29 April 2015

Siakap sambal belimbing buluh.

April 29, 2015 0 Comments
Siakap sambal belimbing buluh. | Assalamualaikum wbt. Tetiba pulak cikla rasa macam nak share resepi. Ini menu lunch cikla hari ni. Saja je. Sekurang-kurangnya ter'update' gak belog cikla yang suam-suam kuku ni.

Oklah, jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Siakap sambal belimbing buluh.


Siakap sambal belimbing buluh.
Siakap sambal belimbing buluh.

Bahan-bahan;

1 ekor ikan siakap (dibersihkan kemudian diperap dengan garam dan kunyit).
1 mangkuk belimbing buluh (dibersihkan dan dipotong dua).
1 biji bawang merah (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
Sedikit halia (dihiris).
Sebiji bawang besar (potong bulat).
Cili giling (tahap kepedasan ikut suka).
1 sudu besar sos tomato.
1 sudu besar sos tiram. 
Minyak, gula, garam, dan perasa.

Simple je kan bahan-bahannya. Jom kita tengok cara nak buat pulak.

Memula goreng ikan sehingga kekuningan. Kemudian, angkat ikan toskan ikan dan ketepikan. Luakkan sedikit minyak goreng ikan tadi. Tumis bahan yang dihiris sampai naik bau dan masukkan cili giling. Kacau dan biarkan cili masak dan selepas itu masukkan sos tomato, sos tiram, gula, garam dan perasa. Kacau rata, dan masukkan sedikit air (biar berkuah sikit).

Bila dah menggelegak, masukkan bawang bulat dan belimbing dan biarkan sekejap. Setelah bawang dan belimbing empuk, kacau sekejap kemudian tutup api dan siram sos atas ikan yang siap digoreng tadi. Dah siap....

Mudah kan? Nak tau sedap ke tak, cuba try test. Korang pasti menjilat jari. Hehehe... 

Selamat mencuba... ❤❤❤

26 April 2015

Semua mengenai mata.

April 26, 2015 0 Comments
Semua mengenai mata. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, dari mana datangnya cinta... dari mata turun hati. Mata merupakan salah satu organ terpenting pada manusia. Cikla nak share beberapa info penting mengenai mata. Jom baca....

Semua mengenai mata.
Semua mengenai mata. Sumber Google.

Semua mengenai mata.


  1. Mata sentiasa membuat pergerakan dari tepi ke tepi untuk memastikan imej yang dilihat tidak hilang dari pandangan mata.
  2. Purata manusia berkelip mata adalah 17 kali seminit.
  3. Mata tidak akan berubah saiz sejak lahir sehingga dewasa. Tetapi mata cuma boleh melihat sedekat 15 inci ketika kita lahir.
  4. Sebenarnya, mata menerima imej adalah secara terbalik, tetapi otak manusia yang memutarkan imej tersebut.
  5. Imej yang diterima pada kedua-dua belah mata adalah separuh sahaja.
  6. Kandungan air mata yang dihasilkan mempunyai kandungan yang berbeza untuk setiap emosi yang korang alami. Contohnya air mata sedih, ketawa, gembira, sakit, dan lain-lain.
  7. Mata tidak boleh menerima dan proses warna merah. Otak yang bertindak untuk mencampurkan warna hijau dan kuning untuk menjadi merah.
  8. Jika korang mata berwarna biru, ini maksudnya korang mempunyai keturunan yang sama dengan orang lain yang mempunyai mata biru.
  9. Jika korang bermata coklat, maksudnya korang mempunyai warna mata yang mula-mula wujud di dunia. Mata berwarna biru mulai wujud 6,000 tahun lalu.
  10. Penglihatan tepi sebenarnya berwarna hitam putih dan kabur. Otak yang membantu untuk membuatkan ianya terang dan berwarna.
  11. Jika anda ada penglihatan kemudian menjadi buta, anda masih lagi bermimpi boleh melihat imej.
  12. Kalau korang mempunyai penglihatan 20/20 bukan bermakna penglihatan korang baik. Tetapi ianya bermaksud korang boleh melihat 20 kaki seperti kebanyakan orang normal yang lain. 
  13. Jika korang rabun jauh, bola mata anda panjang daripada normal. Jika rabun dekat, ianya akan menjadi pendek.


Sayangi mata kita sebab ia adalah anugerah yang tak ternilai.... ❤❤


Sumber dari Whatsapp Group.

24 April 2015

Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun.

April 24, 2015 1 Comments
Assalamualaikum wbt...

Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun. | Suratan atau kebetulan??

JANUARI:
# bercita-cita tinggi dan orangnya serius
# suka mendidik dan dididik
# sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
# rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
# suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif, berfikiran mendalam
# pandai mengambil hati orang lain pendiam kecuali telah dirangsang
# agak pemalu
# daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri
# badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
# bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
# cukup sayang pd kanak-kanak
# suka duduk rumah
# setia pada segala-galanya
# perlu belajar kemahiran sosial
# cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
# berfikiran abstrak
# sukakan benda yang realiti dan abstrak
# inteligent, bijak dan genius
# berpesonality yg mudah berubah
# mudah menawan org lain
# agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
# jujur dan setia pd segalanya
# keras hati untuk mencapai matlamat
# tidak suka dikongkong
# mudah memberontak apabila dikongkong
# suka kegiatan yg lasak
# emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
# mudah mempamirkan marahnya
# tidak suka benda yg remeh-temeh
# suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
# sangat berani dan suka memberontak
# bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
# pemerhatian yg tajam
# suka hiburan dan sukan
# suka benda yg bersifat seni
# sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
# berkecenderungan pd benda yg tahyul
# amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
# belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
# berpesonaliti yg menarik dan menawan
# mudah didampingi
# sgt pemalu dan pemendam rasa
# sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
# sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
#suka pada kedamaian
# sgt peka kepada orang lain
# sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
# tidak cepat marah dan sangat amanah
# tahu balas budi dan tahu kenang budi
# pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
# kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
# suka berangan-angan
# suka melancong
# sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
# kelam kabut dalam memilih pasangan
# suka dgn hiasan rumahtangga
# punya bakat seni dalalm bidang muzik
# kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
# jgn terlalu moody.

APRIL
# sgt aktif dan dinamik
# cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
# sgt menarik dan pandai manjakan diri
# punya daya mental yg sangat kuat
# suka diberi perhatian
# sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
# sgt berani dan tiada perasaan takut
# suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
# emosi cepat terusik
# try control the emotion
# kecenderungan bersifat dendam
# agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
# kuat daya ingatan
# gerak hati yg sangat kuat
# pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
# berpenyakit disekitar kepala dan dada
# sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
# kekerasan hati & degil
# kuat semangat & bermotivasi tinggi
# pemikiran yg tajam
# mudah marah apabila tidak dikawal
# pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
# perasaan yg amat mendalam
# cantik dr segi mental & fizikal
# tidak perlu dimotivasikan
# tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
# mudah dipujuk
# bersikap sistematik (otak kiri)
# suka berangan
# kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
# bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
# daya khayalan yg tinggi
# permikiran yg tajam
# pandai berdebat
# fizikal yg baik
# kelemahan sistem pernafasan
# suka sastera, seni & muzik serta melancong
# tidak berapa suka duduk dirumah
# tidak boleh duduk diam
# tidak punya ramai anak
# rajin dan bersemangat tinggi
# agak boros

JUN
# berfikiran jauh & berwawasan
# mudah ditawan krn sikap baik
# berperangai yg lemah lembut
# mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood
# idea yg terlalu banyak dikepala
# bersikap sensitif
# otaknya aktif (sentiasa berfikir)
# sukar melakukan sesuatu dgn segera
# bersikap suka menangguh-nangguh
# bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
# cepat marah & cepat sejuk
# suka bercakap & berdebat
# suka buat lawak & bergurau
# otaknya cerdas berangan-angan
# mudah berkawan & pandai berkawan
# org yg sangat tertib
# pandai mempamerkan sikap
# mudah kecil hati
# mudah kena selsema
# suka berkemas
# cepat rasa bosan
# sikap terlalu memilih & cerewet
# kurang mempamerkan perasaan
# lambat nak sembuh apabila terluka hati
# suka kepada barang yang berjenama
# mudah menjadi eksekutif
# kedegilan yg tidak terkawal
# sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
# Sangat seronok didamping
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# berjiwa sentimental
# jarang berdendam
# mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# tidak suka benda remeh-temeh
# membimbing cara fizikal dan mental
# sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
# layanan yg serupa dgn semua orang
# tinggi daya simpati
# pemerhatian yg tajam
# suka menilai org lain dgn pemerhatian
# mudah dan rajin belajar
# suka muhasabah diri
# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
# suka mendiamkan diri
# suka duduk dirumah
# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# tak agresif kecuali terpaksa
# lemah dari segi kesihatan perut
# mudah gemuk kalau tak kawal diet
# minta disayangi
# mudah terluka hati tapi lambat pulih
# terlalu mengambil berat
# rajin dalam membuat kerja

OGOS
# suka berlawak
# mudah tertawan kepadanya
# sopan santun dan caring terhadap org lain
# berani dan tidak tahu takut
# orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
# pandai pujuk org lain
# terlalu pemurah & bersikap ego
# nilai harga diri yg sangat tinggi
# dahagakan pujian
# semangat juang yg luar biasa
# cepat marah & mudah mengamuk
# mudah marah apabila cakapnya dilawan
# sangat cemburu
# daya pemerhatian yg tajam & teliti
# cepat berfikir
# fikiran yg berdikari
# suka memimpin & dipimpin
# sifat suka berangan
# berbakat dlm seni lukis, hiburan & silat
# sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
# cepat apabila ditimpa penyakit
# belajar utk relax
# sikap kelam kabut
# romantik, pengasih, penyayang
# suka mencari kawan

SEPTEMBER
# sangat bersopan santun & bertolak ansur
# sangat cermat, teliti & teratur
# suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
# pendiam tapi pandai bercakap
# sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
# sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
# kerja yg dilakukan sangat sempurna
# sangat sensitif yg tidak diketahui
# org yg banyak berfikir
# otak bijak & mudah belajar
# suka mencari maklumat
# kawal diri dari terlalu mengkritik
# pandai mendorong diri sendiri
# mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
# suka sukan, hiburan & melancong
# kurang menunjukkan perasaannya
# terluka hatinya sangat lama disimpan
# terlalu memilih pasangan
# sukakan benda yg luas
# bersistematik

OKTOBER
# suka sembang
# suka org yg sayang padanya
# suka ambil jln tengah
# sangat menawan & sopan santun
# kecantikan luar & dalam
# tidak pandai berbohong & berpura-pura
# mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
# sentiasa berkawan
# hatinya mudah terusik tetapi rajuknya tak lama
# cepat marah
# macam pentingkan diri sendiri
# tidak menolong org kecuali diminta
# suka melihat dari perspektifnya sendiri
# tidak suka terima pandangan org lain
# emosi yg mudah terusik
# suka berangan & pandai bercakap
# emosi yg kelam kabut
# daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
# suka melancong, bidang sastera & seni
# pengasih, penyayang & lemah lembut
# romantik dlm percintaan
# mudah terusik hati & cemburu
# ambil berat tentang org lain
# suka kegiatan luar
# org yg adil
# boros & mudah dipengaruhi persekitaran
# mudah patah semangat

NOVEMBER
# banyak idea dalam perkara
# sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
# berfikiran ke hadapan
# berfikiran unik dan bijak
# penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa
# pemikiran yg tajam
# daya firasat yg sgt halus dan tinggi
# bagus utk jadi doktor
# cermat dan teliti
# personality dinamik
# sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
# banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
# berani, pemurah setia dan byk kesabaran
# terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
# tak suka marah kecuali digugat
# mudah ambil berat terhadap orang lain
# pandai muhasabah diri
# cara berfikir lain dari org lain
# otak yg sangat tajam
# pandai mendorong diri sendiri
# tidak hargai pujian
# kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
# cuba sampai berjaya
# badan yg tough
# kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
# romantik
# tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
# suka duduk dirumah
# sangat rajin dan berkemampuan tinggi
# amanah, jujur setia dan pandai berahsia
# tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
# bercita-cita tinggi
# perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
# Sangat setia dan pemurah
# Bersifat patriotik
# Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
# Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
# Bercita-cita tinggi
# Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
# seronok didampingi
# Suka bercampur dgn org
# Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
# Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
# Tidak pandai berpura-pura
# Cepat marah
# Perangai yg berubah-ubah
# Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
# Benci pada kongkongan
# Suka berlawak
# Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.


Perkongsian di atas sekadar suka-suka. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap yang tersurat dan tersirat...... Oklah, sekian dulu, wassalam......


Sumber dari Whatsapp Group.

23 April 2015

Bahaya lidah.

April 23, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Bahaya lidah. Sebenarnya lidah kadangkala lebih bahaya dari mata pedang. Orang yang bercakap ikut sedap mulut tanpa fikir panjang dan kesannya bukanlah orang yang baik. Sebab apa cikla cakap macam tu? Sebab, bagi cikla apa yang dikatakan itulah yang dipamerkan. Kesannya tanggapan orang terhadap personaliti kita. Senang cakap, setiap percakapan adalah cerminan peribadi kita. Setuju tak???




Cuba tengok dalam gambar kat atas tu. Tanpa kita sedar, macam-macam perkara yang tak elok kita buat menggunakan lidah kita. Ada sesetengah kita rasa perkara tu sekadar gurauan tapi tak pada yang mendengarnya. Kan dah timbul masalah. Timbul rasa kecik ati orang pada kita, kesannya orang akan jauhkan diri dari kita sebab anggap kita jahat mulut... betul tak?

Jadi, marilah sama-sama kita memohon keampunan dariNya. Oklah, semoga menjadi ingatan untuk kita semua termasuklah diri cikla gak. Sekian dulu, wassalam.


Image dari facebook.com.

Doa hari ini : Doa minta berlindung dari nyanyuk dan mati mengejut.

April 23, 2015 0 Comments
Doa hari ini : Doa minta berlindung dari nyanyuk dan mati mengejut. | Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmahirrahim......

Doa hari ini : Doa minta berlindung dari nyanyuk dan mati mengejut.


Doa hari ini : Doa minta berlindung dari nyanyuk dan mati mengejut.
Doa hari ini : Doa minta berlindung dari nyanyuk dan mati mengejut.

Amin Ya Rabb.... Semoga bermanfaat. 


Sumber doa dari facebook.com.

My hero 7 month already!

April 23, 2015 2 Comments
My hero 7 month already! | Assalamualaikum wbt. Betapa cepatnya masa berlalu. Ahmad Ammar Rizqie dah pun 7 bulan usianya. Rasanya baru semalam cikla gigih berjuang melahirkannya, kemudian berkampung di ward nicu selama hampir 2 minggu gara-gara suspect jangkitan kuman. Semuanya menjadi memori indah dalam hidup cikla. Mana taknya, first time duduk ward. Hahaa....

My hero 7 month already!


My hero 7 month already!
My hero 7 month already!
              
My hero 7 month already!
My hero 7 month already!

Sekarang pun Ammar dah pandai merangkak. Memang pantang letak kat bawah, laju je merangkak. Lagi-lagi kalau ada barang yang nak diambilnya. Gigi pun dah nak menjenguk. Abislah lepas ni ibu kena gigit. 

Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan jadi anak kebanggaan ibu ayah. Ibu sayang Ammar ketat-ketat. Muahhhh... ❤❤❤

20 April 2015

Salam 1 Rejab.

April 20, 2015 0 Comments
Salam 1 Rejab. | Assalamualaikum wbt....Salam 1 Rejab semua. Semoga kita sentiasa diberi keberkatan dan rahmat dariNya. Jom sama-sama kita baca doa berikut....

Bismillahirrahmanirrahim....


Salam 1 Rejab.
Salam 1 Rejab.

Amin ya Rabb.....

Sekian dulu.... wassalam.....

Image from facebook.com.

10 April 2015

Macam mana nak elak digigit baby.

April 10, 2015 0 Comments
Macam mana nak elak digigit baby. | Assalamualaikum wbt. Aiseh, sesiapa yang ada baby yang dah ada gigi mesti pernah kena gigit kan. Nak-nak pulak kalau baby kita baru nak tumbuh gigi dan masih menyusu badan. Memang menjeritlah ibunya menahan kesakitan. Hehe. My Ammar pulak, walaupun belum tumbuh gigi, kadang-kadang dia menggigit gak. Mmang sakit jugak plah. Walaupun hanya gusi. Esok-esok kalau dah bergigi, tak tau lah. Tapi kakak-kakaknya sebelum ni memang kuat menggigit. Nasiblah kan... *dalam nada berserah...

Biasanya, kalau baby yang nak tumbuh gigi memang gatal aje gusinya. Sebab tu banyak asyik nak gigit apa-apa saja benda yang dipegangnya. Itu sebab kalau masa menyusu pun, ada baby yang menggigit puting nenen ibunya pulak. Adoi... memang sakit menjerit dibuatnya. Tapi, ada sesetengah ibu yang tak tahan kena gigit ambil keputusan untuk berhenti menyusukan baby. Wah... memang rugi sesangat tau ibu-ibu sekalian. Nasihat cikla, seboleh-bolehnya susuilah anak kita sehingga umurnya mencapai 2 tahun. Banyak manfaatnya tau....

So, inilah yang cikla nak kongsikan. Macam mana nak elak daripada menjadi "mangsa" gigitan baby kita.

Macam mana nak elak digigit baby.


Bila baby menggigit, terus tunjuk reaksi kita dengan mengaduh sambil memegang dagu baby supaya baby lepaskan gigitannya. Bila baby dah lepaskan, tengok mata baby dan cakap dengan lembut tapi tegas, "tidak!" atau "jangan!"..... Tapi kalau baby kita menangis, pujuk baby supaya berhenti menangis atau susukan baby semula. Kalau baby masih menggigit, tunjukkan reaksi yang awal sebab ia dapat membiasakan baby supaya baby tau kalau dia menggigit lagi si ibu akan bagi reaksi yang tak menyenangkan sampai baby berhenti menggigit.

Berhenti sekejap dari penyusuan supaya baby akan belajar kalau dia menggigit lagi dia tak akan dapat susu yang dinginkannya. Kiranya macam "mengugut" la... hehehe...


Macam mana nak elak digigit baby.
Macam mana nak elak digigit baby. Sumber Google 


Kalau ibu rasa baby macam menggigit, peluk baby kuat-kuat ke arah payudara ibu. Baby biasanya akan melepaskan gigitannya dan bukak mulut besar-besar sebab nak tarik nafas. Tapi hati-hati, jangan sampai baby kita ketakutan pulak.

Siisipkan jari kelengkeng kita di hujung mulut baby sebagai cara baby bukak mulutnya dan lepaskan gigitan.

Cari pengganti atau benda supaya baby boleh menggigit. Paling tidak baby tak gigit puting payudara ibu kan? Tapi yang paling penting bendanya biarlah lembut dan bersih untuk mengelakkan baby dijangkiti kuman pulak. Nanti lain pulak penyakit yang datang.....

Tapi kan cikla rasa di pasaran sekarang ni ada dijual alat bernama "teehter" iaitu alat yang digunakan untuk rangsang pertumbuhan gigi baby (biasa baby umur 5-6 bulan ke atas). Teether berbentuk padat digenggam dan dipicit dapat membantu melatih keterampilan motor halus baby. Selain itu, pastikan teether sentiasa dalam keadaan bersih. Contoh teether macam kat bawah ni....


Macam mana nak elak digigit baby.
Macam mana nak elak digigit baby. Contoh teether. Sumber Google.


Rasanya ada macam-macam jenis teether kat pasaran. Sebaiknya pilih teether yang diperbuat dari lateks dan berisi gel sebab ia lebih sejuk dari teether yang berisi air. Lepas guna, cuci teether dengan air panas/pencuci khas dan simpan dalam bekas yang bersih. Oklah... semoga info ini memberi manfaat dan pengetahuan khususnya untuk ibu-ibu termasuk diri cikla jugak. Sekian dulu.... wassalam....


Sumber dari ruangan "Untukmu mama", majalah wanita edisi April 2015.
Image dari Mr.Google.

Kesalahan.

April 10, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Kesalahan. Dah jadi lumrah manusia ada sesetengahnya susah sangat nak mengaku kesalahan. Kadang-kadang kesalahan dah jelas, tapi masih nak nafikan. Bak kata orang tua-tua, menegakkan benang basah. Bagi cikla, takde salahnya kita mengaku salah nak-nak memang dah salah kita. Mengaku salah bukan bererti kita kalah dan lemah. Tapi pada cikla ia menunjukkan kita berani. Berani sebab apa? Berani menghadapi kenyataan dan kemungkinan yang bakal berlaku biarpun pahit.





Ada sesetengahnya pulak, dah la susah or taknak mengaku salah, lepas tu sibuk pulak nak cari salah orang. Salah satu sebab nak cover salah sendirilah tu. Orang macam ni memang bahaya. Depan lain, belakang lain. Ermm... cikla bukan nak cakap cikla baik sangat, sebab bagi cikla sebagai manusia biasa kita memang tak terlepas dari buat silap. Takde salahnya kita merendah diri sikit dan mengakui kesalahan (itu pun kalau kita buat salahlah kan...). Sikap saling memaafi dan tolak ansur akan mewujudkan suasana harmoni dalam perhubungan... oklah... ingatan untuk diri cikla jugak. Marilah sama-sama kita perbaiki diri memasing supaya menjadi lebih baik. InsyaAllah.... amin... sekian dulu..... wassalam.....

Image from facebook.com.

08 April 2015

Macam mana nak pilih krim sunblock?

April 08, 2015 3 Comments
Macam mana nak pilih krim sunblock? | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Lama rasanya cikla tak jenguk belog cikla yang tak seberapanya ni. Lately, cikla busy sikit sebab banyak hal yang tak boleh dielakkan. Nak curi sikit masa update belog pun takdan. Ok ok, cikla sebenarnya nak share beberapa tips macam mana nak pilih krim sunblock.

Sebelum tu cikla nak cerita kenapa sunblock penting sangat khasnya untuk wanita-wanita di luar sana. Sunblock sebenarnya penting untuk melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya untuk kulit kita. Ia juga turut membantu kulit kekal cerah dan elak berlakunya pigmentasi dan kulit berbelak.

Tapi kan, rasaya ramai yang tak tau macam mana nak pilih sunblock yang betul-betul sesuai dengan kulit kita, termasuklah cikla ni. Hehehehe. Untuk pengetahuan korang, semakin tinggi SPF, semakin baik kadar perlindungan kulit terhadap sinaran matahari. Pakar menyarankan kita perlu menggunakan krim SPF 30 yang mengandungi UVA dan UVB sebagai pelindung kulit. Tapi kan, pemilihan SPF ni mestilah bergantung pada jenis kulit kita juga. Kalau tak, masalah lain pulak timbul.

Jadi, inilah yang cikla nak kongsikan. Tips tepat macam mana nak pilih sunblock ikut jenis kulit memasing.

Macam mana nak pilih krim sunblock?


Macam mana nak pilih krim sunblock?
Macam mana nak pilih krim sunblock? Sumber Google.


Untuk kulit berminyak, pilih sunblock bebas minyak (oil free). Sebaiknya pilih sunblock berasaskan air atau gel. Jangan guna sunblock yang ada wangian/pelembap sebab ia boleh menyebabkan kulit lebih berminyak dan kelihatan berkilat. Untuk kulit kering pulak, pilih sunblock berasaskan krim pelembap sebab ia dapat membantu meningkatkan kadar kelembapan kulit supaya tak kering dan mengelupas. Pilih sunblock yang ringan pada kulit dan tak melekit. Manakala, untuk kulit jenis kombinasi, biasanya kulit jenis kombinasi ni masalahnya adalah berminyak pada zon T (kawasan dahi, hidung dan dagu). Jadi, pilih sunblock yang mengandungi benzoyl peroxide sebab ia dapat mengimbangi minyak pada wajah.

Selain itu, kalau korang melakukan aktiviti luar yang mana korang terdedah secara terus pada sinaran matahari, seelok-eloknya korang guna sunblock dengan nilai SPF 35/50. Kalau korang mempunyai kulit yang lebih cerah elok guna sunblock dengan nilai SPF yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang berkulit gelap. Kalau korang nak kulit korang dilindungi lebih lama dan sempurna, elok guna sunblock yang ada UVA/UVB dan kalis air.

Jangan lupa, korang boleh oleskan juga sunblock pada hidung, telinga, leher dan lain-lain bahagian badan korang untuk pelindungan lebih. Sebaiknya oles sunblock 20 minit sebelum korang menjalankan aktiviti luar dan kalau cuaca terik sangat korang boleh oles sunblock setiap dua jam untuk pelindungan terbaik.

Jadi, kulit korang jenis yang macam mana? Walauapapun, cikla harap perkongsian ni dapat bagi kita sedikit info dan tips. Nak-nak pulak sekarang ni kan musim panas tak ingat punya. 

Lagipun orang tua-tua ada berpesan, mencegah lebih baik dari mengubati...betul tak?


Sumber info Ruangan tips cantik majalah wanita edisi April 2015.

01 April 2015

Kisah seekor ular.

April 01, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt......

Kisah seekor ular. | Cikla nak berkongsi sebuah kisah sebagai renungan untuk kita semua. Semoga bermanfaat dan memberi kita kesedaran.... Kisahnya begini.....

".......Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, namun serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya. Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut telah menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ......"

Kesimpulan dari kisah di atas adalah......

Di saat kita sedang beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud,

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim)

Sekian dulu, wassalam.......


Sumber dari Whatsapp group.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.