Kurang minum air, bahayakah?

By Cikla Shahril - February 09, 2015

Ada sesetengah orang memandang remeh dengan pengambilan air setiap hari. Ada pulak yang taknak minum air yang banyak sebab takut perut buncit. Sebenarnya dari segi kesihatan air amat berguna pada badan kita. Kekurangan air dalam badan bukan saja akan memberi kesan pada buah pinggang malah akan menimbulkan pelbagai masalah yang lain.

Kurang minum air, bahayakah?
Kurang minum air, bahayakah? Sumber Google.

Kalau korang nak tau, kurang minum air memang membahayakan. Nak tau? Jom baca...

  1. Kehilangan garam dan cairan tubuh adalah tanda kekurangan air sehingga kurangnya garam dalam tubuh adalah mulut dan bibir jadi kering, mata terasa kering serta pecah dan tubuh akan terhidrat.
  2. Meningkatnya tekanan darah (hipertensi) bila kurangnya air dalam tubuh, tubuh akan beri isyarat pada otal supaya vasopressin (sejenis zat kimia) dirembeskan. Ini akan menyebabkan pembuluh darah jadi sempit.
  3. Menyebabkan keletihan kerana dehidrasi sedang berlaku. Jadi, kesannya badan rasa letih dan mengantuk.
  4. Ganggu sistem percernaan sebab air amat diperlukan untuk menghadamkan makanan. Selain itu kekurangan air untuk proses penghadaman akan jadi racun dalam tubuh. Kesannya adalah kembung, sakit perut dan takde selera nak makan.
  5. Berat badan akan bertambah kerana ia akan beri kesan pada tahap metabolisme badan. Kalau kadar metabolisme turun, ia akan memberikan kesan kepada berat badan tanpa kita sedar.
  6. Jangkitan pada saluran kencing sebab berasa sakit apabila membuang air. Antara tandanya adalah sakit semasa buang air, sakit punggung, urin (air kencing) jadi keruh dan yang paling bahaya mengandungi darah. 
  7. Kejang otot sebab otot jadi lebih sensitif.

Cikla nak kongsi gak beberapa fakta menarik pasal AIR PUTIH:

  • Jaga kesihatan dan kebersihan mulut gigi dan mulut.
  • Melancarkan sistem percernaan dan pelihara fungsi ginjal.
  • Sebagai terapi untuk pelbagai penyakit.
  • Kurangkan risko kanser serta meredakan kepenatan.
  • Ubat semulajadi untuk sakit kepala dan dapat mengurangi kekejangan otot.
  • Menjadikan kulit lebih halus dan did sampling dapat menurunkan berat bad an tak payah nak berdiet2 bagai.
  • Lebih produktif dalam bekerja dan hati menjadi baik.

Bagi cikla apa yang penting sebenarnya air memang penting sangat-sangat kepada kita dalam melakukan aktiviti seharian. Jangan takut nak minum air sebab orang cakap cegah sebelum kena dan ubati sebelum parah. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Kalau lebih takpe, jangan kurang... 

Sumber from artikel INFO SIHAT (Majalah Wanita 2015).

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments