30 March 2015

Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA.

March 30, 2015 2 Comments
Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA. | Assalamualaikum wbt. Penemuan ini ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asmaul Husna, nama yang baik kepada Allah SWT mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit. Beliau menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah SWT dapat merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia supaya berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yang tertentu. 

Beliau juga mendapati bahawa sebutan iaitu dengan membaca nama-nama Allah SWT boleh membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3 tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut.

Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA.


Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA.
Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA.

Kaedah rawatan penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA.

Letak tangan pada tempat sakit dan memuji nama Allah SWT di atasnya sesuai dengan penyakit yang dihidapi sehingga sembuh. Semuanya terjadi dengan izin Allah SWT jua. InsyaAllah......

  1. Telinga - As Sami.
  2. Tulang - Al Nafi.
  3. Tulang belakang - Al Jabbar.
  4. Lutut - Al Rauf (The Clement).
  5. Rambut - Al Badi (Pencipta).
  6. Jantung - Al Nur (Cahaya).
  7. Otot - Al Qawi (Maha Kuat).
  8. Gelombang jantung - Al Wahab.
  9. Jantung otot - Al Razaqq.
  10. Saraf - Al Mughni.
  11. Arteri - Al Jabbar.
  12. Perut - Al Razaqq.
  13. Kanser - Al Jalil (The Mighty).
  14. Tiroid - Al Jabbar. 
  15. Thigh- Al Rafi (The Exalter).
  16. Migrain - Al Ghani (The Rich One).
  17. Mata arteri - Al Mutaali.
  18. Buah pinggang - Al Hayy.
  19. Colon - Al Rauf (The Clement).
  20. Usus - Al Razzaq.
  21. Hati - Al Nafi.
  22. Pankreas - Al Bari.
  23. Lemak sacks - Al Nafi. 
  24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta).
  25. Pundi kencing - Al Hadi (Panduan).
  26. Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian).
  27. Prostat - Al Rashid.
  28. Saraf mata - Al Zahir.
  29. Kelenjar pineal - Al Hadi.
  30. Tekanan darah - Al Khafed.
  31. Paru-paru - Al Razzaq.
  32. Thymus kelenjar - Al Qawi.
  33. Kelenjar atas buah pinggang - Al Bari.
  34. Rambut leel - Al Jalil (The Mighty).
  35. Rongga hidung - Al Latif, Al Ghani, Al Raheem.
  36. Mata - Al Nur, Al Basir, Al Wahab.


Semoga perkongsian ini akan memberi kita manfaat dan ilmu kepada kita semua.


Sumber dari Whatsapp group. Image dari Mr.Google. 

11 sebab buah pinggang rosak.

March 30, 2015 0 Comments
11 sebab buah pinggang rosak. | Assalamualaikum wbt. Buah pinggang merupakan salah satu organ penting dalam tubuh manusia. Jom cikla nak share beberapa punca yang boleh menyebabkan buah pinggang rosak.

11 sebab buah pinggang rosak.
11 sebab buah pinggang rosak. Sumber Google.

11 sebab buah pinggang rosak.


  1. Kerap tahan kencing.
  2. Kurang minum air.
  3. Suka makan makanan masin.
  4. Suka minum minuman bergas.
  5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
  6. Kerap makan daging merah dan seafood. (Tinggi Uric Acid).
  7. Kerap makan pil tahan sakit.
  8. Merokok.
  9. Obesiti.
  10. Alkohol.
  11. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.


Buah pinggang kita adalah amanah Allah. Jagalah keduanya dengan baik supaya kita akan kekal sihat. In shaa Allah.... 


Sumber dari Whatsapp group.

26 March 2015

Jadual waktu sistem badan manusia.

March 26, 2015 2 Comments
Jadual waktu sistem badan manusia. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya Allah jadikan manusia dan semua sistem yang berkaitan dengannya ada sebabnya. Jom kita baca apakah kaitannya.....

Jadual waktu sistem badan manusia.


Waktu Pagi:

  • 3:00 am – 5:00 am: Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas. (Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud). 
  • 5:00 am – 7:00 am: Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan. (beruntung yg amal bangun Subuh). 
  • 7:00 am – 9:00 am: Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini. 
  • 9:00 am – 11:00 am: Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada penghidap diabetes yang akan merasa menggigil dan mengantuk. (sesuai amal Dhuha).

Waktu Tengahari:

  • 11:00 am – 1:00 pm: Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Waktu Petang:

  • 1:00 pm – 3:00 pm: Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur. (sunnah Nabi 'tidur ayam' seketika). 
  • 3:00 pm – 5:00 pm: Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh. 
  • 5:00 pm – 7:00 pm: Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam:

  • 7:00 pm – 9:00 pm: Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada. 
  • 9:00 pm – 11:00 pm: Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja. 
  • 11:00 pm – 1:00 am: Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam:

  • 1:00 am – 3:00 am: Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan. Kalau didalami semua huraiannya sudah pasti semuanya bersesuaian dengan tuntutan agama Islam. Oklah, sekian dulu. Semoga bermanfaat dan memberi kita sedikit ilmu. Wassalam....


Sumber dari Whatsapp Group.

Pain.

March 26, 2015 0 Comments
Pain. | Assalamualaikum wbt. "Sometimes people won't understand how you feel until it happen to them, until they experience the pain....."


Pain.
Pain.

Kadang-kadang kesakitan yang kita rasa, hanya kita seorang saja yang mengerti dan tau. Selalunya orang akan cakap, 

"Sabarlah, aku tahu apa yang kau rasa dan kau alami..."

Memang, mungkin dari segi 'luaran' dia nampak macam faham apa yang kita rasa, tapi hakikatnya? Tak pun...


Image from internet.

24 March 2015

Yeayy, 6 months already!

March 24, 2015 2 Comments
Yeayy, 6 months already! | Assalamualaikum wbt. Wah, my Ammar dah "dewasa". Hehe. Pejam celik pejam celik dah 6 bulan dah usiamu anak. Begitu pantas masa berlalu sampai ibu tak sedar sebab asyik melihat "perkembangan" mu membesar bagai johan.

Adoi, tetiba berpuitis pulak aih. Hehe...

Yeayy, 6 months already!


Yeayy, 6 months already!
Yeayy, 6 months already!


Walaupun apapun cikla bersyukur sebab my Ammar membesar dengan sihat. La ni pun dah start bagi solid food. Nanti cikla share ok... ❤❤❤

#AhmadAmmarRizqie
#6bulandah
#tujuhperpuluhansatukiloajeberatnya
#syukurlahjanjinaik
#sayangadik

23 March 2015

Peristiwa hari Isnin.

March 23, 2015 1 Comments
Assalamualaikum wbt......

Peristiwa hari Isnin. | Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa iaitu:

1. Nabi Idris A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin.

2. Nabi Musa A.S telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu.

3. Turunnya Dalil tentang ke-Esaan Allah.

4. Lahirnya Rasulullah Muhammad SAW.

5. Malaikat Jibril A.S turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah.

6. Semua amal perbuatan umat diperlihatkan kepada Rasulullah SAW pada hari Isnin.

7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad SAW.

Zikir Hari Isnin:

ﻟَﺎﺣَﻮْﻝَ ﻭَﻟَﺎ ﻗُﻮَّﺓَ ﺇِﻟَّﺎ ﺑِﺎﻟﻠﻪِ ﺍﻟْﻌَﻠِﻲِّ ﺍﻟْﻌَﻈِﻢِ

“La Haula Wala Quwwata Illa Billah”,

maksudnya....

"tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT."

Fadhilat Zikir ini Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani).

Semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam..


#copypastefromWHATSAPPgroup.

20 March 2015

18 March 2015

16 March 2015

Kunci kebahagiaan dalam hidup.

March 16, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Kunci kebahagiaan dalam hidup. | Siapa yang tak nak bahagia kan? Tapi, pada pendapat cikla, kebahagiaan itu kita kena cari sendiri sebab ia tak akan datang sendiri. Semuanya ditangan kita. Jika kita mahukan kebahagiaan, berusahalah sehabis mungkin... Oklah, cikla nak share beberapa kunci kebahagiaan dalam hidup... Mana tau ia dapat dijadikan panduan untuk kita semua.....

(1) jangan membenci secara keterlaluan. Bukan apa, takde faedahnya pun. Bersabarlah sebab ganjarannya pasti tak terduga oleh kita.

(2) jangan bersedih berlebih-lebihan jika ditimpa masalah. Ingatlah setiap manusia biasa pasti tak terlepas daripada masalah dan anggap ia sebagai ujian.....

(3) bersederhanalah dalam segala hal.

(4) buatlah baik walaupun kita dalam kesusahan. Manalah tau, Allah pasti menggantikan semua kesusahan itu dengan kesenangan.





(5) perbanyakkanlah memberi walaupun kita dalam kesusahan. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

(6) sentiasa tersenyum walaupun kita sedang bersedih. Lagipun orang cakap senyum kan penawar duka.....

(7) sentiasa berdoa untuk kesejahteraan sesama Muslim..... Allah tak akan pernah jemu mendengar doa hambaNya malah Dia akan bertambah sayang pada hambaNya yang rajin "meminta" padaNya.

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Amin.... Sekian dulu.... Wassalam....


Image from Facebook.com.

14 March 2015

Tips kebahagiaan rumahtangga.

March 14, 2015 0 Comments
Tips kebahagiaan rumahtangga. | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak nak rumahtangganya sentiasa bahagia, harmoni dan aman sentosa. Apa yang penting, kedua-dua belah pihak, suami dan isteri mesti bijak memainkan peranan masing-masing. Oklah, malas nak celoteh panjang-panjang, sebenarnya cikla nak share tips kebahagiaan rumahtangga... Iaitu.....

Tips kebahagiaan rumahtangga.
Tips kebahagiaan rumahtangga. Sumber islamgreatreligion.net

Tips kebahagiaan rumahtangga.


  1. Pujian, contohnya si suami memuji masakan isterinya dan dan si isteri pulak puji kerajinan si suami kalau dia menolong isteri membuat kerja rumah. Paling tak pun jangan lokek nak cakap terima kasih. Sejuk sikit hati dengar kan?
  2. Hargai, jangan pandang ringan setiap pertolongan yang pasangan kita lakukan walaupun kecil. Apa salahnya masakkan makanan kesukaannya sebagai balasan dia membantu kita. Bertambah rajin nanti dia nak tolong lepas ni. 
  3. Perhatian, suami perlulah bagi lebih perhatian pada isteri. Orang perempuan ni biasanya, sensitif. Kalau suaminya terlalu busy dengan kerja sampai tak peduli isteri, mulalah si isteri rasa jauh hati. Nanti kalau dah merajuk payah nak pujuk pulak.
  4. Fahami, setiap pasangan suami isteri perlulah sentiasa bertolak-ansur dan memahami tentang tuntutan kerjaya masing-masing. Jangan sampai takde masa untuk pasangan, nanti mesti mereka akan rasa terabai. Lebih-lebih lagi isteri.

Pada cikla, setiap pasangan perlulah sentiasa give and take. Jangan asyik nak fikir perasaan sendiri, sebab kadang-kala kita perlu fikirkan perasaan orang lain jugak. Apa yang terpenting tolak-ansur, toleransi dan kepercayaan perlu kukuh untuk memastikan perhubungan itu berkekalan selamanya.

Semoga tips ini akan memberi sedikit ilmu kepada kita semua khususnya kengkawan cikla yang dah berkawin dan diri cikla jugak. Pada kengkawan yang belum kawin pun bolehlah kalau nak amik tau gak, sebagai bekalan dan ilmu bila berkawin nanti.... ❤❤❤


Sumber dari Baitulmuslim.com.

13 March 2015

Sekolah cuti lagi.....

March 13, 2015 1 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Sekolah cuti lagi..... Cuti sekolah kembali lagi. Seminggu pulak tu.... Yeayyyyy..... Ni dah kenapa ibunya pulak yang excited lebih ni..... Haha, biasalah kitakan ceria orangnya.... Hehehe...... Tapi kan, yang sadisnya time cuti sekolah ni tak dapat ke mana pun, sebab hubby cikla kena pergi outstation pulak... Huhu... Ingat baru plan nak balik kampung ke.... Pergi piknik ke... Mandi laut ke....





Ermmmm.....sebenarnya time cuti sekolah camni lah baru rumah mengalami keriuhan to the max. Time nak spent masa together semaksimum mungkin. Yelah, sebelum ni kan memasing busy dengan aktiviti memasing. Dan yang pastinya mesti rumah riuh dan havoc dengan telatah anak-anak. Mereka main sama-sama, pas main for sure buat sepah satu rumahlah. Tu belum lagi time gaduh, siaplah... Silap-silap boleh jadi macam tongkang pecah dah rumah. Nanti siaplah ibunya jadi tarzan seminggu ni.... Hahahaaa....

Oklah.... Selamat ber"holiday ye anak-anak sekalian... Cikgu pun best sebab cuti sama.... Sekian dulu, wassalam...

Image from internet.

11 March 2015

Minuman sihat semasa mengandung.

March 11, 2015 2 Comments
Minuman sihat semasa mengandung. | Assalamualaikum wbt. Cikla tau setiap ibu yang mengandung mesti nak berikan yang terbaik untuk baby dalam kandungannya. Bukan sahaja melakukan pemeriksaan rutin untuk kandungan, malah apa yang dimakan juga mesti kena ambil berat. Bukan apa, segala apa yang dimakan oleh ibu akan diterima oleh baby untuk membesar dalam rahim ibunya.

Jadi, khas untuk ibu-ibu comel cikla nak share beberapa tips untuk minuman sihat buat ibu mengandung yang pastinya akan memberi nutrien kepada baby dalam kandungan.

Minuman sihat semasa mengandung.


Minuman sihat semasa mengandung. Sumber Google.


  1. Semasa mengandung, pengambilan AIR yang banyak penting untuk sel-sel darah sihat dan kekalkan hidrasi badan. Jangan lupa, keperluan air penting untuk menghasilkan susu badan bagi memastikan pengeluaran susu yang tiptop.
  2. AIR KELAPA merupakan minuman isotonik semulajadi sebab ia dapat membantu mengelakkan dehidradsi di samping ia dapat melegakan rasa letih dengan kembalikan garam semulajadi dalam badan yang dinyahkan melalui peluh.
  3. JUS LEMON/LIMAU dapat kekalkan hidrasi badan dan bekalkan vitamin C supaya zat besi dapat diserap oleh badan dengan lebih baik. Ada sesetengah ibu mengandung yang mabuk, minum jus lemon/limau bersama daun pudina dan halia.
  4. JUS SEGAR yang baru diperah seperti limau manis, oren, nenas dan tembikai sesuai untuk cuaca panas dan penuh khasiat direct dari buahnya.
  5. PRODUK SUSU kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B12. Kalau cuaca panas sedapnya minum susu skim sejuk dan lassi sebab ia menyegarkan dan kekalkan hidrasi badan. Susu kocak atau smoothie pun boleh sebab ia kaya dengan mineral dan nutrien. Tapi, kalau boleh discuss dengan doktor kalau ibu alami masalah tidak toleransi laktosa.
  6. SERBAT BUAH yang dapat menyejukkan badan, menghidrat dan membantu ibu mengandung yang mengalami mabuk semasa hamil. Selain itu, ia sudah tentu membekalkan nutrien.
  7. JUS SAYUR HOMEMADE amat sedap dinikmati pada waktu siang yang panas sebab ia menyegarkan dan sudah tentu memberk khasiat.
  8. AIR BERSAMA BUAHAN BEKU maknanya segelas air kosong ditambah dengan buahan beku seperti oren, lemon, kiwi, pic, aprikot dan plum. Wah... Sungguh menyegarkan....
  9. Orang cakap minum TEH AIS berangin satu badan dan ia mengandungi kafien. Tapi sekali-sekala tak apa dan berpada-padalah meminumnya. Tapi, ia lebih menyegarkan lebih-lebih lagi dalam cuaca panas. Kalau nakkan kelainan just tambah hirisan lemon didalamnya.

Apa yang penting jagalah pemakanan kita lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung sebab ia amat penting untuk tumbesaran baby bermula seawal trimester pertama sehinggalah melahirkan nanti. ❤


Sumber dari artikel Catatan kehamilan majalah wanita Mac 2015.

Lirik lagu sponge bob.

March 11, 2015 1 Comments
Assalamualaikum wbt....

Lirik lagu sponge bob. | Siapa-siapa yang nak release tension, jom nyanyi ikut lirik lagu sponge bob dalam pelbagai loghat.... Hehe....

Baca sampai habis tau.




Versi Inggeris...

Are you ready kids "Aye Aye Captain" I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN" Ohhh... Who lives in a pineapple under the sea "Spongebob squarepants" Absorbant and yellow and porous is he "Spongebob Squarepants" If nautical nonsense be something you wish "Spongebob Squarepants" Then flop on the deck and plop like a fish "Spongebob squarepants" READY Spongebob squarepants, Spongebob squarepants, Spongebob squarepants, Spongebob…… squarepants!!!

Versi kelantan...
Ready dok budok-budok? Ho laa, kepten! Gapo dio? HO LAA, KEPTEN! ooo, Podio dok dale buoh lanah bowoh laut? Spongebob Sluar kotok! Sene meresap bewarno kuning. Spongebob Sluar kotok! Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.Spongebob Sluar kotok! Pah mari la pakat nopat supo ike. Spongebob Sluar Kotok! Ready? Sponge............bob Sluar kotok (3x), Spongebobbb Sluar kotok....

Versi Terengganu...

Sedia dok g budok-budok? Sedia kapteng! ndapee..??!! . Sedia doh la kapteng!! ooo... peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!! Spongebob sluor pettok!! senang menghesap kaler kuning.. Spongebob sluor pettok!! Kalu sek-sek mu suke nde pelek hok dalang lauk.. Spongebob sluor pettok!! meh la noppak pe ikang.. Spongebob sluor pettok!! Sedia??!! Spongebob sluor pettok (3x) Spongebob... sluor pettok

Versi Kedah.... 

Hampa redi dah ka weii?? Haa kapten, Apadia? Tak dengaq nie!! Haaa la kapten.. Ohhhh... Sapa hat dok dalam nanaih wah laut? "Spanbob Seluaq Petak" Belubang, meghesap paihtu wana kunin "Spanbob Seluaq Petak" Kalau hampa suka benda laut hat ngarut "Spanbob seluaq Petak" Mai la sini teghejun cam ikan temenung "Spanbob seluaq Petak" REDi? Spanbob seluaq Petak, Spanbob seluaq Petak, Spanbob seluaq Petak, Spanbob...... seluaq Petak !!!

Versi Sarawak....

Kitak semua udah ready koh?
Udah Kapten!
Apa? Enda ninga!
Udah Kapten!
Ohh...nama utai diau dalam nanas baruh laut?
"SpongeBob Tancut Besegi"!
Nyerap ai alu nyadi warna kuning? "Spongebob Tancut Besegi"!
Rindu meda jelu ai alu belik? "Spongebob Tancut Besegi" ! Sesegau kin kiak,terjun baka ikan gegenung ?
"Spongebob Tancut Besegi" !
Udah? Spongebob Tancut Besegi(8x)

Versi Nogori 9.....

Ekau semuo redi dah ko?? Iyo lah kapten, Abondo? Tak dongar nie!! Iyo lah kapten.. Ohhhh... Sapo yg duk dalam noneh bwh laut? "Spanbob Seluar ompek sogi" Belubang, meghosap lopehtu wano kuningi "Spanbob Seluar Ompek sogi" Kuk korang suko bondo laut yg mengarut "Spanbob seluar Ompek sogi" Meh la kek sini tojun cam ikan temonung "Spanbob seluar Ompek sogi" REDi? Spanbob seluar Ompek sogi.. Spanbob seluar Ompek sogi, Spanbob seluar Ompek sogi, Spanbob...... seluar Ompek sogi!!!

Versi jowo....

Wes podo sedio po bocah2 kabehane ? Wes kepten! Opo ora krungu? Iyolahh kepten! Opo seng manggon njero nanas neng laut? Spongebob katoq gerdos! Sepan keno resep werno koning. Spongebob katoq gerdos! Nek kue seneng bendo neng laut seng opo2 mboh. Spongebob katoq gerdos! Yok podo njingklak koyo iwak. Spongebob katoq gerdos! Sedio?
Spongebob katoq gerdos 3x
Huahuahua........

Jangan marah naaaa... Saja bagi ceria di malam hari.... Hehe.... Oklah, sekian dulu... Selamat menyanyi..... Wassalam....

#copypaste Whatsapp group.
Image from Google.




Bagaimana nak tangani serangan jantung ketika berseorangan.

March 11, 2015 2 Comments
Bagaimana nak tangani serangan jantung ketika berseorangan. | Assalamualaikum wbt. Sekarang ni kita selalu dengar orang terkena serangan jantung. Jangan cakap orang tua je boleh kena, golongan muda pun berisiko di serang serangan jantung. 

Jadi, cikla nak share beberapa tips kalau terkena serangan jantung jika ketika berseorangan....

Bagaimana nak tangani serangan jantung ketika berseorangan. 


Katakanlah anda bertolak balik ke rumah pada pukul 7:25 malam berseorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah-gulana dan kecewa. Tiba-tiba anda merasa sakit yang amat sangat di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat ke hospital lebih kurang 5 km dari rumah anda. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih untuk kegunaan ke atas diri anda.

Memandangkan kebanyakan mereka yang menerima serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nak pengsan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan. Walau bagaimanapun, mangsa boleh membantu diri dengan batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselang-selikan dengab menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada.

Bagaimana nak tangani serangan jantung ketika berseorangan. Sumber 

Bernafas panjang dan dalam serta batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dapat bernafas seperti sediakala. Bernafas panjang akan membantu membekalkan oksigen ke jantung dan batuk mendalam membantu mengepam jantung dan memulihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung seperti sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital.

Semoga bermanfaat. Mana tau dengan tindakan sekecil ini dapat menyelamatkan nyawa... ❤


#copypaste WHATSAPP GROUP.

08 March 2015

Tips sihat dari Rasullulah SAW.

March 08, 2015 1 Comments
Tips sihat dari Rasullulah SAW. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya bukan susah pun kalau kita nakkan badan yang sihat. Tak makan supplement atau vitamin pun takpe. Rasullullah SAW juga ada berpesan bagaimana nak jadikan kita sentiasa sihat. Jadi, jom kita baca apakah tipsnya. 

Tips sihat dari Rasullulah SAW.


  • Rasullullah SAW menggalakkan kita minum dalam keadaan duduk. Kalau korang nak tau, badan kita ada sejenis penapis (stringer). Ia akan terbuka bila kita duduk dan tertutup bila kita berdiri. Jadi, bila kita minum berdiri, air tak dapat disaring sebab tertutup dan ia akan masuk terus ke dalam pundi kencing dan ia boleh menyebabkan batu karang.
  • Jangan tiup air yang panas sebab secara logik santifiknya udara hembusan mengandungi gas karbon dioksida (CO2). Jadi, kalau kita meniup air, CO2 akan larut dalam air dan menghasilkan cecair berasid. Ia akan membentuk asam karbonat (H2CO3) yang menyebabkan pemyakit jantung dan perut tak selesa.


Tips sihat dari Rasullulah SAW.
Tips sihat dari Rasullulah SAW.

  • Rasullullah SAW menggalakkan mandi sebelum subuh sebab suhu air pada waktu tersebut dapat membuang lemak-lemak degil dalam badan.
  • Rasullullah SAW melarang makan berselang-seli dengan minum air sebab ia akan menyebabkan udara terperangkap dalam badan dan menyebabkan badan berangin.


Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah baginda. Bukan susah pun kan. Padahal perkara tu hari-hari kita buat tanpa kita sedar. Semoga bermanfaat. 


Sumber dan image from Facebook.com. 

07 March 2015

Muka berseri? Apa rahsianya?

March 07, 2015 1 Comments
Muka berseri? Apa rahsianya? | Assalamualaikum wbt. Kadang-kadang ada sesetengah orang kita tengok berseri-seri je mukanya. Tak pakai mekap pun seri mukanya dah nampak. Itu belum lagi touch up. Bertambah-tambah lagilah serinya. Sebenarnya, ada rahsianya. Ni dah bagitau, bukan lagi rahsia dah. Hehe.

Muka berseri? Apa rahsianya?


Muka berseri? Apa rahsianya?
Muka berseri? Apa rahsianya?


Kalau kita perasan, orang tua-tua kita selalu cakap dan bagitau, kalau nak bagi muka berseri senang je. Caranya dengan berwudhuk. Berwudhuk 5 kali untuk bersolat fardu sehari semalam dah cukup nak buat muka kita berseri. Itu belum lagi bersolat sunat. Bertambah-tambah serinya. 

Muka berseri? Apa rahsianya?


Muka berseri? Apa rahsianya?
Muka berseri? Apa rahsianya?


Marilah sama-sama kita amalkan. Semoga bermanfaat dan memberi ingatan pada kita semua termasuk diri cikla jugak. Tiada manusia yang sempurna kan? 

Sama-samalah kita saling ingat-mengingati...❤❤❤


Image from Facebook.com.

06 March 2015

Bersederhanalah.

March 06, 2015 1 Comments
Bersederhanalah. | Assalamualaikum wbt. "Dalam mengejar kesempurnaan, jangan lupa mensyukuri kesederhanaan." Bersederhanalah!

Tiada manusia yang sempurna. Jadi, sentiasa mensyukuri apa yang kita ada walaupun tak sama dengan orang lain. Lagipun, setiap orang mesti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting sentiasa berusaha memperbaiki diri dan memantapkan mana yang kurang mantap. Jangan lupa berdoa. Syukurilah!


Bersederhanalah.
Bersederhanalah. Sumber Facebook 


Sekadar ingatan kita semua... Termasuk diri cikla juga. 🌹🌹🌹


Image from facebook.com.

05 March 2015

Air dan lemon.

March 05, 2015 2 Comments
Air dan lemon. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa mesti ramai yang suka minum air letak lemon. Yang paling popular agaknya "ice lemon tea" kot. Sebenarnya kalau korang nak tahu, gabungan air bersama lemon adalah merupakan penggalak "natural energy" yang terbaik. Ia lebih dikenali sebagai "lemonade" yang dapat membantu menyingkirkan toksin, kawal selia buah pinggang, dan melancarkan sistem penghadaman.

So, cikla nak share beberapa kebaikan gabungan air dan lemon ni....

Air dan lemon. Sumber Google.

  • Bekalkan elektrolit yang beri kelembapan tubuh sebab lemon mengandungi kalium, kalsium dan magnesium.
  • Baik untuk sendi sebab ia bantu kurangkan kesakitan di bahagian tersebut.
  • Air suam bersama lemon lebih baik sebab membantu proses penghadaman (mengandungi asid sitrik). Prosesnya mudah aje. Ia bertindakbalas dgn enzim lain untuk mudahkan rembesan jus gastrik dan sistem penghadaman.
  • Merangsang rembesan enzim oleh hati dan membantu membersihkan hati.
  • Membantu antu menentang jangkitan pernafasan, sakit tekak dan tonsil serta mengawal pergerakan usus.
  • Bertindak sebagai antioksidan yang melindungi tubuh dari radikal bebas dan kuatkan sistem imun.
  • Bantu sistem saraf dan mengurangkan tekanan darah tinggi.


Walauapapun apa yang penting kita perlu minum 8 gelas atau 2L sehari untuk memastikan badan kita sihat dan terhindar dari penghidratan. 

Semoga bermanfaat. 



02 March 2015

Bakar KALORI hanya 5 minit!

March 02, 2015 2 Comments
Bakar KALORI hanya 5 minit! | Assalamualaikum wbt. Setiap makanan mempunyai kalorinya tersendiri. Kalau makan makanan yang tinggi kalorinya, kita lebih terdedah dengan macam-macam jenis penyakit. Bak kata orang tua-tua, cegah sebelum kena. 

So, cikla nak share beberapa cara yang boleh kita buat untuk bakar kalori hanya sekurang-kurangnya 5 minit. Wowww, macam tak percaya je kan. Apa lagi, teruskan pembacaan korang kalau nak tau apa caranya. Okey bebeh... 

Bakar KALORI hanya 5 minit!


Menurut artikel "Panduan Kecergasan (Majalah Rapi Feb 2015)", ada 4 cara yang paling senang kalau nak bakar kalori dengan pantas, iaitu;

Bakar KALORI hanya 5 minit!
Bakar KALORI hanya 5 minit! Melompat. Sumber Google.

  1. MELOMPAT mampu membakar kalori dalam badan. Lompatlah sebanyak mana yang mampu dan kalau nak lebih baik lagi, lompat guna tali skipping. Anggaran bakar 68 kalori. 
  2. BERLARI-LARI ANAK (berjogging) walaupun hanya 5 minit boleh membakar kalori dalam badan. Itu baru 5 minit, kalau berminit-minit larinya lagi banyak lemak/kalori boleh terbakar. Go... Go... Anggaran bakar 62 kalori.
  3. Kalau di tempat kerja ada lif, jangan guna sebab lebih baik gunakan tangga, tak kira naik atau turun tangga. Ia bukan saja akan membakar kalori tapi dapat menjaga kesihatan jantung sebab ia bagus untuk latihan kardio. Tapi ingat, jangan paksa diri pulak. Buatlah sekadar mampu dan terdaya. Nanti lain pulak jadinya.
  4. Wow... Cara ni paling best. Perempuan mesti suka punyalah. Apa lagi, shopping lah. Walaupun hanya sekadar window shopping, ia dapat membakar kalori jugak. Tak payah nak amik masa lama sangat, 5 minit pun dah cukup untuk menyahkan kalori dalam badan. Tak caya? Cubalah. Korang mesti terkejut dengan hasilnya nanti. Hehe. Anggaran bakar 22 kalori.


Tengok... Mudah kan? Tak payah nak susah-susah. Sebenarnya aktiviti seharian kita dah cukup untuk membantu kita membakar semua kalori.

Selamat "membakar kalori".

01 March 2015

Maksud perubahan warna langit ketika masuk waktu solat.

March 01, 2015 1 Comments
Maksud perubahan warna langit ketika masuk waktu solat. | Assalamualaikum wbt... Perkongsian bermanfaat untuk kita semua....

(1) Waktu Solat Subuh.... Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit. Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki.

Seperti sabda Rasulullah,

"Ya Allah, berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya..." (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693).

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tiroid. Bila kelenjar tiroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari. Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi, warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu. Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindakbalas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

(2) Waktu Solat Zuhur... Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

(3) Waktu Solat Asar.... Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

(4) Waktu Solat Maghrib... Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang. Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini.

(5) Waktu Solat Isyak.... Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relaks/rehat.


Semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam....


Sumber dari Whatsapp Group.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.