup.


Semuanya mengenai telur....
Semuanya mengenai telur.... Image credited to google.

Di samping itu, kalau nak senang mengupas telur rebus mudah aje. Kalau nak elak kulit telur melekat pada isinya, rebus telur macam biasa. Bila telur dah mengeras, ketuk kulit telur supaya pecah dan biarkan ia terendam seketika dalam air rebusan sebelum diangkat. Ia akan memudahkan kita mengupas kulitnya. Tak percayao? Cubalah....

Kadang-kadang petua orang lama ni ada betulnya juga kan. Ada orang cakap, takde lama, takdelah yang baru. Oklah, semoga info ini beri sedikit ilmu pada kita khususnya mak-mak ye... Hehe... 


Sumber info dari ruangan petua (majalah wanita).

Berdepan lelaki anak emak?

February 27, 2015 0 Comments
Berdepan lelaki anak emak? | Assalamualaikum wbt. Hamboi, tengok tajuk entri mesti macam ada yang tak setuju. Ada yang marah ke? Cikla saja nak story mory sikit pasal golongan ni. Pada anda yang "terpikat" dengan lelaki sebegini mesti mencabar kan? Anda kena bersedia dari segi fizikal dan mental kan. 

Sebelum tu, cikla nak share sedikit info mengenai "siapakah yang kita panggil anak emak...." Pertama, mereka ini lebih rapat dengan ibu berbanding ayah dan terlalu bergantung pada ibu. Kedua, kurang keyakinan diri kalau nak buat sesuatu keputusan dan tak terburu-buru memikirkan pasal hal kawin. Ketiga, selalu lebihkan emak sampai menyebabkan isteri makan hati. 

Macam mana? Ada yang terkena tak? Seboleh-bolehnya mesti kita (cikla cerita pasal perempuan) tak nak terjebak bercinta atau berpasangan dengan lelaki anak emak ni kan? Tapi, kalau dah jodoh nak buat lagu mana. Lagu tu lah. Hehe....

 So, inilah yang cikla nak kongsikan, tips macam mana nak berdepan dengan mereka.....

Berdepan lelaki anak emak?



Berdepan lelaki anak emak?
Berdepan lelaki anak emak? Sumber Google.


  1. Lelaki anak emak mudah dikenali berdasarkan personalitinya. Contohnya, dia kerap bercerita mengenai ibunya. Tapi, jangan risau sangat. Kita kena bijak kawal situasi dan faham rentaknya supaya suasana lebih mudah lepas berkawin.
  2. Masalah yang selalu timbul adalah bila diri kita selalu diperhatikan oleh mak mertua. Ada sesetengahnya suka mengadu pasal kita pada suami. Kalau terjadi macam tu, jangan cepat melenting. Sebaiknya cakap kat suami suruh suami bagitau ibunya supaya bercakap terus terang dengan kita.....
  3. Sentiasa bersikap positif kerana walau apapun tindakan suami dan ibunya kepada kita, bukanlah masalah besar pada kita. Sabar dan banyakkan doa supaya diberi ketenangan....
  4. Sentiasa mengambil hati mak mertua walaupun kadang-kadang teguran dia menyinggung perasaan. Layanlah mak mertua macam mak sendiri.

Kesimpulannya, semuanya di tangan kita. Tepuk dada, tanya hati. Jika kita sentiasa berfikiran negatif maka negatiflah hasilnya. Anak mak ke, bukan anak mak ke kalau dah jodoh tak ke mana. Syukurilah, sebab ia merupakan ujian buat kita sebab Allah nak tengok samada sabar atau tak kita menghadapinya.

#janganmarahtau ❤❤❤


Sumber info Artikel Dunia Lelaki (majalahwanita2015).

25 February 2015

Teka-teki Imam Al-Ghazali.

February 25, 2015 0 Comments
Teka-teki Imam Al-Ghazali. | Assalamualaikum wbt.... Cikla nak kongsi satu kisah pengajaran. Kisahnya begini....

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya,
  • Imam Ghazali.... "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".... Murid 1 = "Orang tua" Murid 2 = "Guru" Murid 3 = "Teman" Murid 4 = "Kaum kerabat".....  Imam Ghazali.... " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran ;185). 
  • Imam Ghazali.... "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?".... Murid 1 = "Negeri Cina" Murid 2 = "Bulan" Murid 3 = "Matahari" Murid 4 = "Bintang-bintang" ....... Iman Ghazali.... "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama".... 
  • Iman Ghazali...."Apa yang paling besar didunia ini?".... Murid 1 = "Gunung" Murid 2 = "Matahari" Murid 3 = "Bumi" ........ Imam Ghazali.... "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf; 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"....  
  • Imam Ghazali... "Apa yang paling berat didunia?"..... Murid 1 =" Baja" Murid 2 = "Besi" Murid 3 = "Gajah" ..... Imam Ghazali..... "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab ; 72 ). Tumbuh- tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"....  
  • Imam Ghazali..... "Apa yang paling ringan di dunia ini?".... Murid 1 = "Kapas" Murid 2 = "Angin" Murid 3 = "Debu" Murid 4 = "Daun-daun" ....... Imam Ghazali..... "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat".... 
  • Imam Ghazali.... "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"..... Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang" ..... Imam Ghazali.... "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"....

Semoga bermanfaat. 


Sumber dari Whatsapp group.

24 February 2015

Ammar dah lima bulan!

February 24, 2015 0 Comments
Ammar dah lima bulan! | Assalamualaikum wbt. 21 hb 2 hari tu genap my Ammar 5 bulan. Kejapnya masa berjalan. Rasanya macam baru je cikla berjuang kat dalam labour room melahirkan si cinonet ni. Pastu, berkampung pulak dekat wad hampir 3 minggu. Memang banyak dugaannya. Walau apapun, cikla bersyukur sebab my Ammar sihat, aktif dan membesar bagai johan. Yeaahhhh....

Masuk 5 bulan my Ammar dah pandai meniarap dah. Itu pun memula macam terkial-kial gak dia. Kelakar pun ada. Akhirnya berjaya jugak. Bravo my son! Hehe...

Ammar dah lima bulan!


Ammar dah lima bulan!
Ammar dah lima bulan!

Tengoklah dalam gambar tu. Punyalah dia berusaha sehabis mungkin. Sampai tertonggeng-tonggeng. Ada sekali tu, dah tak boleh nak meniarap. Nangis. Hehe. Comel je anak ibu ni...


Ammar dah lima bulan!
Ammar dah lima bulan!

Tadaa... Berjaya juga. Tapi kalau ikutkan my Ammar ni kira lambat meniarapnya. Kalau kakak-kakaknya 4 bulan dah boleh meniarap. 9-10 bulan dah berjalan. Tapi memang lasak time tu.....


Ammar dah lima bulan!
Ammar dah lima bulan!

Inilah cinonet cikla. Isnin lepas pergi checkup 5 bulan, alhamdullilah semua ok. Berat naik... 6.9kg... Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh... Jadi anak kebanggaan ibu ayah. Sayang adik. Muahhhhh ciked....

Oppss...  Tacing plak.... ❤❤❤

Aiskrim pasu.

February 24, 2015 2 Comments
Aiskrim pasu. Assalamualaikum wbt. Aiskrim... Aiskrim. Hehehe, rasanya yang top sekarang ni aiskrim pasu. Masa cikla mula-mula dengar, fikir-fikir jugak macam mana rupanya aiskrim pasu. tu. Lepas tu adik cikla post kat whatsapp gambar aiskrim tu, lagilah berkobar-kobar nak tengok dan rasa. Hehe. Nak dijadikan cerita, masa on the way balik dari kampung hari Ahad lepas, suami cikla tetibe je "terbaik hati" nak singgah GM klang sebab katanya ada kedai yang jual aiskrim pasu tu. Kami pun menyinggahlah di situ.

Sampai sana, cari punya cari akhirnya ke temu jugak. Rupanya aiskrim pasu tu memang diletak dalam pasu tapi sebelum letak aiskrim, pasu dilapisi dengan cawan polistren yang saiznya agak-agak muat dengan lubang pasu tu. Hari tu kami beli aiskrim perisa vanilla. Lagipun memang favorite cikla aiskrim pasu. vanilla. Lepas letak aiskrim, lapisan atas ditaburi dengan "topping". Ada beberapa jenis "topping" antaranya kacang, serbuk koko dan lain-lain. Lepas tu, nak kasi cantik mata memandang ditambah "aksesori" seperti coklat, gula-gula (masa ala-ala batu) dan bunga tiruan. Lepas tu, apa lagi, kasi makanlah.

Aiskrim pasu.


Aiskrim pasu.
Aiskrim pasu.
Macam yang cikla punya macam kat dalam gambar tu letak "topping" kacang je. Rasanya bolehlah... Macam eskrem sundee tu je. Oh ye, lupalah pulak. Satu aiskrim pasu ni berharga hanya rm5. Mahal tak? Hehe. Pada cikla kira berbaloilah kot....

Aiskrim pasu.
Aiskrim pasu.

Aiskrim pasu.
Aiskrim pasu.

Tengoklah anak-anak cikla. Makan eskrem memang tak hingat punya. Biasalah budak-budak kan. Batuk-batuk pun still nak makan jugak. Kalau korang yang belum try, bolehlah cuba try test. Pada cikla eskrem ni rasa sama macam aiskrim. biasa cuma bezanya ianya diletakkan dalam pasu. Itu aje... 


Nota kaki : Selain dari eskrem pasu, yang cikla tau ada lagi eskrem lain. Contohnya, eskrem payung, eskrem tempurung, eskrem buluh. Macam-macam kan....

23 February 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com

February 23, 2015 6 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

-TAMAT SUDAH-

22 February 2015

Cerita bapa dan anak.

February 22, 2015 2 Comments
Cerita bapa dan anak. | Assalamualaikum wbt.... Cerita di bawah sekadar renungan kita bersama.... Ceritanya begini....

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar?" Jawab anaknya, "Macam mana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya,

  • Bukankah nak berjudi kena bayar? 
  • Bukankah nak minum arak kena bayar? Bukankah nak merokok kena bayar? 
  • Bukankah masuk pub kena bayar? 
  • Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

  • Jika nak solat, kita tak perlu bayar.
  • Jika nak puasa, kita tak perlu bayar. 
  • Jika beristighfar, kita tak perlu bayar. 
  • Jika berzikir, kita tak perlu bayar.

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.

Wah.... Mendalam sungguh pengajaran cerita ni kan? Semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam.....


Sumber dari Whatsapp.

20 February 2015

Kerap buang air ketika mengandung.

February 20, 2015 2 Comments
Kerap buang air ketika mengandung. | Assalamualaikum wbt. Rasanya dah biasa kot kalau perempuan mengandung mengalami keadaan sebegini. Ia biasanya berlaku masa trimester pertama dan ketiga. Tapi, janganlah risau sangat sebab ia bukannya bahaya pun cuma tanda awal kehamilan dan disebabkan oleh perubahan hormon gak.

Masa cikla pregnant sebelum ni pun memang selalu rasa camni. Kejap-kejap pergi toilet. Kejap-kejap pergi toilet. Lagi-lagi kalau dah dekat-dekat cukup bulan. Ada orang cakap, kalau selalu nak buang air tandanya rambut baby lebat. Tapi, tak taulah betul ke idak. Kebetulan anak-anak cikla tiga-tiga lahir memang berambut lebat. Heheheheeeee.

Sebenarnya kalau nak tau, bila baby dalam kandungan semakin membesar, tubuh ibu akan menghasilkan lebih banyak air kencing tapi pundi kencing pulak makin mengecut. Jadi, keadaan ini akan menyebabkan tekanan yang disebabkan oleh si baby akan membuatkan si ibu rasa pundi kencing macam penuh nak-nak dekat-dekat nak cukup bulan bila kepala baby dah turun dan masuk ke laluan...

Kerap buang air ketika mengandung. 


Kerap buang air ketika mengandung.
Kerap buang air ketika mengandung. Image from Google.


Tips : Kalau nak kurangkan rasa nak buang air ni janganlah pulak ibu-ibu kurang minum air sebab ia akan menyebabkan dehidrasi. Ibu-ibu sepatutnya minum 6-8 gelas sehari. Lagipun dengan meminum air dengan banyak akan membantu pengaliran nutrien kepada baby.

Kalau nak kurangkan juga, just minum sedikit dalam masa 1-2 jam sebelum tidur untuk kurangkan pergi toilet pada waktu malam. Tapi ingat, ibu perlu berjumpa doktor kalau rasa sakit atau panas bila membuang air.

Lagi satu, kalau ibu rasa nak terkencing tapi masa kencing hanya beberapa titik yang keluar. Bukan apa, takut ibu mungkin mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) yang boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang dan boleh meningkatkan risiko bersalin awal. Tak naklah bersalin awal, kalau boleh biarlah cukup bulannya kan kan. Hehehe.

Jangan risau sebab keadaan ini akan berkurangan dan seterusnya hilang selepas baby lahir. Memang dalam tempoh beberapa hari selepas melahirkan, ibu akan kerap kencing dan banyak tapi, selepas itu keadaan akan menjadi seperti biasa.

Semoga info ini akan memberi sedikit sebanyak ilmu pada ibu-ibu hamil khususnya. ❤❤❤


Sumber artikel catatan kehamilan, Majalah Wanita Feb.2015.

Kedai menjual isteri.

February 20, 2015 2 Comments
Kedai menjual isteri. Assalamualaikum wbt..... Cerita berikut sekadar renungan kita bersama. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jom kita baca dan hayatinya.....

Di dalam sebuah bandar ini terdapat sebuah kedai yang unik iaitu KEDAI MENJUAL ISTERI. Kedai ini dibuka selepas tengah malam. Kedai yang menjual isteri ini akan dibuka di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri. Syarat untuk masuk kedai tersebut adalah seperti berikut:-

"ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA"

Kedai tersebut mempunyai 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanitanya. Kamu boleh memilih wanita di tingkat yang kamu suka. Jika tidak berkenan, kamu juga boleh memilih calon isteri di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.

Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai tersebut untuk mencari calon isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini.....

Tingkat 1 : Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan dan pandai memasak.

Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia naik ke tingkat 2.

Tingkat 2 : Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak dan lemah lembut.

Lelaki itu tersenyum lagi dan naik lagi ke tingkat 3.

Tingkat 3 : Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut dan cantik.

"Wow!!!" Ujar lelaki tersebut. Tawaran semakin menarik. Lelaki tersebut semakin ghairah dan terus naik ke tingkat 4.

Tingkat 4 : Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang kepada kanak-kanak.

Lelaki tersebut berkata, "Ini benar-benar membuat aku serba salah dan hampir tak percaya!!!"

Dia berfikir pastinya tingkat 5 tawarannya lebih hebat lalu dia terus mendaki ke tingkat 5.

Tingkat 5 : Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang kanak-kanak dan seksi.

Dia tergoda dengan tawaran yang diberikan dan mengambil keputusan untuk berhenti dan memilih calon isteri di tingkat 5. Tiba-tiba lelaki tersebut menukar fikirannya lalu dia bertindak melangkah ke tingkat 6. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila membaca tulisan...

Tingkat 6 : Anda adalah pengunjung yang ke 9,989,686,898. TIADA wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata sebagai pembuktian untuk LELAKI yang TIDAK PERNAH PUAS. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini.

SAUDARAKU, setiap dari kita tidak ada yang sempurna. Tidak ada satu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini. ISTERI CANTIK, SUAMI TAMPAN, JAWATAN TINGGI, KEKAYAAN, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT BERJUTA dan macam-macam lagi. Kelihatannya begitu GAH dilihat di mata MANUSIA namun kita sering TERLUPA yang itu semua hanya bersifat SEMENTARA.

Oleh itu, hanya dengan RASA SYUKUR, JUJUR, IKHLAS dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan oleh Allah SWT buat kita, yang mampu membuat HIDUP kita begitu INDAH dan TENANG kerana kita pasti merasa PUAS terhadap apa jua yang Allah SWT berikan kepada kita. Semoga kita terus ISTIQAMAH. Wallahu'aklam...

Semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam....

Sumber cerita dari Whatsapp Group.

Belajar.....

February 20, 2015 0 Comments
Belajar..... Assalamualaikum wbt... Sekadar renungan kita bersama....

Belajar.....

Kata orang kalau nak belajar memang takde had. Sampai bila-bila pun tak akan abis. Dalam hidup memang hari-hari kita sentiasa belajar. Belajar supaya menjadi lebih baik dari semalam.....


Image from Facebook.

18 February 2015

17 February 2015

Allah juga merancang...

February 17, 2015 2 Comments
Allah juga merancang... | Assalamualaikum wbt. Kalau apa yang kita rancang itu tak dapat dicapai, tolonglah jangan mudah menyalahkan Allah. Mengapa takdir Allah begini, mengapa takdir Allah begitu. Siapalah kita nak mempersoalkan ketentuanNya. Siapalah kita untuk bertanya 'kenapa', 'mengapa' kepada Allah. Siapalah kita...

Allah juga merancang...
Allah juga merancang... Sumber Google.

Kalau kita merancang, jangan lupa yang Allah juga merancang. Apa yang pasti, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kalau apa yang kita rancang menjadi kenyataan, bersyukurlah. Tapi, kalau sebaliknya maka bersangka baiklah kepadaNya kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Sama-samalah kita muhasabah diri.

Kalau Allah berkehendak sesuatu itu berlaku tak kira apa jua halangan cepat atau lambat ia  pasti berlaku. Tapi kalau sebaliknya? Kita rancang macam mana 'baik punya plan' pun, ia takkan berlaku dengan izinNya. Kun fa ya kun...

 Allah has a perfect plan for us. ❤❤❤

Nak rotan boleh ke?

February 17, 2015 0 Comments
Nak rotan boleh ke? Assalamualaikum wbt. Rasanya isu "hukuman merotan" ni dah lama diperkatakan. Cuma cikla baru je berpeluang nak share pendapat cikla pulak terhadap isu ini. Sebelum ni, isu ni mendapat perhatian semua lapisan masyarakat dan masing-masing bagi pendapat masing-masing. Ada yang menyokong malah ada jugak yang tak setuju.

Bagi cikla, merotan ni boleh tapi biarlah kena pada tempat dan sebabnya. Cuba kita flashback balik masa kita kecik-kecik dulu. Kalau nak cerita masa cikla kecik-kecik dulu (orang lain cikla taktau la pulak kan) memang mak dan rotan berpisah tiada. Hehe. Sebab apa cikla cakap macam tu? Sebab masa cikla dan adik-adik cikla kecik dulu, memang rotan-merotan ni dah biasa dah. Biasalah kan budak-budak baru nak kenal dunia. Hehe. Nakal dan ligat kemain. Kalau teguran mak tu kitaorang buat dek je, siaplah mak keluarkan senjata dia. Hehe. Zasssss sama dia. Time tu lah kitaorang lari bertempiran. Gila apa nak tunggu. Mesti kena seliang punya.

Nak rotan boleh ke?


Nak rotan boleh ke?
Nak rotan boleh ke? Sumber Google.


Lagi satu, masa cikla dengan sepupu dan adik-adik cikla mengaji kecik-kecik dulu dengan arwah atok, rotanlah peneman setia dia masa mengajar. Atok pegang je rotan tu, bukannya dia rotan kami pun. Paling ngeri pun dia pukul lantai, nak kasi kami takut je. Itupun ada yang dah nangis sampai meleleh-leleh ayor mato. Hehe. Baru pukul lantai kan. Takut kemain lagi.

Rasanya (ni pendapat cikla tau) cara orang dulu dengan orang sekarang gunakan rotan ni lain kot. Bukan apa, orang dulu guna rotan sebab nak mendidik.. Paling kuat pun nak gertak je anak dia, bukan nak rotan betul-betul pun. Tapi, orang sekarang guna rotan sebagai alat nak lepas geram. (Sori kalau ada yang tak setuju). Kalau dah sampai berbilau-bilau tu bukan mendidik dah nama dia. Dah kes dera plak. Kan masalah lain datang.

Oklah, apa yang penting bak kata orang dulu-dulu. "Tepuk Dada, Tanya Hati". Semuanya di tangan kita kan. Baik atau sebaliknya kita yang tentukan. Kalau baik yang kita fikirkan, baiklah jadinya.

Kalau buruk yang kita fikirkan, buruklah jadinya... ❤❤

16 February 2015

Yours....

February 16, 2015 0 Comments
Yours.... | Assalamualaikum wbt... Apa yang dipamerkan oleh diri kita akan mencerminkan bagaimana diri kita sebenarnya. Tak kiralah atau sebaliknya. Ada orang menilai orang lain dari segi tingkah laku dan percakapannya terhadap orang sekeliling. Ada orang menilai orang lain dengan melihat bagaimana cara dia menyesuaikan diri dengan persekitarannya. So, bagi cikla kita kena pandai membawa diri. Walau di mana pun kita berada terutama di tempat orang, jagalah tata susila dan tingkah laku. Bukan apa, bak kata pepatah... "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga........"


Yours....
Yours....


Ingatan untuk diriku jua. 


Image from Mr. Google.

Suri rumah pun alami Monday blues gak ke?

February 16, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Suri rumah pun alami Monday blues gak ke?Jangan ingat orang berkerjaya je yang mengalami Monday blues, suri rumah macam cikla ni pun alami jugak. Hehe.... Ye ke? Entahlah, sometimes kot. Dulu, masa anak baru sorang takdelah terasa sangat. Sekarang ni, my daughter dah sekolah, so rutin harian sedikit berubah. Bangun pagi, lepas subuh terus prepare untuk dia sebelum dia pergi sekolah. Mandikan, siapkan. Itupun kadang-kadang je dia breakfast kat rumah, sebab kat sekolah dah ada breakfast. Just drink milk. Pas semua ready, then hantar dia pergi sekolah pulak. Merempit di pagi hari. Hehe.... Biasalah mesti ada yang meng 'eskot'... Tak lain tak bukan adik dialah.. Hehe.... Balik, do homework then tengah hari pergi amik dia balik sekolah pulak. Petang, dalam pukul 1 lebih sekolah agama... Macam itulah rutin cikla kalau time sekolah....





Tapi, jangan nak blues sangatlah sebab sebenarnya hari-hari pun 'blues' juge... Hehehe... Tuesday blues, Wednesday blues, Thursday blues, Friday blues... Demi yang tersayang ku gagahi dan harungi jua. Cewaahh... Oklah, bertabahlah ye kawan-kawan sekalian... Sekian dulu, wassalam.....

Image from Mr. Google.

14 February 2015

Dream....

February 14, 2015 0 Comments
Dream.... | Assalamualaikum wbt. Dream.... Impian. Cikla percaya semua orang mesti mempunyai impian kan? Tak kiralah impian jangka masa pendek atau panjang. Bagi cikla kalau kita mempunyai impian, kita mestilah berusaha sekuat-kuatnya untuk mencapai impian tersebut. Jangan hanya nak itu ini, tapi usaha langsung takde.

Dream.... 


Dream....
Dream.... Sumber Google.


Tapi ingat, jangan hanya usaha je, doa dan tawakal juga perlu. Kan kita dengar orang selalu cakap... "DOA, USAHA, TAWAKKAL... INSYAALLAH BERJAYA....."

Semoga kata-kata ini akan menjadi penguat semangat untuk kita semua mencapai apa yang diimpikan... Amin.... 🌸🌸


13 February 2015

Bayi dan senyuman.

February 13, 2015 0 Comments
Bayi dan senyuman. | Assalamualaikum wbt. "Senyum. Tak perlu kata apa-apa...." Rasanya banyak lagu yang cerita pasal senyum kan? Senyum.. Bukan susah pun kan. Lagipun orang kata senyum itu kan sedekah. Tapi, janganlah senyum tak kena tempat pulak. Nanti tak pasal-pasal orang ingat kita ni.. Jim ya lam alif lak. Hehehe.


Bayi dan senyuman.


Sebenarnya, cikla nak share macam mana kita nak tengok perkembangan si manja kita dengan senyuman. Kadang-kadang kita tengok baby yang baru lahir pun boleh tersenyum. Bagi cikla tahap perkembangan sejak mula baby dilahirkan sehingga dia besar bukan sekadar baby mula mengiring, meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan. Dengan senyuman gak kita boleh pantau perkembangannya sebab ia merupakan senyumam refleks yang boleh dikatakan senyuman yang sebenarnya. Bukan senyum pura-pura. Hehehee.

Merujuk kepada artikel "untukmu mama dari Majalah Wanita edisi Feb 2015", senyuman baby boleh dikategorikan kepada:

Bayi dan senyuman.


0 - 1 bulan : senyum baby newborn takde kaitan dengan emosinya sebab senyuman itu spontan. Contohnya macam baby cikla, kadang-kadang tetiba je dia tersenyum walaupun tengah tidur. Orang tua-tua kata dia senyum dengan sahabatnya. Waallahualam... Itu cikla tak pastilah betul atau tidak. Biasalah orang lama memang banyak petuanya kan? Baby juga boleh tiba-tiba tersenyum masa dia mengantuk atau masa dia sedang melewati tahap tidur. REM (Rapid Eye Movement).

6 - 12 minggu : baby akan selalu tersenyum kalau terbangun dari tidur yang mana dia akan beri respons (secara berperingkat) pada rangsangan disekelilingnya. Contohnya, respons terhadap suara ibu/ayahnya. Then, baby akan respons pada rangsangan bunyi dan visual yang datang bersamaan. Jangan risau kalau baby hanya senyum pada umur seawal 12 minggu sebab normal je tu.....

3 - 4 bulan : baby dah mampu tersenyum. Tapi jangan pulak paksa baby senyum sebab dia akan senyum ikut moodnya. Baby juga mampu beri respons interaksi dihadapannya. Contohnya, macam baby cikla sekarang ni dah nak masuk 5 bulan, kalau kita agah-agah dia, memang asyik ketawa je.... Kalau kita geletek dia, lagilah terkekeh-kekeh gelaknya....


4 - 6 bulan : pada usia ini, baby boleh tersenyum tapi kemudian dia berpaling. Ibu-ibu sekalian janganlah pelik pulak ye sebab baby sedang belajar dan melatih kemampuannya mengatur emosi daripada kegembiraan. Biarkan aje, sebab nanti masa baby kembali melihat kita dia akan tersenyum lagi.

8 - 12 bulan : baby akan menunjukkan macam-macam ekspresi masa senyum. Malah, baby akan ketawa yang lengkap dengan suara. Senyumannya akan menjadi respon daripada dia dan menjadi salah satu cara baby berkomunikasi dengan orang disekelilingnya.

Kesimpulannya, cikla nak ingatkan kalau sudah 3 bulan baby masih belum boleh tersenyum, better bawak pergi jumpa doktor sebab takut baby mengalami kelainan pada saraf pusat otaknya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata khususnya. Tak salah berkongsi ilmu kan? 

Sharing is loving......❤❤

Friend....

February 13, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt...

Friend.... | Sebenarnya  banyak jenis kawan rupanya. Ada kawan biasa-biasa aje dan ada kawan yang rapat sangat... Sanggup berkongsi susah senang. Kan ada pepatah kata,

"Kawan ketawa senang dijumpa, kawan menangis payah dicari..."





Bagi cikla, kalau nak berkawan tu janganlah orang cakap ada udang di sebalik batu. Nak berkawan biar ikhlas. Bukan apa, manalah tu suatu hari nanti kawan kita itulah yang akan bantu kita masa kita susah. Tapi, janganlah nak kawan time senang je, time susah hilang ghaib... Hehe...

Sekadar renungan kita bersama. Oklah, sekian dulu. Wassalam.....

Lelaki pun bermekap?

February 13, 2015 2 Comments
Lelaki pun bermekap? | Assalamualaikum wbt. Sebelum cikla baca artikel (Sumber dari ruangan Keterampilan Majalah Wanita) mengenai "lelaki pun bermekap" ni, memang cikla memang tak terfikir pun lelaki pun macam perempuan. Maksud cikla, mereka juga sebenarnya kena gak mementingkan "kecantikan" diri sama macam perempuan. Tapi rasanya takdelah sama macam perempuan kot, kalau perempuan memang obses sangat. Hehe..... 

Jangan ingat lelaki takde masalah kulit macam sesetengah perempuan, mereka pun menghadapinya juga. Contohnya masalah jerawat, ton kulit tak sekata, jeragat dan lain-lain. So, khas untuk jejaka-jejaka kat luar tu, cikla nak share beberapa tips untuk menyerlahkan penampilan supaya nampak yakin dan semestinya tampan...

Lelaki pun bermekap?
Lelaki pun bermekap? Sumber Google.

Lelaki pun bermekap?


  1. Cuci muka - buat 3 langkah asas seperti membersih, melembap dan menyegar. Masa mencuci muka ikut urutan bulatan untuk singkirkan sel kulit mati. Cari pelembap yang mengandungi SPF 15 ke atas sekitar muka hingga ke leher.
  2. Bedak asas - guna bedak asas sekadar untuk menaikkan seri wajah. Jangan guna secara keterlaluan dan tebal.
  3. Concealer (penyamar noda) - digunakan untuk menyembunyikan cela pada wajah. Masa nak pilih concealer, test pada pergelangan tangan untuk cari warna yang serasi dengan kulit. Ia juga berfungsi sebagai penutup kesan jerawat, bulatan gelap bawah mata dan bintik merah pada kulit. Sapu concealer guna jari lagi senang.
  4. Lip balm (pelembap bibir) - untuk melindungi bibir dari kering dan mengelupas. Pilih lip balm tanpa warna.


Bagi cikla, tak salah kot lelaki nak "bersolek" tapi janganlah over sangat macam perempuan dah. Cukuplah ala kadar je, just untuk memperbaiki dan melindungi apa yang nampak kurang. 

Bukan nanti nampak lagi yakin bila berhadapan dengan orang. Betul tak? 

11 February 2015

Watch...... Became.....

February 11, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Watch...... Became..... | "Watch your thoughts, they became words. Watch your words, they became actions. Watch your actions, they became habits. Watch your habits, they became characters. Watch your characters, they became your destiny....."

Memang betul kan. Apa yang selalu difikir, itulah yang akan terkeluar dari mulut kita menjadi kata-kata. Baik atau buruk semuanya diri kita yang tentukan. Macam ada orang selalu cakap, positif kita fikir, positiflah semua perbuatan kita. Dan begitulah sebaliknya. Semasa bercakap pulak tak kiralah dengan sesiapa pun, jagalah tutur kata. Bukan apa, kadang-kadang apa yang kita katakan kita rasa macam gurauan tapi mungkin orang lain rasa tak. Always be careful with your words....





Dah tu pulak, apa yang selalu kita buat (baik atau buruk) kalau dah asyik buat benda yang sama lama-lama jadi kebiasaan. Kalau dah jadi kebiasaan dah susah pulak nak buang. Kalau yang baik tu takpelah, tapi kalau sebaliknya? Dah orang pandang serong kat kita. Sebab orang ingat dah jadi karektor kita... Kan susah kalau dah jadi macam tu kan?

Ermmm... Susah kan sebab macam berkait rapat satu perkara dengan satu perkara yang lain. Kalau yang satu kantoi, maka yang lain tu mesti dapat kesannya.... Jadi, apa yang terpenting jagalah yang satu supaya yang lain turut terjaga..... Sekian dulu... Wassalam....

-bukan nak tunjuk pandai, just share my opinion. Sharing is caring kan... Hehe....


Image from internet.

10 February 2015

Tips merawat tali pusat baby.

February 10, 2015 0 Comments
Tips merawat tali pusat baby. | Assalamualaikum wbt. Semua mesti tau kan apa dia tali pusat baby. Masa dalam rahim ibu, pusat baby berbentuk tali dan berfungsi sebagai saluran untuk membekalkan makanan dari plasenta (uri). Bila baby lahir, tali pusat ini akan dipotong dan disepit dengan meninggalkan 2-3 cm yang mana ia akan tertanggal sendiri. Biasanya ia akan hitam dan jatuh dalam tempoh 5-21 hari lepas lahir.

Kalau ibu-ibu yang pertama kali melahirkan mungkin takut nak sentuh dan rawat baki tali pusat sebab takut akan menyakiti baby. Macam cikla, honestly memang bab-bab cuci pusat masa anak cikla baby dulu memang mak cikla yang buat sebab cikla memang tak berani. Hehe. Cuma anak ketiga je cikla buat sendiri sebab time tu kena berkampung kat hospital. So, nak tak nak kenalah buat kan. 

Tapi apa yang penting, kita mesti pastikan ia sentiasa bersih kerana ia berisiko terkena jangkitan. Lagipun kita masih boleh memandikan baby dengan cara dari atas ke bawah menggunakan flanel suam basah. Jangan lupa lepas mandi lap tali pusat dengan tuala lembut dan biarkan ia betul-betul kering sebelum memakai lampin.


Tips merawat tali pusat baby.
Tips merawat tali pusat baby. Sumber Google.


Sebenarnya cikla nak share beberapa tips yang mungkin berguna (khas untuk ibu-ibu baru) macam mana nak merawat tali pusat baby.

Tips merawat tali pusat baby.


  1. Pastikan ibu cuci tangan sebelum dan selepas menukar lampin.
  2. Jaga kebersihan kawasan tali pusat dan sekitarnya dan pastikan ia kering. Guna kapas baru yang lembut setiap kali membersihkan tali pusat.
  3. Jangan letak bedak atau baby oil dan gunakan kain kasa steril yang bersih atau kering pada bahagian pusat.
  4. Masa bersihkan pusat, pastikan suhu bilik tak terlalu sejuk. Bersihkan pusat 1-2 kali sehari.
  5. Jangan sesekali menarik tali pusat dan elakkan bahagian lampin tutup bahagian tali pusat. Biar ia terdedah pada udara atau tutup dengan baju yang longgar dan bersih.


Untuk pengetahuan, memang normal kalau ada tali pusat yang nampak macam kotor atau macam ada nanah di bahagian bawah. Tapi, ada tanda-tanda yang menunjukkan tali pusat dijangkiti iaitu bau kurang enak, timbul ruam merah, hujung tali pusat kelihatan merah, bengkak di sekitar pangkal tali pusat dan boleh disertai nanah atau cecair jernih pekat, baby demam atau kurang menyusu serta menangis bila tali pusat disentuh.

Tapi, jangan risau ye ibu-ibu sekalian. Jika ia berlaku, masih boleh dirawat. Antaranya adalah;

Tips merawat tali pusat baby.


  1. Bawa baby jumpa doktor. Doktor akan beri antibiotik dan ubat sapu untuk kurangkan jumlah bakteria di sekitar pusat.
  2. Elakkan tali pusat terkena air kencing baby sebab ia salah satu punca jangkitan. Jadi, letak lampin di bahagian bawah pusat.
  3. Masa mandikan baby, bersihkan juga tali pusat dengan air dan sabun tapi selepas mandi pastikan tali pusat dibersihkan sekering-keringnya dengan kain bersih terutama bahagian tali pusat yang masih berwarna putih. Bersihkan bahagian ini guna kapas dan biarkan ia terbuka supaya cepat kering atau tekap dengan kain kasa kering.


Apa yang penting, ibu-ibu haruslah sentiasa peka dan pandai menjaga tali pusat baby ni. Kesian kan kat baby kalau tali pusatnya terkena jangkitan. Bukannya baby tau cakap kalau sakit. Nanti baby asyik nangis, nangis, nangislah. Hehe.... ❤❤


Sumber info dari artikel Untukmu Mama (MW edisi Jan 2015).

Tips diet : tak makan nasi pun ok.

February 10, 2015 6 Comments
Tips diet : tak makan nasi pun ok. | Assalamualaikum wbt. Kalau dah namanya orang Malaysia, nasi memang dah jadi makanan ruji kita kan. Ada sesetengahnya tu kalau tak makan nasi sehari memang tak sah. Tapi, zaman sekarang ni orang yang berdiet dah tak ambil nasi dalam menu harian mereka. Macam-macam cara mereka lakukan. Ada yang memang tak ambil nasi sama sekali, tapi ada jugak yang ambil dalam kuantiti yang sedikit.

Sebenarnya boleh je kalau tak nak ambil nasi semasa berdiet. Tapi, kenalah kuat semangat dan tahan godaan. Kita boleh gantikan nasi dengan sumber karbohidrat kompleks yang lain dan diambil secara rutin malah ternyata lebih sihat. Merujuk kepada artikel ruangan Kelab Diet (Majalah Wanita) terdapat kelebihan apabila kita berdiet tanpa nasi. Haa, Inilah yang cikla nak kongsikan.

Tips diet : tak makan nasi pun ok.


Kalau korang nak tau, dengan kurangnya memakan nasi ia dapat mengurangkan nafsu makan sebab nasi mengandungi karbohidrat yang meningkatkan nafsu makan. Ia akan menyebabkan seseorang itu ingin makan dan terus makan sampai susah nak elak. So, kena kuatkan semangat kalau betul-betul nak berdiet tanpa nasi. Kalau tak harapan memang tinggal kenangan ajelah nanti. Hehehe.

Selain itu, berat badan turun dengan cepat sebab pengambilan karbohidrat yang banyak penyumbang kepada masalah kegemukan. Gantikan karbohidrat dengan protein supaya penurunan berat badan berlaku dengan pantas.


Tips diet : tak makan nasi pun ok.
Tips diet : tak makan nasi pun ok. Sumber Google.


Pengambilan nasi yang dikurangkan dalam menu harian jugak dapat mengatasi masalah sembelit sebab walaupun nasi mengandungi serat tapi kandungannya adalah paling rendah. Gantikan nasi dari beras merah sebab ia mengandungi lebih banyak serat yang boleh melancarkan sistem percernaan. Di samping itu, ia jugak dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah. Sebab tu, bagi pesakit kencing manis mereka tak digalakkan mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak untuk menjaga kadar gula supaya dalam keadaan normal.

Apapun pada cikla, kalau nak ambil nasi masa berdiet pun boleh, janji hadkan pengambilannya. Kalau tak pun, gantikan nasi dengan sumber karbohidrat lain supaya badan kita masih mendapat sumber tersebut walaupun tak dari nasi.

Marilah sama-sama kita berdiet. Tapi ingat, berdiet secara sihat, bukan menyeksa diri tau....👍

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.