Tips pilih kanta lekap berwarna.

By Cikla Shahril - February 05, 2015

Zaman sekarang ni macam-macam cara nak menambahkan "kecantikan" diri dan memantapkan penampilan agar nampak cantik di depan semua orang. Pendek kata dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Bahagian mata tak ketinggalan gak. Kanta lekap berwarna! Rasanya dah jadi trend fesyen sekarang khususnya remaja terutama wanita. Kalau dulu orang pakai kanta lekap sebab ada masalah penglihatan, tapi sekarang tak lagi, ebih-lebih lagi kanta berwarna.

Kanta lekap berwarna.
Tips pilih kanta lekap berwarna. Sumber Google.

Pada yang suka pakai kanta lekap berwarna, cikla nak share beberapa tips untuk ketika memilih kanta lekap berwarna yang tepat.

  • Pilih produk yang berkualiti dan selamat. Jangan sesekali beli kanta lekap tiruan sebab ia boleh menyebabkan kerosakan mata di kemudian hari.
  • Objektif pemakaian kanta lekap, jika nak tonjolkan personaliti elok pakai kanta lekap berwarna biru, hazel atau turqouise. Jika anda seorang yang pemalu dan mahu penampilan yang sederhana elok guna kanta lekap berwarna natural.
  • Pilih warna kanta lekap berpandukan warna pakaian dan makeup, seeloknya warna yang sesuai dan senada dengan penampilan. Kalau anda seorang yang berani, pilih warna terang. Pada yang suka makeup, pilih warna yang lebih menonjol daripada warna eye shadow dan maskara yang dipakai.
  • Kalau warna asal mata anda perang, pilih kanta lekap berwarna violet, hijau atau biru sebab ia akan menyerlahkan keaslian pada wajah. Ia amat sesuai untuk kekalkan natural beauty anda.
  • Pada yang free hair, kalau rambut, kulit dan warna semulajadi mata anda adalah warna biru merah dan sejuk, elok guna kanta lekap berwarna panas seperti perang muda. Jika berkulit gelap, elok guna kanta lekap berwarna terang.

Walau apapun nasihat cikla pilih yang sesuai dan selamat supaya ia tak akan beri kesan buruk kemudian hari. Nak cantik punya pasal, diri yang merana tanggung akibatnya. 

Sumber info from Majalah Wanita edisi Februari 2015.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments