26 June 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com.

June 26, 2015 4 Comments
Assalamualaikum wbt...




Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com. | Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com

  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com

  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org\'a0dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

-TAMAT SUDAH-

Jika anak kena sawan tarik.

June 26, 2015 1 Comments
Jika anak kena sawan tarik. | Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat yang penuh berkat. Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya. Amin. Oklah, kali ni cikla nak share something yang amat penting khas untuk pengetahuan ibubapa. Yang takde anak or belum kawin lagi pun boleh amik tau jugak, just untuk info. Manalah tau kita tiba-tiba berhadapan dengan situasi sebegini. 

Kadang-kadang kita ada dengar kanak-kakak yang kena sawan tarik. So, bila kita berhadapan dengan situasi camni, apa yang perlu kita buat especially ibubapa. Jangan panic, just follow langkah berikut:

Jika anak kena sawan tarik.


  1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak. 
  2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.  
  3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya. 
  4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat punggung (kalau ada simpan kat rumah). 
  5. Kalau tidak ada ubat punggung di rumah, bila anak sudah sedar cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya. 

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. 

Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang. 

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. Jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.


#copypaste


Info dari Facebook.com. (Klik SINI)

25 June 2015

Softlan Magic Moments.

June 25, 2015 2 Comments
Softlan Magic Moments. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Cikla harap semuanye masih gigih meneruskan puasa ye. Hari ni dah masuk hari ke-7. Seminggu sudah, sekejap je masa berlalu kan. Ermm, baiklah. Rasanya dah lama cikla tak buat review entry kan. So, hari ni cikla nak share and promote satu produk yang pada cikla. Terbaiklah! Kepada ibu-ibu yang masih tercari-cari brand softener yang bagus, haaaa ini lah dia yang terbaik, Softlan Magic Moments.

Softlan Magic Moments.


Rasanya ni keluaran terbaru Softlan. Cuba tengok gambar di bawah....

Softlan Magic Moments.
Softlan Magic Moments. Sumber https://www.snappywebby.com/

Sebenarnya sebelum ni cikla guna softener softlan jugak, tapi jenis biasa. Nak dijadikan cerita, satu hari tu hubby cikla balik bawak sample pek Softlan Magic Moments, and cikla try. Memang lagi wangi dari yang sebelum ni.  Time sidai baju, baunya harum semerbak je. Sampai jiran sebelah boleh bau. Hehehe. Yang bestnya, bau wangi ni kekal more than a month. Katanyalah kan, memang best lah.

For your info, ia didatangkan dalam 3 jenis wangian, iaitu Violet Romance, Floral Enchantment, dan Kissess Of Flower. Tapi yang cikla guna yang color kuning, Floral Enchantment. Memang wangi tak ingat. Softlan Magic Moments ni juga ada dalam bentuk isian semula (refill). Botolnya pun comel-comel gitu. Instruction macam nak guna semua ada dinyatakan di belakang botol.

Laaaa, cerita punya cerita harga tak kasi tau pulak. Harganya cuma RM8.20 termasuk GST untuk 750ml. Cikla rasa berbaloi harganya. Lagipun kita guna bukan banyak pun, hanya dengan satu penutup, kita akan dapat wangian yang kekal lama, Wangi sokmo. Tak gitu.

Selamat mencuci...  🌸🌸🌸

24 June 2015

Raya Giveaway by Erza.

June 24, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Raya Giveaway by Erza. | Jom join giveaway ni...


CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower
2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 
3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"
4. Tinggalkan URL entri korang di SINI
5. Siap dan good luck friends!!!



5 langkah mudah sahaja !!!

Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-

1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D



Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

23 June 2015

Kreatifnya mak.

June 23, 2015 2 Comments
Kreatifnya mak. | Assalammualaikum wbt. Mak cikla ni memang seorang yang tak boleh nak duduk diam. Ada je kerjanya. Lately, minat menanam bunga dan berkebunnya makin membuak-buak pulak. Yang kreatifnya, ada sebahagian dari pasu bunganya dibuat dari bahan-bahan terpakai. Tengok ajelah dalam gambar ni. Kreatifnya mak saya. Hihi.

Kreatifnya mak.


Kreatifnya mak. Pasu daripada sabut kelapa.


Yang ni dibuat dari sabut kelapa. Duduk kampung mestilah senang nak cari buah kelapa tua kan. Kalau dalam gambar ni pasu sabut kelapa style gantung punya. 


Kreatifnya mak. Bekas bunga dari botol minyak terpakai.

Kalau yang ni pulak, made from botol-botol minyak masak. Tak kiralah brand saji ke, aliff ke, knife ke, janji botol. Botol dipotong ikut kreativiti...... Nak cun lagi, cat arrr body nya. Memang menawan kalbu.... Hehehee.....


Kreatifnya mak. Tayar kereta terpakai dijadikan tempat letak bunga. 


Tayar lama boleh jugak dijadikan sebagai pasu. Kira oklah tu, ia dapat menghapuskan tempat nyamuk aedes membiakkan dirinya sebab tayar kan boleh menakung air hujan. Nyamuk memang suka yang amat tempat camtu. So, kawasan jadi lebih bersih dan selamat. 


Kreatifnya mak. Haaa kau, kettle air rosak pun boleh jadi pasu jugak. Kreatif tak kreatif mak den... Hihi... 

Kreatifnya mak.


Hahaha.... kalau yang ni lagi kreatif. Kettle air pun boleh jadi jugak. Menarik kan??? Bekas plastik dengan botol plastik pun boleh guna jugak.


Kreatifnya mak.

Yang ni pulak bekas tupperware terpakai dan botol minyak masak. Bahagian bawah bekas ditebuk lubang-lubang kecil supaya bila kita siram pokoknya nanti, air senang mengalir keluar.


Kreatifnya mak.


Tengok tu, siap regen keluar duk kat halaman. Bila tengok-tengok, macam cantik je, macam comel je. Hehe. Kalau nak cantik lagi, korang spray or cat (kalau rajinlah) bekasnya. Lagi nampak menarik tertarik. Kau memang daaaboommm.... (ehh.. ternyanyi pulak.. ngeeee)

Oklah, saja je cikla nak share dengan korang semua. Nanti cikla share cerita kebun bunga yang lain pulak. Manelah tau korang pun minat gardening, boleh try idea-idea kreatif seperti di atas. Okey... Baiklah, sekian dulu, wassalam.....

Go away perut buncit!

June 23, 2015 0 Comments
Go away perut buncit! | Assalamualaikum wbt. Perut buncit. Kalau orang perempuan memang fobialah kalau cakap pasal perut buncit ni. Kalau buncit sebab ada baby dalamnya, takpelah. Lepas 9 bulan dah kempis balik. Ye tak? Hehe. Tapi kalau lepas deliver pun maintain perut tu ke depan. Masalahlah pulakkan, kalau orang lelaki pulak yang cikla tengok, kebanyakannyalah (tak semua) kalau lepas kawin mesti 'perutnya maju ke depan' hahaha. Jangan marah ok abang-abang semua. Tapi rasanya betul kot.

Jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mesti boleh settle punyalah. Haaaa. Inilah yang cikla nak share ni. Sebenarnya kita boleh mengatasi perut buncit ni dengan menggunakan sumber-sumber alami seperti fruits. Tak payah nak ambil ubat dan segala bagai. Bukan apa, takut lepas ni kita terlalu bergantung dengan ubat. Jom kita tengok apakah buah yang boleh kita ambil untuk menyahkan perut 'comel' ni. *Walaupun comel tapi mengundang masalah juga kan...

Go away perut buncit!


Go away perut buncit!
Go away perut buncit! Buah betik. Sumber Google.
BUAH BETIK - Ada "Papain enzyme" yang boleh membantu mencerna protein. Bila ia dicerna dengan balik, takde gas dalam perut kita, so perut dapat kempis dengan cepat.


Go away perut buncit!
Go away perut buncit! Buah Aprikot. Sumber Google.
BUAH APRIKOT - mengandungi "lipase enzyme" yang membantu memecahkan lemak serta membantu  memindahkan makanan ke usus hingga mencegah terkumpulnya gas dalam perut. Kalau gas kurang, perut akan kempis dan rata.


Go away perut buncit!
Go away perut buncit! Jus lemon. Sumber Google.
JUS LEMON - sangat baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Selain itu, sudah tentu ia dapat mengempiskan dan meratakan perut. Minum jus lemon sejam sebelum sarapan kerana ia dapat mengatasi masalah sembelit.


Go away perut buncit!
Go away perut buncit! Halia. Sumber Google.
HALIA - sangat baik sebagai agen untuk menyingkirkan angin dari badan bahkan ia digunakan sebagai bahan untuk meratakan perut. Ia boleh jugak dijadikan sebagai minuman dengan mencampurkannya dalam air teh kerana dipercayai dapat membuang angin dan melancarkan sistem percernaan kita. 



Go away perut buncit!
Go away perut buncit! Buah Nenas. Sumber Google.
BUAH NENAS - kaya dengan "Bromelin enzyme" juga membantu proses pencernaan. Ia dapat mencegah gas dalam perut    sekaligus membersihkan perut. Tapi kena ingat, ibu lepas bersalin tak boleh makan buah ni....

Nah, senangkan? Tengok buahnya pun senang nak cari. Oklah, selamat mencuba. Jangan stress-stress, sebab  semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Apa yang penting kita kena cuba. Tak cuba tak tau kan... Betul tak?


Sumber tips dari Ruangan Dairi Doktor.  

22 June 2015

Giveaway SI Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang.

June 22, 2015 4 Comments
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang....

Allhadulillah, dengan rezeki Allah Ya Razzaq, saya ada beberapa buku yang hendak diberikan pada anda... Buku nukilan Prof Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd dripada UMP....

Saya selalu gunakan buku beliau untuk panduan hidup saya mengenal makrifatullah yang mana selama ini saya hanya tahu nama Allah Asaul Husna tapi saya langsung tak kenal apakah 99 energi Allah.

Bila pergi kursus dan seminar, usrah, Allhamdulillah saya semakin yakin dengan hati, perasaan dan tingkahlaku saya semua kerana Dia Ya Baari' susunkan segalanya.

Dan di sini saya mahu kongsikan beberapa buku ini untuk semua....




Syarat:
  1. Buat entry tajuk "Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang".
  2. Letakkan banner dan linkkan.
  3. Letakkan komen anda.
  4. Blogwalking sesama peserta.

Tarikh mula : 12 Jun 2015 hingga 26 Jun 2015 jam 11:59 pm


Hadiah:

1 buku Isteri Cemerlang x 1 pemenang

1 buku Suami Cemerlang x 1 pemenang

1 buku Keluarga Bahagia x 1 pemenang

1 buku Cemerlang di bulan Ramadhan 1 x pemenang

 dan kad raya kepada mereka bertuah.


Pemilihan akan dikatogarikan antara suami, isteri dan belum berkahwin, dan akan menggunakan random system. 


Copy paste code di bawah ke dalam entry anda:



-TAMAT SUDAH-

Mendidik anak belajar berpuasa.

June 22, 2015 0 Comments
Mendidik anak belajar berpuasa. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Puasa tak hari ni? Jangan puasa yangyok tau. Macam mana dengan anak korang pulak? Korang dah start ajar mereka berpuasa tak? Macam anak cikla, cikla ajar dia puasa tak sampai setengah hari je dulu. Itu pun sebab dia pergi tadika pukul 8 pagi. Then, balik tadika dah berbuka. Awal-awal puasa dulu memang dia bangun sahur. Tapi rasaanya 2 kali je kot. La ni tak bangun pun. Lagipun tadika dia time puasa memang tak diberi makanan. Kalau bagi pun sekadar biskut je. Kadang-kadang kesian jugak tengok budak-budak yang masih kecik tapi gigih nak belajar puasa.

Sebenarnya berapa agaknya umur yang tepat budak-budak boleh berpuasa? Bagi cikla setiap budak dia punya perkembangan berbeza dan tak sama. Tapi, kita sebagai ibubapa digalakkan memperkenalkan ibadah ini seawal mungkin. Tak salah pun. Rasanya seawal 3-5 tahun diaorang dah boleh faham sikit-sikit apa itu puasa maknanya tak boleh makan dan minum. Macam tu jugak dengan solat Terawih, berbuka dan bersahur. Kalau mereka asyik bertanya, janganlah marah sebab keadaan itu sesuai dengan tahap perkembangan kognitif diaorang. Adatlah kan. Budak-budak umur macam ni memang suka bertanya itu ini. Sampai ibunya tak terlayan-layan.

Mendidik anak belajar berpuasa. 


Kita boleh mengajar anak kita berpuasa secara berperingkat janganlah drastik sangat. Kang Shock pulak budak tu. Hehe. Tahun pertama, kita ajar mereka berpuasa untuk jangka masa tertentu contohnya 3-4 jam. Lepas tu, kalau tengok dia ok je, up sikit masanya sampai setengah hari. Tahun kedua pulak, ajar untuk berpuasa penuh sehari tapi under pengawasan kita. Kalau tengah hari tu kita tengok dia macam letih je, bagilah sikit makanan pada dia lepas tu terus berpuasa sampai berbuka. Sebab, lama-lama dia akan terbiasa serta lebih kuat dan seterusnya berpuasa penuh.



Mendidik anak belajar berpuasa.
Mendidik anak belajar berpuasa. Sumber Google.


Kalau anak kita tak boleh nak puasa penuh, jangan pulak patahkan semangatnya sebaliknya hargailah usaha dia dengan memberi pujian dan kata semangat sehingga dia boleh berpuasa penuh. Kadang-kadang psychology pun penting gak. Kalau perlu, bagilah ganjaran pada dia contohnya masakkan makanan kegemaran dia untuk berbuka nanti. Mesti dia lagi bersemangat nak berpuasa nanti. Masa bersahur pulak, kejutkan anak untuk bersahur sepanjang Ramadan. Berikan dia makanan yang seimbang supaya masa berpuasa siang nanti takdelah dia rasa letih sangat kan. 

Kita, sebagai ibu jugak kena tunjukkan kita kuat semasa berpuasa. Janganlah tunjukkan betapa 'deritanya' dan lemahnya kita masa berpuasa. Tunjuk yang puasa ni menyenangkan dan seronok. Selain itu, sebarang 'godaan' makanan jauhkanlah dari anak kita. Contohnya aiskrim, coklat dan lain-lain. Sebaiknya ajak dia melakukan akitiviti seperti membaca Al-Quran dan membaca buku untuk mengalihkan perhatiannya. Lagi satu, kalau anak tak kuat berpuasa atau bohong (maknanya bohong berpuasa) jangan marah. Sebaliknya nasihatilah dengan lembut dan explain dengan naik. 

Apa yang penting, jangan paksa anak kita berpuasa. Sentiasa pantau  kesihatan mereka. Kalau mereka nampak sakit dan tak kuat, suruhlah berbuka... ❤❤❤


Sumber Dari Ruangan panduan ibu Muda (Majalah Wanita 2016)

20 June 2015

GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK.

June 20, 2015 4 Comments
Assalamualaikum wbt.....

 GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK. | Jom join giveaway ni...



http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10


∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷


♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡

19 June 2015

Giveaway bersama Wayne Harraz.

June 19, 2015 1 Comments
Assalamualaikum wbt....

Giveaway bersama Wayne Harraz. | Jom join giveaway ni.... Kalau nak join just klik pada banner okey.....






Marilah kita sama-sama memeriahkannya.... Lagi pun boleh saling berkenalan dan mengukuhkan ukhwah sesama blogger. Tak gitu.... Hehehe.... Oklah, sekian dulu. Wassalam......

Ibu menyusu boleh berpuasa juga!

June 19, 2015 0 Comments
Ibu menyusu boleh berpuasa juga! | Assalamualaikum wbt. Alhamdullilah, bulan Ramadan kembali lagi. Syukurlah sebab kita masih diberi peluang untuk menikmati kemanisan bulan yang penuh barokah ini. Ibu yang menyusukan anak juga tak ketinggalan. Walaupun Islam memberikan kelonggaran untuk kaum ibu yang menyusukan ini untuk tak berpuasa (dengan bayar fidyah), tapi jangan risau sebab cikla nak share beberapa panduan untuk ibu-ibu semua kalau nak berpuasa. Ada yang cakap kalau ibu berpuasa, ini menyebabkan ibu mengalami dehydration sebab biasanya kekerapan baby menyusu each 2-3 hours. Tapi, selagi keadaan ibu dan baby sihat, it's ok. Just carry on aje...... Cikla sendiri pun masih menyusukan baby Ammar.......


Ibu menyusu boleh berpuasa juga!
Ibu menyusu boleh berpuasa juga! Sumber image dari Internet.

Ibu menyusu boleh berpuasa juga!


Sebenarnya, yang paling penting apa si ibu makan masa berbuka dan bersahur adalah seimbang dan sihat di samping meminum air yang cukup. Oklah, jom kita baca apakah panduan yang berguna khas untuk ibu-ibu yang gigih mahu berpuasa dan dalam masa yang sama tetap maintain menyusukan si kecil kita.......

  1. Sebenarnya ibu memerlukan kalori tambahan sekitar 700 kalori/hari, iaitu 500 kalori dari food yang diambil ibu dan 200 kalori lagi diambil dari cadangan lemak dalam badan. Pertahankan pola pemakanan ibu iaitu dengan mengambil zat seimbang masa berbuka, bersahur, dan sebelum tidur. Makan sahur adalah yang paling penting sebab ia yang akan membekalkan tenaga sepanjang hari.
  2. Ambil air putih 2L di samping jus buah dan susu. Segelas susu yang diambil semasa sahur boleh kurangkan risiko anemia manakala minum segelas susu semasa berbuka akan merangsang kelancaran susu untuk ibu yang menyusu.
  3. Adatlah kan masa puasa kita akan rasa letih, lemah, lesu dan tak bermaya. Nak-nak pulak kalau kita baru lepas breastfeeding baby kita. Just relax atau take a nap sebab ibu kena tau semakin baby menghisap susu, susu akan menjadi semakin banyak. So, walaupun ibu berpuasa dan tetap rajin breastfeeding, don't worry susu akan tetap lancar. InsyaAllah.....
  4. Pada waktu siang maybe susu yang dihasilkan kurang sikit. So, gunakan waktu malam sebaiknya dengan mengepam susu di samping menyusukan baby dengan kerap dan semaksima mungkin. Lagipun, susu perahan itu boleh digunakan pada siang hari semasa berpuasa.


Apa yang penting, jangan paksa diri. Kalau tak larat sangat berbuka jelah. Berbukalah dengan buah tamar untuk mendapatkan tenaga. Jangan stress dan bertenang je. 

Selamat berpuasa semua.... 🌸🌸🌸


Sumber info dari Ruangan Untukmu Mama, Majalah Wanita Jun 2015.

18 June 2015

Fadilat solat Terawih dan kelebihannya.

June 18, 2015 0 Comments
Fadilat solat Terawih dan kelebihannya. | Assalamualaikum wbt..... Perkongsian ilmu yang bermanfaat.....

  • Malam 1: RASULULLAH S.A.W BERSABDA: DIAMPUNKAN DOSA-DOSA ORANG YANG BERIMAN SEBAGAIMANA KEADAANNYA BARU DILAHIRKAN. 
  • Malam 2: DI AMPUNKAN DOSA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERSOLAT TERAWIH SERTA DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPANYA. 
  • Malam 3: PARA MALAIKAT DI BAWAH ARASY MENYERU KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT SUPAYA MENERUSKAN SOLATNYA PADA MALAM-MALAM BERIKUTNYA, SEMOGA ALLAH S.W.T AKAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MEREKA. 
  • Malam 4: MEREKA MEMPEROLEHI PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIPEROLEHI OLEH ORANG-ORANG YANG MEMBACA KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN. 
  • Malam 5: DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PAHALA ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI DAN MASJID AL-AQSA. 
  • Malam 6: DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PARA MALAIKAT –MALAIKAT YANG BERTAWAF DI BAITUL MAKMUR SERTA SETIAP BATU DAN TANAH BERDOA UNTUK KEAMPUNAN ORANG –ORANG YANG BERSOLAT MALAM TERSEBUT. 
  • Malam 7: SEOLAH-OLAH DIA DAPAT BERTEMU DENGAN NABI MUSA A.S SERTA MENOLONGNYA MENENTANG MUSUHNYA FIRAUN DAN HAMMAN. 
  • Malam 8: DIKURNIAKAN PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI IBRAHIM A.S. 
  • Malam 9: DIKURNIAKAN DAN DINAIKKAN MUTU IBADATNYA SEPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W. 
  • Malam 10: ALLAH S.W.T MENGURNIAKAN KEPADANYA KEBAIKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT. 
  • Malam 11: DIA MENINGGAL DUNIA DI DALAM KEADAAN BERSIH DARI DOSA SEPERTI BARU DILAHIRKAN. 
  • Malam 12: DIA AKAN DIBANGKITKAN PADA HARI KIAMAT DENGAN MUKA YANG BERCAHAYA. 
  • Malam 13: DIA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DALAM KEADAAN AMAN DARI SEBARANG KEJAHATAN DAN KEBURUKAN. 
  • Malam 14: MALAIKAT-MALAIKAT AKAN DATANG MENYAKSIKAN MEREKA BERSOLAT TERAWIH SERTA ALLAH S.W.T TIDAK AKAN MENYESATKAN MEREKA. 
  • Malam 15: SEMUA MALAIKAT MEMIKUL ARASY DAN KURSI AKAN BERSELAWAT DAN MENDOAKAN SUPAYA ALLAH S.W.T MENGAMPUNKANNYA. 
  • Malam 16: ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA DARI KALANGAN MEREKA YANG TERLEPAS DARI API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA. 
  • Malam 17: ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA PAHALA PADA MALAM INI SEBANYAK PAHALA NABI-NABI. 
  • Malam 18: MALAIKAT AKAN MENYERU : WAHAI HAMBA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH REDHA DENGANMU DAN DENGAN KEDUA IBUBAPAMU (YG HIDUP/ TELAH MENINGGAL DUNIA). 
  • Malam 19: ALLAH S.W.T AKAN MENINGGIKAN DARJATNYA DI DALAM SYURGA FIRDAUS. 
  • Malam 20: DIKURNIAKAN KEPADANYA PAHALA SEKELIAN ORANG YANG MATI SYAHID DAN ORANG-ORANG SOLEH. 
  • Malam 21: ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH MAHLIGAI DI DALAM SYURGA YANG DIPERBUAT DARI CAHAYA. 
  • Malam 22: IA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DI DALAM KEADAAAN AMAN DARI SEBARANG HURU-HARA PADA HARI TERSEBUT. 
  • Malam 23: ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH BANDAR DI DALAM SYURGA DARIPADA CAHAYA. 
  • Malam 24: AKAN DIBUKAKAN PELUANG UNTUK BERIBADAH KEPADA MEREKA YANG SOLAT TERAWIH PADA MALAM INI SELAMA 25 TAHUN. 
  • Malam 25: ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKAT SEKSA KUBUR DARINYA. 
  • Malam 26: AKAN DIKURNIAKANN PAHALA 40 TAHUN IBADAH KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM INI. 
  • Malam 27: BAGI MEREKA YNG BERSOLAT PADA MALAM INI AKAN DIKURNIAKAN KEPADANYA KEMUDAHAN UNTUK MELINTASI TITIAN SIRAT SEPANTAS KILAT. 
  • Malam 28: ALLAH S.W.T AKAN MENAIKKAN KEDUDUKANNYA 1000 DARJAT DI AKHIRAT. 
  • Malam 29: ALLAH S.W.T AKAN MENGURNIAKAN KEPADANYA PAHALA 1000 HAJI YANG MABRUR. 
  • Malam 30: DIBERI PENGHORMATAN PADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM TERAKHIR INI DENGAN FIRMANNYA YANG BERMAKSUD : "WAHAI HAMBAKU! MAKANLAH SEGALA JENIS BUAH-BUAHAN YANG ENGKAU INGINI UNTUK DIMAKAN DI DALAM SYURGA DAN MANDILAH KAMU DI DALAM SUNGAI SYURGA YANG BERNAMA ‘SALSABIL’ SERTA MINUMLAH AIR DARI TELAGA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W YANG BERNAMA ‘ AL-KAUTHAR’...."


Sekian dulu, wassalam.....


Sumber dari Whatsapp Group

17 June 2015

Ulangkaji bab PUASA.

June 17, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt........

Just recall. Kadang-kadang perkara yang remeh camni kita boleh lupa dan terlepas pandang.

Niat Puasa :-

"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (dari haid dan nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal dan mumayyiz
3. Suci (dari haid dan nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid dan nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh di siang hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma/juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
6. Sentiasa bersedekah
7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

Perkara Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan di hujung lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid dan nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam/mabuk
7. Orang yang sangat lapar dan dahaga

Mereka yang dikenakan membayar fidyah puasa :-

1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua - (Fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang di tinggalkan disamping mengqada' puasa bagi setahun tertinggal. Kalau tidak di Qada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa
4. Orang yang ada Qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (Fidyahnya : Dibuat oleh kerabat si mati/diambil daripada harta pusakanya)
5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu mengqada' puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan. Sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya tapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya, dia hanya wajib mengqada' puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar Kifarat (denda) seperti :-

1. Memerdekakan seorang hamba mukmin Lelaki/Perempuan (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Walaubagaimanapun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya/dipaksa ke atasnya tidaklah wajib Kifarat

Tingkatan Puasa :-

1. Puasa umum - sekadar menahan makan, minum dan keinginan berjimak
2. Puasa khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
3. Puasa khusus Al-khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Org yang terlalu tua dan amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
5. Perempuan hamil/menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri/anak yang disusui itu


Oklah, semoga puasa pada tahun ni memberi seribu manfaat kepada kita dan lebih mudah daripada tahun sebelumnya. Marilah kita sama-sama membanyakkan membuat amalan yang baik dan sama-sama perolehi pahala. Insyallah......
😀😀😀
Sekian dulu, wassalam...

Sumber dari Whatsapp Group.

Selamat berpuasa!

June 17, 2015 0 Comments
Selamat berpuasa! | Assalamualaikum wbt..... Pejam celik, pejam celik Ramadan kembali lagi... pastinya kita tak sabar-sabar nak menikmati indahnya ibadah ini... InsyaAllah malam nanti kita akan mula bersolat terawih dan bersahur. Sebenarnya, ibadah puasa mengajar kita tentang erti kesabaran dalam kita melawan tuntutan hawa nafsu sekaligus membuatkan kita merasai kepayahan dan keperitan insan lain yang dalam kesusahan... Syukurlah kita masih diberi nafas dan peluang untuk menjalani ibadah puasa tahun ini dan merasai kemanisan ganjaran pahala dari Allah SWT... InsyaAllah.....

Selamat berpuasa!


Selamat berpuasa!
Selamat berpuasa!

Di kesempatan ni, sukalah cikla nak share niat puasa dan doa berbuka puasa. Ala, ini sebagai refreshing lah.... bak kata orang putih..... hehe....

Selamat berpuasa!
Selamat berpuasa!

Eh eh..... lepas tu, jom kita baca pantun ni pulak.. copypaste je.... gurauan mesej tersirat.... hehehe....

Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda

Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada beratus hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?

Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk

Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan

Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Bila puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan

Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Kang.. tak pasal-pasal hilang jari 
[sebenarnye saya main gak]

Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau nak berbelanja tu tak salah
Tapi jangan membazir pula

Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Saya ucapkan selamat berpuasa

Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan....

Oklah, semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya dan menjalani ibadah ini dengan ikhlas dan jayanya. Amin...... 


Image from Facebook.com. Sumber pantun dari Whatsapp Group...

15 June 2015

Rutin harian bermula......

June 15, 2015 1 Comments
Assalamualaikum wbt....

Rutin harian bermula...... | Wah wah.... Hari ni sekolah dah mula balik... Kira cukuplah tu cuti sekolah 2 minggu cuti..... Pagi tadi pun kakak Zulaikha macam liat nak bangun pagi. Cikla kejut sekali dia tarik selimut... Last, bila ibunya up sikit volume barulah bangun... Adoi.... mulalah episod kegigihan ibu mengejutkan anaknya... Itu belum lagi bertukar jadi tarzan pepagi...... Walauapapun Cikla masih boleh handle this situation.... Biasanya menghadap kerenah anak yang macam-macam ragam.... Esok-esok kalau mereka dah besar, confirm rindu dengan suasana sekarang.....

Oklah.....nanti sambung lagi, sekian dulu..... Wassalam......

09 June 2015

04 June 2015

Asam rebus ikan pari.

June 04, 2015 0 Comments
Asam rebus ikan pari. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, hari ni cikla nak share satu resepi mudah. Asam rebus ikan pari. Korang mesti tau ikan pari kan. Ikan pari adalah di antara ikan yang sedap kalau dimasak asam pedas. Tapi kali ni cikla nak tukar menu sikit, senang dan semudah 123. Tak perlu letak jintan-jintan tu semua dan bahan-bahannya pun tak banyak. Terima kasih mak sebab ajar. Sebelum tu, jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Asam rebus ikan pari.


Asam rebus ikan pari.
 Asam rebus ikan pari.

Bahan-bahan:

2 keping ikan pari sederhana besar. 
1 biji bawang merah (dihiris).
2 ulas bawang putih (dihiris).
1 sudu besar cili giling/cili boh.
Segenggam daun kesum.
Sekuntum bunga kantan.
Sedikit asam keping.
Sedikit minyak, serbuk kunyit, garam, gula dan perasa.

Tengok tu, bahan-bahannya mudah diperolehi. Jom kita tengok cara nak buat pulak....

Langkah demi langkah:

  1. Potong ikan pari menjadi kepingan kecil. Terpulanglah nak lebar-lebar atau kecil. Kemudian, cuci ikan dengan air asam jawa dan garam kasar untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Selepas itu, perap ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit seketika.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan dihiris sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan cili giling/cili boh dan biarkan garing.
  3. Selepas itu, masukkan ikan pari, daun kesum, bunga kantan serta asam keping. Kemudian tambah air. Biarkan ikan masak dan kuah mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, gula dan perasa dan biarkan seketika. 
  4. Tutup api dan siappppp..... 


Selamat mencuba!

Kasih seorang ayah.....

June 04, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Kasih seorang ayah..... | Cerita ini adalah sekadar renungan. Tidak ada yang kena mengena sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia....

Kisahnya begini:

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan. Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ka? Soal saya memula bicara. "Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan macam-macam perasaan. Biarlah saya upah teksi."

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita." Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

"Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya. Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak-anak terjerumus dosa. Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang Tuhan jadikan.

Jauh disudut hati mereka mengharap anak-anak tempat bergantung di hari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa, yang teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat! Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya. Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaanmu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Sedihkan kisahnya. Touching pulak membacanya.





Al-Fatihah kepada ibubapa kita samada yamg masih hidup atau telah meninggal dunia. Amin......

Oklah, semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam.....


Sumber cerita dari Whatsapp Group.
Image dari internet.

03 June 2015

Cerita sehati sejiwa.

June 03, 2015 0 Comments
Cerita sehati sejiwa. | Assalamualaikum wbt. Jom baca cerita ni. Seorang lelaki tua telah memesan sebiji burger, french fries dan segelas minuman. Dia membuka balut burger dan dengan cermat memotongnya sebelah dan meletakkan di hadapan isteri yang sedang duduk bersamanya. Dia kemudian mengira satu-satu french fries dan membahagi dua bahagian.

Setelah itu diletakkan juga pinggan tersebut di depan isterinya. Sambil meletakkan minuman di tengah-tengah antara mereka, dia dan isteri bergilir-gilir minum bersama dengan menggunakan gelas yang sama.

Kemudian dengan perlahan-lahan dia mula memakan burgernya itu. Orang di sekeliling mereka sibuk memerhatikan gelagat dua pasangan warga emas ini malah ada juga yang mula berbisik. Dari apa yang mereka lihat, pasangan ini hanya mampu membeli satu hidangan untuk mereka makan berdua.

Ketika lelaki tua tadi sedang menikmati french friesnya, seorang pemuda menghampiri meja dan menawarkan untuk membeli satu lagi hidangan untuk kedua-dua pasangan ini. Lelaki tua itu menjawab,

"Takpe nak, kami memang dah biasa share semua benda macam ni."

Orang yang duduk berdekatan meja mereka perasan yang isteri lelaki tua tadi belum menjamah satu pun makanan. Si isteri hanya melihat sahaja suaminya makan sambil sesekali meneguk minuman di hadapannya.

Sekali lagi, pemuda tadi kembali dan memujuk lelaki tua dan isterinya agar sudi menerima pelawaannya untuk membeli satu lagi hidangan untuk mereka berdua. Kali ini, wanita tua itu pula berkata sambil memberi jawapan yang sama,

"Takpe nak, kami memang dah biasa share semua benda macam ni."

Akhirnya, si suami telah habis makan bahagian hidangannya sambil membersihkan tangan dan muka dengan tuala. Pemuda tadi datang lagi untuk kali ketiga dan bertanya kepada si isteri lelaki tadi yang belum menjamah satu pun makanan, "Kenapa nenek tak makan? Nenek tunggu apa lagi?"

Isterinya menjawab, "Tunggu gigi tu.." .... Memang sehati sejiwa kan.... hehe.....


Sumber dari Whatsapp Group.

Hari Sukan tadika.

June 03, 2015 0 Comments
Hari Sukan tadika. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya kejadian Hari Sukan tadika ini berlaku bulan lepas. Hujung bulan Mei. Tapi disebabkan kesibukan yang melampau (ceh... ayat tak boleh blah).. cikla tak sempat nak update. So, dikala inilah cikla nak share. Harap tak "basi" lagi... haha....

Oklah, memula cikla nak intro sikit tadika anak cikla ni. (Wah... promote nampak...).. Tahun ni merupakan tahun kedua kakak Batrisyia (anak sulung cikla) dan tahun pertama kakak Farisya (anak kedua cikla) sekolah kat tadika ni. Tadika Kemas Seri Cheeding (B) nama diberi... Acara sukan ni memang menjadi annual program dalam kalendar tadika. Nak pulak tahun ni cikla jadi Setiausaha tadika (dilantik tiba-tiba... setiausaha bidan terjun ler katakan)... kenalah cikla mengaktifkan diri ini. Hehe...

Dah dah... mohlah kita "mencuci mata" tengok gambar-gambar berikut... ^_^

Sebelum mula sukan posing dulu....

Hari Sukan tadika.


Hari Sukan tadika.

Acara lompat katak. Bersungguh-sungguh benor budak-budak ni melompat. Haha. Lompat tinggi-tinggi ye anak-anak. 

Hari Sukan tadika.

Acara lari bawak bola dengan gelung rotan. Damia bersungguh muka. Excited lah tu... Nanti lari laju-laju ok... 


Hari Sukan tadika.

Acara isi air dalam botol. Kalau bab main air, memang budak-budak suka. Huhu.

Hari Sukan tadika.

Acara tiup belon sampai pecah. Ouch... yang ni ngeri sikit. Takut belon pecah terkena tangan pulak. Hati-hati ye anak-anak..

Hari Sukan tadika.

Selain itu ada juga acara untuk ibu bapa dan AJK tadika.

Hari Sukan tadika.

Cikla masuk juga acara kupas kentang tak putus. Tapi takde gambar pulak nak tunjuk. Hehe... dapat tempat pertama tu... saje tunjuk skill....

Program berakhir dengan acara penyampaian hadiah. Pendek kata semua dapatlah. Saja nak gembira-gembirakan hati budak-budak...... Memang kelakarlah tengok gelagat diaorang masa main... macam-macam ragam... hahaha......


Hari Sukan tadika.

Untuk anak-anak cikla, inilah hasil yang diaorang dapat. Jadilah, dari takde kan... haha. Semangat kesukanan mereka memang berkobar-kobarlah cikla tengok masa diaorang main tu. Itu yang penting.... pendedahan aktiviti sukan sedari kecil.... walaupun hanya sukaneka. Sukan jugak tu.....

Hari Sukan tadika.

Oklah, sekian dulu. Wassalam....

01 June 2015

Dah bersawang dah ini blog......

June 01, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Dah bersawang dah ini blog...... | Hai korang... Dah tido ke? Macam cikla, bila anak dah tido, apa lagi spent masa untuk diri sendiri pulak.... Time siang, terus terang memang takdan nak belek-belek blog ni.... Biasalah kan, surirumah. Kalau diikutkan memang kerja rumah tak kan abis... Sampailah nak tido, ada je....Huhu....

Sebenarnya sebelum ni Cikla berazam nak update entri paling koman pun satu hari satu entri.... Tapi memandangkan kadang-kadang masa memang betul-betul tak mengizinkan, memang terpaksa akur. Untuk pengetahuan korang, sekarang Cikla menjaga FIL Cikla yang sedang terlantar sakit. So, masa memang terhad sangat sekarang ni....

Cikla taktaulah yang blog Cikla ni ada pembaca setia atau tak, tapi apa yang penting Cikla memang suka berkongsi cerita dan tips dengan korang semua.... I love writing.... InsyaAllah Cikla akan terus menulis walaupun sekadar untuk kepuasan sendiri..... Opppssss, dah dah la berleter tu... Nanti bosan pulak korang, hehehe. Oklah, sekian dulu..... Wassalam......

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.