26 May 2015

Ahmad Ammar Rizqie 8 bulan sudah!

May 26, 2015 1 Comments
Ahmad Ammar Rizqie 8 bulan sudah! | Assalamualaikum wbt. Wah wah.... dah 8 bulan dah anak bujangku yang sorang ni. Sekejapnya dah meningkat dewasa... (ceewwahhh ayat baik punya). Walau apapun cikla bersyukur sebab Ammar membesar dengan sihat dan cergas. Alhamdullilah. Semalam pergi buat check up 8 bulan kat klinik berat naik. 7.6 kg. Jadilah, dari takde. Hehe. Apa yang penting setiap kali timbang mesti naik walaupun sikit...

Ahmad Ammar Rizqie 8 bulan sudah!


Ahmad Ammar Rizqie 8 bulan sudah!
Ahmad Ammar Rizqie 8 bulan sudah!

Ahmad Ammar Rizqie 8 bulan sudah!
Ahmad Ammar Rizqie 8 bulan sudah!

Sekarang dah pandai meniarap, merangkak dan duduk. Tiga sekaligus. Kalau letak kat bawah memang pantang nampak barang-barang bersepah atas lantai. Memang pantas dia merangkak dan mendapatkannya. Lepas tu, dengan pantas masuk dalam muka. Test rasa katanya. Gigi pun dah tumbuh 2 batang. Kalau menggigit memang menjeritlah...

Semoga Ammar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh bila besar kelak. Amin. Ibu sayang Ammar. Muahhhh... ❤❤❤

21 May 2015

Selamat hari lahir.... kakak Batrisyia.

May 21, 2015 1 Comments
Selamat hari lahir....  kakak Batrisyia. | Assalamualaikum wbt.... Hai semua. Dah lunch??? Oklah, sebenarnya cikla nak share moment cikla sekeluarga masa sambut birthday anak sulung cikla.... Ala, majlis kecil-kecilan aje. Just untuk meraikan anak cikla ni.....

Selamat hari lahir....  kakak Batrisyia.


Selamat hari lahir....  kakak Batrisyia.
Selamat hari lahir....  kakak Batrisyia.

Actually majlisnya awal bulan hari tu. Tapi takdan nak update. Busy sokmo teman. Baru sekarang ada masa nak update.... Untuk pengetahuan, kakak Batrisyia lahir tanggal 3 Mei 2010. Dah 5 tahun dah usianya. Ni cikla belanja gambar keknya je..... Nampak sedap... tapi memang sedap pun.... Hehehe....

Selamat hari lahir....  kakak Batrisyia.

Oklah... ibu nak wish... (walaupun dah lepas)....

"Selamat hari lahir kakak Batrisyia. Dah 5 tahun dah usia kakak. Sekejap je masa berlalu. Lahirnya kakak 5 tahun lalu mewarnai hidup ibu dan ayah. Semoga kakak menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibu dan ayah. Amin......"

20 May 2015

Kari tetel bersama kentang.

May 20, 2015 0 Comments
Kari tetel bersama kentang. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Korang dah lunch? Apa menu? Wah, sedap tu. Oklah, hari ni cikla nak share satu resepi simple versi cikla, iaitu Kari tetel bersama kentang. Senang sangat. Rasanya semua boleh buat sebab memang mudah. 

Kari tetel bersama kentang.



Baiklah, memula kita tengok bahan-bahannya dulu.

1/2 kilo daging tetel. (Dibersihkan dan direbus sampai empuk).
1/2 biji bawang merah (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
1 tangkai daun kari.
1 kuntum bunga lawang.
1 batang kayu manis.
1 sudu teh halba.
4-5 biji kentang sederhana besar (belah 4).
I sudu besar serbuk rempah daging.
1 kotak (200 ml) santan.
Sedikit minyak, garam, gula dan perasa. 



Kari tetel bersama kentang.
Kari tetel bersama kentang.

Dah, jom kita tengok pulak cara nak buat (rujuk pada gambar di atas).

  1. Tunis bahan dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan halba sehingga kekuningan. Bahan dihiris kalau nak kisar pun boleh juga. Ikut suka.
  2. Setelah kekuningan, masukkan serbuk rempah daging (cikla guna jenama Babas) dan tumis lagi sampai garing.
  3. Sambil mengacau bahan di (2), masukkan daun kari dan kacau sejenak.
  4. Selepas itu, masukkan daging, air rebusan daging dan kentang. Biarkan sampai daging dan kentang betul-betul empuk. Setelah empuk, masukkan santan, garam, gula serta perasa dan biarkan ia mendidih sampai kuah masak.

Kari tetel bersama kentang.
Kari tetel bersama kentang.

Taaadaaaaa.... Dah siap pun. Senang je kan? Kalau makan dengan nasi panas, pastu ada pulak ikan masin goreng, perghhhh terangkat abis. Mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Mau bertambah-tambah nasinya.

Selamat mencuba...

19 May 2015

Tazkirah Asar : Belajar.

May 19, 2015 0 Comments
Tazkirah Asar : Belajar. | Assalamualaikum wbt. Kisah untuk renungan kita semua. Begini kisahnya...

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan, "Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan; Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari...." Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya, Si ibu: "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?" Jawab si adik: "Saya ikut pesan ayah. Si ibu: "Apa ayahmu pesan?...." Jawab si adik: "Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah..."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu: "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan?...." Jawab si abang: "Saya ikut pesan ayah...." Si ibu: "Apa ayahmu pesan?..." Jawab si abang: "Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai. Kedua, ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat Subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari....."

Moral of the story:

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya. Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk, mohon Allah SWT bimbing kehidupan kita, semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah. Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita dimuliakan oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad SAW, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah SWT mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan pada agamanya dengan sebenar-benar kefahaman....."


Sumber: Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin Pesona D'Zahrah IKIM.fm.

18 May 2015

Duit....

May 18, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Duit.... | Nama aku DUIT...... Kadang-kadang orang panggil aku wang, fulus dan macam-macam lagi. Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku. Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana manusia mengidolakan aku. Ramai orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan, memutuskan persaudaraan, menjual maruah, malahan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku! Aku tak mengerti perbezaan orang senang dgn orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku. Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku. Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku. Sangat jelas juga aku bukan Tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti Tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba Tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali mereka diingatkan supaya jangan sesekali menjadi hamba duit. Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun tetapi ramai orang yang rela mati demi aku. Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat tetapi aku tidak mampu untuk memanjangkan jangka hayat hidup seseorang.





Sedarkah anda, aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya. Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam. Walhal, tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi. Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu. Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dariNya. Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.


Yang benar,
Duit...


Sumber dari Whatsapp Group.

15 May 2015

Antara Manusia, Malaikat dan Syaitan.

May 15, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Antara Manusia, Malaikat dan Syaitan. | Sketsa berikut sekadar renungan kita semua. Semoga kita semua diberi kesedaran dan dapat memperbaiki diri kita menjadi yang lebih baik. InsyaAllah...

Kisahnya begini:

  • Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat Subuh mu. Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni... awal lagi ni.... zzzz... 
  • Manusia - Nak makan, laparlah. Malaikat - Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah. Syaitan - Ahh, tak payahlah. Dah lapar ni! Makan saja... Sedapnya... 
  • Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat. Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung! 
  • Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat. Syaitan - Ahhh? awal lagi? mmm... aahh? Suruh si X punchkanlah? 
  • Manusia - Azan sudah kedengaran... Malaikat - Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan. Syaitan - Baru pukul berapa. Rilex lah. Awal lagi ni. 
  • Manusia - Eh, eh.. Tak boleh tengok ini, berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui! Syaitan - Perggghh... Best tu... Rugi ooo kalau tak tengok ni. 
  • Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa. Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah. 
  • Manusia - Aku telah berdosa. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... Muda lagi kan... Lagipun hidup hanya sekali... Rugilah...(kalau sempatlah). 
  • Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu. Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh!

Kesimpulannya, syaitan sentiasa berusaha menyesatkan manusia. Sama-samalah kita berusaha mengelakkan diri dari terjebak dan tergoda dari godaan syaitan. InsyaAllah.....

"Bismillahirrahmanirrahim..... Aku berlindung dari syaitan yang direjam...."

Oklah... sekian dulu. Wassalam....


Sumber dari Whatsapp Group.

Simple RM100 Giveaway Byijeni.

May 15, 2015 3 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Simple RM100 Giveaway Byijeni. | Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)



 

Hadiah Giveaway :-

Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
Topup RM 5 (x6 Pemenang)
Topup RM 10 (x3 Pemenang)
  • Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-

    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join. TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015
Sekian dulu... Wassalam....

13 May 2015

Ada orang.

May 13, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Ada orang. | Perkongsian ilmu. Semoga bermanfaat.

  • Ada orang bangga dengan suaminya, akhirnya suaminya itu curang padanya. 
  • Ada orang bangga dengan anaknya, akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia. 
  • Ada orang bangga dengan hartanya, akhirnya disamun, diragut, dirompak. 
  • Ada orang bangga dengan jawatannya, akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur. 
  • Ada orang bangga dengan kecantikkannya, akhirnya kena strok. Habis herot. Hilang kecantikkannya. 
  • Ada orang bangga dengan ketampanannya, akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. Cacat semua. 
  • Ada orang bangga dengan pimpinannya, akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar berpecah-belah. 
  • Ada orang bangga dengan ilmunya, akhirnya dia menjadi jahil kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa.. Manusia hari ini suka sangka-sangka: Ada sangka baik. Ada sangka buruk. 

  • Orang beribadah disangka riak. 
  • Orang rileks disangka malas. 
  • Orang berpakaian baru disangka menunjuk. 
  • Orang berpakaian buruk disangka hina. 
  • Orang makan banyak disangka pelahap. 
  • Orang makan sedikit disangka diet. 
  • Orang yang senyum disangka mengejek. 
  • Orang yang masam disangka merajuk. 
  • Orang yang berbincang disangka mengumpat. 
  • Orang yang diam disangka menyendiri. 
  • Orang yang menawan disangka menggoda. 
  • Orang yang ceria disangka mengada. 
  • Orang yang bertanya disangka menyibuk.


Hakikatnya...

  • Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah. 
  • Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa. 
  • Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat. 
  • Mana tahu yang diam itu kerana beribadah. 
  • Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya. 
  • Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya. 
  • Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.


Justeru…. Sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka sangka-sangka. Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa. Kerap sangka-sangka mengundang celaka. Jangan terlalu bersangka-sangka. Jauhi sikap bersangka-sangka.

Mari kita belajar ABC sampai Z:

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
MuhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal...

Waallahualam...... Sekian dulu, wassalam....


Sumber dari Whatsapp Group.

10 May 2015

Jangan...

May 10, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt......

Jangan... | Sebelum kita tidur, jom kita baca sedikit tazkirah yang indah.... semoga memberi sedikit getaran keinsafan dalam hati kita. Tak salah berkongsi sedikit ilmu sebab manfaatnya bukan sedikit......

• Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah kerana seseorang yang hampir membunuh Rasullullah SAW pun kini terbaring di sebelah makam baginda iaitu Saidina Umar Al Khattab.
• Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedangNya Allah (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
• Jangan menilai orang dari rupanya kerana Rasulullah SAW melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat baginda Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.
• Jangan memandang orang dari status dan hartanya kerana sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Subhanallah.... kalau cikla salah, sila betulkan. Tak salah tegur-menegur untuk kebaikan. Kan kan kan... Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. Oklah, sekian dulu. Wassalam....


Sumber dari Whatsapp Group.

06 May 2015

01 May 2015

Cerita seribu pengajaran.

May 01, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt...

Cerita seribu pengajaran. | Hai kengkawan.. dah tidoq ka? Sebelum tidoq, jom kita baca satu kisah yang akan memberi kita seribu satu pengajaran. Tersurat dalam tersirat. Mari kita baca sama-sama.

Bismillahirrahmanirrahim....

Ceritanya begini......

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Kemudian Hasan berbisik dalam hati, "Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!"....

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas kerana karam. Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan. Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang"...

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya, "Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak"... Hasan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".... Lelaki itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".... Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Pengajaran yang kita boleh dapat adalah:


  • Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak. 
  • Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat. 
  • Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas. Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.


Semoga kita semua terhindar dari segala sifat mazmumah walau sehebat manapun kita. Semoga kita terhindar dari sikap bangga diri, sombong, ujub dengan amalan kita sendiri. Jangan sesekali pernah berkata, "Aku lebih baik daripada kau....."


  • Yang singkat itu - "waktu" 
  • Yang menipu itu - "dunia" 
  • Yang dekat itu - "kematian"
  • Yang besar itu - "hawa nafsu" 
  • Yang berat itu - "amanah" 
  • Yang sulit itu - "ikhlas" 
  • Yang mudah itu - "berbuat dosa" 
  • Yang susah itu - "sabar" 
  • Yang lupa itu - "bersyukur" 
  • Yang membakar amal itu - "megumpat" 
  • Yang ke neraka itu - "lidah" 
  • Yang berharga itu - "iman" 
  • Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati" 
  • Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"  - (Imam Al Ghazali)


Oklah, semoga bermanfaat.... sekian dulu. Wassalam....


Sumber dari Group Whatsapp.

Selamat Hari Pekerja.

May 01, 2015 0 Comments
Selamat Hari Pekerja. | Assalamualaikum wbt... Pada 1 Mei setiap tahun hari pekerja pasti diraikan oleh semua orang-orang yang bekerja. Apa lagi, cutilah..... hehe.... tapi mungkin tidak pada suri rumah tangga sepenuh masa macam cikla ni. Orang keje, cikla keje. Orang cuti, cikla keje gak. Orang cakap keje rumah tak kan abis... bertabahlah.... Cuba tengok gambar kat bawah ni....


Selamat Hari Pekerja.

Oklah, cikla nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA untuk semua. Sekian dulu, wassalam......

Image from internet.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.