Kunci kebahagiaan dalam hidup.

By Cikla Shahril - March 16, 2015

Siapa yang tak nak bahagia kan? Tapi, pada pendapat cikla, kebahagiaan itu kita kena cari sendiri sebab ia tak akan datang sendiri. Semuanya ditangan kita. Jika kita mahukan kebahagiaan, berusahalah sehabis mungkin. 

Cikla nak share beberapa kunci kebahagiaan dalam hidup. Mana tau ia dapat dijadikan panduan untuk kita semua.

Kunci kebahagiaan dalam hidup.
Kunci kebahagiaan dalam hidup. Image from Facebook.com.

  1. Jangan membenci secara keterlaluan. Bukan apa, takde faedahnya pun. Bersabarlah sebab ganjarannya pasti tak terduga oleh kita. 
  2. Jangan bersedih berlebih-lebihan jika ditimpa masalah. Ingatlah setiap manusia biasa pasti tak terlepas daripada masalah dan anggap ia sebagai ujian.
  3. Bersederhanalah dalam segala hal.  
  4. Buatlah baik walaupun kita dalam kesusahan. Manalah tau, Allah pasti menggantikan semua kesusahan itu dengan kesenangan.
  5. Perbanyakkanlah memberi walaupun kita dalam kesusahan. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
  6. Sentiasa tersenyum walaupun kita sedang bersedih. Lagipun orang cakap senyum kan penawar duka.
  7. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan sesama Muslim. Allah tak akan pernah jemu mendengar doa hambaNya malah Dia akan bertambah sayang pada hambaNya yang rajin "meminta" padaNya.

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Aamiin.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments