Minuman sihat semasa mengandung.

By Cikla Shahril - March 11, 2015

Cikla tau setiap ibu yang mengandung mesti nak berikan yang terbaik untuk baby dalam kandungannya. Bukan sahaja melakukan pemeriksaan rutin untuk kandungan, malah apa yang dimakan juga mesti kena ambil berat. 

Bukan apa, segala apa yang dimakan oleh ibu akan diterima oleh baby untuk membesar dalam rahim ibunya. 

Jadi, khas untuk ibu-ibu comel cikla nak share beberapa tips untuk minuman sihat buat ibu mengandung yang pastinya akan memberi nutrien kepada baby dalam kandungan.
 
Minuman sihat semasa mengandung. Sumber Google.

  1. Semasa mengandung, pengambilan AIR yang banyak penting untuk sel-sel darah sihat dan kekalkan hidrasi badan. Jangan lupa, keperluan air penting untuk menghasilkan susu badan bagi memastikan pengeluaran susu yang tiptop.
  2. AIR KELAPA merupakan minuman isotonik semulajadi sebab ia dapat membantu mengelakkan dehidradsi di samping ia dapat melegakan rasa letih dengan kembalikan garam semulajadi dalam badan yang dinyahkan melalui peluh.
  3. JUS LEMON/LIMAU dapat kekalkan hidrasi badan dan bekalkan vitamin C supaya zat besi dapat diserap oleh badan dengan lebih baik. Ada sesetengah ibu mengandung yang mabuk, minum jus lemon/limau bersama daun pudina dan halia.
  4. JUS SEGAR yang baru diperah seperti limau manis, oren, nenas dan tembikai sesuai untuk cuaca panas dan penuh khasiat direct dari buahnya.
  5. PRODUK SUSU kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B12. Kalau cuaca panas sedapnya minum susu skim sejuk dan lassi sebab ia menyegarkan dan kekalkan hidrasi badan. Susu kocak atau smoothie pun boleh sebab ia kaya dengan mineral dan nutrien. Tapi, kalau boleh discuss dengan doktor kalau ibu alami masalah tidak toleransi laktosa.
  6. SERBAT BUAH yang dapat menyejukkan badan, menghidrat dan membantu ibu mengandung yang mengalami mabuk semasa hamil. Selain itu, ia sudah tentu membekalkan nutrien.
  7. JUS SAYUR HOMEMADE amat sedap dinikmati pada waktu siang yang panas sebab ia menyegarkan dan sudah tentu memberk khasiat.
  8. AIR BERSAMA BUAHAN BEKU maknanya segelas air kosong ditambah dengan buahan beku seperti oren, lemon, kiwi, pic, aprikot dan plum. Wah, sungguh menyegarkan.
  9. Orang cakap minum TEH AIS berangin satu badan dan ia mengandungi kafien. Tapi sekali-sekala tak apa dan berpada-padalah meminumnya. Tapi, ia lebih menyegarkan lebih-lebih lagi dalam cuaca panas. Kalau nakkan kelainan just tambah hirisan lemon didalamnya.

Apa yang penting jagalah pemakanan kita lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung sebab ia amat penting untuk tumbesaran baby bermula seawal trimester pertama sehinggalah melahirkan nanti.

Sumber dari artikel Catatan kehamilan majalah wanita Mac 2015.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments