Tips kebahagiaan rumahtangga.

By Cikla Shahril - March 14, 2015

Siapa yang tak nak rumahtangganya sentiasa bahagia, harmoni dan aman sentosa. Apa yang penting, kedua-dua belah pihak, suami dan isteri mesti bijak memainkan peranan masing-masing. 

Oklah, malas nak celoteh panjang-panjang, sebenarnya cikla nak share tips kebahagiaan rumahtangga, iaitu;

Tips kebahagiaan rumahtangga.
Tips kebahagiaan rumahtangga. Sumber islamgreatreligion.net

  1. Pujian, contohnya si suami memuji masakan isterinya dan dan si isteri pulak puji kerajinan si suami kalau dia menolong isteri membuat kerja rumah. Paling tak pun jangan lokek nak cakap terima kasih. Sejuk sikit hati dengar kan?
  2. Hargai, jangan pandang ringan setiap pertolongan yang pasangan kita lakukan walaupun kecil. Apa salahnya masakkan makanan kesukaannya sebagai balasan dia membantu kita. Bertambah rajin nanti dia nak tolong lepas ni. 
  3. Perhatian, suami perlulah bagi lebih perhatian pada isteri. Orang perempuan ni biasanya, sensitif. Kalau suaminya terlalu busy dengan kerja sampai tak peduli isteri, mulalah si isteri rasa jauh hati. Nanti kalau dah merajuk payah nak pujuk pulak.
  4. Fahami, setiap pasangan suami isteri perlulah sentiasa bertolak-ansur dan memahami tentang tuntutan kerjaya masing-masing. Jangan sampai takde masa untuk pasangan, nanti mesti mereka akan rasa terabai. Lebih-lebih lagi isteri.

Pada cikla, setiap pasangan perlulah sentiasa give and take. Jangan asyik nak fikir perasaan sendiri, sebab kadang-kala kita perlu fikirkan perasaan orang lain jugak. 

Apa yang terpenting tolak-ansur, toleransi dan kepercayaan perlu kukuh untuk memastikan perhubungan itu berkekalan selamanya.

Semoga tips ini akan memberi sedikit ilmu kepada kita semua khususnya kengkawan cikla yang dah berkawin dan diri cikla jugak. 

Pada kengkawan yang belum kawin pun bolehlah kalau nak amik tau gak, sebagai bekalan dan ilmu bila berkawin nanti.

Sumber dari Baitulmuslim.com.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments